Thursday, November 28, 2024
Syarat menafsirkan Quran perlu ada 15 ilmu
METOD TAFSIR YANG AMANAH.
Menafsir Quran mesti pandai 15 ilmu. Tidak cukup hanya pandai Grammar arab sahaja. - mafhum dari kalam Tuan Guru yang sangat alim al Allamah Sheikh Osman Jalaluddin Pondok Penanti.
Tuan Guru yang sangat alim al Allamah Sheikh Osman Jalaluddin Pondok Penanti menulis dalam kitabnya مطالع الانوار و مجامع الازهر muka surat 235 ;
[Berhajat bagi metafsirkan Quran kepada lima belas ilmu.
1. Ilmu Lughah Arab. Telah berkata Mujahid murid Ibnu Abas , tiada harus bagi seseorang bahwa berkata-kata ia pada tafsir bagi kitab Allah dengan ketiadaan ketahui ilmu lughah arab
2. Ilmu Nahu.
3.Ilmu tasrif.
4.Ilmu Isytiqaq.
5.ilmu Bayan.
6.ilmu Ma'ani.
7.limu Badi'.
8.Ilmu bagi segala Qiraat.
9 Ilmu ushiluddin.
10.Ilmu ushul fiqh.
11. Ilmu bagi sebab turun segala ayat dan segala hikayatnya.
12. ilmu bagi segala ayat yang nasikh dan segala ayat yang mansukh.
13. Ilmu Fiqh.
14. Ilmu segala hadis.
15.ilmu bagi pemberian Tuhan dan ialah mempesakakan oleh Allah ta'la bagi mereka yang beramal dengan barang yang mengetahui ia akandia.
Maka barangsiapa yang metsfsirkan akan quran dengan ketiadaan sekelian ilmu yang tersebut itu nescaya adalah ia jumlah daripada metafsirkan akan quran dengan fikiran aqal yang ditegahkan darpadanya didalam segala hadis -
Adapun segala Sahabat dan segala tabien maka adalah disisi merekaitu sekelian ilmu arab dengan tabiat ketiadaan berhajat kepada usha dan berlajar- Syarah Ihya dengan pendek.].
Komen hamba al fakir: Hubaya2 lah kita dengan cara mudah tafsir quran pada era mutakkhir ini.
Hamba menambah- menurut kitab al kawakib al durriah, Ilmu bahasa arab ada 12 ilmu pula.
Habib Osman Ben Yahya menasihati dalam risalah kecilnya [jangan mengajr tafsir quran kerana ilmunya sangat luas , jika tidak cukup ilmu alatnya]- aw kama qol.
Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment