Pandangan al faqir terhadap ketokohan Shawkani dan karangan beliau yang bermutu.
Shawkani. Ulama dari Sanaa, Yamen. Dikatakan orang awwalin yang
menyusun fikah muqarranah (perbandingan pendapat-pendapat mazhab fikah).
Tetapi ada lagi mereka yg lebih awal dari beliau. Terdapat ulamak
dikurun ke 8 hijrah . Misalnya, Sheikh Abdul Wahab al - Sya'raani yang
telah mengarang kitab fikah muqarranah (perbandingan) 4 mazhab berjudul " AL MIZANUL KUBRO" yang sangat hebat.
Terdapat kritik ulamak terhadap Shawkani dibidang fikah dan ushulnya
sahaja disebabkan antaranya beliau telah meluas -luaskn ijtihad baru
pada masalah yang sudah ada ijtihadnya.
Shawkani, didapati sedikit bermasalah dalam fahaman fikahnya.
Soal: Betulkah ustaz, pendapat Imam
Syawkani ini kita boleh pakai dalam masalah fiqh sahaja, tetapi dalam
masalah tauhid kita tidak boleh ikut?.
Jawab: Tidak betul.
Sebab dibidang Tawhid beliau pengikut aliran Asyairah.
Kitab Irsyadul Fuhul beliau sebagai contoh. Didalamnya ada pandangan
beliau yang tersendiri dibidang ushul yang ditolak ulamak mazhab. Tetapi
bab takwil ayat-ayat mutasyabihat dalam quran, beliau mengulas dengan
ulasan yang sangat bagus dan sangat bermanfaat untuk menolak hujjah
fahaman tajsim yang tidak shorih seperti fahaman Wahabiyyah. Perbahasan
beliau sesuai dengan Asyairah dan Maturidiyyah . Sebab itu ulamak kita
pun pilih pilih juga apa Shawkani kata. Pada hal kalau tidak dirujuk
kitab Shawkani pun tiadak ada masalah. Munkin ulamak mengambil
pandangan Shawkani sebagai hujah dakwah untuk kepada golongan
Wahabiyyah.
Begitu juga dl bab- bab tafsir dan penilaian hadis-hadis, penulisan Shawkani sangat baik. Cuma bukan sebagai rujukan utama.
Ulamak kita tidak ada yang mengiktibar Shawkani sebagai tokoh utama ulamak mazhab.
Walaupun kitab-kitab karangan beliau terdapat yang bermanfaat. Tetapi
beliau bukanlah sebagai tokoh yang biasanya ditonjol-tonjolķan.
Kitab "Irsyadul Fuhul" , itu contoh kitab Ushul fikah muqarranah
terbaik. Tapi bukan sebagai rujukan utama dalam bidang ushul fiqh.
Mungkin juga ulamak kita telah membahasakan petunjuk ini dengan maksud
" Jika dipakai pendapat-pendapat Shawkani dibidang fikah dan ushulnya,
kenapa tidak dipakai dibidang tawhid, tafsir dan hadis?". Wallahu
a'lam.
3 comments:
apa pendapat tuan ustaz terhadap kitab nailul authar, tulisan as-syaukani?
Assalamualaikum ustaz,
Ibnu Hajar al-Haithami lahir 909H, meninggal 973H.
al-Syaukani lahir 1173H, meninggal 1255H.
Macam mana Ibnu Hajar al-Haithami boleh menolak pandangan al-Syaukani sedangkan al-Syaukani lahir lepas Ibnu Hajar al-Haithami dah meninggal.
Ya, betul juga tu. Insyallah disemak semula.
Post a Comment