Saturday, August 20, 2011

sheikh kharsa menziarahi kedah darul aman (3)

Sheikh Abdal Hadi al Kharsa menziarahi Tuan Husin Kedah.




sheikh kharsa menziarahi perak darul ridzuan

Kolej Islam Darul Ridzuan.
Kuala Kangsar PERAK.


sheikh kharsa menziarahi kedah darul aman ( 2)


Ulamak tua Kedah, Sheikh Pak Su Mid.



masjid zahir


masjid bukhari


sheikh majid m.noor (bekas mufti)


sheikh kharsa menziarahi kedah darul aman

Ma'had Tarbiyah Islamiyyah Pondok Derang.


Friday, August 19, 2011

soalan dan jawabnya



miszi: asalamumkum usta.apa pndpt ustz, ada orang kata Ibu Bapa Nabi  dalam Neraka?.


al ustaz: tolong jangan sebarkan fahaman syazz itu... bahaya. jangan ingat asalkn ada sahaja perkara yang bercanggah dengan fahaman jumhur muslimin itu , bagus... dan boleh dan baik untuk diwar warkn. macamtu namanya cari masyhur dan cari fitnah kepada islam dan menambahkn masalah. wal iyyazubillah. kata Qodhi Abu Bakar al Arabi al Maliki , mal'un orang yang buat macamtu, sebab telah menyakiti Rasulullah s.a.w, berdalilkan Ayat Quran. wallahu a'lm.

jauhilah ..jauhilah..

Disini ada sikit jwpan ringkas.. http://pondoktampin.blogspot.com/2006/07/bahana-campur-urusan-ibu-bapa-nabi-s.html


Adapun :Masalah Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim beliau yang menulis "Tempoh Fatrah tak jadi sebab lepas dari neraka kalau ada sembah berhala", Telah dijawab oleh Sheikh Abdal Hadi al Kharsa...sebenarnya dlm kitab Raudhah, Imam Nawawi sendiri telah menjelaskan " kedua ibubapa Nabi s.a.w masuk syurga". Maka kesamaran ulasan imam Nawawi dalam Syarah Muslim dapat dijelaskan dengan kitab Raudhah al Tholibin beliau.

Perkara yang kedua: Sheikh Abdal Hadi al Kharsa menyatakan ; Hadis Muslim tersebut adalah hadis ahad. Tidak boleh dibuat hujjah sebagai peganggan dengan hadis ahad dalam bidang akidah. Terutamanya bila bercanggah dengan ayat al Quran yang mengatakan "Ahli Fatrah" terlepas dari neraka.

Sunday, August 14, 2011

majlis pengijazahan sanad bukhari dan abu daud




adalah dimaklumkan bahawa pembacaan hadis abu daud dan al bukhari telah dikhatamkan.

maka insyallah pada malam ini selepas sembahyang terawikh akan diadakan majlis pengijazahan sanad kedua kitab tersebut. sesiapa yang berkesempatan dijemput hadir. sekian wassalam.

Wednesday, August 10, 2011

al - bukhari wa abi -daawuud...sama'an wa qiraatan....

Sahih al Bukhari.. dipenuhi dengan makna2 agama yang tersirat dan tersurat.. membaca dan menelitinya sekali , dua sahaja sudah terserlah dan nyata semua maklumat yang selama ini tidak jelas puncanya.

Sunan Abi Daud .... dalil-dalil idaman yang terkandung didalamnya.. membuatkan tersenyum sendiri, setiap kali Sheikh atau Muqri mengalunkan bacaan matannya... Abi Daud oo abi daud.. maasyallah ...

Friday, August 05, 2011

Tazkirah Sheikh alKharsa sebelum Sembahyang jumaat

Dimaklumkan , besok, 5 ramadhan, ceramah ringkas akan diadakan dimasjid Tunku Besar Tampin (Masjid Tampin) sebelum sembahyang jumaat. Tazkirah atau ceramah akan disampaikan oleh Sheikh Abdal Hadi al Kharsa , ulamak besar dari Syria. Ceramah akan diterjemahkan oleh Presiden PERSIDAM.

Sunday, July 31, 2011

مرحبا أهلا وسهلا برمضان المبارك




مرحبا أهلا وسهلا برمضان المبارك




كل عام وأنتم بخير

Friday, July 29, 2011

Sheikh Hadi al Kharsa menziarahi Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin



Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Tunku Sayyid Razman telah mengundang al Sheikh Hadi al Kharsa diBalai Tunku Besar Tampin dalam majlis ramahmesra. Tunku Besar amat berbesar hati dengan kehadiran ulamak besar Syria diTampin. Sheikh Hadi dalam perbualannya telah bersyukur kepada Hadrat Allah s.w.t, kerana masih lagi ada berlaku anjuran Allah s.w.t berkenaan pemerintah-pemerintah yang terbaiknya hendaklah ditangan asyraf ( keturunan Nabi atau Quraisy) .

Tuesday, July 26, 2011

Kitab sampai

Dimaklumkan, Kitab al Bukhari , Abi Daud dan Nukhbah al Fikar telah sampai. kepada mereka yang mengirim , sila ambil perhatian. Sila dapatkannya daripada urussetia program. Alhamdulillah. wassalam.

Monday, July 25, 2011

Daurah bermula

lanjutan masa daurah

Dimaklumkan,

1.Bacaan al Bukhari dimulakan pukul 9 pagi hingga 12 tghari.
2.Bacaan Sunan Abi Daud dimulakan pukul 3 ptg hingga 5 ptg. Disambung semula selepas sembahyang selama 45 minit hingga 1 jam.

Saturday, July 23, 2011

majlis perasmian daurah dan tazkirah sheikh abdal hadi al kharsa




Pada sabtu malam ahad pukul 9 malam (malam ini) , majlis perasmian daurah hadis al bukhari , sunan abi daud dan tazkirah oleh Sheikh AbdalHadi al Kharsa akan diadakan di pondoktampin. kepada sesiapa yang kelapangan dijemput hadir.


Besok(ahad) pagi insyallah pada pukul 9 pagi-12 tengahhari pembacaan kitab al Bukhari bermula , dan petangnya pukul 3 - 5 petang kitab sunan abi daud.

Kepada mereka yang berkenaan sila ambil perhatian.

Pendaftaran bermula hari ini (sabtu).

Friday, July 22, 2011

Flight delayed Kitab lewat sampai.

asslamualaikum. dimaklumkan kepada semua mereka yang telah mengirim kitab hadis bukhari dan abi daud tempohhari. oleh kerana flight kuwaitairways cargo delay , maka kelewatan sampai kitab-kitab tersebut tidak dapat dihindarkan. insyallah dijangkakan sampai pada isnin ini dan selasa dapat diserahkn kepada pemiliknya. pagi tadi dapat panggilan dari pihak kuwaitairways cargo. pihak pondok memohon maaf kelewatan urusan tersebut.


Pihak pondok akan photocopy kitab bukhari dan abi daud bahagian awal untuk bacaan hari ahad ,isnin dan selasa. jika sesiapa yang mempunyai naskhah lain dinasihatkan dibawa bersama.




Tuesday, July 19, 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sahih Bukhari

Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi hadis yang disusun oleh Imam Bukhari (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah.

Koleksi hadis-hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim aliran Sunni adalah salah satu dari yang terbaik kerana Bukhari menggunakan kriteria yang sangat ketat dalam menyeleksi hadis-hadis peringkat paling sahih. Maka tidak hairanlah jika Muslim Sunni mengganggap Sahih Bukhari adalah Kitab yang kedua paling murni dan suci selepas Kitabullah. Imam Bukhari menghabiskan waktu selama 16 tahun untuk menyusun koleksi ini dan menghasilkan 2,602 hadis dalam kitabnya (9,802 dengan perulangan). Semua hadis-hadis sahih disusun mengikut 70 kategori berpautan dimana setiap satu kategori mewakili satu kitab.

Sunday, July 17, 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pada 23 julai hari sabtu malam ahad , selepas isya, pukul 9 malam, majlis perasmian daurah insyallah. Muslimin dan muslimat yang berkelapangan disilakan hadir. Bagi mereka yang ingin menyertai program daurah , pendaftaran dibuka bermula hari sabtu selepas zohor. Mereka yang berkenaan sila ambil perhatian sebab daurah akan bermula pada pagi ahad. Tentatif akan diumumkan kemudian.


Saturday, July 16, 2011

DAURAH HADIS BUKHARI DAN SUNAN ABI DAUD

PROGRAM

PERIWAYATAN

KITAB HADITH SUNAN

SITTAH


(SAHIH al- BUKHORI

&

SUNAN ABI DAUD)

TAHUN 1432 h/2011 m.




Anjuran

PondokTampin dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Tampin ,

Negeri Sembilan Darul Khusus.


OBJEKTIF

Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:

  • Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama’ bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu’tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

  • Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini.

  • Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama’i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya.

  • Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad ‘aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin.

  • Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama’ khususnya ulama’ dari luar negara.

JANGKAMASA MAJLIS

Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri’nya melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab tersebut.

Bagi Sahih Bukhari dan Sunan Abi Daud, jangkamasa yang agak selesa sehingga khatam adalah selama 22 hari dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari hingga ke malam.

SASARAN PESERTA

Oeh kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok), ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.

Tentatif Program.

Tarikh: 22 syakban 1432h bersamaan 24 julai 2011 m (ahad) - sehingga- 13 ramdhan 1432h bersamaan 13 ogos 2011m (sabtu) . Selama 21 hari .

Masa:

Sesi Pertama : 10 pgi – 12 tghri ( al-Bukhori dan Abi Daud)

Sesi kedua : 3 ptg – 5 ptg ( al-Bukhori dan Abi Daud)

Sesi ketiga : 9 mlm – 10 mlm ( Mushtholah – Kitab Nukhbah al-Fikar ).


Tempat: Pondok Tampin, Jalan Padang Ragut, Repah , Negeri Sembilan / Dewan Pejabat Agama Daerah Tampin .


Perserta: Terbuka kepada mereka yang mampu menguasai bahasa arab.


Kitab: Mereka yang belum mempunyai kitab boleh oder sebelum 5 julai

Harga kitab :

Bukhari & Abi Daud berharga RM160.00 - cetakan Syria .

Bukhari sahaja : RM65.00

Abi Daud sahaja: RM95.00.

Nukhbatul fikar : RM 10.00


Yuran Pendaftaran: Untuk Khatam Sebuah sahaja RM100 dan untuk kedua-duanya RM200.


Penempatan: Berulang-alik dari kediaman masing-masing / kediaman, sepanjang program tidak disediakan oleh pi hak penganjur, sil a berhubung dengan urusetia jika sebarang kemuskilan.

Maklumat lanjut : Hubungi

+60134752296/+60136905847 Ust. Hanef.



TUANGURU UNDANGAN KHAS.


BIODATA RINGKAS SHEIKH ABDUL HADI AL-KHARSAH.

BELIAU ADALAH AL-FADHIL AS-SHEIKH ABDUL HADI AL-KHARSAH

AD-DAMSYIQI.

BELIAU MEMULAKAN PENGAJIANNYA DI MAAHAD AL FATTAH , AS-SHEIKH SOLEH FARFUR RAHIMAHULLAH TAALA DAN KEMUDIANNYA BELIAU MENYAMBUNG PENGAJIAN DALAM BIDANG AKADEMIK DI UNIVERSITI AL-AZHAR AS-SYARIF, MESIR , PENGKHUSUSAN DALAM BIDANG USULUDDIN DAN TARBIAH DAN BERJAYA MEMPEROLEH SHAHADAH A’LIMIAH. .

SEBELUM ITU, BELIAU TELAH MENUNTUT ILMU DARIPADA KALANGAN SHEIKH-SHEIKH DAN ULAMA’ BESAR DI SYAM DAN DI NEGARA LAINNYA DAN BELIAU MEMPEROLEH BANYAK IJAZAH DALAM BIDANG ILMU SYARIAH, ILMU-ILMU AQLI DAN TASAWWUF.

BELIAU JUGA TELAH DIIJAZAHKAN HADIS OLEH:

AL SHEIKH AL ALLAMAH SAYYID MUHAMMAD BIN SAYYID ALAWI AL MALIKI,

AL SHEIKH AL ALLAMAH MUWAFFAQ AN NUSYUMANI,

AL ALLAMAH SAYYID TAJUDDIN AL GHOSAM.

BELIAU SERING MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS AGAMA DI DIMASYQ DAN DI TEMPAT-TEMPAT LAIN DALAM BIDANG PENGAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH AGAMA DI SYAM, SERTA PENGAJIAN DI MASJID-MASJID. SELURUH PENUNTUT ILMU ISLAM MENGAMBIL MANFAAT ATAS PENYAMPAIAN ILMU BELIAU YANG BEGITU LUAS SERTA UCAPAN DAN NASIHAT YANG DISAMPAIKAN BAGI MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH SERTA MEMPERINCIKAN MASALAH-MASALAH AGAMA TERUTAMANYA DALAM BIDANG AQIDAH ISLAMIYYAH DAN PENYUCIAN JIWA.

BELIAU TELAH MENGARANG BEBERAPA BUAH KITAB DAN RISALAH DALAM BIDANG AQIDAH DAN JUGA MENTASHIHKAN BEBERAPA KEFAHAMAN YANG SULIT. BELIAU JUGA BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT DALAM PERHIMPUNAN-PERHIMPUNAN MUKTAMAR ISLAM ANTARABANGSA DAN BELIAU AKTIF DALAM TUGAS DAKWAH BAGI TUJUAN KEMASLAHATAN UMMAH DALAM KEHIDUPAN.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG KEGIATAN BELIAU BOLEH DIDAPATI DENGAN MELAYARI LAMAN WEB BELIAU:

http://www.abdalhadialkharsa.com/index.php


Al Sheikh Abdal Hadi akan diiringi oleh murid beliau sebagai muqri,

iaitu al Sheikh Firas Salu.


Biodata Sheikh Firas boleh dibaca disini klik

Thursday, July 07, 2011

SIAPA IMAM BUKHARI?

Imam al-Bukhari r.a.

Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadis sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w. Imam Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Bukhari

Latar belakang

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Pengajian Hadis

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".


Makam Imam Al-Bukhari di Samarkand
Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Diusir dari Bokhara

Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Wednesday, July 06, 2011

Siapa Imam Abu Daud?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Abu_Daud
Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani (Sistan 202 H (817 M) - Basrah 276 H (888 M)}, adalah salah seorang perawi Hadis NABI (S.A.W). Beliau adalah penulis kitab SUNAN ABI DAUD salah satu kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama yang termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Latar belakang

Beliau dilahirkan di Sijistan (Sistan atau Sagestan, Afghanistan) pada tahun 817, dan meninggal pada tahun 888. Semasa hayatnya, beliau pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi, Khurasan, Nisabur dan bayak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah S.A.W. Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum, iaitu hadis yang mengandungi hukum-hukum fiqh yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah sebanyak 50000 Hadis. Daripada jumlah itu, sebanyak 4800 Hadis telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam kitab Sunannya. Semua Hadis dalam dikategorikan oleh Imam Abu Daud mengikut kepentingannya. Imam Abu Daud telah menulis lebih kurang 21 kitab termasuk Sunan Abi Daud. Menurut Imam Abu Daud, semua Hadis yang dimasukkan dalam kitab Sunannya adalah sahih kecuali jika beliau menyatakan sebaliknya. Namun, bukan semua Hadis beliau sahih kerana ada ulama' seperti Ibn Hajar berpendapat bahawa ada juga Hadis yang lemah di dalam Sunan Abi Daud. Antara kitab selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil. Dalam kitab ini, sebanyak 600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in meriwayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan sahabat.

Guru

Sebagai seorang perawi Hadis, Imam Abu Daud berguru dengan ramai Ulama untuk mendapatkan sesebuah Hadis. Antara guru-gurunya adalah:

  1. Imam Ahmad,
  2. Al-Qanabiy,
  3. Sulaiman bin Harb,
  4. Abu Amr adh-Dhariri,
  5. Abu Walid ath-Thayalisi,
  6. Abu Zakariya Yahya bin Ma'in,
  7. Abu Khaithamah,
  8. Zuhair bin Harb,
  9. ad-Darimi,
  10. Abu Uthman Sa'id bin Manshur,
  11. Ibn Abi Syaibah dan lain-lain.

Murid

Demikian juga murid beliau cukup banyak, antaranya:

  1. Imam at-Tarmizi.
  2. Imam Nasaie.
  3. Abu Ubaid Al Ajury
  4. Abu Thoyib Ahmad bin Ibrohim Al Baghdady (perawi Sunan Abi Daud dari beliau).
  5. Abu `Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab Sunan dari beliau).
  6. Abu Bakr Ahmad bin Muhammad Al Khollal Al Faqih.
  7. Isma`il bin Muhammad Ash Shofar.
  8. Abu Bakr bin Abi Daud (anak beliau).
  9. Zakariya bin Yahya As Saajy.
  10. Abu Bakr Ibnu Abi Dunya.
  11. Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab Nasikh wal Mansukh dari beliau).
  12. Ali bin Hasan bin Al `Abd Al Anshory (perawi sunsn dari beliau).
  13. Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).
  14. Abu `Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu`lu`y (perawi sunan dari beliau).
  15. Muhammad bin Ahmad bin Ya`qub Al Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al Qadar dari beliau).