Wednesday, November 28, 2012
Monday, November 26, 2012
Jamik Tarmizi menurut Sheikh Marbawi
Adapun kemudian daripada itu , maka lebih dahulu daripada aku masuk didalam mengarang kitab ini dengan tawadhu" aku kepada Allah subhanawata'ala kiranya dipohonkan kepadaNYA , tiada salah menerangkan sedikit perkataan ini kepada segala saudaraku :
Adalah kemudian daripada sudah aku mengaji kitab yang bernama Sahih Tarmizi , sudahlah jatuh didalam hatiku berahi dan suka kepadanya oleh aturannya dan kenyataannya pada segala hukum syariat Nabi Muhammad s.a.w . Dengan kerana beribu-ribu bab dan Ahadis serta diikutnya tiap-tiap hadisnya keterangan imam-imam mazhab lebih dari mazhab empat yang ma'ruf . JANGAN BICARA LAGI PADA SANAD HADIS ITU BUKAN MAIN LAGI DIPERHALUSI DAN LAIN DARIPADANYA BEBERAPA ILMU. .. intaha .. perkataan Sheikh Marbawi.
Sunday, November 25, 2012
Metod Penulisan Sunan Sittah- Bukhari, Muslim, Abi Daud dan Tarmizi
Setiap Kitab Hadis yang 6, iaitu BUKHARI,
MUSLIM, SUNAN ABI DAUD, TARMIZI, NASAIE, DAN IBN MAJAH, masing-masing
-masing telah di karang mengikut metod penulisan yang tersendiri.
-Kitab Sahih Bukhari..ditulis untuk mengasingkan hadis-hadis yang
Sahih yang berhubung sanadnya dari hadis-hadis lain yang tidak berhubung sanadnya sekalipun Sahih.
- Muslim..ditulis untuk mengasingkan hadis-hadis Sahih yang telah
ijmak para ahli hadis bahawa hadis itu berhubung sanadnya sekalipun dgn
cara Marfu"... kaedah ini jika dibandingkan dgn Bukhari,,, Bukhari
lebih tegas dalam susunan Sahih beliau trsebut..
- Abu Daud....
pula ditulis untuk menghimpunkan hadis-hadis yang boleh dibuat dalil
dengannya , yang beredar dikalangan ulamak fekah , yang dibinakan hukum
ahkam dengannya. oleh itu Sunan Abi Daud terdapat didalamnya hadis-hadis
Sahih, Hasan , Dhoif , yang patut diamalkan menurut pengarang .
- Jamik TARMIZI juga telah mengumpulkan kedua-dua aliran iaitu metod Sahih Bukhari, Sahih Muslim dengan metod Sunan Abi Daud , dan menambahkannya lagi dengan meringkaskan turuq setiap hadis seringkas yang mungkin, jadilah dengan hanya
dicatit satu sahaja hadis , dan yang selainnya memadai dengan cara
diisyaratkan
Tarmizi juga menjelaskan martabat2 setiap hadis ,
Sahihnya, Hasan, Dhoif , Mungkar, dan juga menjelaskan bagaimana boleh
jadi hadis itu Dhoif.
Tujuannya supaya setiap penuntut ilmu
hadis dapat mengambil iktibar cara menilai setiap hadis. Dijelaskan juga
mana yang telah diterima dengan ijmak, mana yang Gharib.
Di
terangkan mazhab-mazhab para Sahabat r.anhum, dan mazhab-mazhab fukaha .
Dicatit juga setiap nama perawi jika perlu disebut namanya, dan jika
perlu kuniah juga disebutkan pula.
Jamik Tarmizi tiada
mengundang kesamaran bagi sesiapa yang Ahli Ilmu, olehitu Jamik Tarmizi
memadai untuk para Mujtahid dan mencukupi bagi rujukan para Ahli Taqlid.
Wallahu a'lam...Allah sahaja yang Maha sempurna pengetahuannya.
Saturday, November 24, 2012
daurah tarmizi
Imam Tarmizi , dikatakan telah menyusun kitab jamiknya,,, dan mengulas hadis2nya mengikut pendapat2 ulamak fiqh ,, dikatakan beliau ulamak terawal menyusun fiqah muqarran- perbandingan mazhab dalam fiqh. wallahu a'lam.
..
hadis -hadis dalam jamik tarmizi sungguh bernilai dan bermakna dalam perbahasan fikah... jelas sungguh seperti catitan dalam kitab bahrul maazi karangan sheikh marbawi... baru la dapat difahami,, mengapa sheikh marbawi dalam bahrul maazi beliau mensyarahkan dan menghuraikan setiap hadis sunan tarmizi dengan nukilan-nukilan para ulama fikah muktabar yang hebat2, seperti, imam nawaawi dari syarah
muslim, majmuk syarah muhazzab, imam qurthubi,,, dan sebagainya.
kata sheikh marbawi lagi... usah lah didikata apa perihal sanad dan riwayatnya yang sungguh teguh..
maknanye.. kalau setakat nak beramal dgn hadis2 dlm sunan tarmizi tak payah le susah2 bahas sanadnya boleh pakai ke tak bolee.. pakai je lee..
kagummnya .....
keilmuan ulamak dahulu kala... maasyaallah ...
Tuesday, November 20, 2012
Monday, November 12, 2012
Sunday, November 11, 2012
Saturday, November 10, 2012
Tuesday, November 06, 2012
Daurah Bermula Ahad ini- 11 november 2012
Sahih Muslim dan SAhih Tarmizi cetakan Muassasah Risalah - Bairut.
Mungkin masih ada stok yang belum terjual. sila hubungi sdr safwan zainal azmin.
Monday, November 05, 2012
Lupa Takbir rak'at pertama sembahyang aidilfitri/adha, diqodha dirak'at kedua?. -Khilaf Ibnu Hajar dan Ramli.
Gharib Kasful Litham 18
Ketika Sembahyang Aidil Fitri atau Aidil Adha:-
Nas: (Masalah) Maka manakala ketinggalan takbir yang tujuh pada rakaat yang pertama , kata Sheikh Ibn Hajar tiada lagi didatangkan dia pada rak'at yang keduanya dan kata Ramli sunat didatangkan dia pada yang keduanya di qiyaskan orang yang meninggalkan membaca surah al Jumah pada rakaat pertama maka didatangkan dia pada rak'at kedua serta dengan surat al munafiqin , maka atas kata ini adakah didatangkan tujuh dahulu daripada yang lima atau yang lima itu didahulukan dia kerana tempatnya maka yang aqrabnya didahulukan yang tujuh dahulu itu. .. Tamat .
Ulasan:
Ketika Sembahyang Aidil Fitri atau Aidil Adha:-
Nas: (Masalah) Maka manakala ketinggalan takbir yang tujuh pada rakaat yang pertama , kata Sheikh Ibn Hajar tiada lagi didatangkan dia pada rak'at yang keduanya dan kata Ramli sunat didatangkan dia pada yang keduanya di qiyaskan orang yang meninggalkan membaca surah al Jumah pada rakaat pertama maka didatangkan dia pada rak'at kedua serta dengan surat al munafiqin , maka atas kata ini adakah didatangkan tujuh dahulu daripada yang lima atau yang lima itu didahulukan dia kerana tempatnya maka yang aqrabnya didahulukan yang tujuh dahulu itu. .. Tamat .
Ulasan:
Ibn Hajar = tiada takbir lagi bila terlupa takbir dirakaat pertama.
Sheikh Ramli= takbirkan 7 kali kemudian takbir pula 5 kali dirakaat kedua.
(Fatwa Sheikh Ramli) Ini Fatwa yang tidak pernah kita dengar dan amalkan dalam masyarakat kita.
Harus kita beramal dengannya dengan memilih qaul Sheikh Ramli .
Sunday, November 04, 2012
KELAS KASFUL LITHAM DAN DURRUSTHAMIN BULAN NOV. 2012
Assalamualailkum warahmatullahi wabarakatuh. Dimaklumkan Kelas
Taffaqquh Guru-guru Takmir/ kelas kasful litham untuk bulan NOVEMBER akan
diadakan pada 4 -11-2012 hari Ahad.
Bermula pukul 9.30 pagi hingga 12 tghari. Bertempat di Dewan Kuliah ,
Pejabat Agama Daerah Tampin , Negeri Sembilan. Kepada mereka yang
berkenaan dan berminat sila ambil perhatian. wassalam.
Tuesday, October 30, 2012
SAMBUTAN JUBLI INTAN- Pondok Bongek
TENTATIF SAMBUTAN JUBLI INTAN
MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM, KAMPUNG BONGEK ACHEH, 71300 REMBAU, NEGERI
SEMBILAN
LOKASI MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM/PONDOK BONGEK.
LOKASI MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM/PONDOK BONGEK.
Tarikh sambutan : 8, 9 dan 10 November 2012 (Majlis Umum).
11 Nov. sehingga 19 Nov. 2012 (Majlis Tertutup).
11 Nov. sehingga 19 Nov. 2012 (Majlis Tertutup).
Tempat sambutan : 1.Madrasah Al-Islamiah
Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh, 71300, Rembau, Negeri Sembilan.
2. Bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim.
2. Bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim.
Aktiviti : i. Ceramah Umum.
ii. Forum Perdana.
iii. Majlis Perasmian.
iv. Majlis Daurah Hadis Sohih Muslim.
v. Pertandingan Qosidah.
vi. Pameran dan Gerai Jualan.
vii. Pertandingan Dewasa dan Kanak-kanak.
viii. Lain-lain.
Aturcara
: ii. Forum Perdana.
iii. Majlis Perasmian.
iv. Majlis Daurah Hadis Sohih Muslim.
v. Pertandingan Qosidah.
vi. Pameran dan Gerai Jualan.
vii. Pertandingan Dewasa dan Kanak-kanak.
viii. Lain-lain.
(Khamis) 8 November 2012
9.00 malam-10.30 malam : Ceramah Umum oleh Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Personaliti al-Kulliyah,Tanyalah Ustaz dan Penulis Buku-Buku Agama).
(Jumaat) 9 November 2012.
08.30 pagi -06.30 petang: Aktiviti Umum.
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak.
7.00 malam : Solat Fardhu Maghrib Berjemaah.
- Makan Malam.
- Solat Fardhu Isyak Berjemaah.
8.30 mlm -11.00 mlm : Forum Perdana : “Bertuahnya Diriku Seorang Muslim”
Moderator : - Ustaz Soffhan bin Abdul Halim (Mudir Madrasah Aliyah,Seremban).
Ahli Panel: 1. Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Nor Azamir bin Alias (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan).
-Minum Malam
(Sabtu) 10 November 2012
06.30 pagi- 08.00 pagi : Solat Fardhu Subuh
Berjemaah / Tazkirah Subuh / Sarapan Pagi.
08.30 pagi- 06.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan.
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak.
01.00 tengahari : Solat Fardhu Zuhur Berjemaah.
- Makan Tengahari.
02.30 ptg - 04.30 ptg : Pertandingan Qosidah/Nashid-4 penjuru.
04.30 ptg : Solat Fardhu Asar Berjemaah.
05.30 ptg : Pertunjukan Silat.
7.00 mlm : Solat Fardhu Maghrib Berjemaah.
- Makan Malam.
- Solat Fardhu Isyak Berjemaah.
08.30 mlm -11.00 mlm : Majlis Perasmian Jubli Intan Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim.
- Bacaan al-Quran.
- Tayangan Video 75 Tahun Madrasah 1936-2011.
- Ucapan Aluan Pengerusi Madrasah Islamiah Haji Ibrahim : Dato’ Haji Dahalan bin Haji Aman.
- Ucapan Perasmian : Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Awaludin bin Said, ADUN Kawasan Kota.
- Ucapan Nasihat :Sohibus Samahah Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad.
- Ceramah : Sheikh Samir al-Nash dari Syria (terjemahan ).
- Penyampaian hadiah dan cenderamata.
- Minum Malam
08.30 pagi- 06.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan.
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak.
01.00 tengahari : Solat Fardhu Zuhur Berjemaah.
- Makan Tengahari.
02.30 ptg - 04.30 ptg : Pertandingan Qosidah/Nashid-4 penjuru.
04.30 ptg : Solat Fardhu Asar Berjemaah.
05.30 ptg : Pertunjukan Silat.
7.00 mlm : Solat Fardhu Maghrib Berjemaah.
- Makan Malam.
- Solat Fardhu Isyak Berjemaah.
08.30 mlm -11.00 mlm : Majlis Perasmian Jubli Intan Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim.
- Bacaan al-Quran.
- Tayangan Video 75 Tahun Madrasah 1936-2011.
- Ucapan Aluan Pengerusi Madrasah Islamiah Haji Ibrahim : Dato’ Haji Dahalan bin Haji Aman.
- Ucapan Perasmian : Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Awaludin bin Said, ADUN Kawasan Kota.
- Ucapan Nasihat :Sohibus Samahah Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad.
- Ceramah : Sheikh Samir al-Nash dari Syria (terjemahan ).
- Penyampaian hadiah dan cenderamata.
- Minum Malam
Tentatif Daurah Hadis Muslim- Pondok Bongek.
ACARA KEMUNCAK
(Ahad) 11 November 2012 hingga ( Isnin ) 19 November 2012
Sesi Tertutup ( Terhad 300 Peserta Sahaja )
pendaftaran bermula pada hari perasmian.
Sesi Bacaan Hadis Sohih Muslim oleh Sheikh
Samir al-Nash dengan dibantu oleh murid beliau Sheikh Firas Salu sebagai Muqri
.
06.30 pagi - 8.30 pagi : Sesi 1
08.30 pagi – 10.00 pagi : Minum pagi
10.00 pagi - 1.00 tengahari : Sesi 2
1.00 tengahari – 04.30 petang: Makan Tengahari Solat Zuhur Berjemaah dan Rehat
04.30 petang - 6.30 petang : Sesi 3
06.30 petang - 8.30 malam : Makan Malam Solat Fardhu Maghrib dan Isyak Berjemaah
08.30 malam - 10.30 malam : Sesi 4
10.30 malam : Minum Malam
Monday, October 29, 2012
Fathul Wahhab menurut guru saya.
Saya
pernah bertanya berkenaan kitab Fathul Wahhab kepada Tuan Guru saya, Tok
Guru Pak Ya Telok ( Haji Yahya bin Mat Saman).
Apakah masalah2 yang menarik yang ada dalam Fathul Wahhab?...
Apakah masalah2 yang menarik yang ada dalam Fathul Wahhab?...
Beliau
berkata: "Fathul Wahhab kitab muktamad mazhab,
semua isinya muktamad belaka, kecuali ada beberapa masalah yang dhoif dalamnya.
Mahalli , bercampur, ada yang muktamad , ada yang
dhoif. ".
Saya terlopong bila mendengar jawapan guru saya tu. Dalam Fathul Wahhab ada pendapat yang lemah?.
Beliau berkata lagi: " Masalah lapis kafan mayat lelaki. dalam fathul wahhab , nukilan dhoif".
"Tapi ada masalah yang oghang silap faham. Masalah jual hutang naik harga. Dalam Fathul Wahhab kata Makruh ja. Bukannya Riba. Orghang ramai kata riba. Misalnya, kalau jual bayak (bayaran) tunai 20 ringgit, bila hutang kena bayak 25 ringgit, tu Makruh ja , bukannya riba.. Sebab itu masalah jual beli hutang, bukan bab Hutang yang jadi riba, Kalau pun masuk dalam bab jual beli atau bab hutang , tapi tak termasuk dalam bab jual beli Ribawi. Jual beli ribawi... lain. atau masuk bab hutang... tapi hutang begitu bukannya riba... hutang yang jadi riba ..lain (caranya)".
Maka terlopong lah sianak murid ini.........kehairanan.........maka fahmlah saya betapa perlunya berguru....
Saya terlopong bila mendengar jawapan guru saya tu. Dalam Fathul Wahhab ada pendapat yang lemah?.
Beliau berkata lagi: " Masalah lapis kafan mayat lelaki. dalam fathul wahhab , nukilan dhoif".
"Tapi ada masalah yang oghang silap faham. Masalah jual hutang naik harga. Dalam Fathul Wahhab kata Makruh ja. Bukannya Riba. Orghang ramai kata riba. Misalnya, kalau jual bayak (bayaran) tunai 20 ringgit, bila hutang kena bayak 25 ringgit, tu Makruh ja , bukannya riba.. Sebab itu masalah jual beli hutang, bukan bab Hutang yang jadi riba, Kalau pun masuk dalam bab jual beli atau bab hutang , tapi tak termasuk dalam bab jual beli Ribawi. Jual beli ribawi... lain. atau masuk bab hutang... tapi hutang begitu bukannya riba... hutang yang jadi riba ..lain (caranya)".
Maka terlopong lah sianak murid ini.........kehairanan.........maka fahmlah saya betapa perlunya berguru....
Saturday, October 27, 2012
Fathul Wahhab dan Guru Saya
Yang saya ingat, satu hari saya bertanya
kepada Tuan Guru saya , al Marhum Tuan Guru Haji Yahya bin Mat Saman
(Pak Ya telok), berkenaan kitab Fathul Wahhab.
" Tuan Guru mengaji
dengan siapa?".
Beliau menjawab " Dengan Tok Bunut Payung".
Maksud beliau , beliau belajar Kitab Fikah Fathul Wahhab dengan al marhum Tuan Guru Sheikh Abdulah Tohir , Tuan Guru Madrasah Ahmadiah , Pondok Bunut Payung, Kota Bhru Kelantan.
Satu Hari beliau bercerita lagi:
" Masa saya dok mengaji di Bunut Payung,
Kelantan, Tok Guru Haji Yazid Pendang, mai pondok Bunut Payung, tidok
(singgah berehat ) di pondok saya, dia bukak kitab2 saya yang saya
mengaji".
Kemudian beliau sambung:
"Baru2 ni ( sekitar tahun 1985 m) , saya pi ziarah Tok Guru Haji Yazid, dia habak... di Kedah ni .. La ni, yang ALIM... Tok Haji Bakar Palestin, Tok Haji Tajuddin Melele, Tok Haji Yazid, Pak Ya (Haji Yahya bin Mat Saman), ..... ( seorang lagi saya dah lupa pula , insyallah bila saya ingat , nanti saya akan catitkan) ... Ha yang 5 oghang ni Alim".
Haji Lah menyampuk: "Tok Haji Zakaria Kubang Siam?..."
Kata Tok Guru Haji Yazid " Boleh". Tak "Alim".
Kemudian Tuan Guru saya ( Tuan Guru Haji yahya ) menyampuk :
" Yang saya ,, apa pulak?.."..
Kata Tok Haji Yazid: "Aku Tau la Hang...".
Peristiwa ini saya masih ingat , berlaku disurau lama pondok telok, semasa saya msih belajar dengan al marhum Tuan Guru saya itu.
Ketika yang lain, al Marhum Tuan Guru saya itu bercerita ..
Kemudian beliau sambung:
"Baru2 ni ( sekitar tahun 1985 m) , saya pi ziarah Tok Guru Haji Yazid, dia habak... di Kedah ni .. La ni, yang ALIM... Tok Haji Bakar Palestin, Tok Haji Tajuddin Melele, Tok Haji Yazid, Pak Ya (Haji Yahya bin Mat Saman), ..... ( seorang lagi saya dah lupa pula , insyallah bila saya ingat , nanti saya akan catitkan) ... Ha yang 5 oghang ni Alim".
Haji Lah menyampuk: "Tok Haji Zakaria Kubang Siam?..."
Kata Tok Guru Haji Yazid " Boleh". Tak "Alim".
Kemudian Tuan Guru saya ( Tuan Guru Haji yahya ) menyampuk :
" Yang saya ,, apa pulak?.."..
Kata Tok Haji Yazid: "Aku Tau la Hang...".
Peristiwa ini saya masih ingat , berlaku disurau lama pondok telok, semasa saya msih belajar dengan al marhum Tuan Guru saya itu.
Ketika yang lain, al Marhum Tuan Guru saya itu bercerita ..
: " Saya
mengaji habih Fathul Wahhab, Mahalli , Tafsir Nasafi, dengan Tok Bunut
Payung".
Tok Bunut Payung memang Taraf Fuqaha, bila mengajak Mahalli tak tengok dah, pakai Muqri ja..".
Tok Haji Yazid mai pondok saya , belek habis kitab Fathul Wahhab saya...dia tengok kitab saya penuh dhobit.. lepas tu dia baca syair..
فلا تكتب بخطك ما يسرك فى القيامة
Saya jawab:
العلم صيد و الكتابة قيد -- قيد صيودك بحبل الواثقة .
lagi pulak, macamana tanda (bukti/alamat) saya dah mengaji kalau tak dhobit?.. ( tak ada catitan)?.
Dia kata: Ikut mu laah" .
Tok Bunut Payung memang Taraf Fuqaha, bila mengajak Mahalli tak tengok dah, pakai Muqri ja..".
Tok Haji Yazid mai pondok saya , belek habis kitab Fathul Wahhab saya...dia tengok kitab saya penuh dhobit.. lepas tu dia baca syair..
فلا تكتب بخطك ما يسرك فى القيامة
Saya jawab:
العلم صيد و الكتابة قيد -- قيد صيودك بحبل الواثقة .
lagi pulak, macamana tanda (bukti/alamat) saya dah mengaji kalau tak dhobit?.. ( tak ada catitan)?.
Dia kata: Ikut mu laah" .
Fathul Wahhab
Kitab Fikah Mazhab Shafie yang sangat bernilai ini, dapat dikatakan kitab Fathul Wahhab menjadi teks terpenting untuk menilai kemahiran seseorang pelajar dalam memahami ibarat kitab turas.
Wednesday, October 24, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Sunday, October 21, 2012
Monday, October 08, 2012
Update (24 Okt 2012) : Ibadah Korban / Akikah - Aidil Adha 2012
Assalamualaikum,
Berikut adalah update mengenai Ibadah Korban / Akikah - Aidil Adha 2012
Setakat ini,
lembu pertama - CONFIRM
lembu kedua - CONFIRM
lembu ketiga - CONFIRM
SILA AMBIL PERHATIAN!.. Kepada sesiapa yang berkenaan, pembayaran ibadah korban boleh dibuat dengan menghubungi saya (anwar.ukm@gmail.com) atau berhubung direct dengan Al-Fadhil Tuan Guru Ust Raof.
Sesiapa yang berhajat utk mengorbankan kambing semperna Ibadah Korban.. Harga kambing BORONG dalah : RM3000 - 4 ekor kambing kacukan jamnapari (kambing betina)!
Berikut adalah update mengenai Ibadah Korban / Akikah - Aidil Adha 2012
Setakat ini,
lembu pertama - CONFIRM
lembu kedua - CONFIRM
lembu ketiga - CONFIRM
SILA AMBIL PERHATIAN!.. Kepada sesiapa yang berkenaan, pembayaran ibadah korban boleh dibuat dengan menghubungi saya (anwar.ukm@gmail.com) atau berhubung direct dengan Al-Fadhil Tuan Guru Ust Raof.
Sesiapa yang berhajat utk mengorbankan kambing semperna Ibadah Korban.. Harga kambing BORONG dalah : RM3000 - 4 ekor kambing kacukan jamnapari (kambing betina)!
Wednesday, October 03, 2012
Maklumat rumah sewa di sekitar bandar Tampin
Dimaklumkan , kepada mereka yang ingin mendapatkan tempat tinggal sementara yg agak selesa
semasa mengikuti program daurah sunan Tarmizi.
Sekitar bandar Tampin terdapat hotel dan rest house dengan bayaran sewa yang berpatutan;
Rumah Rehat Tampin... Phone No: 06- 4413862/Fax : 06- 4413863
Hotel:
1 - Y&Z BAJET HOTEL: Phone: 06-4413139
2-HOTEL WANGSAMAS: Phone: 06-4433333/Fax : 06-4419898.
3-HOTEL PERMAI INN: Phone: 06-4418522
4-TAMPIN HOTEL: Phone: 06-4411138.
Untuk maklumat, semua hotel tersebut bukan milik muslim,
maka makan minum tak pasti halal. kecuali rumah rehat tampin , milik bumiputera.
semasa mengikuti program daurah sunan Tarmizi.
Sekitar bandar Tampin terdapat hotel dan rest house dengan bayaran sewa yang berpatutan;
Rumah Rehat Tampin... Phone No: 06- 4413862/Fax : 06- 4413863
Hotel:
1 - Y&Z BAJET HOTEL: Phone: 06-4413139
2-HOTEL WANGSAMAS: Phone: 06-4433333/Fax : 06-4419898.
3-HOTEL PERMAI INN: Phone: 06-4418522
4-TAMPIN HOTEL: Phone: 06-4411138.
Untuk maklumat, semua hotel tersebut bukan milik muslim,
maka makan minum tak pasti halal. kecuali rumah rehat tampin , milik bumiputera.
Sunday, September 30, 2012
DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.
Assalamualaikum warahmatullah semua,
InsyAllah pada 10 Nov. 2012 hingga 30 Nov. 2012, akan diadakan daurah pembacaan /periwayatan Kitab Hadis Sahih Muslim dan Kitab Hadis Sunan Tarmizi.
Tempat:
1) Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan (selama 9 hari - untuk Kitab Sahih Muslim).
1) Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan (selama 9 hari - untuk Kitab Sahih Muslim).
kemudiannya disambung di
2) Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin, N.Sembilan (selama 11 hari lagi - untuk Kitab Sunan Tarmizi)
Tarikh selesai daurah:
30 nov 2012 insyallah (Daurah akan berlangsung selama 20 hari).
Penyampaian bacaan dan periwayatan Kitab Jami’ Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi akan disampaikan oleh:
Al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Biodata Sheikh Samir) - boleh juga tengok dalam website English, atau web sheikh samir atau lagi biodata dan pengiktirafan ulamak dunia terhadap beliau atau dalam YouTube serta akan dibantu oleh Sheikh Firas Salu sebagai Sheikh Muqri (pembaca teks) (Biodata Sheikh firas)
PERHATIAN:
Kepada mereka yang berkenaan sila ambil perhatian .
Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.
Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan tentitif perkara berkaitan akan diberitahu insyallah.
Kepada mereka yang berkenaan sila ambil perhatian .
Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.
Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan tentitif perkara berkaitan akan diberitahu insyallah.
ORDER KITAB.
Kepada sesiapa yang belum mempunyai kitab Jami’ Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi boleh membuat pesanan seawal mungkin kepada saudara urusetia daurah Saudara Hanif (untuk urusan order kitab sahaja. 0136905847 ), disebabkan urusan pembelian dan penghantaran akan memerlukan masa. Sekian wassalam.
Kepada sesiapa yang belum mempunyai kitab Jami’ Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi boleh membuat pesanan seawal mungkin kepada saudara urusetia daurah Saudara Hanif (untuk urusan order kitab sahaja. 0136905847 ), disebabkan urusan pembelian dan penghantaran akan memerlukan masa. Sekian wassalam.
Sunday, September 23, 2012
OBJEKTIF DAURAH
OBJEKTIF
Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
- Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama’ bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu’tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini.
- Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama’i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya.
- Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad ‘aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin.
- Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama’ khususnya ulama’ dari luar negara.
JANGKAMASA MAJLIS
Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri’nya
melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang
lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab
tersebut dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari
hingga ke malam.
SASARAN PESERTA
Oeh
kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan
adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah
dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut
ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok),
ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.
Tarikh akhir pesanan kitab
Perhatian kepada mereka yang belum membuat pesanan kitab Sahih Muslim dan Tarmizi , tarikh akhir pesanan adalah , 27 sept. hari khamis minggu ini. Sekian harap maklum.
Saturday, September 22, 2012
Tentatif program daurah hadis 2012 ( tertakluk kepada pindaan)
DAURAH HADIS 2012.
SESI PERTAMA.
Kitab : SAHIH MUSLIM.
Tempat : MADRASAH ISLAMIAH (PONDOK TUAN GURU HAJI IBRAHIM BONGEK).
Yuran Pendaftaran : RM200
Penginapan : Asrama disediakan
* (bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).
pengangkutan: Tidak disediakan.
Makanan : Disediakan oleh penganjur.
Tarikh :
Sabtu (10/11/2012)
Masa : Malam
Perkara :
1.Perasmian
2.Pertandingan Nasyid
3.Ceramah
Ahad (11/11/2012)
Perkara : Pengajian bermula
Masa :
10 pagi - 1 petang
4.30 ptg – 6.30 ptg
8.30 mlm – 10.30 mlm
Isnin (12/11/2012)
Perkara : Pengajian bermula
Masa :
6.30 pg – 8.30 pg
11.30 pg – 1 ptg
4.30 ptg – 6.30 ptg
8.30 mlm – 10.30 mlm
dan seterusnya...sehingga Tamat Sahih Muslim pada 19/11/2012
SESI KEDUA.
Kitab : SUNAN TARMIZI.
Tempat : PONDOK TAMPIN.
Penginapan : TIDAK disediakan
* (bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).
pengangkutan: Tidak disediakan.
Makanan : TIDAK Disediakan oleh penganjur/ atau disediakn mengikut keadaan ala kadar termampu.
Tarikh : 20/11/2012 - 30/11/2012
Syarat-syarat :
1. Berumur 17 tahun keatas.
2. Boleh menguasai bahasa arab atau nahu sharaf.
3. Mempunyai asas-asas pengajian Ilmu-ilmu Agama Islam.
4. Tiada masalah penyakit kronik atau penyakit sosial.
5. Jumlah perserta adalah terhad.
Sebarang masalah sila hubungi urussetia.
Thursday, September 20, 2012
Order Kitab Muslim dan Tarmizi
ORDER KITAB.
Kepada sesiapa yang belum mempunyai kitab Jami’ Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi boleh
buat order seawal mungkin kepada saudara urusetia
daurah Saudara Hanif , disebabkan urusan pembelian dan penghantaran akan memerlukan masa.
Nombor tel. ini untuk urusan order kitab sahaja. 0136905847 Sekian wassalam.
Maklumat Kitab
1. Harga Kitab Muslim RM 110.00 sebuah.Kitab Cetakan Terbaik - Dar Risalah -Bairut - 1 jilid sahaja.
2. Harga Kitab Tarmizi RM 110.00 sebuah. Kitab Cetakan Terbaik - Dar Risalah -Bairut - 1 jilid sahaja.
Monday, September 17, 2012
PENANGGUHAN kelas guru TAKMIR ke AHAD DEPAN.
Adalah dimaklumkan bahawa kelas tafaqquh bagi guru-guru Takmir (Kelas KASFULITHAM) yang dijadualkan berlangsung pada ahad ini 23 septemper, diTANGGUHKAN ke AHAD DEPAN , 30 september insyallah, atas sebab program bertindih. Harap maklum kepada semua yang terlibat. Semuga dibalas semua amal dengan ganjaran kebajikan pahala. Wassalam.
Saturday, September 15, 2012
Siapa Sidi Ahmad Zarruq?.
Sidi Ahmad Zarruq r.a
1. Hidup dikurun ke 7 hijrah.
2. Mengambil Hadis dari Imam as Sakhawi. Sakhawi adalah murid Amirul Mu'minin fil Hadis Ibnu Hajar al Asqolani.
3. Mengambil Ilmu Nahwu dari Al Jaujari.
4. Faqih Mazhab Maliki sehingga dijadikan beliau sebagai tempat rujuk mazhab Maliki.
5. Hadir majlis Ilmu beliau lebih dari 6 ribu pendengar.
Thursday, September 13, 2012
Thursday, September 06, 2012
Maqam Sidi Ahmad Zarruq diLibya? di Bongkar ?.
Jahuilah jauhilah.
Allahumma Aajirna min Tajawuzil munafiqin , wal musyrikin, wal faasiqiin, wal mulhidiin, wal mubtadii'in.. Aamin...
Darul Ifta - majlis fatwa Negara Mesir anggap penceroboh Kubur dan Makam-makam Sahabat , dan Kubur Sidi Ahmad Zarruq dan Sidi Abdis Salam al Asmar di Libya , sebagai Khawarij terkini dan Kilaabin Nar .
klik le.
Wednesday, September 05, 2012
Apa perlu dibenteras Kubah makam dan makam?.
MEMBINA KUBAH DAN MASJID DI SISI MAKAM (1)
Disediakan oleh:
Al-haqir Wal- faqir Abd. Raof Nurin Al Bahanji Al-Aliyy. Pondok Tampin NSDK.
ألسلام عليكم ورحمة الله وبركتة .
Wahabi berdalil dengan serangkaian hadis mengharamkan pembangunan kubah dan masjid di sisi makam berdasarkan beberapa kefahaman daripada hadis ini.
Imam Bukhari meriwayatkan dua hadis di dalam Sahihnya pada bab “Makruh menjadikan kuburan sebagai masjid”.
Pertama : Ketika Hasan bin Hasan bin Ali meninggal dunia, isterinya memasang sebuah kubah di atas kuburan, ketika setahun kemudian ia mengangkatnya kembali, orang –orang mendengar suara teriakkan “Apakah mereka telah menemukan yg hilang?”, Suara yg lain mengjawab “Bahkan mereka berputus asa dan berbalik”.
Kedua : Allah melaknat orang- orang Yahudi dan Nasrani yg menjadikan kuburan Nabi mereka sebagai masjid. Siti Aishah berkata , jika bukan kerana takut hal itu ( Makam Nabi akan menjadikan Masjid) nescaya kaum muslimin akan menampakkan makam Baginda S.A.W yakni tidak meletakkan perghalang/tutupan dinding di sekitarnya, hanya saja saya khuatir makamnya dijadikan masjid.
Ketiga : Dalam sahih Muslim, jilid 2 m/s 68 “ Ketahuilah bahawa orang – orang sebelum kamu menjadikan Makam Nabi – Nabi mereka sebagai Masjid, maka janganlah sekali- kali sekelian kamu menjadikan kubur sebagai masjid, saya mencegah kamu semua dari berbuat begitu.”
Keempat: Sahih Muslim Kitab Al- Masajid jilid 2 m/s 66 “ Ummu Habibah dan Ummu Salamah menyebutkan , bahawa keduanya melihat lukisan rupa Rasul Allah di sebuah gereja di Habsah ( yakni ketika mereka berhijrah kesana bersama muhajirin ketika hijrah pertama). Rasullah S.A.W bersabda
“ Mereka adalah (golongan) orang yg apabila ada orang soleh di kalangan mereka meninggal dunia, mereka membangunkan masjid diatas makam dan melukis lukisan- lukisan tersebut, mereka adalah paling jahat makhluk di sisi Allah di hari kiamat”.
Kelima : Sunan Nasa`I jilid 3 m/s 77 “ Rasullah S.A.W melaknat wanita- wanita yg berziarah kekubur , orang- orang yg menjadikannya sebagai masjid serta orang yg menyalakan lampu di tempat tersebut.”
Inilah beberapa dalil yg diutarakan oleh golongan Wahabi, sehingga mereka meruntuhkan kubah- kubah yg di bina beratus tahun dan merosakkan sebahagian besar daripada kesan sejarah warisan daripada sahabat Radiallahu Anhum khususnya daripda Rasullah S.A.W . Sehingga pada hari ini usahkan kelihatan zahirnya tempat-tempat perjalanan peristiwa penting didalam agama, namanya pun hampir tidak kedengaran lagi. Misalnya Telaga Mengambil Wuduk S.A.W yg berada di sekitar Masjid Nabi S.A.W. Beberapa kesan sejarah yg berada di Badar Al- Kubra yg telah mereka hapuskan. Ini boleh kita dapati dengan membaca dan menelitinya daripada ulasan Pakar Sejarah , Doktor Husain Haikal. Beliau telah menitiskan air mata kesayuan apabila sampai di Badar Al- Kubra, tatkala mendapati tiada satupun kesan zahir yg ketinggalan melainkan telah lenyap- selenyapnya oleh penbenterasan Wahabi.
Ibnu Taimiyah adalah orang yg mula- mula menyebarkan keyakinan ini sedang Muhammad bin Abdul Wahab ( Pengasas Wahabi) adalah yg selalu yg mengikutinya. Beliau menafsirkan bahawa tidak boleh membangunkan masjid di atas atau di sebelah makam. Ibnu Taimiyah juga menulis “Bahawa ulamak kita berkata bahawa tidak boleh dibangunkan masjid dikuburan”. Lihat ziarah kubur m/s 106. Tetapi Ibnu Taimiyyah tidaklah sedahsyat Wahabi yg telah berjaya mempraktikkan seluruh idea tersebut.
Sekarang marilah kita meneliti matan- matan hadis tersebut sehingga jelas kandungan maksudnya yang sebenar. Hal ini penting yg perlu diperhatikan, sebagaimana kita boleh mendapatkan penerangan bagi kesamaran sesuatu ayat Al-Quran dengan menafsirkannya dengan berdasarkan ayat yg lain, begitu pulalah hadis kita dapati penjelasan sesuatu kesamarannya dengan meneliti tafsirannya pada hadis yg lain. Wahabi dengan kebiasaannya berpegang pada zahir sesuatu hadis, beranggapan bahawa seluruh pembinaan kubah atau masjid di samping makam adalah terlarang dan haram hukumnya sehingga dikatakan syirik. Padahal jika mereka mengumpulkan semua hadis berkenaanNya nescaya akan diketahui maksud Nabi S.A.W dengan larangan dan laknat pada hadis- hadis tersebut.
Untuk mengetahui maksud hadis tersebut secara benar, kita mestilah mengetahui apakah yg telah dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani terhadap Makam Nabi-Nabi mereka.
Nabi S.A.W melarang kita berbuat seperti mana halnya perbuatan Yahudi dan Nasrani tersebut dan ianya akan menjadi jelas bentuk larangan dan maksudnya jika kita mengetahui isi perbuatan mereka itu. Dalam hadis- hadis tersebut terdapat bukti bahawa mereka menjadikan Makam- Makam Nabi mereka sebagai KIBLAT . Mereka meninggalkan kiblat yg sebenarnya , lebih jauh daripada itu sebagai mengganti penyembahan terhadap Allah , mereka menyembah Nabi- Nabi mereka, atau paling tidak, mereka menjadikan Nabi- Nabi mereka sebagai SEKUTU TUHAN dalam sembahan.
Jika maksud hadis itu adalah larangan menjadikan makam mereka sebagai kiblat atau menjadi sekutu Allah dalam sembahan, Maka tidak menjadi alasan sama sekali berdalil dengan hadis- haids tersebut untuk mengharamkan kubah dan masjid yg dibina di atas atau disisi kubur. Para penziarah tidak pernah menjadikan Makam Para Sahabat dan Tabiin dan Para Ulamak di Ma’la dan Baq`i sebagai tempat sembahan, mereka menyembah Tuhan yg Esa dan menghadap Kaabah ketika sembahyang.
Para penziarah yg tentunya terdiri bukan saja daripada awam muslimin bahkan dikalangan Sahabat, Tabi’in , dan Ulamak Solihin , tidak pernahlah tertipu dengan dakwaan Wahabi menziarahi dan membina kubah di kuburan sebagai menyembah kuburan .
Ini jelas jika kita memerhatikan pengebumian jenazah didalam masjid atau binaan telah berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W.
As Samhudi dalam Wafa ul Wafa jilid 3 m/s 97 “ ketika Fatimah binti Asad meninggal dunia, Nabi memerintahkan menguburkannya di sebuah masjid dan sekarang dikenali sebagai Makam Fatimah. Samhudi juga berkata Mus` ab bin Umair dan Abdullah bin Jahsi telah dimakamkan di masjid yg dibina di atas Makam Hamzah Radiallahuanhu”. Wafa ul Wafa jilid 3 m/s 922 dan 936.
Rasulullah S.A.W sendiri ,telah di Makamkan didalam binaan , yaitu Hujrah Sayyidatina A’yisah Ra, anha dengan Ijmak Para Sahabat Ra,anhum. Dan berbagai lagi dalil yg didapati mengharuskan pembinaan Kubah diatas Makam. Sebahagian Ulamak telah mengemukakan 15 dalil dan hujjah keharusan membina Kubah dan Masjid disisi Makam.
Berbalik kepada makna perbahasan hadis tersebut, marilah kita memerhatikan beberapa riwayat hadis sahih yg menjadi tafsiran kepada beberapa hadis yg menjadi dalil kepada Wahabi tersebut.
Di antara riwayat hadis tersebut adalah seperti berikut:
Riwayat hadis Muslim yg keempat ( hadis yg keempat) menjadi penjelasan kepada hadis- hadis yg sebelumnya. Iaitu ketika dua isteri Nabi S.A.W mengatakan mereka menyaksikan lukisan – lukisan Nabi di dalam gereja Habshah, lantas Nabi bersabda “ Mereka adalah orang- orang yg apabila, orang soleh dikalangan mereka meninggal dunia lantas mereka membuat masjid atasnya dan melukis lukisan- lukisannya di masjid tersebut.”
Tujuan meletakkan lukisan di sisi makam mereka adalah untuk bersujud dengan menjadikan lukisan dan makam mereka sebagai kiblat, lebih jauh mereka menjadikan lukisan dan makam sebagai berhala yg disembah. Kemungkinan ini perlu di perhatikan sebab orang –orang Nasrani memiliki kecenderungan yg sangat untuk menyembah manusia dan patung. Dengan adanya kemungkinan yg kuat ini adalah keliru menggunakan hadis- hadis yg tersebut sebagai dalil pengharaman pembinaan masjid diatas atau disebelah makam- makam yg terlepas daripada penyalahgunaan tujuan pembinaannya semacam ini
Imam Ahmad didalam Musnad beliau jilid 3 m/s 248, dan Imam Malik didalam Al- Muwatak, kedua Beliau ini telah meriwayatkan daripada Nabi S.A.W setelah Baginda melarang penyalah gunaan tersebut lalu berdoa” Ya Allah , janganlah kau jadikan KUBURKU sebagai BERHALA yg disembah”. Ayat doa daripada Nabi ini jelas menunjukkan bahawa kesalahan terletak pada memperlakukan kuburan seperti berhala atau kiblat.
Hadis Siti Aishah yg kedua, menjelaskan kebenaran ini iaitu setelah menukilkan hadis tersebut daripada Nabi S.A.W, kemudian Siti Aishah berkata “ Jika bukan kerana takut hal itu (Makam Nabi ) dijadikan masjid , nescaya kaum Muslimim akan menampakkan Makamnya ( tidak menaruh tutupan disekitarnya) hanya saja saya khuatir, jika dinampakkan akan di jadikan Masjid.” Jelaslah bahawa tutupan atau penghalang atau tembok yg dibina adalah untuk mencegah orang daripada mendirikan sembahyang diMakam atau menjadikannya berhala atau kiblat. Bukan bermakna semata-mata muthlak larangan membina Masjid sebagaimana yg difahamkan oleh Wahabi. Ini bukanlah satu takwil atau tafsiran yg disangka oleh Wahabi, sebagai menyeleweng daripada maksud sebenar yg mereka jadikan dalil, larangan pembinaan masjid dan kubah disisi makam.
Al Allaamah Sindi dalam Ta’liq beliau pada Sunan Nasa i, jilid 2 m/s 41 telah menafsirkan larangan yg dimaksudkan dengan catitan yg bermaksud “Beliau ( S.A.W) mencegah umatnya daripada perbuatan Yahudi dan Nasrani, kerana mereka sujud di kuburan Nabi- Nabi mereka dengan mengagung- agungkanNya dengan menjadikanNya KIBLAT.
Kita perhatikanlah akibat daripada tutupan dari tembok yg terbina di makam Nabi S.A.W.
1) Mencegah orang –orang menjadikannya sebagai berhala dan disembah. Dengan adanya penghalang/ tutupan mereka tidak dapat lagi melihat makam dan dijadikannya sebagai sembahan berhala.
2) Mencegah orang – orang menjadikan makam sebagai kiblat, didalam hal ini menjadikan kiblat bererti melihat makam. Kiblat disini bukanlah bermaksud Ka’bah baik dilihat mahupun tidak, sebab Ka’bah adalah Kiblat rasmi Muslimin sedunia. Adapun menjadikan makam sebagai kiblat, maka khusus bagi mereka yg mendirikan sembahyang didalam Masjid Baginda S.A.W. Penyelewengan- penyelewengan sedemikian lebih mungkin terjadi apabila Makam telah ternampak sebagaimana dikhuatirkan oleh Siti Aishah Ra, ha..
3) Para pensyarah Kitab Sahih Bukhari dan Muslim menafsirkan hadis tersebut seperti yg kita huraikan. Tidaklah kita menyelewengkan sedikitpun tafsiran seperti yg telah didakwa oleh Wahabi.
Imam Al Qastalani didalam Kitab Irsyad AsSari syarah Sahih Bukhari berkata, ”Orang- orang Yahudi dan Nasrani, untuk menghidupkan peringatan pada sesepoh (orang-orang tua) mereka , memasang lukisan disisi makam- makam mereka dan menyembah Allah disebelahnya. Namum para penerus setelah mereka kerana godaan syaitan, menyembah lukisan tersebut.”
Kemudian Al Qastalani menukilkan dari Tafsir Baidhowi, “ Dikeranakan kaum Yahudi dan Nasrani bersujud di Makam Nabi mereka untuk mengagungkannya serta menjadikannya sebagai berhala maka kaum Muslimin dilarang daripada melakukan hal seperti itu. Adapun jika seseorang , atas dasar ingin bertabarruk membangun masjid disebelah Makam Orang Soleh, bukan untuk menyembahnya dan bukan nya untuk menghadapnya ketika sembahyang, maka ia tidak termasuk didalam ancaman ini.”
Imam Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Kitab Fathul Bari mendokong Tafsiran ini dan berkata, “ Yg dilarang adalah kondisi kubur, seperti yg berlaku dikalangan Ahli Kitab, jika BUKAN DEMIKIAN MAKA TIDAK DILARANG.”
Dalam syarah Muslim m/s 13 juzuk 5 Darul Saqafiah Al- Arabiah Fil Bait, Imam Nawawi mengkomentari hal ini dengan berkata, “ Sesungguhnya Nabi S.A.W melarang umatnya dari menjadikan makam beliau dan makam lain beliau sebagai masjid, hal itu dikeranakan agar Muslimin tidak berlebih- lebihan dalam mengagungkan sehingga terfitnah dengannya, maka barangkali membawa kepada kekufuran SEBAGAIMANA YG TELAH BERLAKU PADA KEBANYAKAN PADA UMAT- UMAT YG TERDAHULU. Ketika berhajat Para Sahabat Radiallahu ta’ala dan Para Tabi’in membesarkan masjid S.A.W bila mana muslimin bertambah ramai, dan bertambah melebar luas masjid sehingga termasuklah rumah para Ummahatul Mukminin didalam masjid dan sebahagian daripadanya ialah bilik Siti Aishah R,anha yg dimakamkan didalamnya Rasulullah S.A.W dan Dua Orang Sahabat Baginda, mereka ( Para Sahabat dan Tabiin ) telah membina benteng tinggi yg bulat mengelilingi makam agar tidak kelihatan dari masjid, yg mana mungkin menyebabkan bersembahyang BAGINYA (MENGHADAPNYA) OLEH ORANG- ORANG AWAM YG MEMBAWA KEPADA PERKARA YG TERLARANG. Kemudian mereka juga membina dua dinding di dua tiang kubur dipihak kiri dan tepi keduanya hingga bertemu, sehingga tidak memungkinkan seseorang menghadap ke arah kubur. Kerana sebab inilah apa yg telah disabdakan oleh Nabi S.A.W didalam hadis.
Perkataan Siti Aishah mengisyaratkan kenyataan ini, “ Jikalau tidaklah demikian itu , nescaya dinyatakan kelihatan kuburnya Nabi S.A.W, hanyalah kerana ditakuti bahawa dijadikan dia masjid.”
Waallhu taala bi sawab
Pensyarah lain pula berkata, perkataan Siti Aishah adalah berkaitan dengan masa sebelum perluasan masjid. Adapun setelah perluasan masjid dan biliknya dimasukkan didalam masjid , maka bilik tersebut dijadikan berbentuk segitiga hingga orang tidak sembahyang dimakam Nabi S.A.W. Kemudian berkata pensyarah tersebut , golongannya Nasrani dan Yahudi menyembah Para Nabi disebelah makam mereka dan menjadikan mereka sebagai sekutu Allah.
Dengan konteks dan pemahaman para pensyarah hadis tersebut , tidak memungkinkan adanya permahaman – pemahaman yg lain dan mereka berfatwa pula dengannya. Jikalau Wahabi ingin berbahas dengan matan hadis secara ilmu mengikut mantik , balaghah dan nahu saraf dan alat- alatnya dipersilakan jika mereka mahu berbuat demikian. InsyaAllah sekadar yg kefahaman yg dianugerahkan Allah akan kita sambut dengan senang hati.
Sekarang kita berpaling dari konteks pemahaman hadis tersebut, dan menghuraikan permasalahan di sudut yg lain pula.
Bahawa hadis tersebut berkenaan dengan masjid dan kubah yg dibangunkan diatas kuburan . Ini adalah hal yg berkaitan dengan bangunan dan kubah diatas makam yg mulia. Sedangkan dikebanyakan tempat yg dijumpai , masjid dibangun disebelah makam para Imam, seperti Imam Syafi`e, Sheikh Abdul Qadir Jalani dan ada yg terpisah bangunan masjid dari kuburnya dan ada yg dipisahkan oleh bilik yg khas . Maka dalam konteks Pembinaan Masjid yg terlarang ,jika menurut kefahaman wahabi ,adalah tidak termasuk dalam kategori tersebut. Bagaimana boleh kita katakan , membina masjid disamping kuburan hukumnya haram, kerana semua orang menyaksikan masjid Nabi berada disamping makam beliau. Jika dikatakan Masjid Nabi hukumnya adalah khusus pada masjid Nabi sahaja, dan pula terbina Masjid Nabi saw lebih dahulu dari adanya Makam Baginda saw. Maka dijawab: Dimana diambil dalil pengkhususan dan pengecualian tersebut jika hanya berdasarkan hadis-hadis yg telah dibahaskan tersebut yg dilalahnya menunjjukkan keumuman larangan?. Mengapa Makam Kedua Sahabat termasuk dalam binaan,padahal keduanya bukan Nabi?. Dan jika terdahulunya terbina Masjid dari keberadaan Makam sebagai hujjah ,mengapa sahabat memahamkam boleh dibinakan Masjid sehingga meliputi Makam ?. Jika para sahabat, merupakan teladan yg harus diikuti, kenapa didalam masalah ini kita membantahi mereka?. Mengapa mereka membiarkan saja kehendak Saidina Abu Bakar dan Umar rahuma untuk di semadikan di binaan bersama Nabi saw?. Mereka yg telah memperluaskan masjid hingga makam Nabi dan sahabatnya berada ditengah- tengah masjid. Jika benarlah membangunkan masjid disisi makam tidak dibolehkan, mengapakan muslimin memperluaskan masjid Nabi dari semua arah sehinggakan makamnya berada ditengah- tengah. Adakah mereka dikata kan tidak faham atau tidak menghiraukan kebimbangan Siti Aisyah rha.?. Atau membantahi Rasul Nya s.a.w?. Padahal dahulunya masjid berada disudut timur makam, dikeranakan perluasan, bahagian barat dan hadapan termasuk didalam masjid. Mengapa tidak diperluaskan hanya arah yg tidak melibatkan Makam?. Sebenarnya riwayat tersebut hanya menjelaskan kepada kita bahwa Nabi saw melarang pembangunan masjid diatas atau disisi makam/ kubur. Tetapi tidak ada dalil yg pasti, menunjukkan larangan tersebut adalah haram. Itu pun hanya berdasarkan illah-illah yg tertentu. Adalah kemungkinan larangan tersebut adalah bererti Tanzih atau makruh, sebagaimana yg telah ditafsirkan oleh Al Bukhari didalam bab “Dimakruhkan membuat masjid diatas kuburan”. Sahih Bukhari jilid m/s 111. Soalnya mengapakah hanya Hukum Makruh yg dicatit Al Bukhary ,tidak Haram?. Tentulah ada sesuatu sebab sehingga terjadinya penghukuman yg tidak putus keharamannya, sebagaimana yg dibahas dalam Ilmu Usul Fiqah. .
Wahabi telah mencari dalih untuk menghancurkan kubah di Ba`qi dengan alasan bahawa tanah di Ba`qi adalah tanah wakat, dengan sedemikian semestinya segenap inci digunakan . Segala sesuatu yg bersifat kekal mestilah di hapuskan termasuklah bangunan di atas makam keluarga Rasullah S.A.W kerana hal tersebut mengurangi manfaat tanah wakaf tersebut. Jadi kesemua tiang , tembok , bangunan, tembok kubah pada makam- makam semestinya di hilangkan agar maksud terlaksana. Ini hanyalah helah Wahabi , realitinya jika tidak berdalil pun ,mereka akan menghancurkan semahunya. Kerana dasar inilah mereka mencari dalil dan mendakwa tanah di Ba`qi adalah wakaf, padahal itu adalah prasangka sahaja. Tidak ada kitab sejarah atau hadis, tanah Ba`qi adalah wakaf, yg ada memperkirakan Ba`qi sebagai tanah yg mati. Masyarakat Madinah memakamkan ahli mereka disana.
As Samhudi didalam Wafaul Wafa menulis, bahawa orang pertama dimakamkan di Ba`qi adalah Usman bin Maz`un. Ketika putera Nabi Saidina Ibrahim wafat, Baginda memerintah agar dikebumikan disebelah Usman bin Maz`un. Mulai saat itu orang memakamkan mayat mereka di Ba`qi. Mereka menebang pokok- pokok dan membahagikan tempat untuk kabilah mereka . Selanjutnya dikatakan bahawa di tanah Ba`qi terdapat pokok yg bernama Gharqad.Pokok Gharqad adalah pokok yg terdapat dipadang pasir di Madinah dan tumbuhnya dijarak yg berjauhan . Dari kenyataan tersebut, Ba`qi adalah tanah mati, bukannya tanah wakaf. Dikeranakan makamnya seorang sahabat disana, orang- orang menjadikan kuburan.
Samhudi juga meriwayatkan Nabi juga memakamkan tubuh Saad bin Mu`az di rumah Ibnu Aflah yg mempunyai KUBAH dan BANGUNAN di Ba`qi. Wafaul Wafa jilid 2 m/s 84.
Labels:
al-Sunnah wal-Bid'ah,
Hukum Ahkam Kubur,
ilmu FEQAH
Subscribe to:
Posts (Atom)





























.jpg)


