Soalan: Dalam fathul muin dari syarah minhaj...1 hadith Rasullah memakan keju
syria yg di buat dr susu yang di ambil dr perut anak babi yang br
menyusu...boleh x syeikh tlg terangkan...
J awab: Itu masalah khabar /berita. Bukan soal dah yakin . Sebab itu dalam
kitab fathul muin dan hasyiahnya , ada ulasan ulamak -as
syuhrah la taqtadhi sihhah- maksudnya setiap cerita dan khabar yang
masyhur tersebar dikalangan orang ramai itu tidak semestinya benar.
Kalau mahu dijadikan kata pemutus hukum haram makan keju itu dengan
sebab ada khabar2 yang tersebar ianya dibuat dari bahan babi, maka tak
boleh lah dihukum haram. Cerita masih ditahap tidak meyakinkan. Jadi,
keju itu masih mengikut hukum asalnya iaitu halal dimakan .
Ini berlainan dengan keadaan yang meyakinkan , sekalipun hanya melalui
khabar, tetapi telah terbukti dari pengakuan pihak2 yang berkaitan dgn
isu DNA yang masih hangat dibincangkan sekarang. Takada jalan nak
bermudah2 berhukum dengan guna kaedah (HUKUM ASAL ) , sedangkan
keadaan yang YAKIN. Cuba2 lah bincang secara telus . wassalam.
No comments:
Post a Comment