Thursday, September 17, 2015
Friday, September 11, 2015
Biodata Ringkas Sheikh Ali London
BIODATA
RINGKAS
HADRAT SHEIKH ALI AL TOHEREY.
London,
ENGLAND.
Catitan
oleh Haji Abd. Raof bin Nurin al bahanji al aliyy . Pondok Tampin.
Dec 2009
ADALAH HADRAT
Sheikh Ali al Toherey, London, England, r.a. dilahirkan diKampung Bagan Lebai Tahir,
Seberang Perai, Pulau Pinang , Malaysia.
Nama yang tercatit didalam kad pengenalan beliau , Rosli bin Sulaiman tetapi
lebih mesra dengan nama timangan yang diberikan oleh Ibu beliau sebagai “Ali”,
dan sebagaimana makna namanya “Ali” yang bererti “sesuatu yang tinggi, beliau
telah digelarkan orang sebab ketinggian pencapaian rohaniah yang dianugerahi
Allah ‘azza wajalla kepada beliau. Pribadi bercahaya yang bertitihkan
Hadrami ini, terbit dari keluarga beragama dan dihormati masyarakat sekampung sebagai keluarga baik
dan mesra masyarakat dan suka menghulurkan pertolongan
Disini dinyatakan biodata ringkas beliau serta perjalanan ilmu dan suluk
/tarbiyah (pendidikan) beliau.
Guru-guru:
- Tuan
Guru Haji. Ishak- Guru dikampung beliau. Mentalkinkan zikir sirr.
- Sheikh
Daud- Guru dikampung beliau juga . kemudiannya telah mengarahkan beliau untuk pergi menyambung pelajaran belajar diPondok –
Lanai, Kedah ( Pondok alMarhum Tuan Guru Haji Umar Zuhdi).
- Tuan
Guru Haji Umar Zuhdi – Pondok Lanai
– selama 1 Tahun. Kemudiannya Telah mengarahkan beliau pergi mengambil
Ijazah Tarekat Ahmadiah Idrisiah ke Melaka
kepada Tuan Guru Muallim Haji
Wahid.
- Tuan
Guru Haji Ja’far Al-Hafiz – Pondok Padang Lalang - 7 tahun.
- Tuan
Guru Mua’llim Haji Wahid, Sungai Udang
(Melaka)- Ijazah Tarekat Ahmadiah Idrisiah.
- Tuan
Guru Syeikh Daud Malau (Pondok Malau 5- 6 tahun)- Tarbiyah dan Ijazah
Tarekat al-Khidiriyah, walaupun pribadi Sheikh Daud adalah Naqshabandi.
- Sheikh
Ahmadullah (Pakistan) - Ijazah Tarekat Naqshabandiah.
- Tuan
Guru Haji Arshad ( Murid Sheikh Yasin al Fadani – Mekah) - Jalan Haji Mat
Saad, Telok Bagan, Seberang Prai, Pulau Pinang.- Ijazah Sanad-sanad Ilmu
dan Amal.
- Sheikh
Qurban Ali, Damsyik, Syria.
Pengiktirafan dan
Ijazah
1. Al Marhum Tuan Guru Haji Ja’far al Hafiz- Pondok Padang Lalang- telah mengamanahkan sebagai
khalifah memimpin zikir pada setiap malam rabu
diPondok Padang Lalang ( Madrasah Ijtimaiyyah Ahmadiyyah ), Bukit
Mertajam, Pulau Pinang. Peristiwa ini berlaku ketika beliau masih menuntut
di Pondok.
Disaksikan oleh seluruh pelajar yang ada ketika itu.
Disaksikan oleh seluruh pelajar yang ada ketika itu.
2. Al Marhum Tuan
Guru Syeikh Daud , Malau – Pondok Malau ( Madrasah al
Hanafiah) Pekan Malau Kulim Kedah
,disertai kertas sijil pengiktirafan yang ditandatangi oleh Tuan
Guru Sheikh Daud Malau sendiri , iaitu
berupa {Syahadah Iktiraf}.
Penulis ada menyimpan salinan Sijil Pengiktirafan tersebut.
Penulis ada menyimpan salinan Sijil Pengiktirafan tersebut.
3. Al Marhum Tuan
Guru Mua’llim Haji Wahid, Sungai Udang
(Melaka)- Telah mengijazahkan Tarekat Ahmadiah Idrisiah dan semua amalannya
- Tarikat ini yang diasaskan oleh Sidi Ahmad Idris ( iaitu
Tarikat Ahmadiah Idirisiah , asasnya kandungannya adalah dari 40 tarikat) , kepada Sheikh Ali dan berkata “ Engkau lepas 3 tahun beramal, ijazahkan (pada
orang) dan bawa (iaitu pimpinlah)
Tarekat”. Peristiwa ini disaksikan oleh mereka yang hadir ketika itu ,
antaranya seorang pelajar pondok Lanai – Ustaz Azmi (guru agama lepasan pondok
lanai) , dari Greek Perak.
Penulis telah menyimpan surat pengakuan saksi peristiwa tersebut yang di ambil dari Ustaz Azmi, beliau hadir bersama Sheikh Ali ketika pertemuan dengan Tuan Guru Muallim Haji Wahid di Pondok Sungai Udang , Melaka ketika pengijazahan tersebut,
Penulis telah menyimpan surat pengakuan saksi peristiwa tersebut yang di ambil dari Ustaz Azmi, beliau hadir bersama Sheikh Ali ketika pertemuan dengan Tuan Guru Muallim Haji Wahid di Pondok Sungai Udang , Melaka ketika pengijazahan tersebut,
4.Tuan Guru Haji
Arshad- Salah seorang
murid al Allamah Sheikh Yasin al- Fadani,telah mengijazahkan sanad-sanad kitab ilmu Feqah,Tauhid,Tasauf,Tafsir,Hadis
serta Ijazah Dalilul Khairat dengan
Sanad dan Silsilahnya yang sampai kepada Imam Al Jazuli r.a.
Dua buah kitab
sanad-sanad ilmu Sheikh Ali al Maaliki,
yang terkandung didalamnya sanad-sanad semua Ilmu dalam Islam telah diijazahkan
kepada Hadrat Sheikh Ali:
1 المسلك الجلىّ
في أسانيد فضيلة الشيخ محمد علي تخريج وجمع المفتقر الى مولاه علم الدين محمد
ياسين بن عيسى الفدانى المكى
2 اسانيد الكتب
الحديثية السبعة الصحيحين والسنن الأربعة وموطأ الامام مالك املاء علم الدين محمد
ياسين عيسى الفداني المكي
Perisitiwa ini telah
disaksikan dan kedua-dua kitab tersebut telah dilihat oleh penulis sendiri.
Alhamdulillah.
5. Sheikh Karamullah an
Naqshabandi- Ulamak Pakistan- Mengijazahkan Silsilah
Musalsal bil Mushafahah ( iaitu sisilah bersalaman ) .
مسلسل بالمصافحة من الشيخ كرم الله النقشبندى
Peristiwa berlaku diKota Suci
Mekah al Mukarramah, penulis juga ada ketika itu.
6. Sheikh Qurban Ali, Sheikh Tarikat Naqshabandi yang bermukim di Damsik, Syiria. Beliau telah mengijazahkan dan mengiktiraf Sheikh Ali sebagai Khalifah Tarikat Naqshabandi. Detik peristiwa ini berlaku sudah lama, ketika Syria masih aman
7. Habib Omar ben
Hafiz- Isyarat pengiktirafan dalam satu pertemuan
di Jordon.
8. Habib Ali
Al-Jufri - Isyarat pengiktirafan disertai pengakuan dalam
syarahan beliau di Alamiah Institute, England dan Abu Dhabi. Alamiah Institute
adalah intitusi pendidikan dan pelajaran yang diasaskan oleh Hadrat Sheikh Ali
sendiri, yang beroperasi di England.
9. Sheikh
Muhammad al-Ya’qubi - Ulamak Syria. Alim dibidang ilmu
hadis – Isyarat pengiktirafan disertai anugerah
Khirqah berupa Mislah bulu unta. Perisitiwa ini berlaku di kediaman
Sheikh Muhammad atas undangan Sheikh Muhammad sendiri dan disaksikan oleh
hadirin yang terdiri dari penuntut-penuntut Sheikh Muhammad dan para muridin dari England. Peristiwa ini berlaku
ketika Syria masih aman.
10. Sheikh Mahmud
Affandi, Cucumbar (baca Karsember menurut dialek Turkie),
Fateh, Istanbul, Tukie. Seorang Sheikh
Tarekat Naqshabandi Kholidi didaerah
Fateh , Istanbul. Beliau dan seorang Khalifah beliau telah mengiktiraf
kebolehan Hadrat Sheikh Ali semasa pertemuan pertama mereka di tempat suluk
Cucumbar. Beberapa perkara yang dianggap luar dari kebiasaan telah berlaku. Adalah seorang dari khalifah
Sheikh Mahmud Affandi telah terkejut dan mengakui bahawa pribadi Hadrat Sheikh
Ali telah menghabisi kesemua
perjalanan Naqshabandi dan kesemua
Lathoif hidup dan berfungsi .
Sentiasalah sehingga kini apabila Hadrat
Sheikh Ali dan para muridin setiap kali
menziarahi Turki akan bertandang dan hadir majlis Khatam Tawajjuh di tempat
suluk tersebut yang kebiasaannya diadakan selepas sembahyang asar. Walhamdulillahirobbil a’lamiin.
Penulis juga pernah hadir satu ketika, bersama Sheikh Ali dan rombongn dimajlis khatam tawajjuh di karsembar itu.
Antara Mata Pelajaran syariat
yang pernah dipelajari beliau.
- Kitab Ihya Ulumiddin- Belajar kepada Tuan
Guru Haji Ja’far al Hafiz..
- Sairus salikin- Belajar kepada Tuan Guru
Haji Ja’far al Hafiz
- Bughyatul Thullab- Belajar kepada Sheikh Daud Malau.
- Pelita Penuntut - Belajar kepada Tuan Guru Haji Ja’far al
Hafiz.
- Hidayatul Mutafakkirin-Belajar kepada Tuan
Guru Haji Ja’far al Hafiz.
- Al Hikam (Tok Pulau Manis)- Belajar
kepada Sheikh Daud Malau.
Noted.
Beliau merupakan lepasan aliran pondok tradisional yang berjaya
menguasai ilmu agama dan fasih berbahasa Inggeris. Beliau telah mengembangkan
dakwah Islam di England dan telah banyak mengIslamkan masyarakat di sana.
Beliau juga telah menubuhkan sebuah pusat pendidikan yang dinamakan Alamiyah Institute
sebagai tempat pengajian fardhu ‘ain kepada masyarakat Islam di kota London.
و الله
على ما أقول و كيل.
والسلام .
Faedah-Faedah Berkahwin
Faedah-Faedah berkahwin menurut kitab Siyarus saalikin.
(Faedah yang kelima).Mujahadah Nafsu. Yakni melawan Hawa Nafsu dan memerang akan dia dengan :
-mendirikan Hak yang wajib atasnya bagi isterinya itu
-dan Sabar atas kelakuan isterinya yang tiada muwafakat dengan dia
-dan menanggung atas kesusahan nya daripada isterinya itu
-dan mengusahai didalam mengislahkan akan dia
-dan menunjjukkan akan dia kepada jalan agama
-dan bersungguh-sungguh mengusahai rezki yang halal kerana memberi belanjakan dia
-dan berdiri mentarbiahkan segala anaknya .
MAKA SEKELIAN ITU IAITU AMAL YANG BESAR KELEBIHANNYA DAN IBADAT YANG AMAT BESAR PAHALANYA ITU.
Siyarus Saalikin muka surat 29 , dar fikar tanpa tahun.
Saturday, September 05, 2015
Tidak Harus Ijtihad menentukan air mutlak , bila kesamaran antara air mawar dan air mutlak.
Sebelum saya terlupa isi kuliah fekah kitab Sabilul Muhtadin malam tadi diTaman Desa Permai, baik juga dicatitkan sedikit ringkasannya disini, mudah2an ada gunanya pada masa akan datang atau untuk generasi akan datang, insyallah.
Bab Taharah.
Masih bab Air. Muka surat 25 -26 , cetakan dar fikar tanpa tahun.
Tidak Harus Ijtihad.
Jika seseorang terlupa pada dua bekas air antara air mutlak dan air mawar (jernih) yang telah hilang bau, rasa dan warnanya , mana satu antara kedua bekas air itu adalah air yang mutlak .
Menurut Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli - tidak boleh berijtihad untuk menentukan mana satu air mutlak. Sebab Air Mawar bukan asal usulnya sebagai alat bersuci , seperti air mutlak yang sudah bertukar statusnya menjadi air mustakmal atau mutannajis. Air Mustakmal atau Mutannajis masih boleh ditukarkan statusnya kembali kepada mutlak dengan cara ditambah air sampai jadi dua kolah serta dihilangkan bau rasa dan warna yang menjadikannya mustakmal atau mutannajis. sementara air mawar memang tiada cara untuk mengembalikan kepada mutlak sebab asalusulnya memang bukan air mutlak.
Maka jika tiada air lain yang diyakini untuk dibuat bersuci dari najis atau hadas, wajib digunakan kedua2 air tersebut untuk bersuci atau wudhuk atau mandi hadas. . Cuma caranya mestilah gunakan air untuk wudhuk atau mandi hadas besar dikedua2 bekas , contohnya, sekali berwuduk dengan bekas air pertama, dan kemudian berwuduk pula dengan bekas air kedua, selepas itu baru boleh sembahyang.
Bab Taharah.
Masih bab Air. Muka surat 25 -26 , cetakan dar fikar tanpa tahun.
Tidak Harus Ijtihad.
Jika seseorang terlupa pada dua bekas air antara air mutlak dan air mawar (jernih) yang telah hilang bau, rasa dan warnanya , mana satu antara kedua bekas air itu adalah air yang mutlak .
Menurut Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli - tidak boleh berijtihad untuk menentukan mana satu air mutlak. Sebab Air Mawar bukan asal usulnya sebagai alat bersuci , seperti air mutlak yang sudah bertukar statusnya menjadi air mustakmal atau mutannajis. Air Mustakmal atau Mutannajis masih boleh ditukarkan statusnya kembali kepada mutlak dengan cara ditambah air sampai jadi dua kolah serta dihilangkan bau rasa dan warna yang menjadikannya mustakmal atau mutannajis. sementara air mawar memang tiada cara untuk mengembalikan kepada mutlak sebab asalusulnya memang bukan air mutlak.
Maka jika tiada air lain yang diyakini untuk dibuat bersuci dari najis atau hadas, wajib digunakan kedua2 air tersebut untuk bersuci atau wudhuk atau mandi hadas. . Cuma caranya mestilah gunakan air untuk wudhuk atau mandi hadas besar dikedua2 bekas , contohnya, sekali berwuduk dengan bekas air pertama, dan kemudian berwuduk pula dengan bekas air kedua, selepas itu baru boleh sembahyang.
Saturday, August 29, 2015
Friday, July 24, 2015
MENCINTAI BENTUK CAPAL YANG DIPAKAI NABI S.A.W bukan sesat.
MENCINTAI BENTUK CAPAL YANG DIPAKAI NABI S.A.W.
73 ـ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ طَهْمَانَ ، قَالَ : أَخْرَجَ إِلَيْنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ نَعْلَيْنِ جَرْدَاوَيْنِ ، لَهُمَا قِبَالانِ
فقَالَ : فَحَدَّثَنِي ثَابِتٌ بَعْدُ عَنْ أَنَسُ ، أَنَّهُمَا كَانَتَا نَعْلَيِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
Isa Ibn Thohman r.a berkata : Anas ibn Malik r.a memperlihatkan kepada kami sepasang capal yang tidak berbulu yang mempunyai dua tali pengikat.Kemudian Tsabit r.a memberitahu : kedua Capal ini adalah kepunyaan Nabi s.a.w.
74 ـ حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مَعْنٌ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مَالِكٌ ، قَالَ : حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيُّ ، عَنْ عُبَيْدِ بْنِ جُرَيْجٍ ، أَنَّهُ قَالَ لابْنِ عُمَرَ : رَأَيْتُكَ تَلْبَسُ النِّعَالَ السِّبْتِيَّةَ ، قَالَ : إِنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَلْبَسُ النِّعَالَ الَّتِي لَيْسَ فِيهَا شَعَرٌ ، وَيَتَوَضَّأُ فِيهَا ، فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا
Ubaid ibn Juraij berkata kepada Ibn Umar r.a : Aku pernah melihat engkau memakai Capal kulit yang tidak berbulu. Ibn Umar r.a berkata : Aku melihat Rasulullah s.aw memakai capal yang tidak berbulu dan bBaginda berwuduk dengannya.Oleh itu,aku suka memakainya.
-------------------------------------------------------------------------------------
ٍSEDIKIT RENUNGAN:
1. Kedua hadis tersebut diriwayatkan dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah - Imam Tarmizi.
RENUNGANNYA:
Hadis tersebut , yang pertama kenyataan dari Saidina Anas bin Malik r.a. dan yang kedua dari Saidina Abdullah bin Umar r.anhuma, akan memahamkan kepada kita bahawa capal yang dipakai oleh Baginda s.a.w berlainan dari yang biasa dipakai oleh Orang Arab Jahiliyyah dimasa Baginda s.a.w .
BEZANYA :
Capal Baginda s.a.w licin tidak berbulu sementara capal Arab Jahiliyyah berbulu .
FOKUSNYA:
Capal Nabi s.a.w tidak boleh disamakan bentuknya dengan capal yang dipakai Arab Jahiliyyah.
2. Pengakuan Saidina Ibnu Umar r.anhuma terhadap BENTUK Capal Nabi s.a.w itu sangat besar ertinya bagi pengikut Nabi s.a.w. Satu comfirmation pada BENTUKnya, dan Saidina Ibnu Umar mencintaiNYA lalu beliau memakai juga capal yang SAMA BENTUK yang dipakai oleh Nabi s.a.w.
Menurut matan hadis tersebut, Saidina Ibnu Umar tidak pakai sepatu milik Nabi s.a.w itu.
Ibnu Umar pakai capal yang lain , yang sama bentuknya dengan capal Nabi s.a.w dan beliau mencintai capal yang bentuk yang begitu.
BUKTINYA:
Dalam dua ayat yang ada هَا kalimat sama yang berulangtالنِّعَالَ الَّتِي لَيْسَ فِيهَا شَعَرٌ
dan فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا ..
menunjjukkan maksud dua objek yang berlainan.
dan فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا ..
menunjjukkan maksud dua objek yang berlainan.
Dalam ilmu tatabahasa arab (Nahu) ada sedikit kaedah yang begitu.
Sementara dalam teks kitab (komentar) Syarah2 hadis tersebut juga menyebut perkara yang sama.
---------------------
KESIMPULAN:
MENCINTAI BENTUK CAPAL YANG DIPAKAI NABI S.A.W ADALAH SUATU YANG TELAH DICOMFIRMKAN OLEH PARA SAHABAT NABI S.A.W DAN MEREKA BERAMAL DENGANNYA .
MAKA IA BUKAN SUATU BIDA'H YANG DIADA-ADAKAN OLEH PENTAKSUB CAPAL DIMASA KINI. WALLAHU A'LAM.
Monday, June 29, 2015
Sunday, April 19, 2015
Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.
Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.
Disediakan oleh al Faqir wal Haqir Haji Abdul Raof Bin Nurin . PondokTampin.
Maksud
Majlis Sama’ atau dinamakan juga majlis Hadrah.
Terjemahan dan ulasan dari 2 buah kitab.
1. Ihya Ulumiddin.
2. Al Futuhaatul Ilahiyyah- Ibnu Ajibah.
........................................................................................................................................................
(1) IHYA.
1. Ihya Ulumiddin.
2. Al Futuhaatul Ilahiyyah- Ibnu Ajibah.
........................................................................................................................................................
(1) IHYA.
Imam
Ghazali dalam ihya , dicetak ditepi
Ittihaf Saadatil Muttaqin , cetakan Dar Fikar, muka surat 458, berkata:
Telah
menukil oleh Abu Talib al-Makki, keharusan majlis sama’ daripada para sahabat,
beliau berkata {dikalangan para sahabat telah hadir majlis sama’ oleh Abdullah
bin Ja’far r.a, Abdullah bin Zubir r.a, Mughirah bin Syubah, Muawiyah r.a dan selain mereka.}.
Dimuka
surat 465 beliau menyambung:
Berkata
Abu Talib lagi { telah melakukan sedemikian oleh kebanyakan dari Salafus Soleh,
dikalanya sahabat dan taabi ‘in, sentiasalah mereka yang naik haji ke Mekah di
antara kami mendengar sama’ pada hari-hari yang utama setiap tahun, hari2 yang
diperintahkan Allah beribadat seperti hari –hari Tasyriq} -
Ittihaf Saadatul Muttaqin , Juzuk
6, – 468 , cetakan Dar Fikar.
Imam
Ghazali menyatakan ciri-ciri khas majlis
sama’/hadrah dalam Ihya , muka Surat 296– Juzuk 2:
Sebaiknya
bahawa dikiaskan1 suara burung murai dan semua suara yang
timbul dari tubuh-tubuh berjisim yang diusahakan manusia, seperti suara yang
keluar dari kerongkongnya atau bunyi yang terbit dari pukulan kayu cota
(sejenis alat muzik), gendang dan kompang.
Tidak
terkecuali dari qiyas ini melainkan bunyi dari alat-alat muzik (yang ditegah),
bunyi gitar, muzik berpetik dan di gesek) dan serunai yang terdapat larangan
syarak.2
Dalam kertas kerja (Bahasa
arab)- Ar Ruqas wal Ghana’ was Sama’ indad Thuruq as Shufiyyah – Sayyid Ibn
Idris bin Sayyid al-Hassan al-Idrisi- Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat
Tasauf Negeri Sembilan. Seremban. 2002 Masihi , tercatit maksud sama’ yang
penulis terjemahkan seperti berikut:
Maksud Sama’: Sama’ di sisi ahli Tasawuf ialah salah satu latihan kerohanian yang membiasakannya oleh para murid untuk tujuan pembersihan penyucian rohani1
Sama’- bukan istilah yang difahami dengan maksud tari menari yang disertai dengan alunan suara nyanyian penyanyi dan alat-alat muzik.
Majlis sama’ yang diwarisi oleh para ahli tasawuf yang terkandung di dalamnya acara alunan bacaan al-Quran yang dibaca oleh Qari yang bersuara merdu, yang boleh menyentuh hati para pendengar dan terkesan di sanubari mereka, atau bacaan-bacaan yang dibenarkan oleh syarak seperti Madih, Selawat, Burdah, Nasyid dan Qosidah, Majlis ilmu dan makrifah, bacaan kalam-kalam ahli Irfan yang menyedarkan akal dan roh para hadirin tentang kebenaran. Maka majlis Sama’ tidak semestinya disertai dengan alat-alat muzik. Kebanyakkan ulamak Tasawuf tidak setuju sesuatu majlis sama’ disertai alat-alat muzik, sekalipun hanya kompang yang tiada khilaf ulamak mengharuskankan kompang.
(2) AL FUTUHATUL ILAHIYYAH- Ibnu AAjibah.
Pandangan Ahli tasawuf terhadap Ruqas (Tarian ) dlm majlis zikir.
Imam Ibnu Ajibah – Nama penuh beliau – Abi Abbas dan Ahmad bin Muhammad bin Ajibah. Wafat pada 1611 hijrah -1224 masihi . Beliau mengarang kitab Tafsir, Hadis, Fikah, lughah , kebanyakkan kitab beliau adalah dalam bidang Tasauf.Karangannya melebihi 45 buah judul. Biodata beliau boleh dirujuk dalam : Az zarkali Al A’lam juzuk 1 muka surat 245, Redho kahalah Mu’ jam al Muallifin muka surat 63. Hasanin Makhluf-Syajaratunnur az Zakiyyah muka surat 400 dan lain-lain.
Penulis cuba menterjemahkan teks bahasa arab mengenai pandangan ahli taswwuf mengenai tarian (ruqas) yang perlu diperjelaskan perbezaan antara tarian yang tidak mengikut syarak dan tarian yang mengikut syarak. Jodol kitab yang diutamakan adalah seperti berikut :
Al futuhatul lahiyyah fi syarh al mabhasul Ashliyyah dicetak bersama syarah Al-Hikam Ibn Ata’illah juzuk 2 muka surat 281-cetakan Dar Al fikar Bairut.
Terjemahannya.
Ertinya: Tarian (Ruqs) dan Menari (tharuqqus) bermaksud meninggikan (tubuh) dan menurunkan kebawah (tubuh).
Maksudnya: Tarian pada majlis sama’ dan mengerak-gerakkan tubuh tanpa wujud nya suatu ghalabah (dikalahkan) oleh hal (zauqi) , bukanlah merupakan cara orang-orang yang sudah sempurna tasawufnya.
Orang yang sudah sempurna , sepatutnya berkeadaan diam dan tetap tubuhnaya. Cara begitu, lebih selamat dari sangkaan buruk pada orang yang buat begitu, walaupun Zauqi memang benar terjadi pada dirinya .
Ketahui olehmu,Tarian (Ruqs) yang berlaku percanggahan besar antara ahli tasawuf dan ulama zahir, huraiannya adalah seperti berikut:
Hukum asal pada tarian adalah harus. Kerana tiada warid Nas syara’ pada keharaman mahupun keharusan maka Zahir nas-nas menunjukkan Harus.
Sheikh Ibn Ajibah meneruskan lagi : Sesungguhnya para Imam mengharamkannya disebabkan disertai dengan perkara-perkara kelakuan yang dibuat oleh orang-orang fasik iaitu pencampuran lelaki dan perempuan, pondan-pondan dan alat-alat muzik yang diharamkan. Ini berdasarkan kaedah usul Fiqah:
Illah beredar menurut ma’lulnya, pada ada dan tiada.
Kesimpulannya: Hukum tarian terbahagi 3 bahagian: 1. Haram 2. Harus 3. Dituntut (dianjurkan).
Bahagian Haram tarian bermaksud tarian yang dilakukan oleh orang-orang awam dengan percampuran lelaki ,perempuan, pondan dan kehadiran mereka. Maka ini haram, kerana membawa kerosakan (akhlak) , membangkitkan tabiat-tabiat keji dan nafsu-nafsu kesyaitanan.
Termasuk juga dalam kategori haram apabila tarian (dalam majlis sama’) tidak berciri tersebut tetapi bertujuan menunjuk-nunjuk riya’ dan menunjuk-nunjuk kononnya zauqi pada halnya hatinya lalai. maka haram.
Bahagian Harus, iaitu tarian yang dibuat oleh orang-orang soleh dan ahli tasawuf ketika tiada rasa zauqi. Mereka melakukan sedemikian dengan tujuan merehatkan lelah dalam diri mereka dan untuk menyemarakkan kerajinan hati mereka, kategori harus ini bersyaratkan
Ketika majlis dijalankan, tempat, dan para hadirin tidak dihadiri oleh golongan tersebut iaitu percampuran. Maka ini harus kerana tiada perkara yang membawa kepada haram.
Imam Sayuthi juga membahaskan Ruqas dan Sama’ dalam kitab al Hawi lil Fatawi juzuk 2 , muka surat 234 , cetakan maktabah ar Riyadh al Hadisiah .
Sayuthi berkata: Pendapat yang mengatakan tarian (ruqas) ahli tasawuf serupa dengan perbuatan kaum Samiri ketika mereka menyembah patung anak lembu? , pendapat ini salah sebab jika betul pun riwayat kisah kaum Samiri itu , perbuatan kaum samiri itu haram sebab tujuan tarian mereka adalah untuk membesarkan patung anak lembu tersebut dan mereka seronok buat begitu.Yang begitu terang kufurnya.
Lain Halnya dengan yang berlaku disisi ahli tasawuf niat tujuan dan kaifiat cara mereka.
Sesungguhnya telah sabit dalam hadis bahawa Saidina Ja’far bin abi Talib r.a. menari dihadapan Rasulullah s.a.w ketika Baginda bersabda:
“Dikau menyerupai daku pada kejadian (tubuh)ku dan akhlakku.’’
Al Sheikh As Sanusi telah menyebut hadis ini dalam kitab Nushratul Faqir dan lain-lain.
Ibnu Layuun At-Tujibi menashkan:
Berkenaan Tarian(Ruqs) di masjid : dalam hadis sahih riwayat Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.ha:
“Suatu hari perayaan, beberapa Askar2 orang Habsyi menari sebagai menyambut raya dalam masjid. Nabi bertanya kepada saya, “hendakkah engkau melihat mereka?”, saya menjawab, “ya”. Kemudian diangkatnya saya dengan tangannya sendiri, dan saya melihat beberapa lama hingga beliau berkata lebih dari sekali “belumkah puas engkau lagi?”,
Imam Ibnu Uyayynah r.a mengulas: Kalimat Az-Zafaf dalam hadis tersebut bermaksud Ar-Ruqs (tarian).
Maka maka sabitlah asal hukum tarian itu adalah harus (kecuali setelah berlaku perkara-perkara yang dilarang seperti syarat-syarat pengecualian) .
Jika dikatakan haram semata-mata haram secara mutlak pada zat tarian itu, sudah tentu tidak dibuat tarian (Ruqs) di hadapan Rasulullah s.a.w.
Kemudian Ibnu AAjibah meneruskan lagi dengankanya:
Bahagian di tuntut : (dianjurkan iaitu tarian Para ahli tasawuf,ahli zauqi , ahli Hal dan Wajd , sama ada ketika sudah ada wajd atau cuba mendapatkan Wajd. Sama ada tarian di dalam majlis zikir atau sama’, semuanya dianjurkan untuk melakuakan tarian (Ruqs).
Tiada syak lagi, bahawa ubat penawar untuk hati-hati dari kelalaian dan untuk menumpukannya kepada Allah adalah dituntut dengan cara mana pun selama tidak berlaku perkara yang diharamkan yang diijmakkan keharamannya oleh para ulama’, yang begitu bukan ubat penawar lagi,3).
Imam Junaid al-Baghdadi r.a. ketika ditanya tentang majlis sama’. Beliau menjawab :
[ Setiap perkara yang menumpukan hati Para hamba kepada Tuhannya , adalah Harus.]
Al Faasi menulis dalam karangan beliau berjudul syarah al-Hisn,4 Nas perkataan dari Sheikhul Islam Imam Sayuthi r.a.
Imam Sayuthi berkata “Daku menjawab ,bagaimana pula boleh diingkari berzikir dengan keadaan berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring atas rusuk mereka/ padahal sesungguhnya Allah ta’la berfirman dengan maksudnya :
{ mereka yang berzikir (mengingati Allah ) dalam keadaan berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring diatas rusuk mereka].
Siti Aishah r.anha berkata, { Adalah Rasulullah saw berzikir mengingati Allah di setiap keadaan}.
’’Walaupun terdapat tambahan pada berdiri dengan ditambah perbuatan menari, itupun tidak boleh diingkari ,perbuatan sebab menari itu disebabkan timbul rasa kelazatan syuhud dan al wajd.Telah diriwayatkan hadis saidina Ja’afar bin Abi Talib menari dihadapan Rasullullah s.a.w bila Nabi saw bersabda :
{Dikau menyerupai daku pada kejadian tubuhku dan akhlak ku.}
Sesunggunya sahih berita tentang berlakunya berdiri dan tarian di dalam majlis-majlis zikir ,sama’ dan dengan kehadiran imam-imam besar,seumpama zikir dan Sheikhul Islam Izzuddin bin Abdis salam.
Tamat terjemahan
1. Ihya Ulumiddin.
2. Al futuhatul lahiyyah..
...........................................................................................................................................
1 Iaitu suara burung murai mustahil boleh diharamkan.
2 ) Ittihaf Saadatil Muttaqiin, Juzuk 6. Muka surat 472
3) kerana setiap
yang diharamkan oleh Allah swt dan Rasul s.a.w adalah dianggap seperti Racun yang membunuh.
4)-Imam Al-faqih al Allamah Abul Abbas Ahmad Bin Abi Mahasin Yusof al Faasi al Maliki r.a.-
Beliau
ahli dalam pelbagai,seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Wali yang
kamil. Dilahirkan pada 971 Hijrah bersamaan 1563 Masihi.Wafat 1021 Hijrah-1612
Masihi.
Beliau menghafal kitab hadis
al Bukhari dan Muslim dan bebrapa naskhah kitab-kitab Bukhari dan Muslim telah
ditashih menurut hafalan beliau.
Kemudian
Ibnu Ajibah mengulas:
”Daku
berpendapat , sesungguhnya mutawatir khabar yang dinukil berkenaan ahli tasawuf zaman dahulu
dan sekarang.Sama ada di timur mahupun barat bahwa mereka berhimpun untuk
berzikir mengingati Allah dengan cara
berdiri dan menari. Tiada pula sampai berita kepada kita ada terdapat ulama’
yang ingkar pada perbuatan mereka itu.
Saturday, March 28, 2015
Daurah Sunan Sittah kali ke 3 , pada 22 feb. 2015 .
Majlis Khatam Periwayatan Hadis Sunan Nasaie, Sunan Ibnu Majah dan Sunan Darimi dan Sambutan Maulidur Rasul SAW. Pondok Tampin. 22 Februari 2015.
Subscribe to:
Posts (Atom)














