SECEBIS PERBAHASAN NUR MUHAMMAD SAW .
Oleh : Al Faqir Wal Haqir Abdul Raof bin Haji Nurin.
PONDOKTAMPIN, Jalan Padang Ragut, Repah, 73000, Tampin. Negeri Sembilan.
Oleh sebab itu, mesti diberi perhatian berkenaan sanad hadis ini dahulu dengan dilihat di beberapa aspek , diantaranya :
a) Adakah terdapat periwayatan yang selain dari jaluran Musannaf beliau ?.
b) Adakah berkemungkinan "Tahammul" hadis tersebut tanpa menerusi catitan dalam Musannaf beliau?.
c) Atau mungkinkah Musannaf Abdur Razak mengalami perubahan -perubahan sepertimana yang masyhur?.
d) Dan hendaklah juga diperhatikan , betapa banyaknya hadis-hadis yang Sahih dan Hasan yang satu makna dengan Hadis tersebut.
Salah satu kemungkinan tersebut adalah pasti berlaku setelah kita meneliti kitab-kitab yang menukilkan hadis tersebut dan memerhati sanad dan silsilah Hadis, bagi pengarang kitab-kitab yang membawa hadis itu atau yang semakna dengannya.
e) Dan diperhatikanlah ,adakah tidak diterima aqal pada perbahasan aqliyah berkenaan kesahihan Akal "terawalnya" Nur Muhammad dari yang lain.
f)Atau dikatakan sekurang-kurangnya kita hendaklah meneliti dahulu betapa penerimaan tidak sedikitnya ulamak ditiap-tiap displin ilmu terhadap Konsep Nur Muhammad saw ini.
Setelah kita mengkaji secara menyeluruh ,mungkinkah boleh diterima kepercayaan terhadap Nur Muhammad dikatakan berasal dari Rekaan Falasah Greek kuno?. Wal iyyazabillah. Atau dari ambilan yang tidak berdasarkan Ilmu ,sehingga dijadikan asas ajaran Tarekat ,Tasawuf dan sebagainya. Atau dijadikan asas ajaran Wahdatul wujud yang menyimpang. Lantaran itu diharamkan Kitab Maulid Barzanji, Daibae, Kitab Maulud Habsyi dan yang sebangsa dengannya. Betulkah begitu?.
Kitab Mawahibul Ladunniyyah , buah tangan Syekh al Allamah Al Qastholani , seorang Imam Hadis yang ulung wafat pada 923 hijrah .Mempunyai banyak karangan bermutu khasnya bidang hadis. Pengarang Syarah Hadis Bukhari iaitu kitab Irsyadus Sari - 10 jilid. Latarbelakang beliau boleh didapati dalam Syazaratuz Zahab juzuk 8 muka surat 121 , dan beberapa buah kitab Thabaqat Ulamak.
Di juzuk 1, berkenaan hadis tersebut,:
HADIS-HADIS , TAFSIRAN AYAT QURAN DAN ULASAN ULAMAK MUKTABAR BERKAITAN DENGAN NUR MUHAMMAD SAW.
HADIS PERTAMA.
عن أبى هريرة رضى الله عنه : قال : قالوا : يا رسول الله , متى كتبت النبوة ؟ . قال : وأدم بين الروح والجسد
Dari Abi Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat “ Wahai
Rasulullah , Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?". Bersabda Rasulullaah saw
" Sedang hal Adam diantara Ruh dan Jasad".Hadis Riwayat At Tarmuzi dan
beliau berkata : Hadis Hasan Sohih Ghorib
Kitab Alhadis Al Munthoqah , buah tangan Al Muhaddis Abdullah bin Muhammad Al Ghumari:Beliau mensyarahkan hadis ini , menyebut :
" Bilakah telah wajib bagi anda Nubuwah ?"
Seperti inilah juga terdapat pada Riwayat Al Hakim ,Abi Nu'im, Al Baihaqi dan Al
Hakim telah Mensahihkannya juga.
Tersebut pada satu riwayat yang lain :"Mata kutibta Nabiyyan?" ertinya" Bilakah di wajibkan pada anda Kenabian?". Bersabda Saw " Adalah Aku Nabi pada hal Adam diantara Ruh dan Jasad".
Ini adalah riwayat Abi Umar dan Ismail bin Najid yg merupakan sebahagian darinya (dari keseluruhan hadis).
Pada riwayat lain lagi " Bilakah anda Jadi Nabi ?." yaitu riwayat Maisarah yang akan dibahaskan nanti pada hadis yang kedua nanti. Sama seperti yang diriwayatkan oleh Maisarah ini, riwayat daripada Ibnu Abbas radiallahu anhu disisi Al Bazzar, At Thobarani dan Abi Nu aim .
Manakala Riwayat Ibnu Abi Al Jad a'a pula disisi Ibnu Saad dan Ibnu Qoni'.
Manakala yg diriwayatkan oleh Mathraf bin Abdullah bin As Syakhir adalah disisi Ibnu Sa'ad juga.
Pada riwayat Asya'bi pula : Seorang lelaki berkata ( bertanya) kepada Nabi saw :" Bilakah anda
Riwayat "Mata kutibta ?." Bilakah telah di wajibkan ?, makna "kitabah" pada hadis tersebut adalah juga bermaksud wujub (wajib) dan sabit pada luaran (kho riji) . Kerana (lafaz) "Kitabah" digunakan pada perkara yang wajib yang zohir di luaran sebagaimana (istilah yang digunakan oleh Al Quran) { Kutiba alaikumus Syiyam , Katab Allahu li Aghlubannahunna, dan Kutiba alaikumul qishas}.
Kesimpulan (dari bahasan diatas) Bahawa Allah ta'ala telah melimpahkan Sifat Kenabian keatas Ruh Nabi saw yang Mulia atau HakikatNya saw yang terpuji ,pada ketika mana Adam a.s masih tercampak atas bumi (yakni Adam belum terbentuk lagi ) sebelum ditiupkan Ruh padanya. Dan limpahan Kenabian pada waktu ini melazimkan terdahulu kejadianNya saw atas yang selain Nya saw sepertimana yang Nyata terang . Inilah yang dimaksudkan oleh Pengarang-pengarang Sirah dan Maulid Saw dengan kata mereka :
" Diciptakan Nur Nya saw sebelum sesuatu".
Kerana Ruh Nya saw yg mulia adalah Maujud , yang bersifat dengan sifat Kenabian sebelum ditiupkan Ruh Adam sepertimana yang telah terang nyata.
Ruh adalah Jisim yang Nurani (bangsa cahaya) yg Latif (seni , halus) sepertimana yg telah di Tahkikkan oleh Ibnu Qayyim dan selain beliau.
{ Komen penulis artikle ini: Berkenaan tahkik tentang keadaan Roh , disebut juga oleh Imam Ghazali , Imam Fakhru Raazi dan Jumhur pentahkik Ahli Sunnah wal Jamaah. Disini juga nyata salah, tuduhan mereka yang kontra dengan menuduh mempercayai Nur Muhammad saw bererti menganggapnya sebagai Qadim seperti Tuhan . Wal iyyazabillah. Lantaran itu Haram , kufur dan sesat mengamalkan Maulid Barzanji dan yang semisal dengannya. Kalau kita lihat hujjah mereka, kufurnya Kitab Maulid Barzanji . Mereka menghujjah satu ayat didalam Kitab Maulid Barzanji berkenaan Hakikat Muhammadiyyah menunjjukkan ianya qadim. Sebenarnya mereka tersalah merujukkan dhamir . Dimanalah kedudukan mereka ini yang mendakwa sebagai Pentahkik dan Penganalisa semula Ilmu Para Ulamak ?, padahal Dhomir rujukan masih tidak diketahui?. Hubaya-hubaya lah Umat pada bahaya celupar mulut , ditakuti kembali kepada diri penuduh }.
Bersabda Nabi saw: ‘ Aku adalah awal-awal daripada para Nabi dan yang terakhir dari mereka yang diutuskan'.
HADIS KEDUA
Dari Maisarah al Aj rah beliau berkata :
قلت يا رسول الله . متى كنت نبيا ؟. قال : وأدم بين الروح والجسد
“Daku Berkata " Wahai Rasulullah , Bila Anda telah menjadi Nabi?. Baginda bersabda " Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad"
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad , Al Bukhary dalam Tarikh , AtThobarany dan Al Hakim beliau mensahihkannya.
Berkata Al Hafiz (Ibnu Hajar al Asqolani)" Sanadnya adalah Kuat ".
Hadis menyebut " Mata Kunta Nabiyyan?". Ertinya " Bilakah anda telah menjadi Nabi?. … Al Hadis.
Telah selesai dahulu syarahan makna keadaanNya Adalah Nabi dalam Hadis tersebut ,tanpa ada lagi tambahan kecuali (satu perkara lagi yaitu) ,terdapatnya sebahagian ulamak yg menafsirkan maksud kehendak dari hadis ini dan perkara yang dalam maknanya ialah:
"Tetap KenabianNYA dalam Ilmu Allah dan TaqdirNya".
Kalau begitu maksud hadis tersebut adalah:
" Aku telah menjadi Nabi pada Taqdir Allah ,sedang Adam diantara Ruh dan jasad" .
Seperti itu jugalah Dia akan berkata pada tafsiran hadis " Aku adalah awal-awal Nabi pada kejadian", bahawa maksudnya adalah Kejadian Taqdir tidak Ijad ( ciptaan ) .
Kesemua ini , (yaitu) kesimpulan dari (penafsiran-penafsiran sebegitu pada ) perkara tersebut adalah batil kerana beberapa wajah :
(Pertama) Bahawa Kenabian Nabi sallalaahu alaihi wa ala aalihi wasallam adalah tetap dalam Ilmu dan Taqdir Allah Ta'ala semenjak azali lagi . Maka mentakhsiskannya (menentukan Perlantikan Kenabian) dengan waktu keadaan Adam diantara Ruh dan Jasad adalah lagho ( yang akan mensia-siakan makna hadis tersebut oleh itu ) ,wajiblah mesucikan hadis tersebut dari demikian .
(Kedua) Bahawa Kenabian para Nabi Alaihimus salam, bahkan seluruh yg ada semuanya adalah sabit dalam Ilmu Allah Ta'ala dan TaqdirNya . Maka tiada apa lagi yg tinggal (takhsis) untuk Nabi saw pada keistimewaan ini daripada yang lain. Padahal hadis tersebut hanyalah datang ia untuk menerangkan satu keistimewaan (khususiah), maka tidak dapat tidak bahawa (mesti) ada didalamnya makna kelebihan yang tidak berkongsi padanya oleh orang lain.Kalau tidak begitu nescaya adalah hadis tersebut sia-sia .
(Ketiga) Bahawa Para Sahabat ,mereka mereka bertanya kepada baginda dengan kata mereka " Bilakah Anda menjadi Nabi?" , padahal mereka mengetahui bahawa Kenabian Baginda telah tetap dalam pengetahuan Allah ta'ala dan TaqdirNya . Bahkan mereka mengetahui bahawa segala sesuatu kesemuanya telah tetap ada pada pengetahuan Allah dan TaqdirNya. Maka mereka secara darurinya (mudah tanpa perlu memusatkan fikiran ) , hanyalah menghendaki dengan soalan mereka tersebut, untuk mengetahui satu kadar yg lebih daripada apa yg telah mereka ketahui.
(Keempat) Bahawa Umar r,anhu (pada riwayat Ashona bih) telah bertanya: " Bilakah Anda telah jadi Nabi ?". " Mata ja'alta nabiyyan?" Lafaz ini terang bermakna tashyir ( tercipta) iaitu "Mata shayyarta nabiyyan?". Demikian itu tidak berlaku melainkan pada suatu yang memang maujud (telah ada) yg sah ia bersifat dengan yg telah jadi atau yg sudah tercipta , sepertimana juga jika anda berkata :" Ja'altu qit'ataz zahab Khotiman".
{ Selain kalimah“Ja’alta” , kalimat .(كنت) “Kunta” pada hadis tersebut adalah juga menunjjukkan telah tercipta. Para pembantah mengatakan logiknya makna hadis tersebut hanya menunjjukkan peristiharan jadi Nabi didalam taqdir Ilmu Allah. Ini telah telah jelas kemustahillannya dan batalnya berdasarkan Mafhum hadis-hadis tersebut. lebih jelas lagi jika diperhatikan pertanyaan Sayyidina Umar Radiallahu anhu yg bertanyakan Rasulullah saw "Bilakah Anda telah menjadi Nabi?". Terang dan jelas bahawa Saydina Umar adalah Sahabat yang bijaksana yg tidak sepatutnya beliau bertanyakan Rasulullah saw suatu perkara yg telah maklum dan tidak memberi faedah yg lebih daripada maklumat yang sudah tersedia ada, juga mustahil Rasulullah saw akan memberikan satu jawaban yang tiada faedah dan bertentangan dengan musyahadah yang dharuri lagi putus, yakni penyaksian yg meyakinkan bahawa baginda s.a.w telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah ketika berusia 40 tahun. Atau sesuatu yang sudah maklum pada Taqdir Allah ta'ala. Oleh itu ,apakah maksud sebenar pertanyaan dan jawapan didalam dialog antara Rasul dan Umat Nya s.a.w?.
Disini lah Fokusnya dan disinilah maksud dan intipati Hadis -hadis tersebut yang menunjjukkan tidak lain tidak bukan ianya hanyalah satu khususiah atau keistimewaan Nabi saw berbanding dgn Nabi-nabi lain. Yaitu Nur Mustafa saw atau Ruh Nya saw atau Hakikat Muhammadiyyah telah diciptakan terdahulu dari segala sesuatu . Wallahu a'lam}.
(Kelima) Bahawa kewujudan sesuatu didalam Ilmu Allah ta'la dan TaqdirNya tidak tertasawwur dalamNya terdahulu setengah perkara daripada setengah yang lain. Tidaklah dikatakan "Aku adalah awwal Nabi pada ciptaan (yang berlaku dalam Ilmu dan Taqdir Allah ta'ala", sebab kedua perkara tersebut adalah sediakala yang tiada dahulu dan kemudian) ,kerana lazim daripada itu perkara yang tidak layak pada Allah ta'ala. Hanya yang sah dikata dulu kemudian itu pada kejadian /yang telah tercipta dengan makna ijad (cipta). Kerana ia adalah sifat fi'il yang boleh ditasawurkan dengannya terdahulu sebahagian hadis (perkara baharu/makhluk) dari yang lain sebagaimana yang telah menunjjuk oleh Quran dan hadis .
Maka oleh yang demikian, batal dakwaan sebahagian mereka dan jelas apa yang telah kami terangkan , iaitu : "Allah swt melimpahkan keatas Ruh Nabi Nya saw yang mulia atau atas Hakikat Muhammadiyyah saw akan sifat Kenabian , dan memakaikanNya persalinan Al Qurb padahal Adam masih diperingkat diantara ruh dan jasad . Sebagai perbezaan untukNya dari sekelian makhluk" .
Tammat Kitab Al Muntoqoh.
{ Di kalangan pembantah mengatakan Hadis-hadis tersebut boleh dikompromikan dengan satu hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbaadh bin Saariyah " Sesungguhnya Aku adalah Hamba Allah dan Penyudah segala Nabi .Dan sesungguhnya Adam Alaihis Salam benar-benar tercampak dalam tanah Nya .Aku akan memberitahukan kamu dengan awwal-awwal demikian itu. Ialah seruan bapaku Nabi Ibrahiim,berita gembira Nabi Isa terhadap kedatanganku dan mimpi ibuku dimana dia telah bermimpi , begitulah juga para ibu bagi para Nabi dimana mereka telah bermimpi".
Berkata pembantah: Tiga buah hadis ini ( iaitu Hadis Pertama dan Kedua yang telah kita bahaskan ) masing-masing kuat-menguat ,maka jadilah dia pada kedudukan Sahih yang diperlukan . Mana-mana Hadis yang menyeluruh (umum) atau kurang jelas, maka dijelaskan oleh Hadis-hadis yg terang dan nyata, sekiranya terdapat sifat-sifat demikianMenurut hadis ini ( yang ketiga ini) Allah telah menentukan Kenabian Muhammad saw sebelum diciptakan Adam sebagai seorang manusia. Kenyataan ini menunjjukkan dahulunya ketetapan Allah terhadap perkara itu, tetapi tidaklah pula dia menunjjukkan sedikitpun tanda yang menunjjukan Nabi saw dijadikan sebelum Adam as. Malah hadis yang akhir ini menjelaskan adanya seruan Nabi Ibrahim dan mimpi Ibu Nabi saw?.
DiJawab: Hadis pertama dan Kedua tidak boleh dikompromikan dengan yang ketiga ( iaitu riwayat al Irbaadh ) dengan makna yang begitu dan tidak sah dikopromikan untuk mendapatkan makna seperti yang didakwa . Ini lantaran jika diperhatikan matan Hadis yang ketiga, jika maksud hadis-hadis tersebut kita katakan untuk menceritakan peringkat berlaku semua perkara tersebut adalah didalam Taqdir Ilmu Allah ta'la , maka mustahill makna yang ditunjuk oleh ketiga hadis tersebut adalah begitu. Kerana yang telah maklum, semua maklumat dalam pengetahuan Ilmu Allah swt adalah Qodim.Sediakala yang tidak ada dahulu kemudian. Makna yang seperti itu tidak lagi perlu ditanyakan oleh Para Sahabat kepada Nabi seperti dalam hadis pertama dan kedua.
Jika mereka berkata: Apa bukti awak pada matan hadis itu?.
Jawabnya: Matan hadis tidak jelas menunjukkan makna dalam Taqdir Ilmu Allah.
Kalau kita lihat hadis tersebut jika dibahas disudut Ilmu Nahu atau yang sebangsa dengannya memang nyata tiada bermaksud begitu. Lafaz Abdullah itu sendiripun sudah menunjjukkan sudah tercipta. Lafaz "Sa unabbii uukum bi awwali zaalika" (Aku nak mengkhabarkan kamu dgn awwal demikian itu) ,Awwalu Zaalik (Awwal demikian itu ) isyarat kepada suatu yang jauh , kemana ditujukan isyarat tersebut?. Jika anda berkata "kepada Taqdir Ilmu Allah ", nyatalah salah sebab seruan Nabi Ibrahim a.s dan Rasul saw jadi Nabi tidak dikatakan telah berlaku jika hanya masih diperingkat Taqdir dalam IlmuNya s.w.t . Kerana telah kita sebutkan Maklumat pengetahuan Allah adalah qodim. Sediakala yang tiada mula dan kemudian sebagaimana yang termaklum dalam Ilmu Tauhid. .
Oleh yang demikian makna yang membetuli dengan matan hadis tersebut , hanyalah bermaksud "Perisytiharan Kenabian saja yang dilakukan dimasa Nabi Ibrahim , Nabi Isa a.s dan seterusnya diistiharkan kepada Siti Aminah, Ibu Nabi Saw dan juga kepada semua Ibu Nabi-Nabi. Bukan
Makna yang telah kita terangkan ini jika kita kompromikan dengan hadis yang pertama dan kedua tersebut tidak akan berlaku percanggahan maksud antara keduanya. Makna yang dikompromikan adalah sah dan tepat dengan kaedah mengkopromikan hadis-hadis yang zahirnya
Jika pembantah berkata pula: "Winna Adam alaihis Salam lamunjadilu fi thina tih",
menunjjukkan pada Taqdir Ilmu Allah?.
Dijawab : Tidak begitu, kerana Kalimah "Wainna adalah isti,naf liltaukid sahaja, permulaan untuk mentaukidkan sahaja bagi "Inni Abdullah" sesungguhnya aku hamba Jika diperhatikan kalimah Aku adalah "HAMBA ALLAH" cukup terang mencakupi makna Ruh . Menjadi kenyataan KEWUJUDAN Ruh Saw atau Nur Muhammad saw atau apa yang diistilahkan sebagai Hakikat Muhammadiyyah.
Maka makna hadis tersebut yang terang ialah "Aku sudah menjadi Nabi , atau Ruhku
Selain itu , riwayat yang tercatit dalam Sahih Ibnu Hibban, Al Hakim dan Musnad Imam Ahmad hanya menyebut انى عند الله فى أم الكتاب لختم النبيين ertinya “ Aku disisi Allah dalam Ummul Kitab
Hadis ini yang dapat difahami menurut mafhum Kitab karangan Mulla Ali Al Qori , tiada berlaku sebarang pertentangan dengan hadis terdahulu. Kerana sebagaimana yang telah kita terangkan , ia hanyalah menceritakan Perkara yang sudah ada dalam Pengetahuan Allah swt dan peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku berkenaan Sambutan dan peristiharan Para Nabi yang terdahulu sahaja. Ianya tidak lebih dari "Perkhabaran", yang tidak akan membantah hadis-hadis yang kita utarakan. Rujuk Al Mawrid Ar Rawi fi Mawliddin Nabawi karangan Mulla Ali Al Qori. Muka surat 37.
FATWA (al Marhum) SYEKH MUTAWALLI AS SYA’RAWI.
( Ulamak Tafsir Mesir)
Beliau berkata dalam Kitab Al Fataawa , fatwa no 87: Soal;
Berfirman Allah ta’aala ;
Ertinya " Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah , Satu Cahaya dan Kitab yang
Soalan: , Adakah yang dimaksudkan dengan Cahaya disini ialah Nabi saw atau Al Quran?.
Jawab: Manakala huruf waw (و ) (sendikata dalam ayat tersebut/ athaf mughoyarah ) yang memaksudkan berlainan antara perkara sebelumnya dengan yang selepasnya pada sesuatu Hukum, maka kita memahamkan dari sebab yang tersebut Bahawa Nur bukanlah Al Quran yang mana al quran juga melengkapkan kita dengan method yang boleh mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya (Nur). Nabi Muhammad saw adalah yang telah menunjjukan kita kepada Al Quran.
Dan (dasar) Inilah yang memahamkan kita "Bahawa Nabi Muhammad saw adalah NUR".
Tammat, Fatawa Sheikh Mutawwali Sya`rawi.
Kitab-kitab Tafsir yang menafsirkan Nur yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah Nabi Muhammad saw.
1)Tafsir Athobari.
2)Tafsir Al Qurthubi.
3)Tafsir Ibnu Hatim.
4)Tafsir Baidhowi.
5)Tafsir Jalalain.
6)Tafsir Ibnu Jawzi.
7) Dan lain-lain Tafsir.
Syekh al Allamah Ahmad bin Shawi telah menyatakan dalam Hasyiah Jalallain dalam rangka menafsirkan ayat 15 dari Surah Al Maidah tersebut:
Tammat.
1)
Ertinya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallaahu a'nhuma , "Bahawa Nabi saw, Ruh
Hadis ini diriwayatkan oleh:
Muhammad bin Umar Al A'dani . Pengarang Al Musnad. Kunyahnya Abu Umar . Tinggal diMekah. Melazimi Ibnu Uyaiynah. Berkata Ibnu Hatim "Kaanat fiihi Ghaflah". Wafat pada 43 hijrah. Tetapi beliau merupakan salah seorang Rijal Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah. Pangkat ke 10 disisi Ibnu Hajar Al Asqolani. Berkata Ibnu Hajar al Asqolani dalam Taqrib At Tahzib "
Rujuk Taqrib a'la Tahzib. Ibnu Hajar Al As qolani.
2) Kitab As Syifa bit Ta'rif al Musthafa. Susunan Qadhi I’yadh.
Bab Kemuliaan Nasab Nabi saw.
عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام
Ertinya: “Bahawa adalah Ruh Baginda saw merupakan Cahaya dihadapan Hadrat Allah ta'ala
Beliau berkata:
4) Imam Ahmad bin Hanbal , meriwayatkan dalam Kitab Fadha il Sahabah:
"Sesungguhnya Aku dan Ali adalah cahaya dihadapan Allah swt sebelum tercipta Adam , selama
Beliau meriwayatkan melalui thoriq (jalur riwayat) Al Hasan bin Miqdam (shoduq/jujur) ,Khalid bin Ma'dan (shoduq) , Fudhail bin Iyyad (telah maklum siapa dia Fudhail ini) , Zadhan (shoduq ,
Semua Rijal nampak nya dipercayai . Wallahu a'lam.
5) Az Zahabi juga ada menyebut riwayat ini (hadis no 4 diatas) dalam Mizan .
6) Hadis yang ke 10 dalam Kitab Mawaqif.
Berkata Ibnu Hajar dalam Fatawa Hadisiyah " Sangat Lemah". Tapi semakna dengan hadis
Wallahu a'lam.
7)Soalan-soalan:
Allah telah ada dan tidak ada sesuatu sebelumNya. Dan al-ArsyNya berada di atas air lalu Dia
menuliskan pada ad-Dzikr (Kitab Lauh Mahfuz) segala sesuatu dan Dia menciptakan langit dan
bumi……?.
Jawab: Hadis ini tidak mensorihkan atau memakai kalimat yang jelas seawwal-awwal kejadian .
Soal: Bagaimana pula dengan Hadis dalam Sunan Tirmizi dan Abu Daud dari Ubadah bin Samit pula "Rasulullah SAW bersabda : "Yang pertama diciptakan oleh Allah SWT adalah Qalam
( pena ) kemudian Dia berfirman kepada Qalam " Tulislah" . Qalam bertanya " Apakah yang akan ku tulis?. Berfirman Allah swt " Segala sesuatu yang akan terjadi sehingga hari Qiyamat".
Jawab: Awwal-awwal yg dimaksudkan pada semua hadis-hadis ini ialah AWAL-AWAL CIPTAAN ALLAH SWT SELEPAS ALLAH SWT MENCIPTAKAN AIR ANGIN DAN ARSY.
Maksudnya selepas Allah swt menciptakan ketiga-tiga perkara tersebut , barulah diciptakan Qalam. Bukan pula menunjjukan AWWAL SESUATU YANG TERCIPTA SEBELUM SESUATU adalah Qalam. Maka Hadis Qalam ini SEBENARNYA HANYALAH SEBAGAI MENAFSIRKAN Hadis riwayat Imran bin Husain , dalam Bukhary tersebut.
Kesimpulan: Tidak ternafi awal ,jika terdapat riwayat yang menunjjukan ada sesuatu ciptaan yang mendahului setiap sesuatu ciptaan yang lain. Buktinya pada ulasan Mulla Ali Al Qori:
- Kitab Maurid Rawi. Muka surat 23.
Ertinya: Ulamak khilaf pendapat berkenaan suatu yang terawal daripada makhluk selepas Nur Muhammad saw . Setengah ulamak berpendapat Arasy ,kerana sah riwayat daripada Nabi saw
Riwayat Imam Ahmad ,Tarmizi dan beliau telah mensahihkannya tetapi telah sah dalam satu hadis yang Marfu' daripada Abi Zarin Al Uqaili yang telah meriwayatkannya oleh Imam Ahmad dan Tarmizi " Sesungguhnya air telah diciptakan sebelum Arsy lagi".
Dalam firman Allah ta'la:( Adalah ArsyNya diatas Air).
Megisyaratkan dan menunjjukkan atasnya ( yakni ciptaan Air terdahulu dari arsy pula), maka memahamkan kita bahawa sesungguhnya awal-awal segala sesuatu sebelum sesuatu secara mutlaknya, adalah Nur Muhammad saw, kemudian Air, kemudian Arsy kemudiannya barulah Qalam.

السلام عليكم ورحمة الله وبركته.
الحمد لله الذى خلق السموات والارض. وجعل الظلمات والنور.
والصلاة والسلام على أول الخلق و هو أفضل الكاءنات. وأله وصحبه أصحاب الكرمات. أما
بعد
Assalamu alaikum warah matullaahi
wabarakatuh.
Oleh sebab ramai yang berminat dengan Nur Muhammad , menjawablah saya ala kadarnya. Walaupun saya bukanlah ahlinya. Cuma mudah-mudahan dengan berkat Nur Nabi Muhammad saw inshallah boleh saya menjawab dan mematahkan hujjah -hujjah palsu dan semborono mereka yang berminat untuk tahu , tetapi sinis. Terbaik jikalau kita adakan conference dengan memanggil semua ulamak yang masih hidup yang faham masaalah ini , membincangkannya dengan lebih teliti mungkin lebih adil. Penulisan ini pun hanya sekadar imbasan untuk membuka fikiran pembaca dan peminat pada isu Nur Muhammad ini untuk meneruskan kajian dan meneliti kembali maksud-maksud tersirat dalam ibarat kitab-kitab Thuras.
Persoalan Nur Muhammad saw asalnya bukanlah persoalan akidah yang asas. Sebab itu betul juga kenyataan seorang pengulas yang sinis terhadap isu ini , "Soal Nur Muhammad tidak di sebut dalam akidah Islam, tidak dalam akidah Ahlisunnah Wal Jamaah , baik Salafiah Wahabiyah maupun A'sya irah Maturdiyah". Ya, saya setuju. Bukan perkara asas pada awalnya, kalau mahu percaya tidak mengapa dan kalau tidak percaya pun tidak ada salahnya. Tetapi setelah terbit kajian dan ulasan oleh mereka yang memandang sinis , maka tidak dapat tidak ia akan menjadi perkara asas. Sebab sudah berubah menjadi "mengkafirkan" dan "menyesatkan" tidak sedikit dari golongan Muslimin ,bukan sahaja yang awam terutamanya golongan yang khawas dan ulamak -ulamak besar Islam. Maka sudah menjadi perbincangan bab Akidah.
Sebelum kita pergi jauh membahaskan ulasan ulamak terhadap Nur Muhammad ini, perlu diingatkan bahawa semata-mata kepercayaan Nur Muhammad sahaja yang akan kita bahaskan dahulu. Berkenaan perkara selanjutnya yang didakwa sebahagian orang yang sinis, tentang wahdatul wujud, wali abdal dan sebagainya, kita tinggalkanlah dahulu sebab punca yang asal ini mestilah di fahami sebaiknya. Jika tidak maka akan timbul istilah yang perit ditelinga contohnya meng "kufur" dan "sesat" mengikut selera tanpa pertimbangan yang adil.
Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan masalah Nur Muhammad ini , samada yang maudhu, sahih, dhaif ,dhaif jiddan dan sebagainya. Tetapi diantara semua hadis yang tercatit dalam kitab-kitab turas atau yang diriwayatkan terus dari seseorang ulamak hadis , terdapat satu hadis yang paling masyhur dan mendapat kritikan yang tidak sedikit diantara ulamak.
Saya sempat melihat sebuah dua kitab yang mencatitkan hadis yang kontraversi tersebut iaitu satu hadis riwayat dari Imam Abdul Razak:

"Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak
dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu , beliau berkata;
" Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku berkenaan awwal-awwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu .
Bersabda Nabi saw : Ya Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala.
Pada hal tiada pada waktu itu lagi Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada Neraka dan tiada Malaikat tiada langit dan tiada bumi dan tiada matahari dan tiada bulan dan tiada jin dan tiada manusia…..hingga akhir al hadis.
Hadis ini menjadi masalah disisi mereka yang kontra dengan mengatakan maudhu disebabkan tiada catitannya dalam Musannaf Abd Razak. Lantaran itu dikatakan maudhu, rekaan dan tidak munasabah dengan akal.
Tetapi mereka mesti mengkaji terlebih dahulu , semua nukilan komentar Ulamak Islam yang berpuluh -puluh bahkan beratus pada hadis ini dan komentar mereka yang positif berkenaan makna hadis ini yang tidak sedikit pun bercanggah dengan hadis -hadis yang lain walaupun disisi Akidah Islam.
Kitab-kitab yang menukilkan hadis ini atau yang satu makna dengannya menyebut :

"Telah meriwayatkan oleh Imam
Abdul Razak dalam Kitab Musannaf beliau". Ada pula yang mencatit "Di riwayatkan" sahaja oleh
Abdul Razak”.
Oleh sebab itu, mesti diberi perhatian berkenaan sanad hadis ini dahulu dengan dilihat di beberapa aspek , diantaranya :
a) Adakah terdapat periwayatan yang selain dari jaluran Musannaf beliau ?.
b) Adakah berkemungkinan "Tahammul" hadis tersebut tanpa menerusi catitan dalam Musannaf beliau?.
c) Atau mungkinkah Musannaf Abdur Razak mengalami perubahan -perubahan sepertimana yang masyhur?.
d) Dan hendaklah juga diperhatikan , betapa banyaknya hadis-hadis yang Sahih dan Hasan yang satu makna dengan Hadis tersebut.
Salah satu kemungkinan tersebut adalah pasti berlaku setelah kita meneliti kitab-kitab yang menukilkan hadis tersebut dan memerhati sanad dan silsilah Hadis, bagi pengarang kitab-kitab yang membawa hadis itu atau yang semakna dengannya.
e) Dan diperhatikanlah ,adakah tidak diterima aqal pada perbahasan aqliyah berkenaan kesahihan Akal "terawalnya" Nur Muhammad dari yang lain.
f)Atau dikatakan sekurang-kurangnya kita hendaklah meneliti dahulu betapa penerimaan tidak sedikitnya ulamak ditiap-tiap displin ilmu terhadap Konsep Nur Muhammad saw ini.
Setelah kita mengkaji secara menyeluruh ,mungkinkah boleh diterima kepercayaan terhadap Nur Muhammad dikatakan berasal dari Rekaan Falasah Greek kuno?. Wal iyyazabillah. Atau dari ambilan yang tidak berdasarkan Ilmu ,sehingga dijadikan asas ajaran Tarekat ,Tasawuf dan sebagainya. Atau dijadikan asas ajaran Wahdatul wujud yang menyimpang. Lantaran itu diharamkan Kitab Maulid Barzanji, Daibae, Kitab Maulud Habsyi dan yang sebangsa dengannya. Betulkah begitu?.
Kitab Mawahibul Ladunniyyah , buah tangan Syekh al Allamah Al Qastholani , seorang Imam Hadis yang ulung wafat pada 923 hijrah .Mempunyai banyak karangan bermutu khasnya bidang hadis. Pengarang Syarah Hadis Bukhari iaitu kitab Irsyadus Sari - 10 jilid. Latarbelakang beliau boleh didapati dalam Syazaratuz Zahab juzuk 8 muka surat 121 , dan beberapa buah kitab Thabaqat Ulamak.
Kitab Mawahib yang mencatit Hadis
tersebut dikomentari/ diSyarahkan oleh Al Allamah Zurqoni- Pensyarah Kitab
Hadis Muwata Imam Malik - 4 jilid.
Al Allamah Zurqoni mengulas hadis tersebut dengan katanya :
Al Allamah Zurqoni mengulas hadis tersebut dengan katanya :
Di juzuk 1, berkenaan hadis tersebut,:
"Meriwayatkan Abdur Razaq
bin Hammam bin Nafi' al Himyari , hal keadaan beliau meriwayatkan dari Ma'mar
dan Ibnu Juraij dan Malik dan Sufiyanain ( iaitu Sufian Athsauri dan sufian Al Uyainah) dan
Al Auzaie dan Khlaq (golongan perawi yang ramai) ,dan (meriwayatkan
juga) dari Nya ( Khalq atau dhamir "Nya" merujuk kepada Ma'mar dan
seterusnya ) oleh Ahmad dan Ishaq dan selain dari beliau keduanya,
( oleh yang demikian , hadis ini berdasarkan ) dengan sanadNya (Abd Razak
) yang terang nyata , jika tidak begitu maka ianya adalah berdasarkan
madlul yang telah beliau riwayatkan dari Sayidina Jabir r. anhu". Wallahu A'lam.
Jika dilihat kenyataan dari Al Allaamah Zurqoni tersebut memang ada dasar munasabah sanad Hadis ini yang berhubung terus kepada Jabir radiallahu anhu. Sebagaimana yang juga kita dapati ulasannya tidak sedikit daripada para ulamak. Sedangkan Al Allamah Zurqoni misalnya , sudah tentu mempunyai "Tahammul" sanad tersendiri sehingga sampai kepada Imam Abdul Razaq. Jika ada yang berminat mengetahui hadis ini bolehlah membaca buku Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia melayu oleh al Marhum al Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah. Khazanah Fathaniyah , KL. Mungkin sedikit sebanyak boleh diambil manfaat.
Jika dilihat kenyataan dari Al Allaamah Zurqoni tersebut memang ada dasar munasabah sanad Hadis ini yang berhubung terus kepada Jabir radiallahu anhu. Sebagaimana yang juga kita dapati ulasannya tidak sedikit daripada para ulamak. Sedangkan Al Allamah Zurqoni misalnya , sudah tentu mempunyai "Tahammul" sanad tersendiri sehingga sampai kepada Imam Abdul Razaq. Jika ada yang berminat mengetahui hadis ini bolehlah membaca buku Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia melayu oleh al Marhum al Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah. Khazanah Fathaniyah , KL. Mungkin sedikit sebanyak boleh diambil manfaat.
HADIS-HADIS , TAFSIRAN AYAT QURAN DAN ULASAN ULAMAK MUKTABAR BERKAITAN DENGAN NUR MUHAMMAD SAW.
HADIS PERTAMA.
عن أبى هريرة رضى الله عنه : قال : قالوا : يا رسول الله , متى كتبت النبوة ؟ . قال : وأدم بين الروح والجسد
Dari Abi Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat “ Wahai
Rasulullah , Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?". Bersabda Rasulullaah saw
" Sedang hal Adam diantara Ruh dan Jasad".Hadis Riwayat At Tarmuzi dan
beliau berkata : Hadis Hasan Sohih Ghorib
Kitab Alhadis Al Munthoqah , buah tangan Al Muhaddis Abdullah bin Muhammad Al Ghumari:Beliau mensyarahkan hadis ini , menyebut :
" Bilakah telah wajib bagi anda Nubuwah ?"
Seperti inilah juga terdapat pada Riwayat Al Hakim ,Abi Nu'im, Al Baihaqi dan Al
Hakim telah Mensahihkannya juga.
Tersebut pada satu riwayat yang lain :"Mata kutibta Nabiyyan?" ertinya" Bilakah di wajibkan pada anda Kenabian?". Bersabda Saw " Adalah Aku Nabi pada hal Adam diantara Ruh dan Jasad".
Ini adalah riwayat Abi Umar dan Ismail bin Najid yg merupakan sebahagian darinya (dari keseluruhan hadis).
Pada riwayat lain lagi " Bilakah anda Jadi Nabi ?." yaitu riwayat Maisarah yang akan dibahaskan nanti pada hadis yang kedua nanti. Sama seperti yang diriwayatkan oleh Maisarah ini, riwayat daripada Ibnu Abbas radiallahu anhu disisi Al Bazzar, At Thobarani dan Abi Nu aim .
Manakala Riwayat Ibnu Abi Al Jad a'a pula disisi Ibnu Saad dan Ibnu Qoni'.
Manakala yg diriwayatkan oleh Mathraf bin Abdullah bin As Syakhir adalah disisi Ibnu Sa'ad juga.
Pada riwayat Asya'bi pula : Seorang lelaki berkata ( bertanya) kepada Nabi saw :" Bilakah anda
dijadikan Nabi ?. ( Mata ustunbi, ta
) . Bersabda Nabi saw " Padahal Adam (berada ) diantara Ruh dan Jasad
ketika diambilkan daripadaku perjanjian".
Ibnu Saad juga ada meriwayatkan seperti ini ( Riwayat As Sya'bi tersebut) tetapi perawi yang meriwayatkan dari Sya'bi adalah Jabir Al Ju'fi.
Satu lagi riwayat dari As Shona bihi ,beliau berkata : Berkata Umar r,anhu " Bilakah anda telah jadi Nabi ?. Bersabda Nabi saw " Pada hal Adam tercampak ( iaitu masih belum terbentuk ) pada tanah keras (tanah liat)".Hadis ini telah meriwayatkannya oleh Abu Nuim dalam Kitab Dalaa ilunubuwwah. .
Kesemua riwayat-riwayat hadis ini adalah berhampiran maksud dan lafaznya (iaitu mutaqaribah).
Yang di kehendaki dengan (maksud) segala riwayat ini ialah mengkhabarkan wajib keNabian Nya saw, iaitu sabitnya pangkat Nabi bagi Ruh Nabi saw yang mulia, telah diciptakan sebelum semua Ruh diciptakan.
Ibnu Saad juga ada meriwayatkan seperti ini ( Riwayat As Sya'bi tersebut) tetapi perawi yang meriwayatkan dari Sya'bi adalah Jabir Al Ju'fi.
Satu lagi riwayat dari As Shona bihi ,beliau berkata : Berkata Umar r,anhu " Bilakah anda telah jadi Nabi ?. Bersabda Nabi saw " Pada hal Adam tercampak ( iaitu masih belum terbentuk ) pada tanah keras (tanah liat)".Hadis ini telah meriwayatkannya oleh Abu Nuim dalam Kitab Dalaa ilunubuwwah. .
Kesemua riwayat-riwayat hadis ini adalah berhampiran maksud dan lafaznya (iaitu mutaqaribah).
Yang di kehendaki dengan (maksud) segala riwayat ini ialah mengkhabarkan wajib keNabian Nya saw, iaitu sabitnya pangkat Nabi bagi Ruh Nabi saw yang mulia, telah diciptakan sebelum semua Ruh diciptakan.
Riwayat "Mata kutibta ?." Bilakah telah di wajibkan ?, makna "kitabah" pada hadis tersebut adalah juga bermaksud wujub (wajib) dan sabit pada luaran (kho riji) . Kerana (lafaz) "Kitabah" digunakan pada perkara yang wajib yang zohir di luaran sebagaimana (istilah yang digunakan oleh Al Quran) { Kutiba alaikumus Syiyam , Katab Allahu li Aghlubannahunna, dan Kutiba alaikumul qishas}.
Kesimpulan (dari bahasan diatas) Bahawa Allah ta'ala telah melimpahkan Sifat Kenabian keatas Ruh Nabi saw yang Mulia atau HakikatNya saw yang terpuji ,pada ketika mana Adam a.s masih tercampak atas bumi (yakni Adam belum terbentuk lagi ) sebelum ditiupkan Ruh padanya. Dan limpahan Kenabian pada waktu ini melazimkan terdahulu kejadianNya saw atas yang selain Nya saw sepertimana yang Nyata terang . Inilah yang dimaksudkan oleh Pengarang-pengarang Sirah dan Maulid Saw dengan kata mereka :
" Diciptakan Nur Nya saw sebelum sesuatu".
Kerana Ruh Nya saw yg mulia adalah Maujud , yang bersifat dengan sifat Kenabian sebelum ditiupkan Ruh Adam sepertimana yang telah terang nyata.
Ruh adalah Jisim yang Nurani (bangsa cahaya) yg Latif (seni , halus) sepertimana yg telah di Tahkikkan oleh Ibnu Qayyim dan selain beliau.
{ Komen penulis artikle ini: Berkenaan tahkik tentang keadaan Roh , disebut juga oleh Imam Ghazali , Imam Fakhru Raazi dan Jumhur pentahkik Ahli Sunnah wal Jamaah. Disini juga nyata salah, tuduhan mereka yang kontra dengan menuduh mempercayai Nur Muhammad saw bererti menganggapnya sebagai Qadim seperti Tuhan . Wal iyyazabillah. Lantaran itu Haram , kufur dan sesat mengamalkan Maulid Barzanji dan yang semisal dengannya. Kalau kita lihat hujjah mereka, kufurnya Kitab Maulid Barzanji . Mereka menghujjah satu ayat didalam Kitab Maulid Barzanji berkenaan Hakikat Muhammadiyyah menunjjukkan ianya qadim. Sebenarnya mereka tersalah merujukkan dhamir . Dimanalah kedudukan mereka ini yang mendakwa sebagai Pentahkik dan Penganalisa semula Ilmu Para Ulamak ?, padahal Dhomir rujukan masih tidak diketahui?. Hubaya-hubaya lah Umat pada bahaya celupar mulut , ditakuti kembali kepada diri penuduh }.
Oleh yg demikian telah datang
beberapa jalan hadis (thuruq) dari Qatadah dari Al Hasan dari Abi Hurairah dari
Nabi saw pada Firman Allah ta'ala yg bermaksud:
" Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian daripada para Nabi"
surah Al Ahzab ayat 7 .
" Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian daripada para Nabi"
surah Al Ahzab ayat 7 .
Bersabda Nabi saw: ‘ Aku adalah awal-awal daripada para Nabi dan yang terakhir dari mereka yang diutuskan'.
Maka memulailah Allah dengan Nya saw sebelum
mereka .
Hadis ini adalah riwayat Ibnu Abi Hatim dan selain mereka.
Tapi riwayat dari Ibnu Saad dari Qatadah , Hadis Mursal dengan lafaz:
" Aku adalah seawwal manusia pada kejadian dan yang terakhir dari mereka pada diutuskan".
{ Mereka yang kontra mendhoifkan hadis ini , Tapi lupa ianya mempunyai banyak Turuq
( jalan riwayat), samada atas metod syawahid atau tawabi’ yang jika dihimpunkan akan menaikkan martabat nya.}
Al Manawi berkata dalam Syarah Al Jaamius Saghir : " Allah Taa'la telah mencipta Hakikat yg mana memang lemah oleh akal kita dari mengenalinya dan telah melimpahkan atasnya Sifat Kenabian semenjak ketika itu lagi . Kemudian apabila sampailah masa selesai untuk nama Al Batin kepada Az Zohir ,menyatakanlah Allah Taa'ala kesemuaNya saw dengan ber Jisim (bertubuh) dan Ruh" .Tamat al Manawi .
Dalam satu Hadis yg meriwayatkan kisah Isra , yg diriwayatkan oleh Abi Hurairah r,anhu :

" Telah Ia menjadikan
(ciptakan) daku Pembuka ( Al Fatih ) dan Penyudah
(Al Khatim) ".
{ Hadis berkenaan Isra ini, salah satunya , sudah maklum Kesahihan disudut maknanya}.
Iaitu Pembuka (permulaan) bagi Makhluk yang ada , Penyudah bagi Nyata Kenabian.

Sesungguhnya telah membahas pada mentaqrirkan (
memantapkan) makna ini dan menerangkannya oleh Al Imam Al Hafiz Taqiyuddin As
Subki ( Imam Subki ) didalam Risalah At Ta'zim wal Minnah pada ayat ( Latu,
minunna bihi wa latansurannah ). Telah dicetak bersama-sama Kitab
Fatawa beliau. Al Hafiz Sayuthi telah menaqalkan bahasan tersebut dalam
Khashaisul Kubro , Imam Al Qastalany dalam Al Mawahibul Laduniyyah dan selain
dari mereka.
PERINGATAN
Zaki Mubarak menulis satu rencana dalam buku beliau At Tasawuf Islamy ( Tasawuf Islam ) bertajuk Hakikat Muhammadiyah . Dia menyangka bahawa Sufi telah gulat menyeleweng pada Hakikat Muhammadiyah ini sebagaimana meyelewengnya Orang Nasara (Kristian ) pada Hakikat Isawiyah .
{ Hakikat Isa iaitu trinity .Termasuk juga tuduhan mereka terhadap Nur Muhammad (atau disebut juga sebagai Hakikat Muhammadiyah) dgn menyamakan Nya dengan konsep Falasafah Greek kuno. Aduhai jahilnya mereka sampai tidak tahu membezakan yang mana Qodim yang mana Baharu}.
Dia ( Zaki ) membahas beberapa hadis , " Adalah aku Nabi padahal Adam masih antara Ruh dan Jasad ". Disangkanya hadis batil, maudhu. Dia menguatkan sangkaannya dengan menaqal kata-kata Zahabi didalam Al Mizan terhadap Rijal hadis-hadis ini. Padahal kesemua sangkaannya adalah salah dan keji. Kerana Sufi tidak menyeleweng , bahkan mereka { Juga semua para ulama muktabar yang masyhur jadi ikutan dalam berbagai bidang Ilmu } menyebut perkara yang mereka faham dari pada Hadis-hadis sekadar kefahaman yang dianugerahi Allah kepada mereka.
Lagi pula telah menjadi adat Zahabi metasrihkan dengan membatalkan Hadis-hadis
yang Sahih , bahkan kadang-kadang yang Mutawatir pun juga dibatalkannya. Padahal dia mengetahui Kesahihan dan Mutawatirnya Hadis tersebut tidaklah maksud beliau Batal mutlak begitu. sahaja . Yang dimaksudkan yang sebenar ialah Batalnya dari sudut jalan perawi ( Thoriq Rawi) yang di dikisahkan sahaja.
Ini adalah kebiasaan setiap mereka yg membahaskan tentang hadis-hadis Dhaif . Seperti Ibnu Saban , Ibnu A'diy dan Uqaily. Dan ini juga ma'ruf masyhur dikalangan mereka yg mahir Ilmu Hadis .
Maka berpegang Zaki Mubarak pada Kitab al-Mizan kerana semata-mata bertujuan untuk membatalkan Hadis-hadis yang tersebut, adalah satu Kejahilan yang besar yang tidak layak melainkan untuk orang yang seperti Dia sahaja.
PERINGATAN
Zaki Mubarak menulis satu rencana dalam buku beliau At Tasawuf Islamy ( Tasawuf Islam ) bertajuk Hakikat Muhammadiyah . Dia menyangka bahawa Sufi telah gulat menyeleweng pada Hakikat Muhammadiyah ini sebagaimana meyelewengnya Orang Nasara (Kristian ) pada Hakikat Isawiyah .
{ Hakikat Isa iaitu trinity .Termasuk juga tuduhan mereka terhadap Nur Muhammad (atau disebut juga sebagai Hakikat Muhammadiyah) dgn menyamakan Nya dengan konsep Falasafah Greek kuno. Aduhai jahilnya mereka sampai tidak tahu membezakan yang mana Qodim yang mana Baharu}.
Dia ( Zaki ) membahas beberapa hadis , " Adalah aku Nabi padahal Adam masih antara Ruh dan Jasad ". Disangkanya hadis batil, maudhu. Dia menguatkan sangkaannya dengan menaqal kata-kata Zahabi didalam Al Mizan terhadap Rijal hadis-hadis ini. Padahal kesemua sangkaannya adalah salah dan keji. Kerana Sufi tidak menyeleweng , bahkan mereka { Juga semua para ulama muktabar yang masyhur jadi ikutan dalam berbagai bidang Ilmu } menyebut perkara yang mereka faham dari pada Hadis-hadis sekadar kefahaman yang dianugerahi Allah kepada mereka.
Lagi pula telah menjadi adat Zahabi metasrihkan dengan membatalkan Hadis-hadis
yang Sahih , bahkan kadang-kadang yang Mutawatir pun juga dibatalkannya. Padahal dia mengetahui Kesahihan dan Mutawatirnya Hadis tersebut tidaklah maksud beliau Batal mutlak begitu. sahaja . Yang dimaksudkan yang sebenar ialah Batalnya dari sudut jalan perawi ( Thoriq Rawi) yang di dikisahkan sahaja.
Ini adalah kebiasaan setiap mereka yg membahaskan tentang hadis-hadis Dhaif . Seperti Ibnu Saban , Ibnu A'diy dan Uqaily. Dan ini juga ma'ruf masyhur dikalangan mereka yg mahir Ilmu Hadis .
Maka berpegang Zaki Mubarak pada Kitab al-Mizan kerana semata-mata bertujuan untuk membatalkan Hadis-hadis yang tersebut, adalah satu Kejahilan yang besar yang tidak layak melainkan untuk orang yang seperti Dia sahaja.
HADIS KEDUA
Dari Maisarah al Aj rah beliau berkata :
قلت يا رسول الله . متى كنت نبيا ؟. قال : وأدم بين الروح والجسد
“Daku Berkata " Wahai Rasulullah , Bila Anda telah menjadi Nabi?. Baginda bersabda " Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad"
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad , Al Bukhary dalam Tarikh , AtThobarany dan Al Hakim beliau mensahihkannya.
Berkata Al Hafiz (Ibnu Hajar al Asqolani)" Sanadnya adalah Kuat ".
Hadis menyebut " Mata Kunta Nabiyyan?". Ertinya " Bilakah anda telah menjadi Nabi?. … Al Hadis.
Telah selesai dahulu syarahan makna keadaanNya Adalah Nabi dalam Hadis tersebut ,tanpa ada lagi tambahan kecuali (satu perkara lagi yaitu) ,terdapatnya sebahagian ulamak yg menafsirkan maksud kehendak dari hadis ini dan perkara yang dalam maknanya ialah:
"Tetap KenabianNYA dalam Ilmu Allah dan TaqdirNya".
Kalau begitu maksud hadis tersebut adalah:
" Aku telah menjadi Nabi pada Taqdir Allah ,sedang Adam diantara Ruh dan jasad" .
Seperti itu jugalah Dia akan berkata pada tafsiran hadis " Aku adalah awal-awal Nabi pada kejadian", bahawa maksudnya adalah Kejadian Taqdir tidak Ijad ( ciptaan ) .
Kesemua ini , (yaitu) kesimpulan dari (penafsiran-penafsiran sebegitu pada ) perkara tersebut adalah batil kerana beberapa wajah :
(Pertama) Bahawa Kenabian Nabi sallalaahu alaihi wa ala aalihi wasallam adalah tetap dalam Ilmu dan Taqdir Allah Ta'ala semenjak azali lagi . Maka mentakhsiskannya (menentukan Perlantikan Kenabian) dengan waktu keadaan Adam diantara Ruh dan Jasad adalah lagho ( yang akan mensia-siakan makna hadis tersebut oleh itu ) ,wajiblah mesucikan hadis tersebut dari demikian .
(Kedua) Bahawa Kenabian para Nabi Alaihimus salam, bahkan seluruh yg ada semuanya adalah sabit dalam Ilmu Allah Ta'ala dan TaqdirNya . Maka tiada apa lagi yg tinggal (takhsis) untuk Nabi saw pada keistimewaan ini daripada yang lain. Padahal hadis tersebut hanyalah datang ia untuk menerangkan satu keistimewaan (khususiah), maka tidak dapat tidak bahawa (mesti) ada didalamnya makna kelebihan yang tidak berkongsi padanya oleh orang lain.Kalau tidak begitu nescaya adalah hadis tersebut sia-sia .
Demikian itu adalah batil.
(Ketiga) Bahawa Para Sahabat ,mereka mereka bertanya kepada baginda dengan kata mereka " Bilakah Anda menjadi Nabi?" , padahal mereka mengetahui bahawa Kenabian Baginda telah tetap dalam pengetahuan Allah ta'ala dan TaqdirNya . Bahkan mereka mengetahui bahawa segala sesuatu kesemuanya telah tetap ada pada pengetahuan Allah dan TaqdirNya. Maka mereka secara darurinya (mudah tanpa perlu memusatkan fikiran ) , hanyalah menghendaki dengan soalan mereka tersebut, untuk mengetahui satu kadar yg lebih daripada apa yg telah mereka ketahui.
(Keempat) Bahawa Umar r,anhu (pada riwayat Ashona bih) telah bertanya: " Bilakah Anda telah jadi Nabi ?". " Mata ja'alta nabiyyan?" Lafaz ini terang bermakna tashyir ( tercipta) iaitu "Mata shayyarta nabiyyan?". Demikian itu tidak berlaku melainkan pada suatu yang memang maujud (telah ada) yg sah ia bersifat dengan yg telah jadi atau yg sudah tercipta , sepertimana juga jika anda berkata :" Ja'altu qit'ataz zahab Khotiman".
Iaitu saya telah buat /cipta kan
(j'altu) sepotong emas menjadi sebentuk cincin”.seperti itulah ,sepotong emas
tersebut sememangnya telah ada. Cuma tidak ia bersifat cincin lagi melainkan
setelah menjadi cincin dan tercipta.
{ Selain kalimah“Ja’alta” , kalimat .(كنت) “Kunta” pada hadis tersebut adalah juga menunjjukkan telah tercipta. Para pembantah mengatakan logiknya makna hadis tersebut hanya menunjjukkan peristiharan jadi Nabi didalam taqdir Ilmu Allah. Ini telah telah jelas kemustahillannya dan batalnya berdasarkan Mafhum hadis-hadis tersebut. lebih jelas lagi jika diperhatikan pertanyaan Sayyidina Umar Radiallahu anhu yg bertanyakan Rasulullah saw "Bilakah Anda telah menjadi Nabi?". Terang dan jelas bahawa Saydina Umar adalah Sahabat yang bijaksana yg tidak sepatutnya beliau bertanyakan Rasulullah saw suatu perkara yg telah maklum dan tidak memberi faedah yg lebih daripada maklumat yang sudah tersedia ada, juga mustahil Rasulullah saw akan memberikan satu jawaban yang tiada faedah dan bertentangan dengan musyahadah yang dharuri lagi putus, yakni penyaksian yg meyakinkan bahawa baginda s.a.w telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah ketika berusia 40 tahun. Atau sesuatu yang sudah maklum pada Taqdir Allah ta'ala. Oleh itu ,apakah maksud sebenar pertanyaan dan jawapan didalam dialog antara Rasul dan Umat Nya s.a.w?.
Disini lah Fokusnya dan disinilah maksud dan intipati Hadis -hadis tersebut yang menunjjukkan tidak lain tidak bukan ianya hanyalah satu khususiah atau keistimewaan Nabi saw berbanding dgn Nabi-nabi lain. Yaitu Nur Mustafa saw atau Ruh Nya saw atau Hakikat Muhammadiyyah telah diciptakan terdahulu dari segala sesuatu . Wallahu a'lam}.
(Kelima) Bahawa kewujudan sesuatu didalam Ilmu Allah ta'la dan TaqdirNya tidak tertasawwur dalamNya terdahulu setengah perkara daripada setengah yang lain. Tidaklah dikatakan "Aku adalah awwal Nabi pada ciptaan (yang berlaku dalam Ilmu dan Taqdir Allah ta'ala", sebab kedua perkara tersebut adalah sediakala yang tiada dahulu dan kemudian) ,kerana lazim daripada itu perkara yang tidak layak pada Allah ta'ala. Hanya yang sah dikata dulu kemudian itu pada kejadian /yang telah tercipta dengan makna ijad (cipta). Kerana ia adalah sifat fi'il yang boleh ditasawurkan dengannya terdahulu sebahagian hadis (perkara baharu/makhluk) dari yang lain sebagaimana yang telah menunjjuk oleh Quran dan hadis .
Maka oleh yang demikian, batal dakwaan sebahagian mereka dan jelas apa yang telah kami terangkan , iaitu : "Allah swt melimpahkan keatas Ruh Nabi Nya saw yang mulia atau atas Hakikat Muhammadiyyah saw akan sifat Kenabian , dan memakaikanNya persalinan Al Qurb padahal Adam masih diperingkat diantara ruh dan jasad . Sebagai perbezaan untukNya dari sekelian makhluk" .
Tammat Kitab Al Muntoqoh.
Sehiris
Komentar dari penulis.
{ Di kalangan pembantah mengatakan Hadis-hadis tersebut boleh dikompromikan dengan satu hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbaadh bin Saariyah " Sesungguhnya Aku adalah Hamba Allah dan Penyudah segala Nabi .Dan sesungguhnya Adam Alaihis Salam benar-benar tercampak dalam tanah Nya .Aku akan memberitahukan kamu dengan awwal-awwal demikian itu. Ialah seruan bapaku Nabi Ibrahiim,berita gembira Nabi Isa terhadap kedatanganku dan mimpi ibuku dimana dia telah bermimpi , begitulah juga para ibu bagi para Nabi dimana mereka telah bermimpi".
Berkata pembantah: Tiga buah hadis ini ( iaitu Hadis Pertama dan Kedua yang telah kita bahaskan ) masing-masing kuat-menguat ,maka jadilah dia pada kedudukan Sahih yang diperlukan . Mana-mana Hadis yang menyeluruh (umum) atau kurang jelas, maka dijelaskan oleh Hadis-hadis yg terang dan nyata, sekiranya terdapat sifat-sifat demikianMenurut hadis ini ( yang ketiga ini) Allah telah menentukan Kenabian Muhammad saw sebelum diciptakan Adam sebagai seorang manusia. Kenyataan ini menunjjukkan dahulunya ketetapan Allah terhadap perkara itu, tetapi tidaklah pula dia menunjjukkan sedikitpun tanda yang menunjjukan Nabi saw dijadikan sebelum Adam as. Malah hadis yang akhir ini menjelaskan adanya seruan Nabi Ibrahim dan mimpi Ibu Nabi saw?.
DiJawab: Hadis pertama dan Kedua tidak boleh dikompromikan dengan yang ketiga ( iaitu riwayat al Irbaadh ) dengan makna yang begitu dan tidak sah dikopromikan untuk mendapatkan makna seperti yang didakwa . Ini lantaran jika diperhatikan matan Hadis yang ketiga, jika maksud hadis-hadis tersebut kita katakan untuk menceritakan peringkat berlaku semua perkara tersebut adalah didalam Taqdir Ilmu Allah ta'la , maka mustahill makna yang ditunjuk oleh ketiga hadis tersebut adalah begitu. Kerana yang telah maklum, semua maklumat dalam pengetahuan Ilmu Allah swt adalah Qodim.Sediakala yang tidak ada dahulu kemudian. Makna yang seperti itu tidak lagi perlu ditanyakan oleh Para Sahabat kepada Nabi seperti dalam hadis pertama dan kedua.
Kalau dikatakan juga boleh berlaku
begitu, bagaimana pula boleh berlaku Nabi Ibrahim menyeru, Nabi Isa
mengiklankan Kedatangan Rasulullaah dan Ibu Nabi bermimpi diketika yang tidak
berlakunya dahulu dan kemudian?.Sudah tentulah Mustahil berlaku
begitu
.
Jika mereka berkata: Apa bukti awak pada matan hadis itu?.
Jawabnya: Matan hadis tidak jelas menunjukkan makna dalam Taqdir Ilmu Allah.
Tidak ada
satupun kalimah yang boleh diIhtimalkan maknanya berlaku perkara-perkara tersebut dalam Ilmu
Allah.
Kalau kita lihat hadis tersebut jika dibahas disudut Ilmu Nahu atau yang sebangsa dengannya memang nyata tiada bermaksud begitu. Lafaz Abdullah itu sendiripun sudah menunjjukkan sudah tercipta. Lafaz "Sa unabbii uukum bi awwali zaalika" (Aku nak mengkhabarkan kamu dgn awwal demikian itu) ,Awwalu Zaalik (Awwal demikian itu ) isyarat kepada suatu yang jauh , kemana ditujukan isyarat tersebut?. Jika anda berkata "kepada Taqdir Ilmu Allah ", nyatalah salah sebab seruan Nabi Ibrahim a.s dan Rasul saw jadi Nabi tidak dikatakan telah berlaku jika hanya masih diperingkat Taqdir dalam IlmuNya s.w.t . Kerana telah kita sebutkan Maklumat pengetahuan Allah adalah qodim. Sediakala yang tiada mula dan kemudian sebagaimana yang termaklum dalam Ilmu Tauhid. .
Alangkah senangnya jika difahamkan
makna yang menjadi pegangan majoriti ulamak , iaitu Peristiharan
Kenabian saw terhadap Ruh Baginda saw, sebelum Baginda di lahirkan oleh Bonda
Baginda. Kalau disini menunjjuk samada dimasa sebelum Rasulullah
saw dilahirkan. Kita nak tanya, masa sebelum Rasulullah dilahirkan bila?.
Adakah semestinya dalam Taqdir Ilmu Allah sahaja?. Jawabnya tentulah tidak.
Sedangkan kalau dipakai makna Perisytiharan dalam Taqdir Allah taala, sudahlah
tentu tidak munasabah sebagaimana yang telah dibahaskan.
Oleh yang demikian makna yang membetuli dengan matan hadis tersebut , hanyalah bermaksud "Perisytiharan Kenabian saja yang dilakukan dimasa Nabi Ibrahim , Nabi Isa a.s dan seterusnya diistiharkan kepada Siti Aminah, Ibu Nabi Saw dan juga kepada semua Ibu Nabi-Nabi. Bukan
menunjjukkan Perisytiharan pada
Taqdir
.
Maka makna yang begini tidak bercanggah dengan mana-mana bidang ilmu , samada Akidah atau Tafsir .
Maka makna yang begini tidak bercanggah dengan mana-mana bidang ilmu , samada Akidah atau Tafsir .
Makna yang telah kita terangkan ini jika kita kompromikan dengan hadis yang pertama dan kedua tersebut tidak akan berlaku percanggahan maksud antara keduanya. Makna yang dikompromikan adalah sah dan tepat dengan kaedah mengkopromikan hadis-hadis yang zahirnya
berlawanan. Lagi pula menguatkan
antara satu sama lain. Wallahu a'lam.
Jika pembantah berkata pula: "Winna Adam alaihis Salam lamunjadilu fi thina tih",
menunjjukkan pada Taqdir Ilmu Allah?.
Dijawab : Tidak begitu, kerana Kalimah "Wainna adalah isti,naf liltaukid sahaja, permulaan untuk mentaukidkan sahaja bagi "Inni Abdullah" sesungguhnya aku hamba Jika diperhatikan kalimah Aku adalah "HAMBA ALLAH" cukup terang mencakupi makna Ruh . Menjadi kenyataan KEWUJUDAN Ruh Saw atau Nur Muhammad saw atau apa yang diistilahkan sebagai Hakikat Muhammadiyyah.
Maka makna hadis tersebut yang terang ialah "Aku sudah menjadi Nabi , atau Ruhku
sudah jadi Nabi atau Nur ku sudah di
Isytiharkan jadi Nabi semasa Adam masih lagi
belum wujud" . Wallahu a'lam.}
Selain itu , riwayat yang tercatit dalam Sahih Ibnu Hibban, Al Hakim dan Musnad Imam Ahmad hanya menyebut انى عند الله فى أم الكتاب لختم النبيين ertinya “ Aku disisi Allah dalam Ummul Kitab
(PengetahuanNya)
adalah Kesudahan Nabi”.
Hadis ini yang dapat difahami menurut mafhum Kitab karangan Mulla Ali Al Qori , tiada berlaku sebarang pertentangan dengan hadis terdahulu. Kerana sebagaimana yang telah kita terangkan , ia hanyalah menceritakan Perkara yang sudah ada dalam Pengetahuan Allah swt dan peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku berkenaan Sambutan dan peristiharan Para Nabi yang terdahulu sahaja. Ianya tidak lebih dari "Perkhabaran", yang tidak akan membantah hadis-hadis yang kita utarakan. Rujuk Al Mawrid Ar Rawi fi Mawliddin Nabawi karangan Mulla Ali Al Qori. Muka surat 37.
FATWA (al Marhum) SYEKH MUTAWALLI AS SYA’RAWI.
( Ulamak Tafsir Mesir)
Beliau berkata dalam Kitab Al Fataawa , fatwa no 87: Soal;
س: يقول الحق تبارك وتعالى : قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين .
فهل المقصود بالنور هناك ألنبى أم القرأن؟.
ج: لما كانت واو العطف تقتضى مغايرة ما قبلها لما بعدها فى
الحكم , فاءننا نفهم من ذلك أن النور ليس هو الكتاب (القرأن) الذى يشتمل على
المنهج الذى يخرجنا من الظلمات الى النور.
و محمد صلى الله عليه وسلم هو الذى دلنا على الكتاب وهذا
يصل بنا الى أن محمدا هو النور.
Berfirman Allah ta’aala ;
قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين
Ertinya " Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah , Satu Cahaya dan Kitab yang
nyata". Surah Al Ma idah ayat
15.
Soalan: , Adakah yang dimaksudkan dengan Cahaya disini ialah Nabi saw atau Al Quran?.
Jawab: Manakala huruf waw (و ) (sendikata dalam ayat tersebut/ athaf mughoyarah ) yang memaksudkan berlainan antara perkara sebelumnya dengan yang selepasnya pada sesuatu Hukum, maka kita memahamkan dari sebab yang tersebut Bahawa Nur bukanlah Al Quran yang mana al quran juga melengkapkan kita dengan method yang boleh mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya (Nur). Nabi Muhammad saw adalah yang telah menunjjukan kita kepada Al Quran.
Dan (dasar) Inilah yang memahamkan kita "Bahawa Nabi Muhammad saw adalah NUR".
Tammat, Fatawa Sheikh Mutawwali Sya`rawi.
Kitab-kitab Tafsir yang menafsirkan Nur yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah Nabi Muhammad saw.
1)Tafsir Athobari.
2)Tafsir Al Qurthubi.
3)Tafsir Ibnu Hatim.
4)Tafsir Baidhowi.
5)Tafsir Jalalain.
6)Tafsir Ibnu Jawzi.
7) Dan lain-lain Tafsir.
Syekh al Allamah Ahmad bin Shawi telah menyatakan dalam Hasyiah Jalallain dalam rangka menafsirkan ayat 15 dari Surah Al Maidah tersebut:
" Bahawa Baginda saw dinamakan NUR /
CAHAYA, kerana Baginda menerangi pengelihatan (hati) dan menunjjuki ke jalan
yang benar ….. juga kerana Baginda adalah punca jasmaniah maupun ruhaniah……
Tammat.
HADIS-HADIS
LAIN BERKAITAN NUR AL MUSTAFAHA S.A.W YANG MENJADI PERTIKAIAN SRTA ULASAN YANG
POSITIF PARA ULAMAK TERHADAPNYA.
1)
عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى
الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام
Ertinya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallaahu a'nhuma , "Bahawa Nabi saw, Ruh
Baginda, adalah Cahaya disisi Hadrat
Allah ta'ala, dua ribu tahun sebelum diciptakan Adam".
Hadis ini diriwayatkan oleh:
Muhammad bin Umar Al A'dani . Pengarang Al Musnad. Kunyahnya Abu Umar . Tinggal diMekah. Melazimi Ibnu Uyaiynah. Berkata Ibnu Hatim "Kaanat fiihi Ghaflah". Wafat pada 43 hijrah. Tetapi beliau merupakan salah seorang Rijal Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah. Pangkat ke 10 disisi Ibnu Hajar Al Asqolani. Berkata Ibnu Hajar al Asqolani dalam Taqrib At Tahzib "
كبار الأخذين عن تابع التابعين ممن لم يلق التابعين كأحمد بن
حنبل
Rujuk Taqrib a'la Tahzib. Ibnu Hajar Al As qolani.
2) Kitab As Syifa bit Ta'rif al Musthafa. Susunan Qadhi I’yadh.
Bab Kemuliaan Nasab Nabi saw.
عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام
Ertinya: “Bahawa adalah Ruh Baginda saw merupakan Cahaya dihadapan Hadrat Allah ta'ala
sebelum diciptakan Adam selama dua
ribu tahun”.
Beliau berkata:
"ويشهد بصحة هذا الخبر شعر العباس"
Ertinya: Syair Al Abbas menjadi
Syahid bagi menSahihkan Hadis ini”. Muka
surat , 207 juzuk 2
cetakan Maktabah Darul Kutub
.
3) Imam Sayuti menyebut riwayat ini dalam kitab Manahilu Safa, karangan beliau.
3) Imam Sayuti menyebut riwayat ini dalam kitab Manahilu Safa, karangan beliau.
4) Imam Ahmad bin Hanbal , meriwayatkan dalam Kitab Fadha il Sahabah:
"Sesungguhnya Aku dan Ali adalah cahaya dihadapan Allah swt sebelum tercipta Adam , selama
14 ribu tahun …….
Beliau meriwayatkan melalui thoriq (jalur riwayat) Al Hasan bin Miqdam (shoduq/jujur) ,Khalid bin Ma'dan (shoduq) , Fudhail bin Iyyad (telah maklum siapa dia Fudhail ini) , Zadhan (shoduq ,
Seorang Rijal Muslim dan Bukhari
dalam Adabul Mufrad , Salman Al Farisi radiallahu an
hu…..Ini menurut penilaian Ibnu
Hajar dalam Taqrib Tahzib.
Semua Rijal nampak nya dipercayai . Wallahu a'lam.
5) Az Zahabi juga ada menyebut riwayat ini (hadis no 4 diatas) dalam Mizan .
6) Hadis yang ke 10 dalam Kitab Mawaqif.
Berkata Ibnu Hajar dalam Fatawa Hadisiyah " Sangat Lemah". Tapi semakna dengan hadis
dalam Bukhari, Musnad Ahmad dan
Muslim tetapi tanpa lafaz " Tuhan mencipta RUH
TERDAHULU DARI JASAD".
Wallahu a'lam.
7)Soalan-soalan:
Soal:Riwayat dari Imran bin Husin dalam Bukhari, Sahabat
bertanya berkenaan Awal
Penciptaan .Rasulullah saw menjawab
"
Allah telah ada dan tidak ada sesuatu sebelumNya. Dan al-ArsyNya berada di atas air lalu Dia
menuliskan pada ad-Dzikr (Kitab Lauh Mahfuz) segala sesuatu dan Dia menciptakan langit dan
bumi……?.
Jawab: Hadis ini tidak mensorihkan atau memakai kalimat yang jelas seawwal-awwal kejadian .
Soal: Bagaimana pula dengan Hadis dalam Sunan Tirmizi dan Abu Daud dari Ubadah bin Samit pula "Rasulullah SAW bersabda : "Yang pertama diciptakan oleh Allah SWT adalah Qalam
( pena ) kemudian Dia berfirman kepada Qalam " Tulislah" . Qalam bertanya " Apakah yang akan ku tulis?. Berfirman Allah swt " Segala sesuatu yang akan terjadi sehingga hari Qiyamat".
Jawab: Awwal-awwal yg dimaksudkan pada semua hadis-hadis ini ialah AWAL-AWAL CIPTAAN ALLAH SWT SELEPAS ALLAH SWT MENCIPTAKAN AIR ANGIN DAN ARSY.
Maksudnya selepas Allah swt menciptakan ketiga-tiga perkara tersebut , barulah diciptakan Qalam. Bukan pula menunjjukan AWWAL SESUATU YANG TERCIPTA SEBELUM SESUATU adalah Qalam. Maka Hadis Qalam ini SEBENARNYA HANYALAH SEBAGAI MENAFSIRKAN Hadis riwayat Imran bin Husain , dalam Bukhary tersebut.
Kesimpulan: Tidak ternafi awal ,jika terdapat riwayat yang menunjjukan ada sesuatu ciptaan yang mendahului setiap sesuatu ciptaan yang lain. Buktinya pada ulasan Mulla Ali Al Qori:
واختلفوا فى أول المخلوقات بعد النور المحمدى فقيل : العرش ,
لما صح من قوله صلى الله عليه وسلم
( قدر الله مقادير
الخلق قبل ان يخلق السموات والآرض بخمسين ألف سنة وكان عرشه على ا لمأ ). فهذا
صريح فى أن التقدير وقع عند أول خلق القلم لحديث عبادة بن الصامت مرفوعا أول ما
خلق الله القلم , وقال له : أكتب , قال رب وما أكتب؟ قال أكتب مقادير الخلق كل
شىء. ) رواه أحمد والترمذى وصححه لكن صح فى حديث مرفوع من حديث أبى رزين العقيلى
رواه أحمد و الترمذى
ءان المأ خلق قبل العرش)
. وفى قوله تعالى : ( وكان عرشه على ا لمأ ) ءاشارة ءاليه
ودلالة عليه , نعلم أن أول الأشيأ قبل على الاءطلاق النور المحمدى صلى الله عليه
وسلم , ثم المأ ثم العرش ثم القلم , فذكر الأولية فى غير النور المحمدى صلى الله
عليه وسلم ءاضافية
- Kitab Maurid Rawi. Muka surat 23.
Ertinya: Ulamak khilaf pendapat berkenaan suatu yang terawal daripada makhluk selepas Nur Muhammad saw . Setengah ulamak berpendapat Arasy ,kerana sah riwayat daripada Nabi saw
"
Telah mentaqdirkan oleh Allah swt semua Taqdir makhluk sebelum diciptakan tujuh
petala
Langit dan
Bumi tujuh ribu tahun terdahulunya, padahal Arasy sudah diatas air".
Maka ini nyata bahawa permulaan Taqdir berlaku diketika awal-awal ciptaan Qalam berdasarkan hadis Marfu' riwayat Ubadah bin Shomit. " Awal-awal perkara yang telah Allah ciptakan adalah Qalam. Firman Allah kepadanya : Tulislah . Berkata Qalam : Wahai Tuhanku, Apa yang akan saya tulis?. Firman Allah : Tulislah segala taqdir makhluk ,tiap-tiap satunya".
Maka ini nyata bahawa permulaan Taqdir berlaku diketika awal-awal ciptaan Qalam berdasarkan hadis Marfu' riwayat Ubadah bin Shomit. " Awal-awal perkara yang telah Allah ciptakan adalah Qalam. Firman Allah kepadanya : Tulislah . Berkata Qalam : Wahai Tuhanku, Apa yang akan saya tulis?. Firman Allah : Tulislah segala taqdir makhluk ,tiap-tiap satunya".
Riwayat Imam Ahmad ,Tarmizi dan beliau telah mensahihkannya tetapi telah sah dalam satu hadis yang Marfu' daripada Abi Zarin Al Uqaili yang telah meriwayatkannya oleh Imam Ahmad dan Tarmizi " Sesungguhnya air telah diciptakan sebelum Arsy lagi".
Dalam firman Allah ta'la:( Adalah ArsyNya diatas Air).
Megisyaratkan dan menunjjukkan atasnya ( yakni ciptaan Air terdahulu dari arsy pula), maka memahamkan kita bahawa sesungguhnya awal-awal segala sesuatu sebelum sesuatu secara mutlaknya, adalah Nur Muhammad saw, kemudian Air, kemudian Arsy kemudiannya barulah Qalam.
.
Maka menyebut keawwalan sesuatu perkara sebelum Nur Muhammad saw adalah bermaksud Awal yang Idhofi saja ( bukan bermakna awwal Hakiki , yang sebenar-benar awwal yang tidak didahului kejadian sesuatu yang lain ).

KESIMPULAN
Oleh yang demikian , tiada syak lagi, Kerpercayaan atau Akidah Nur Muhammad saw bukanlah suatu akidah syirik dan mensekutukan Tuhan dengan makhluk . Tiada Syak , tiada Dzon dan tiada Waham terhadap Keesaan Tuhan dan Kerasulan Muhammad Saw. Akidah Nur Muhammad Awal Makhluk yang diciptakan tidak diambil dari akidah Greek Kuno, Syiah atau ajaran kebatinan.

Jika timbul perkara-perkara lanjutan dari
Akidah Nur Muhammad saw ini yang menjurus kepada Syirik , dan sesat ,maka
semestinya di teliti semula punca timbul kesesatan dan syirik tersebut. Adakah
dari Akidah Nur Muhammad atau campuran-campuran unsur ajaran Kebatinan yang
telah maklum kedudukannya. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment