Thursday, September 19, 2013

Zikir sebut ' " الله الله " bid'ah, tidak ikut kaedah bahasa arab?.



Memandangkan terkilannya hati yang sudah berpuluh tahun terpendam didalam lubuk sanubari satu ketika dulu , bila kebetulan singgah disebuah dimasjid di Bukit Mertajam, penceramah jemputan disitu sedang merepek repek tentang berzikir dengan hanya sebut lafaz  "Allah Allah"  sahaja.  Kata penceramah bid'ah  zikir begitu dan tidak difaham maksudnya. Cakap tak lengkap. Serupalah kalau kita jumpa tok imam, bila     sampai depan tok imam, kita pun cakap : Tok Imam Tok Imam, Tok Imam Tok Imam .... Tok Imam pun dah pening dan tanya " Hang nak apaa?."... Kalau hang nak kawin habak la , "Tok Imam aku nak kawin". ..

 Haa nampak.  Sebabtu zikir lafaz Allah sahaja , tak boleh .  ... Habis al kisah.

Terkilannya saya masatu tidak dapat dikira lah. Mau rasanya bangun ketika itu berdebat dengan penceramah . Kenapalah terlalu dangkal sangat fahamannya yang cuba mencari pengaruh dikalangan orang kampung dengan argumentasi dan analogi  yang  tersasar jauh

Jawapan yang sesuai kepada penceramah tersebut atau mereka yang sama kefahamannya :


 1. Zikir dengan lafaz mufrad Allah Allah, tidak terkeluar dari kaedah ilmu NAHU, iaitu metod bahasa arab yang fashih  dan dapat difahami maksudnya.  Hebatnya ulamak melayu yang entah berapa ratus tahun dulu lamanya , telah mencapai kesarjanaan iaitu tahap keilmuan yang cemerlang, telah menulis dalam kitab mereka tentang zikir begitu sebagai  tidak bid'ah, jika di hadirkan dalam hati ketika lidah menyebut Allah... Hati menghadirkan " Ma'bud"- Ertinya  " Yang Disembah".  Bila disusunkan ayat penuhnya  , jadilah - "Allahu Ma'buud"- ertinya  "Allah Yang Disembah".  

Kesimpulannya , zikir dengan cara begitu sudah sempurna syarat-syaratnya sebagai  Kalam Mufid, iaitu ayat atau kalam yang berfaedah dan dapat difahami.

Perhatikan isi kitab Bidayatul Hidayah  datas tu.


2. Lafaz الله yang  pertama sebagi Mubtada, dan lafaz الله yang kedua sebagai Khobar.  Maka : الله  الله  , jika diterjemahkan jadilah  " الله adalah  الله  " .
Cara susunan ayat yang begini sebenarnya memang selalu digunakan oleh Para Ahli Ilmu Islam , misalnya dalam ilmu hadis , ada dicatit dalam kitab ilmu mustholah hadis, apabila ditanya tentang rijal yang sangat terkenal teguh , contohnya : Siapakah Ibnu Ma'in?. Maka dijawab : "Ibnu Ma'in Ibnu Ma'in" ertinya : "Ibnu Ma'in adalah Ibnu Ma'in"- maksudnya,  disebabkan Imam Ibnu Ma'in sangat terkenalnya keteguhan beliau dalam ciri sebagai perawi hadis yang thiqah, maka tidak memerlukan huraian yang panjang lebar lagi. Gukup dengan " Imam Ibnu Ma'in ialah Imam Ibnu Ma'in " yang sudah cukup dikenali siapa orangnya dan sifat-sifatnya.

Begitulah juga metod ayat dalam zikir " الله الله " - ertinya
" الله adalah  الله  " . Maksudnya : الله adalah الله  yang sangat dikenali.

Oleh yang demikian, tertolaklah perkataan  dari mereka  yang mengatakan tak sah ayat zikir, tidak dapat difahami, tidak mengikut kaedah bahasa arab dan sebagainya . 

Jika mereka minta rujukannya pulak?, habak depa, amboii ambooi... cmnaaa laa  pandai hadis sampai tak jumpa  pula  nooo....  


3. dan lain-lain lagi jawapan .


Sunday, September 08, 2013

Daurah Kitab Penawar Bagi Hati - 5 Oktober 2013

InsyAllah pada 5 Okt 2013, akan diadakan daurah pembacaan Kitab Penawar Bagi Hati.

"Kitab Penawar Bagi Hati telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada waktu zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.” Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini. "

Tempat: Pejabat Agama Islam Daerah Tampin
Masa : 9 pagi - 6 Petang
Penyampaian Oleh : Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abd Raof

Kelas Pengajian Bulanan Kitab Kasful Litham - Tafaqquh Guru Takmir bulan Sept 2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dimaklumkan: Kelas Pengajian Kitab Kasful Litham untuk bulan September 2013 akan diadakan pada 29-9-2013. Bersamaan Hari Ahad, di Dewan Kuliah Pejabat Agama Daerah Tampin. Waktu kelas bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari. Kepada mereka yang berkenaan dan yang berminat sila ambil perhatian.

Tuesday, September 03, 2013

fatwa-fatwa kontemporari pondok di jawa?

Barakah Kanjeng  Sunan Ampel.... semasa ziarah, seorang sahabat terjumpa buku ni..  sangat menarik..
banyak isu baru dibahas dan dijawab dengan rujukan kitab2 turas 2 tiga ratus tahun keatas... 

Antara Masalah2 yg dibahas:

1. Hukum Talkin orang hampir mati dengan  kalimah ALLAH, ALLAH tidak  kalimat tawhid.
2. Kemalangan jalanraya, yang terbunuh, dan derebarnya adakah qisas?.
3. Mudaharabah.
4. Murabahah.
5. Hukum Emas putih?. terlarang untuk lelaki memakainya?.
6. Wali  nikah anak zina.delima?..
7. Ada apa dengan POLITIK?..
8. Teori Darwin..?

9. Wahabi tidak kafir? 
dan lain2..

Yang tertarik, kita memfokuskan, kandungan isinya berpasakkan kitab2 turas, seperti, bujairimi iqnak, al mahalli, al majmuk , bughyah al mustarsyidin..hasyiyah jamal fathul wahhab, tuhfah, mughni , nihayah dan sebagainya dari kitab2 yang jadi urujukan utama  (referensi) para ulamak pondok , ulamak pakai kain, jubah dan soroban...

Biasanya kita dengar , golongan tradisional  tidak gemar campur isu2 global. yang
lebih tertumpu pada rubu' ibadah... Allahu allah.. musta'an.



di Ampel Dento, Surabaya.







Sunday, September 01, 2013

Ziarah Wali Songo .
























Thursday, August 15, 2013

Soal-Jawab hukum Ahkam Kubur.

Soaljawab Hukum Ahkam kubur.
1. Soal: Adakah disunatkan ziarah kubur ?.

Jawab: Ya. Disunatkan ziarah





2. Soal: Saya dengar perempuan Nabi larang ziarah kubur, adakah betul?.

Jawab: Bagi perempuan dan khunsa ( khunsa musykil), hukumnya makruh menziarahi kubur, melainkan kubur para Nabi , Wali Allah, dan Ulamak Sholihin, tidak makruh mereka berziarah , tegasnya - Sunat bagi orang perempuan dan khunsa menziarahi makam-makam tersebut.
Adapun tentang hadis Nabi larang perempuan ziarah kubur- diihtimal maksudnya larangan makruh, bukan larangan haram. Kerana Banyak lagi hadis atau dalil lain yang menunjjukkan perempuan adalah diharuskan berziarah kubur jika sanggup menahan diri dari meratapi kematian simati.
Oleh yang demikian, larangan ziarah kubur yang dilakukan para wanita tidak bersifat jazam, Bahkan muhtamil. Ini disebut didalam ilmu Fikah atau Ushul sebagai - Illah.



3.Soal: Orang Islam Melayu kita telah menjadikan musim ziarah hanya pada hari raya puasa , tidakkah itu satu bidah yang haram. 
 
Jawab: Tidak haram. Dapat pahala ziarah. Sebab tiada dalil mengharamkan ziarah kubur bermusim. Nabi dan salafusholeh pun pernah ziarah pada masa tertentu, iaitu menjadikan hanya hari sabtu sebagai hari ziarah syuhada diUhud
 



4.Soal: Saya Selalu jumpa orang ziarah bawak air sejuk, lepastu dituang atas kubur. Bila saya Tanya apa tujuan buat begitu, mereka jawab, nak sejukkan orang dalam kubur. Boleh kah begitu?.

Jawab: Boleh, Sunat jirus air walaupun kubur dah lama, dapat pahala , ada Asal usul perbuatan begitu dari Nabi , ada anjuran ulamak fikah tentang niat tujuan itu yang disebut sebagai TAFAAUL
dalam kitab fikah besar besar seperti Fathul Wahhab karangan Sheikhul Islam Zakariyya al Anshori. Di akhir kitab jinazah. wallahu a'lam.