Tuesday, July 10, 2007

PENGUMUMAN

SILAKAN TUAN-TUAN KERUANGAN PERKONGSIAN DAN PERBINCANGAN ILMU YANG AGAK LUAS . DENGAN SYARAT NIAT YANG BENAR DAN DAPAT MENGAWAL EMOSI DAN TINDAKAN YANG RASIONAL. SILAKAN BISSMILLAH..... daripada al ustaz.,,
Di jemput ke ........

FORUM_PONDOK_TAMPIN

Ahlan Wa Sahlan .. أهلا و سهلا و مرحبا بكم


Friday, July 06, 2007

Friday, June 29, 2007




1.Hadis Jariah- Tidak menunjjukan Tuhan berada diLangit.









2. Ibu-Bapa Nabi s.a.w di Syurga- Al Alim Al Allamah Al Sayuthi- "at Ta'zimm wal minnah"- telah ditahkik oleh (mantan) Mufti Negara Mesir berserta anggota jemaah ulamak besar, Fadhilah al Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf r.a. boleh didapati di maktabah Darul jawami'ul kalim..Kaherah.

Wednesday, May 30, 2007

Kubur Nabi-nabi dlm Masjid? Bagaimana Sembahyang didlmnya?

1.Adakah hadis-hadis yang Sahih atau Hasan yang menyatakan terdapatnya Kubur Nabi-nabi berada dalam masjid-masjid?.

2. Adakah sah bersembahyang dimasjid yang didalamnya terdapat kubur?.


JAWAB:
Soalan 1:

قبور الأنبيأ –عليهم الصلاة- التى بمسجد الخيف

أخرج البزار فى مسنده( كشف الأستار 1177) والطبرانى فى أكبر معاجمعه
( 12\316, 13525) وهو فى مشيخه ابن طهمان جميعهم من حديث ابراهيم بن طهمان عن منصور عن مجاهد عن ابن عمر رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

فى مسجد الخيف قبر سبعين نبيا
Didalam Masjid Khaif (Mina) terdapat 70 Kuburan Para Nabi- alaihimussholatuwassalam.

قال البزار : لا نعلمه عن ابن عمر بأحسن من هذا, تفرد به ابراهيم و عمرعن منصور

قال الحافظ ابن حجر فى (( مختصر زوائد )) رقم 713 (( وهو اسناد صحيح ))

Berkata : AlHafiz Ibnu Hajar dalam Mukhtasar Zawaid no 713 " Iaitu Isnadnya Sohih".

و قال الحافظ الهيثمى فى - المجمع- (3\297) رواه البزار: ورجاله ثقات


Berkata al hafiz Al Haisthami dalam "Majma" (2\297) "Telah meriwayatkannya al Bazzar, Dan Rijalnya adalah Thiqaat (kepercayaan) ".

فهذا الاسناد رجاله ثقات , وهو غاية فى الصحة , بل هو صحيح على شرط الشيخين , فلله دَرّ هذين الحافظين الجليلين

Soalan 2.

Jikalau kubur tersebut adalah sebahagian dari Masjid, maka tidak harus.
Tetapi kalau Kubur berada didalam/pinggiran masjid, maka tidak jadi masalah besembahyang disitu. Sah sembahyang . Melainkan jika kubur berada diarah kiblat depan masjid , maka makruh sembahyang dimasjid begitu disisi ulamak mazhab Hanafi. wallahu a'lam.
Terlebih jelas keharusannya , jika kubur hanya berada diruangan yang dikhaskan dengan berdinding yg hanya berada disisi masjid seperti MASJID NABAWI, MASJID DISISI MAKAM IMAM SHAFIE, MASJID DISISI MAKAM KEPALA SAYYDINA HUSIN R.A. DAN SEBAGAINYA. Maka tak ada masalah langsung dan tidak ada kena mengena langsung dengan hadis-hadis yg larang jadikan kuburan tempat sembahan. Wallahu a'lam.

Saturday, May 26, 2007

KINI: Perkara Perlu Tahu kalau tidak terkeliru.


Perbezaan antara fahaman Kaum Tua dengan Fahaman Kaum Muda.


1. Tahlil Arwah-Harus menurut Kaum Tua - Haram lagi Bid'ah menurut Kaum Muda.

2. Zikir/doa berjemaah lepas sembahyang Fardhu- Afdhal menurut Kaum Tua - Bid'ah menurut kaum muda.

3. Tarekat Shufi -Harus dan Baik menurut Kaum Tua - Bid'ah lagi haram , lagi sesat menurut Kaum Muda.

4. Baca Ushali niat sembahyang sebelum Takbiratul Ihram- Harus dan Mustahab menurut Kaum Tua - Bid'ah/tak harus /tak baik menurut Kaum Muda.

5.Tawassul Wasilah - Harus menurut Kaum Tua - Haram / Syirik menurut Kaum Muda.

6.Baca Doa Qunut setiap Fardhu Subuh - Sunat menurut Kaum Tua- Bid'ah menurut Kaum Muda.

7. Belajar Ilmu Tawhid menurut Kaedah Sifat 20- Baik dan Wajib menurut Kaum Tua - Bid'ah dan Haram menurut Kaum Muda.

8. Mengamalkan wirid-wirid dan zikir-zikir yang tidak dibaca Nabi/ yg disusun oleh selain Nabi s.aw - Harus dan pembacanya diberi pahala selama mana zikir-zikir dan wirid tersebut tidak bercanggah dgn kaedah-kaedah Syara'- Haram dan bid'ah menurut Kaum Muda.

9. Azan dua kali sebelum Khutbah Juma'at - Sunat dan perlu menurut kaum Tua - Bid'ah dan tak perlu menurut Kaum Muda.

10. Majlis Maulud Nabi - harus dan diberi pahala kerana niat membesarkan dan mensyukuri Nikmat terbesar iaitu Kelahiran Nabi s.a.w menurut Kaum Tua - Bid'ah dan membazir dan haram menurut Kaum Muda.

11. Berpegang dengan satu-satu mazhab yang muktabar - Wajib bagi orang awam sebab itu yang lebih diZanni menepati dgn kehendak Sohibus Syara' kecuali ketika darurat atau kepayahan , menurut Kaum Tua - Haram dan menyusahkan dan menyempitkan menurut Kaum Muda.

12. Berpegang dengan fatwa-fatwa ulamak mazhab tidak terus kepada Al-Quran dan al Hadis - Wajib bagi orang awam sebab itulah cara/method yang betul bagi makna berpegang kepada al Quran dan al hadis menurut Kaum Tua- Cara/method yang tidak betul dan haram kerana meninggalkan al Quran dan al Hadis menurut kaum Muda.

13.Kaedah pengajian- Mendahulukan pengajian Ilmu asas: Feqah, Tawhid, Tasawuf berdasarkan Mazhab Imam Shafie, Imam Abu Hasan Ashaari dan Imam Ghazali, serta mendalaminya dengan berteraskan ilmu-ilmu alat Arabiyah seperti: Nahu , Sharaf, Balaghah, Mantiq, Maqulat, Usul Fiqah , Usul Tasfir dan sebagainya kemudian barulah disudahi dengan Ilmu Tafsir, Hadis dan Ilmu Tarekat , menurut Kaum Tua - Mendahulukan pengajian Ilmu Hadis, semuanya sehingga pada peringkat ibtidaiyyah sudah dimulai dengan ayat-ayat Quran dan Hadis-hadis menurut kaum Muda .

14. Pakai Serban- Sunat memakainya pada lelaki samaada hari jum'at atau bila-bila waktu pun, sebab memang pakaian Nabi s.a.w- menurut Kaum Tua- Harus sebab serban hanya budaya arab dan diberi pahala jika niat ikut Nabi s.a.w menurut Kaum Muda.

15. Sembahyang Sunat Awwabin diantara maghrib-isya- Sunat menurut Kaum Tua- Tak sunat dan bid'ah menurut kaum Muda.

16. Maulud Nabi- Baik dan harus -menurut Kaum tua- Haram dan bid'ah dalalah menurut kaum Muda.
macam-macam lagi , akan ditambah lain2.. insyallah.

Monday, April 23, 2007

ِِALLAH TIADA BERTEMPAT

PENGUMUMAN , KEPADA MEREKA YG MEMANDAI-MANDAI BAWA PERKATAAN IMAM ABU HASAN AL ASHARI DLM MAQOOLAT ISLAMIYYIN YG MENGATAKAN " AKIDAH TUHAN TIDAK BERTEMPAT ADALAH AKIDAH MUKTAZILAH " MAKA RENUNG-RENUNGKAN LAH PULA YANG INI:

- وقال إمام أهل السنة أبو الحسن الأشعري (324 هـ) رضي الله عنه ما نصه : " كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان، وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه " اهـ أي بلا مكان ومن غير احتياج إلى العرش والكرسي. نقل ذلك عنه الحافظ ابن عساكر نقلا عن القاضي أبي المعالي الجويني. - تبيين كذب المفتري , ص/ 150


Berkata Imam Ahlusunnah Abu Hasan Al-Ashaari ( wafat 324 h.) r.a bermula nasnya: "Ada Allah. Tiada bertempat. Maka Dia mencipta Arasy dan Kursi , tiada pula Ia berhajat kepada TEMPAT , padahal selepas Ia menciptakan TEMPAT , adalah keadaanNya sama seperti sebelum menciptakannya"

- Tanpa bertempat dan tiada berhajat kepada Arasy dan Kursi. Telah menukil sedemikian dari pada Imam Abu Hasan oleh al-Hafizh Ibnu Asakir akan nukilan daripada al Qodhi Abi Ma'ali al Juwaini- Tabyyin Kazibi al- Muftari m.s. 150-.

aaMACAM PULAK??..

Thursday, April 12, 2007


innalilaahi waiinna ilaihirooji'un... kembali ke Rahmat Allah 11.40 pagi tadi.
12 .4. 2007.. ......al fatihah il ruhih.. Tuan Guru Haji Wan .

Ya Jamil Ya Allah..

Subhanak Ya Allah...

Wednesday, April 11, 2007

{Takhrij Asal} Amalan Maulud Nabi.s.a.w



Sesiapa yang rajin, tengok le ke naskhah arab kitab al hawi lil fatawa Imam Sayuthi nih.. ade ke dalil maulid seperti yg dikemukakn oleh pembangkang?. .. pada mengikut ke pendapat-pendapat yg adalah pendapat , elok lagi le ikut Ibn Hajar , Sayuthi.

Saturday, April 07, 2007

lokasi pondok bongek

(Pondok)Madrasah al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek Acheh adalah satu-satunya madrasah (Pondok) yang tertua dalam Daerah Rembau khasnya, yang telah wujud pada tahun 1936 dengan diasaskan sendiri oleh Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan , seorang ulamak yang terkenal di Negeri Sembilan (1907-1997). Hampir kebanyakan ulamak terkenal negeri sembilan adalah merupakan bekas murid Tuan Guru Haji Ibrahim. antaranya mantan mufti n. sembilan, Datuk Sheikh Murtadha bin Sheikh Ahmad dan al ustaz Sheikh Fuad bin Kamaluddin dan ramai lagi tokoh2 terkemuka tanahair. Sekarang madrasah (pondok) ini diterajui oleh cucunda Tuan Guru Haji Ibrahim, iaitu al-Ustaz Khairuddin , lepasan Kuliah Tafsir Universiti al-Azhar Mesir.

Peta jalan ke BONGEK
Jalan ke “Bongek” Rembau – N9

Antara jalan untuk ke “Bongek” Rembau - N9.

Jika dari KL bolehlah Exit toll pedas dan menghala ke Rembau/Tampin (Jalan Warna Merah) Lebih kurang 12 KM untuk sampai ke Bongek..
Jika dari JB bolehlah Exit toll Alor Gajah/Tampin - -Spg 4-- Kendong--> Bongek - iaitu ikut jalan menghala ke Rembau, Seremban , Lebih kurang 13 KM untuk sampai ke Bongek.

Thursday, March 29, 2007

YA RASULALLAH YA HABIBALLAH


صلوات الله وسلامه عليك
يا رسول الله
يا حبيب الله
يا أمين وحى الله
مرحبا مرحبا بك ياسيد الرسلين

Wednesday, March 28, 2007


Para ulamak melayu dialam melayu sependapat mempertahankan:

1. Ahli Sunnah Wal Jamaah- menerima konsep pelajaran sifat 20 (Asyairah dan Maturidiah dan tafsiran para ulamak didalam aliran mereka ).
2.Mazhab Shafie-Shafieyah .
3. Bertasawuf dan mengikut tarekat-tarekat yang muktabar (yang sahih).
--
Kenyataan
almarhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Saghir bin Wan Abdullah di Forum Ijtimak Tolabah seMalaysia,
yang telah berlangsung pada 16 feb - 18 feb 2007 di Madrasah Islamiah kg Bongek Acheh,Rembau, N. 9.
Forum bertajuk "Pengajian Tradisional antara Cabaran dan Harapan".
Beliau merupakan Tokoh (Pengkaji Ilmu dan Tokohnya diAlam Melayu) yang telah mengkaji selama 48 tahun.
Masyallah tabarakallah.

Saturday, March 24, 2007

ada org kata ustaz sebut alhafiz ibn hajar memaksudkan ilmu kalam adalah ilmu sifat 20 mcmna tu?.
jawabnya: ilmu kalam,ilmu sifat 20, ilmu tawhid, ilmu sifat, ilmu fiqhul akbar, ilmu i'tikad adalah nama-nama bagi ilmu akidah Islam. diawal video klip yg masih blum diuploadkn , ustaz mmbincangkn penolakkan terhadap tuduhan mereka yg mngatakan ilmu sifat 20 adalah ilmu falsafah. dan maksud-maksud imam besar sprt imam ghazali yg menentang ilmu kalam sbnrnya brmaksud tentangan trhadap ilmu falsafah kalam saja, bukan ilmu kalam yg dimaksudkan sebagai ilmu tawhid atau ilmu sifat atau ilmu sifat 20, atau ilmu akidah dsbnya. harap tidak terkelabu. sbb istilah ilmu kalam mmng terbahagi 2.
1. ilmu kalam brmaksud falsafah - sprt yg ditentang imam al-ghazali dan imam al-shafie r.a.
2. ilmu kalam brmaksud ilmu tawhid, akidah, sifat, sifat 20 dsbnya - maka disudut peristilahan tak patut ada kekeliruan yg memesongkan maksud syarahan alustaz dlm video trsebut, harap maklum. wslm- pondoktampin
JEMPUTAN MAJLIS MAULID RASUL S.A.W 2007 H.
PONDOK TUANGURU HJ ZUKI, KUANTAN.

Tempat: Madrasah Darus Salam.

Lorong 9, Kg Sri Damai, 25350 Kuantan, Pahang Darulmakmur.

Tarikh: 7 April 2007 M - (Sabtu malamAhad) Bersamaan 19 R’awal 1428 H.

Dengan segala hormatnya kami menjemput Tuan2 Guru, Ustaz, Dato’, Datin, Tuan/Puan

sekeluarga/saudara mara dan sahabat handai ke majlis Maulidurrasul dan Tahlil di madrasah

kami pada tarikh yang tertera pada kad ini..

Semoga kehadiran Tuan/Puan akan menambahkan lagi keberkatan dan beroleh keampunan dari Allah SWT.

Rujukan: Tuan Guru Hj. Wan Mohd Zukir b, Wan Ismail. HP : 012-9881971

Atucara Majlis:

7.16 malam : Sembahyang Maghrib berjemaah

7.33 malam : Maulid dan Tahlil

9.00 malam : Sembahyang Isya’ berjemaah

9.15 malam :Sembahyang Hajat

9.25 malam : Jamuan makan

: Bersurai

Semoga semuanya beroleh Rahmat dan Keampunan daripada Allah SWT.

Monday, March 19, 2007

Persoalan Akidah Imam Ahmad Bin Hanbal r.a .



Sesapa yang boleh baca arab , cecuba le peratikan sesikit hak yg dalam kitab fatawa s. ibn hajar ni ha... abih tidak nya dapat lah kita reti, akidah Tuhan bertempat/mempunyai pihak/berjihat/ pihak yg enam, tu isnadnya tak mutawatir. tak sekata ahli ilmu Islam yg faham gitu. abihtu?. nak pakai ke ilmu akidah yg kucar kacir riwayatnya tuh?.. memikir le kita, jgn tak memikir. kalau dema kata ,, eeh akidah tuhan tak bertempat tu ada dimasuki falsafah..?.. eeeh kita pulak mnjawab,, bukan soal falsafah -falsampahnya... sbb bila dah sampai periwayatan ilmu akidah ketabaqah salfussoleh , kok mane falsafahnya lagi?. bahkan akidah deme tu yg kate Tuhan bertempat ,,nampak-nampaknya mcm telah dimasuki faham mujassimah... ingatle sikit.. yg tak Islam pun berakidahkan Tuhan bertempat.

sesapa pulak yg rajin mmbc buku, beli le dan bacale pulak buku ustaz abdullah mustaqim "ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT". - jahabersa. buku ni walaupun ade anak pak wahab sorangtu yg kritik ,kononya dah dijawab oleh sorng ustaz deme, tak kesah kita , sbb isi kandungn buku tu betul ngn akidah ASWJ yg sebenar.. sbb dalil dan hujjah2nya boleh dikorek dlm kitab2 aslinya yg bahasa arab yg jadi rujukan buku tuh...


Friday, March 16, 2007

ALLAH TIADA BERTEMPAT AKIDAH MUKTAZILAH SESAT?.

soalan tawhid:

aslmkum ustaz.
1.adakah benar akidah Allah tak bertempat akidah muktazilah?.
2. adakah betul imam abu hasan asha'ri ade tulis dlm kitab maqolat islamiyyin beliau?. syukran jzakumullah ustaz. -mohd azmin. ipoh.


walaikummuslm.
JAWAB:
1.Ya, tetapi tidak semestinya mereka yang beri'tiqod begitu akan dikategorikan sebagai pengikut muktazilah . Kerana bukan akidah Muktazilah sahaja yang menafikan Allah bertempat. Bahkah akidah Ahlusunnah wal Jama'ah yang benar, beri'tiqod "Allah tiada bertempat". Lihat sajalah buktinya akidah AHLUSUNNAH WAL JAMA'AH yang telah dinukil oleh Imam Abu Hanifah dalam kitab beliau "Fiqh al-Absath" ,

كان الله ولا مكان كان قبل أن يخلق الخلق ولم يكن أين
(ALLAH ADA, TIADA MEMPUNYAI TEMPAT. ADANYA ALLAH SEBELUM MENCIPTA MAKHLUK DAN TIDAK ADA PADANYA KALIMAH "DIMANA?". )

Siapakah IMAM ABU HANIFAH?. Tak perlu bahas. Bahkan Imam Abu Hanifah lebih mengerti apa itu akidah SALAF, sebab beliau adalah salah seorang Salaf yang hakiki. Menuntut ilmu dengan Sahabat Nabi s.a.w.


2.Ya, memang ade dlm Maqolatul Islamiyyin , tetapi tak boleh juga dibuat modal cek ooi , sebab perkataan Imam Abu Hasan dalam Maqoolat tersebut tidak mengatakan akidah "Allah tidak bertempat sebagai bukan akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah". tak ade sebut pun "Akidah, Allah tidak bertempat bukan akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah". tak de pun dlm kitab tu kata gitu. Imam Abu Hasan Ashaari hanya menyatakan akidah-akidah yang sepakat antara pemuka muktazilah dan akidah-akidah yang berikhtilaf antara sesama mereka dalam bab "هذا شرح قول المعتزلة فى التوحيد وغيره." bukannya antara muktazilah dengan ahli sunnah. cube cube le peratikan bebetul tajuk di m.s235 tuh.

kalau nak pakai fahaman "Imam Abu Hasan Ashaariy telah menyatakan I'tiqod Tuhan Tidak Bertempat Adalah I'tiqod Muktazilah Yang Sesat bukan I'tiqod Ahli Sunnah Wal Jama'ah" , sepertimana yang beliau nyatakan dalam kitab Maqoolat Islamiyyin"...???
kena lah masukkan juga " I'tiqod Allah tidak menyerupai sesuatu , bersifat sama' , basar, tidak berjisim, tidak berdaging, tidak berdarah....... adalah AKIDAH MUKTAZILAH yang sesat". Sebab perkataan begitu juga dicatit diawal bab ???.
---------------------------
perhatian:
KALAU ADA ORANG YANG MENDAKWA I'TIQOD TUHAN TIADA BERTEMPAT ADALAH MUKTAZILAH YANG SESAT SEMATA DAN BUKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH, BUANGKANLAH SAJA PERKATAANNYA SEBAB KATA-KATA YANG BEGITU TERBIT DARI ORANG YANG TIDAK MENGERTI APA ITU AKIDAH TAWHID, SATU PERCUBAAN UNTUK MENYESATKAN UMAT .

Sunday, March 04, 2007

Berkompang semasa Nashid dan selawat contohnya berkompang dimajlis bacaan qosidah burdah untuk majlis maulud Nabi dan sebagainya, dilakukan didalam masjid adalah HARUS .

Allamah Ibnu Hajar al Haitami menyebut dalam tiga kitab beliau, kitab
1. Kaffu Ruaa',
2..Fatawa al Kubro dan
3.Fathul Jawwad bi Syarhil Irsyad:

Ibnu Hajar berkata dalam Kaffu Rua'a- di Haamisy Az Zawajir 1/81:


قال شيخان : حيث أبحنا الدف فهو فيما اذا لم يكن فيه جلاحل, فان كانت فيه فلأصح حلّه أيضا.

Berkata Imam Rafi'e dan Imam Nawawi: manakala kami mengharuskan kompang maka bermaksud pada kompang yang tiada alat berbunyi kelencing, jika ada (alat kelencing), maka Qaul Ashah adalah Halal juga.

dalam Fatawa al Kubro - 3/356

وقد رقص الحبشة فى المسجد وهو صلعم ينظرهم ويقرهم على ذلك . وفى الترمذى وسنن ابن ماجه عن عائشة رضى الله تعالى عنها أن النبى صلى الله عليه وسلم قال :( أعلنوا هذا النكاح وافعلوا فى المسجد واضربوا عليه بالدف )

وفيه ايماء الى جواز ضرب الدف فى المساجد لأجل ذلك فعلى تسليمه يقاس به غيره


Sesungguhnya orang Habsyi ber RUQS didalam Masjid Nabi, Nabi melihat dan mengakui/tidak membantah perbuatan mereka. Didalam hadis Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah dari Siti Aisyah r.anha, dari Nabi s.a.w Beliau bersabda: Iklankan oleh kamu akan pernikahan , dan lakukannya dimasjid-masjid, dan pukullah kompang kerananya .

Pada hadis ini terdapat satu isyarat menunjjukan Harus memukul kompang didalam MASJID-MASJID sebab mengiklankan perkahwinan, maka atas persetujuan kefahaman ini ,diqiyaskan dengannya pada keadaan-keadaan yang lain.

Fathul Jawwad bi Syarhil Irsyad - 2/406

ويباح الدف وان كان فيه نحو جلاجل , لرجل وامرأة ولو بلا سبب


DiHARUSkan kompang , sekalipun pada yang mempunyai kelencing, keharusan itu bagi lelaki dan perempuan sekalipun tanpa sebab.

Saturday, March 03, 2007

Sunday, February 25, 2007



A-cd tayangan slide multimedia pada hari ijtimak ---------- RM 5 sahaja.

B-cd Huraian matan al Hikam- Prof Muhibuddin al-Waliyy- vcd 1, 2 dan 3 - RM 5 - setiap satu vcd.

C- cd kupasan ayat-ayat mutasayabihat- T.G.Hj. Ismail sepanjang-vcd 1 , 2 , 3 dan 4 - RM 5 setiap satu vcd.

D- cd Forum -"Pengajian Tradisional antara Cabaran dan Harapan"-vcd 1 , 2 dan 3- RM 5 setiap satu vcd.

CD-CD rakaman video sepanjang majlis boleh ditempah dengan menghantar email ke pondok_tampin@yahoo.com .

Tuesday, February 20, 2007

Majlis Ijtimak Tholabah Pondok Berjalan lancar Alhamdulillah.

Majlis Ijtimak Tholabah Pondok Semalaysia yang berlangsung pada 16 feb - 18 feb di Madrasah Islamiah kg Bongek Acheh telah selesai dengan berjalan lancar. Kehadiran selama 3 hari tersebut dianggarkan melebihi 4 ribu orang. Para Ulama , Para Penuntut Pondok dan madrasah, penuntut universiti , sekolah dan orang ramai yang telah hadir dan berpuas hati dengan program yang ada . Sementara itu , beberapa Tuan Guru telah mengesyorkan agar diperkemaskan lagi beberapa acara dan pengurusan pada masa yang akan datang jika diadakan lagi program seumpamanya.

Pihak ahli jawatankuasa penganjur berharap dapat diadakan lagi program ijtimak tholabah ini dimasa yang akan datang samaada ditempat yang sama atau dimana-mana juga , mudah-mudahan dapat memperkemaskan lagi maklumat, tarbiah dan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam khas dinegara ini dan seluruh rakyat amnya. Insyallah.

CD-CD rakaman video sepanjang majlis boleh ditempah dengan menghantar email ke pondok_tampin@yahoo.com atau sms no 0199050204 - Ustaz Saifullah.



Tuesday, February 06, 2007


Info Terkini...

Insyallah Tuan Guru Prof. K.H. Muhibuddin al-Waliyy akan mengupas matan al Hikam pada program ijtimak nanti. beliau akan mengulas matan 1-10 (jilid 1) dan matan yang ke100-111 (jilid 2), berdasarkan buku Hakikat Hikmah Tawhid dan Tasawuf (syarah al-Hikam susunan beliau sendiri). Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf cetakan Pustaka Nasional Singapore - 2 jilid- terjual dikedai-kedai sekitar lembah kelang dan seluruh negara. Insyallah teks matan-matan Hikam yang akan digunakan akan di dijual dimajlis ijtimak nanti. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai buku Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf tersebut boleh mendapatkan matan tersebut dimajlis nanti.
Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang pula akan membahaskan perbahasan menggunakan teks karangan beliau sendiri. Boleh dibeli di majlis ijtimak nanti. Insyallah.

Mawaizul al-Iman bicara ayat-ayat mutasyabihat.

Ahli panel Program forum perdana yang terdiri daripada Prof. Muhibuddin, Tuan Guru Haji Ismail dan Tuan Guru Haji Wan Shagir , bagi membincangkan tajuk "Pengajian Tradisional diantara cabaran dan harapan" adalah acara kemuncak ijtimak, dijangkakan akan dapat memberi input terbaik kepada masyarakat Islam diNusantara dan Negeri Sembilan khasnya.

Soal-jawab akan dibuka setiap kali selesai Tuan Guru - tuan guru menyampaikan kuliah.

Semua pengunjung diminta mendaftar diri, pendaftaran adalah percuma dan setiap yang mendaftar akan diberikan cenderamata percuma.

Maklumat lanjut sila berhubung : Ustaz Khairuddin -012 3752240.
En. Ismail - 016 3184397.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir .



Monday, January 22, 2007


Majlis Ulangtahun ke 70 Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim -Bongek.
akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan.
disertai:
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA.

sila klik untuk download:

Biografi Ulamak Undangan
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA
Perhimpunan Penuntut-penuntut Pondok SeMalaysia.

Sila sebarkan ... Insyallah, tabarakallah.

Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek. Alim ilmu Falakiah, meninggalkan karangan bermutu dibidang falak/hisab untuk menentukan tarikh raya ,puasa , waktu sembahyang dan berbuka.
Beliau pernah berguru dengan tokoh-tokoh ulamak yang masyhur, diantaranya: Tok Kenali yang sangat terkenal, Pak Wan Sulaiman (Sheikhul Islam negeri Kedah- Mufti dizaman penjajahan), juga Tok Shafie telok bagan ( seorang ulamak tasawuf diMekah). Kegigihan mengajar, mendidik dan mengasuh masyarakat tiada tolak bandingnya diakui .
Tuan Guru Dr. Sheikh Muhibbuddin al Waliy akan mengupas matan al Hikam karangan Ibnu Ataillah as-Sakandari. Dr. al Sheikh ini , yang menuntut ilmu pada al Marhum Ayahnda beliau- Tengku Muda Waliy al-Khalidi, yg sangat mahir diberbagai cabang ilmu, khasnya ilmu alat, kemudiannya ke Mesir menyambung pengajian lalu meraih Doktorah Usul Fiqah. Dari pengakuan beliau , mempelajari kitab al Hikam dari Ayahnda beliau. Bersama kita mendengarkan kupasan yg jitu dan dialog yg menjernihkan kekerohan.. insyallah.

Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang- Ulamak terkini dari Fathoni Darussalam , berjaya memikat hati perserta kuliah berkitab beliau pada setiap hujung minggu di Masjid Bandar Patani dan Nibung (Yala) dengan kehadiran ribuan orang. Diakui berkebolehan mendamaikan masyarakat sehingga kebolehan beliau diakui pemerintah. Beliau insyallah akan menjelaskan masalah Ilmu Tawhid, khasnya soal ayat-ayat mutasyabihat. Kitab yang akan dijadikan teks kuliah majlis adalah kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan"- karang beliau sendiri , dan sebuah lagi kitab terjemahan matan "Tijan al-darari"- juga karangan beliau. Ditambahkan seri lagi dengan sesi soal jawab kemuskilan. Insyallah bersama kita mengambil manfaat.

Tuan Guru Haji Wan Saghir- Pengkaji sejarah Ulamak-ulamak melayu yang tidak asing lagi. Ilmu dan kajian beliau yang melaut , dapat memuaskan kemuskilan khasnya berkenaan Keilmuan dialam Melayu yang dikaitkan dengan method pengajian tradisional (pondok).

Dimanakah hebatnya bangunan batu?,
jika tidak asalnya dari pasir dan batu..
Dimanakah pula lebihnya alim lulusan U?,,,
jika tidak asalnya dari ulamak melayu dulu-dulu....






Sila klik untuk download
PETA KE MADRASAH AL_ISLAMIAH –
PONDOK TUAN GURU HAJI IBRAHIM BONGEK

ACARA KEMUNCAK- FORUM PERDANA -AHLI PANEL ADALAH TIGA ULAMAK UNDANGAN TERSEBUT.

Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya, insyallah. Antara acara selingan yang menarik, pameran sejarah ulamak melayu daripada Khazanah Fathoniah dan jualan kitab-kitab ulamak melayu yang bermutu . Kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan" dan kitab "terjemahan matan Tijan al-darari" karangan Tuan Guru Haji ismail sepanjang juga terjual sebagai teks pengajian untuk majlis ijtimak.

Wednesday, January 17, 2007



(Pondok)Madrasah al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek adalah satu-satunya madrasah (Pondok) yang tertua dalam Daerah Rembau khasnya yang telah wujud pada tahun 1936 dengan diasaskan sendiri oleh Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan , seorang ulamak yang terkenal di Negeri Sembilan (1907-1997).

Peta jalan ke BONGEK
Jalan ke “Bongek” Rembau – N9

Antara jalan untuk ke “Bongek” Rembau - N9.

Jika dari KL bolehlah Exit toll pedas dan menghala ke Rembau/Tampin (Jalan Warna Merah) Lebih kurang 12 KM untuk sampai ke Bongek..
Jika dari JB bolehlah Exit toll Alor Gajah/Tampin - -Spg 4-- Kendong--> Bongek - iaitu ikut jalan menghala ke Rembau, Seremban , Lebih kurang 13 KM untuk sampai ke Bongek.
Tempat-tempat berehat yg dicadangkan semasa Majlis Ijtimak:
Bayaran yang berpatutan-
1. Rumah rehat di Tampin. Tel : 06-4413862.
2.Hotel Tampin. Tel: 064411138.
2. Chelet di Seperi.
3. Hotel sekitar Rembau/ Seremban.
4. Free of charge-Masjid-masjid dan surau disekitar Bongek dan Seremban.
5. Insyallah mungkin terdapat rumah2 tumpangan di sekitar kampung Bongek...lain-lain

Monday, January 08, 2007

PENGUMUMAN.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

BERSEMPENA DENGAN

"MAJLIS SAMBUTAN 70 TAHUN MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM"


BONGEK ACHEH 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN , akan DIADAKAN PROGRAM

"IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA"
(Perhimpunan penuntut-penuntut pondok semalaysia)
pada 16 hingga 18 feb 2007 m.

diantara tokoh-tokoh ulama semasa yang akan dijemput untuk pembacaan/pengupasan kitab turas, pembentangan kertaskerja, forum dan sesi soal-jawab :

1.Tuan Guru Al-Sheikh Professor Doktor Haji Muhibuddin al-Waliyy al-Khalidi - dari Acheh.

2.Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang ( Baba Ismail )- daripada Fathoni.


3.Tuan Guru Haji Wan Shaghir - dari Khazanah Fathoniah. Kuala Lumpur.

Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya insyallah. .

Jadual Pengajian/dialog dan forum perdana .

Tuan Guru Professor Doktor K.H Muhibbuddin Al-Waliy -Acheh Darussalam-

1.Jumaat 16 feb 2007- 8.00 malam - 10.00 malam.- Pengupasan Kitab Al-Hikam serta soal jawab.
2. Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam - 11.3
0 malam - Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).

Tuan Guru Haji Isma
il Sepanjang (Baba Ismail).-Fathoni Daarussalam-

1.Sabtu 17 feb 2007- 8.30 pagi - 11.30 pagi - Pengajian Ilmu Tauhid berkitab ( kitab-kitab karangan Tuan Guru Haji Ismail sendiri) dan kupasan ayat-ayat mutasyabihat serta soal- jawab.
2.
Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam- 11.30 malam- Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).


Tuan Guru Haji Wan Shaghir- Khazanah Fathoniah -Kuala Lumpur-

1.Sabtu 17 feb 2007- 2.00 petang- 5.00 petang - Pembentang
an kertas kerja- (Tajuk belum diputuskan).
2. Sabtu 17 feb 2007- 9.00 malam -1
1.30 malam -Forum Perdana serta soal jawab- bersama ahli panel yang lain, tajuk forum (Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).

Akan bersama meraikan majlis dengan tetamu khas terdiri dari para Ulama.
Aturcara penuh ber
mula 16-18 feb seperti berikut insyallah:

.

Saturday, December 30, 2006

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pondoktampin


mengucapkan selamat hariraya aidil adha .. semoga diberkati semua pengorbanan dan bakti kepada Allah dan Rasul Nya s.a.w.

Aamin yaa rab..

Monday, December 25, 2006






Kitab al khazainus saniah.. karangan Sheikh Abd. Qoder al Mendeli...catitan mustalahah fiqh mazhab Shafie r.anhu .










Al Syams al thooli'ah... sebuah kitab karngan Tuan Guru Haji wan ali Wan Ya'kob.. al jambu al sholuti.. membahaskan terperinci , soal khenduri arwah adalah harus dengan dalil-dalil yang mantap ... kitab yg menolak fatwa haji abdullah bendang kebun ..yang berfatwa haram khenduri arwah...

Wednesday, December 20, 2006


Siri 1
UMDAH AL-MUTATOHHIRIN.
al ustaz abd. raof al bahanji al aliyy. pondok tampin.
Sesungguhnya sebahagian daripada Ikhwan telah meminta kepada saya suatu permintaan yang tidak mungkin menolaknya . Bahawa saya karangkan untuk mereka satu risalah yang kecil, ringkas dan memberi faham berkenaan ilmu fiqah Mazhab Imam Syafie r.a.
Maka saya tunaikan permintaan mereka sekalipun saya bukan ahli bagi bidang tersebut. Sesungguhnya saya telah berfikir sejak saya mula menuntut lagi, tentang orang awam (golongan awam). Sebahagian mereka yang dibimbangi dengan usaha penghidupan sehingga meninggalkan ilmu ilmu asas (fardu ain).Beramallah mereka tanpa ilmu pengetahuan, maka berjalanlah mereka dimalam hari dengan ketiadaan cahaya yang menerangi ataupun mereka tidak beramal langsung, kerana jahil dengan perkara yang penting daripada maksud kehidupan maka binasalah mereka sebagai kebinasaan yang besar. Melainkan petunjuk daripada Tuhan. Sebahagian daripada mereka suka kepada ilmu pengetahuan tetapi lantaran mereka sibuk dengan urusan urusan yang tidak membolehkan mereka hadir dimajlis majlis ilmu, langsung mereka mengambil ilmu ilmu asas iaitu fardhu ain dari buku buku yang pada gambarannya berciri pembaharuan pada dakwa, maka mereka menjalani jalan yang bergoncang lantaran tidak berpijak diatas jalan jalan yang terang dan nyata.

Lalu mereka berpegang sebagai pegangan yang tidak akan beroleh kejayaan. sebahagian mereka pula disebabkan kerana terlalu ingin kepada keaslian yang sebenar benar asal. Hampir terlebih hampir yang hakiki. Maka lalu berjalan dengan jalan (cara) munasabah aqal semata-mata .

Lalu mengambil keputusan sebenar benar jalan atau cara atau method ialah jalan al-Quran dan sunnah sahaja. Golongan lain tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah. penghujung kesudahan daripada sikap sikap tersebut, terbangun dan tercetus perasaan perasaan taasub (fanatik) seolah olah jalan al-Haq yang sebenar tidak ada melainkan hanyalah satu. Padahal Tuhan kita Jalla wa Azza berfirman .........
" Jalan-jalan Kami".

Ini bermakna jalan yang sebenar adalah banyak tidak terkira.

Sepertimana juga telah berkata sebahagian al Arifin billah ........

"Jalan jalan menuju Allah ta'ala adalah banyak dengan sebilang bilang nafas yang turun naik".

Mereka juga menudingkan jari telunjuk kepada pihak lain menyatakan pihak disana disini silap, bid'ah, jahil dan syirik dengan penuh yakin. Aduhai cita citaku kalau boleh tahu apakah fikiran ummat masa kini umat akhir zaman padahal jaminan diberi bahawa tidak bersatu ummat didalam kesesatan dan berlainan pendapat dibolehkan, diberi pahala, asalkan yang berfatwa dan perkara yang difatwakan mengikut syarat syarat yang termaklum.

Penyelidikan dan kajian terhadap fatwa fatwa mazhab dibuat menunjukkan kesemua Mazhab mempunyai hujjah hujjah dan dalil yang terang nyata, keputusan dibuat menunjukkan ahli ahli Mazhab didalam keselamatan dan kebahagiaan .

Oleh yang demikian saya seorang hamba yang sangat dhaif nisbah ilmu, iman dan pengamatan , disebabkan rasa kasihan belas dan perihatin, menyusun risalah ini sebagai petunjuk kepada penuntut petunjuk, maksud dan hujjah bagi pengkaji dan penyelidik .


Disebabkan kecil zatnya dan sedikit bahasannya tetapi insyallah mungkin dalam makna dan maksudnya. Demi Allah tidaklah saya menyucikan diri saya beserta Allah taala yakni tidaklah saya bermaksud melebih-lebihkan diri saya, betapa tidak boleh dikatakan begitu ? padahal ia adalah diambil daripada dalam kitab-kitab yang mana merupakan {Umdah Mazhab}, kitab-kitab teras bagi Mazhab Syafie, teristimewa kitab Tuhfah, Nihayah dan Mughni al- Muhtahjaj.

Tak ada apa apa dipihak saya melainkan hanyalah menukil dan memetik daripada taman taman dan lautan ilmu mereka R.A saja. Mudah-mudahan Allah taala jadikan karangan ini suatu simpanan dan nilai diakhirat pada hari yang tiada lindungan melainkan lindunganNya. Dialah yang memadakan bagi ku dan pegangan ku, tiada daya dan upaya melainkan denganNya. Diakhir, wassalamu alaikum waroh matullahi wabarokatuh.



Rujukan.


1 -Hidayatul Shibyan.
2 -Anak Kunci Syurga
3-Matlaul badrain
4-Bughyah al-Thullab.
5- Sabilul Muhtadin
6-Fathul Qorib.
7-Fathul Muin.
8- al-Baajuri - Hasyah Fathul Qorib
9-Tawsih ala ibni Qosim
10-I 'anatul Tholibin
11-Kifayatul Akhyar
12-al-Iqna'
13-Bujairimi a'la al- Iqna'
14-Minhajul Tholibin
15-Fathul Wahhab
17–Bujairimi Fathul Wahhab
18-Tuhfah al- Muhtaj
19–Mughni al- Muhtaj
20-Nihayah al- Muhtaj
21- al-Majmu' syarah al-Muhazzab
22-al-Hawi lil-fatawa
23-al-Fatawa Hahisiyah
24- Idohul Qawai'd
25-al-Durar al-Bahiyah.
26-al-Ashbah wan-Nazoir.



Mabadi ilmu fiqah.


1. Namanya: Ilmu fiqah.

2: Pengertian nya: llmu berkenaan hukum hukum syariat bangsa amalan yang dipetik daripada beberapa dalil yang tafsili ( Terperinci ) .

3.Tempat ambilannya: Daripada kitab al-Quran al-Karim, Hadis-hadis Nabi s.a.w , Ijmak (kesepakatan ulama mujtahidin pada sesuatu hukum) dan Qias (analogi). kesepakatan Ahli Ijtihad daripada ummat Muhammad s.a.w yang semasa atas suatu perkara keugamaan.


4.Faedahnya : Dapat menunaikan segala perintah Allah ta'ala dan meninggalkan segala larangannya.

5.Tempat perbahasannya: Segala perbuatan mekalaf daripada sekira kira kedatangan segala hukum baginya.

6. Hukum mempelajarinya: Fardu ain ataau fardu kifayah.

7.Masalah masalahnya: Segala Qodiyah* seperti niat adalam wajib, berwuduk adalah syarat sah bagi sembahyang, masuk waktu adalah sebab bagi wajib sembahyang .


8. Penyusunnya segala ulama yang Mujtahid.

9. Nisbahnya dengan ilmu ilmu lain: Berlainannya daripada ilmu ilmu yang lain .

10. Kelebihannya: Meningginya diatas sekalian ilmu .

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
nota:

*qodiyah yang dimaksudkan disini adalah susunan perkataan yang meliputi (mengandungi) hukum misalnya ayat niat adalah wajib , maksudnya hukum berniat adalah wajib atas sesuatu amalan berwuduk adalah wajib maksudnya berwuduk adalah hukumnya sebagai syarat bagi kesohihan sesuatu sembahyang begitulah seterusnya.






Sunday, December 10, 2006



Ar-Ruqas inda majlis al zikr ?....
al haawi lil fatawa- lil imam al sayuthi.. m.s 234 juzuk 2 , cetakan al riyadh al hadisiyah:
Masalah: Berkenaan satu jemaah ahli sufiyah , berhimpun dimajlis zikir , kemudian bangun seorang dari ahli jemaah dlm keadaan berzikir , sentiasa begitu disebabkan waarid yg didapatinya , adakah boleh dia buat begitu, samada dengan ikhtiarnya sendiri berlaku begitu atau tidak, adakah perlu ada orang yg menahannya dan melarangnya daripada buat begitu?..

Al jawab: Tidak ada (keperluan) mengingkarinya pada perbuatan begitu.Sesungguhnya telah ditanya dengan ain soalan tersebut kepada Sheikhul Islam Sirajuddin al Bulqini , maka beliau menjawab " Bahawa tidak dingkari pada (perbuatan lelaki tersebut) , tiada (hak seseorang penegah) menegah sesiapa yang sengaja buat begitu , dan tidak lazim ta'zir sebab ia sengaja buat begitu. Telah ditanya al Allamah Burhanduddin al Anbaasi maka beliau menjawab sepertiitu juga dan beliau menambah lagi : Bahawa sesorang yang mempunyai "HAL" maghlub (keadaannya yang dikalahkan) oleh HALnya, sedangkan orang-orang yang ingkar akan diharamkan dari merasai kelazatan TAWAJUD dan KEBERSIHAN minuman ... hingga akhir jawapannya: Kesimpulannya : Maka yang selamat adalah mentaslimkan (menyerahkan fahaman ) keadaan mereka kepada mereka sendiri (al qaum). Sebahagian Imam-imam Hanafiah menjawab serupa itu juga. Golongan Maliki semuanya menulis berkenaan persoalan ini dengan jawapan yang sama tanpa bercanggah. ...

( Daku berkata { Imam Sayuthi}) : Bagaimana boleh diingkarkan zikir cara berdiri dan orang yang berdiri berzikir?.. padahal sesungguhnya Allah ta'la telah berfirman { mereka yang berzikir akan Allah dalam keadaan berdiri dan duduk , dan atas lambung mereka ( sambil baring) }?... Telah berkata Siti Aisyah ra.ha { Adalah Nabi s.a.w berzikir akan Allah pada setiap keadaannya}.

Jikalau dihimpunkan pada (zikir keadaan ) berdiri sambil ruqas dan seumpamanya , maka tak bolehlah diingkari pada perbuatan mereka itu. Berlakunya sedemikian kerana sebab kelazatan shuyud atau wujdan . Sesungguhnya telah datang pada hadis { Telah menari (ruqs) Sayidina Ja'far bin Abi Tholib dihadapan Nabi s.a.w Semasa baginda bersabda { Dikau meyerupai kejadianku dan akhlakku} , sebab berlaku demikian kerana lazat tuturan sabdaan Nabi s.a.w padahal Nabi s.a.w tidak mengingkarinya.

Maka INI, telah jadi punca (dalil) pada keharusan ruqas disisi ahli sufi.
Sesungguhnya telah sah , berdiri dan ruqas dalam majlis zikir dan sama' , dikalangan segolongan imam-imam , salah-seorang mereka Sheikhul al-Islam Izzuddin bin Abdis- salam. 

...................

Komen:
Terdapat 3 dalil asas keharusan tarian dalam majlis zikir , menurut Imam Sayuthi dalam kitab al Hawi ini.
1. Ayat Al Quran .
2. Hadis pujian Nabi s.a.w kepada Sayyidina  Jakfar r.a.
3. Taqrir dan pengakuan dari Ulamak2 Besar Islam. 

Friday, December 08, 2006

Pelajaran Sifat 20..

Petikan kuliah al ustaz Haji Abd.Raof al bahanji..

Monday, November 27, 2006


Al Allamah Al Sheikh Abdul Qoder Al Mandeli... Mahaguru bagi Para Ulamak Nusantara.
Al Allamah Al Sheikh Al Sayyed Muhammad Al Maaliki Al Hasani di Pondok Ustaz Fuad Rembau.



Wednesday, November 15, 2006

Petikan kitab Tanwir al Qulub oleh Sheikh Muhammad Amin al-Kurdi

di dalam membicarakan

Syarat-syarat Taqlid

(Klik sini)

Wednesday, November 08, 2006

Soalan dari LONDON , ENGLAND:


Binatang, sebelum disembelih, dikenakan kejutan eletrik pada kadar yang sangat sedikit, yang disebut STUNNING, binatang tersebut akan sedar setelah/ketika luka sembelihan dan biasanya akan melakukan gerakan yang kuat, bunyi, serta darah tersembur dari leher sembelihan, dapat disahkan ketika pengsan itu jantung tetap berdenyut seperti biasa.

ADAKAH HALAL lembu atau kambing sembelihan yang mengikut cara sembelihan tersebut?
..


Jawab: Allahumma, Hidayatan lil Showab..

Al Quran menggariskan peraturan bagi jenis-jenis binatang yang halal dan haram dan jenis-jenis kematiannya yang halal atau haram dimakan dalam surah al Maidah ayat 3:

حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل لغير الله به والمنخنقة والموقوذة والمتردية وانطيحة وما اكل السبع الا ما ذكيتم

Tafsirnya:
"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah[1], daging babi, (daging binatang) yang disembelih kerana selain Allah [2], yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya[3]".

Note:

[1] ialah: darah yang keluar dari tubuh, sebagaimana tersebut dalam surat Al An-aam ayat 145.
[2] tujuan sembelihan untuk sembahan atau membesarkan atau taqarrub kepada selain Allah .
[3] maksudnya ialah: binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal kalau sempat disembelih sebelum mati, iaitu mempunyai hayat mustaqirrah .

Berkata Ibnu Abbas: " apabila matanya melihat, atau kakinya menolak-nolak atau kakinya bergerak-gerak , maka kamu sembelih akannya, maka itu halal".

Cara sempat menyembelih , berkata ahli Tafsir " Jika kamu sempat jumpa hidupnya seperti matanya melihat atau ekornya bergerak-gerak , maka memakan binatang itu adalah HARUS dengan (syarat) disembelih akandia ketikaitu".


Tersebut dalam kitab Bughyatul Al Murtasyidin, fi talkhis fatawa badh' al aaimmath min ulama al mutakhririn.. karangan Baa Alawi- muka surat 256 cetakan Sulaiman Mar'ie, Singapore tahun 1371 h- 1952 m.

ومثله ع ش ولو جرح ذئب شاة فقطع بعض حلقومها ىبقيت حياة مستقرة فذبحت فى موضع الجرح وأتمهما حلت قاله أبو مخرمة. اه

Ertinya: Dan sepertinya[1] juga berkata Ali Syibramullisi. ( Jikalau seekor Serigala melukai kambing, maka terpotong sebahagian urat halkum kambing, padahal masih kekal "HAYAT MUTAQQIRRAH" [2], lalu disembelih pada tempat potong tersebut ,dengan menyempurnakan potong kedua urat (halkum dan mari) tersebut, hukumnya HALAL ia , telah berkata (halal sembelihan sepertiitu oleh Baa Makhramah)".

Note:
[1]. iaitu HALAL, seperti nukilan dalam kitab Tuhfah .
[2]. berada dalam kehidupan nyawa dalam bentuk yang tetap iaitu masih tetap bernyawa normal sekalipun akan mati juga tidak lama selepasitu. Lawannya HAYAT MAZBUH , iaitu kehidupan nyawa sembelihan, nyawa-nyawa ikan,keadaan bernyawa yang pasti akan mati sebentar lagi .

Baa Alawi menukilkan lagi dimuka surat yang sama:

مسألة ك : تعرف الحياة المستقرة بامارة كحركة شديدة بعد القطع أو الجرح أو تفجر الدم أو تدفقه أو صوت الحلق أو بقاء الدم على قوامه وطبيعته وتكفى الأولى وحدها وما يغلب على الظن ابقاؤها من الأخرات فان شك فكعدمها قاله فى التحفة

(Masalah Kaf) Dikenali Hayat Mustaqqirah dengan melalui tanda-tanda , seperti:

[1]gerakan yang kuat selepas putus (dua urat) atau (selepas) luka ,
[2] atau terpancar darah atau memancut,
[3] atau bersuara dari kerongkong , atau ..
[4] kekal darah didalam anggotanya dan keadaan asalnya.

Memadalah (penentuan hayat mustaqirrah dengan ) tanda yang pertama ( iaitu gerakan yang kuat) sahaja. Adapun tanda-tanda yang (3) lagi, (valid jika ada ) zan (berat sangka) masih lagi ada hayat maustaqirrah. Maka jika syak pada adanya hayat mustaqirrah maka dianggap tiada hayat mustaqirrah (iaitu dihukumkan hayat mazbuh saja). Ibnu Hajar berkata seperti itu dalam Tuhfah.


Kesimpulan:

Kenyataan- kenyataan tersebut menunjjukkan stunning yang menjadikan binatang pengsan sehingga selesai sembelihan dan mati terus tanpa terdapat tanda-tanda hayat mustaqqirah adalah menjadikan binatang tersebut bangkai, haram dimakan.

Sebaliknya , binatang yang disembelih menurut kaedah stunning yang sifatnya seperti dinyatakan dalam soalan , iaitu masih lagi mempunyai ciri-ciri HAYAT MUSTAQQIRAH , maka ia adalah HALAL dimakan oleh Muslimin. Wallahua'lam.