Menziarahi Turkie kali ini dengan niat ingin menyelami khazanah yang tersirat terkandung dibumi yang dipuji ulamak.Bukan lagi melihat dan membelek perkara yang biasa nampak ditempat lain , contohnya kalau sekadar nak tengok orang tak patuh hukum Allah ,,dikampung sendiri pun ada.
Saturday, April 02, 2011
Buah tangan dari Turkie 3
Menziarahi Turkie kali ini dengan niat ingin menyelami khazanah yang tersirat terkandung dibumi yang dipuji ulamak.Bukan lagi melihat dan membelek perkara yang biasa nampak ditempat lain , contohnya kalau sekadar nak tengok orang tak patuh hukum Allah ,,dikampung sendiri pun ada.
Friday, April 01, 2011
Monday, February 14, 2011
program ziarah Turkie
Antara Program:
MENZIARAHI:
a) MUZIUM TOPKAPI - ASALNYA ISTANA KEMUDIAN DIUBAH MENJADI MUZIUM. LAWATAN KE MUZIUM INI SANGAT BERFAEDAH, KERANA TERDAPAT DI DALAMNYA KHAZANAH-KHAZANAH PENINGALAN EMPAYAR USMANIAH YANG SANGAT BERNILAI. TERDAPAT JUGA SEBAHAGIAN PUSAKA NABI S.A.W. SEPERTI PEDANG, JANGGUT NABI S.A.W., JUBAH NABI S.A.W., TANGAN NABI YAHYA A.S. DAN LAIN-LAIN. TERDAPAT JUGA Al-QURAN BERUSIA 1200 TAHUN TULISAN TANGAN.
Istana Topkapı gambar diatas pemandangan dari Bosphorus (Turki: Topkapı Sarayı) atau di dalam Uthmaniyyah Turki: طوپقپو سرايى, Topkapı Sarayı di dalam bahasa Turki bermaksud "Istana Pintu Meriam"). Ia adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.
Pada tahun 1924, di atas arahan presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Atatürk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium. Lokasi ini dipilih khas menjadikan ia dapat memerhati Tanduk Emas, Bosphorus dan Laut Marmara. Istana Topkapı di kelilingi oleh dinding sepanjang 5km dan luas 700,000 m2
b) MAKAM SULTHAN MUHAMMAD AL- FATEH:
Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al-fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”
Kelebihan Sulthan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah
Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al-Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
Jasa dan sumbangan
Rencana utama: Kejatuhan Constantinople
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.- Kutipan dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-fatih#Kelebihan_Muhammad_al-Fatih_mengikut_sejara
Saturday, February 12, 2011
Menziarahi Turkie ,Syria dan Jordon
Al Ustaz Ahmad Naim dari pondok pasir tumbuh.
Al Ustaz Safuan - madrasah aliyah.
Al Ustaz Razali- pondok solok duku.
Al Ustaz Imran - pondok muar.
Al Ustaz Kasim- pondok muar.
Al Ustaz Kasim- Seremban.
Didoakan selamat pergi dan kembali ketanahair dengan selamat. amin.
Sunday, February 06, 2011
Majlis Khatam Kitab Siyarus Salikin juzuk 2.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semua muslimin muslimat yang berminat dijemput hadir . Wassalam.
Saturday, January 15, 2011
Sambutan Maulud Nabi s.a.w dan Majlis pertunangan Sdr. Yacob dengan Ustazah Farahin

Adalah dimaklumkan pada 22 jan 2011 ini bersamaan hari SABTU , pondok tampin akan mengadakan majlis sambutan maulud Nabi s.a.w .
Majlis juga akan diserikan lagi dengan pertunangan saudara Yacob bin Abdul Wahid dengan pasangan beliau Ustazah Farahin binti Abdul Hamid.
Majlis juga mendoakan selamat atas keberangkatan Hadratus Sheikh Ali ke London pada tarikh yang sama.
TENTATIF;
SELEPAS SEMBAHYANG ZOHOR = SELAWAT BURDAH.
JAMUAN MINUM PETANG.
SELEPAS SEMBAHYANG ISYAK = SELAWAT DAN DAIBAIE RINGKAS.
MAJLIS PERTUNANGAN.
TAZKIRAH HADRAT SHEIKH ALI.
JAMUAN MAKAN MALAM.
BERSURAI.
Saturday, January 08, 2011
Allahu Syafiyy...
Masih dirawat diwad icu HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Operite dibahagian kepala beliau telah berjaya dan masih dalam keadaan tidak sedar.
Semoga cepat sedar dan sembuh untuk meneruskan membantu tugas-tugas Agama . AMIN-AMIN YA ALLAH..
Laporan terakhir... Muiz beransur pulih..aminn.. doa-doakan.
KEMBALI KE RAHMAT ALLAH.
Dari keluarga besar, menuntut dipondok Tuan Guru Haji Muhammad , Bukit Keledang , Triang Temerloh Pahang. Atas niat yang sangat mulia almarhum , dengan keizinan guru beliau berangkat dengan rombongan pondoktampin ke pondok pasir tumbuh , Kelantan untuk menyambung pelajaran disitu.
Dalam perjalanan diselekoh sungai yu, sebelum merapoh, ke gua musang , kenderaan yang beliau tumpang telah bertembung dengan sebuah lori dari arah merapoh. Beliau sempat dihantar kehospital Gua Musang dan terus dibawa ke Hospital Kuala Krai , tetapi Allah lebih menyayangi dan kasih terhadap hambanya yang ikhlas dijalan NYA. Beliau mengembuskan nafas terakhir hampir waktu subuh pagi khamis hampir kehospital Kuala Krai.
Jenazah almarhum telah disempurnakan mandi, kafan 0leh al ustaz abdul raof serta ahli rombongan dan pelajar pondok tampin , dan disembahyangkn oleh jemaah serta hadrat Sheikh Ali, dengan diimamkan oleh al ustaz sendiri dan ustaz Naim dari pondok pasir tumbuh.
Almarhum seterusnya telah dibawa ke pondok keledang untuk dikebumikan diperkuburan Islam dikampung pondok keledang , bersebelahan pondok keledang.
= Barangsiapa yang berjalan disuatu perjalanan didalamnya bertujuan menuntut ilmu, nescaya memudahkannya oleh Allah perjalan keSyurga= al hadis.
Allah Allah... insyallah mudah-mudah Allah kurniakan kepada almarhum pahala syahid dan terus kesyurga. ..amin ya robb..
Thursday, January 06, 2011
Takziah dan Al Fatihah : Pelajar Pondok Tampin ditimpa musibah kemalangan..
Rombongan Tuan Sheikh Aleey dan Tuan Guru Ust Abd Raof ke Kelantan telah mengalami musibah kemalangan.Tuan Sheikh Aleey dan Tuan Guru Ust Abd Raof tidak terlibat dalam kemalangan, saya diberitahu hanya sebuah kereta (cuma pelajar pondok) terlibat dalam kemalangan.
1) Ipar Tuan Guru Ust Abd Raof telah meninggal dunia (Almarhum Ali bin Haji Nazlan).
2) 1 org pelajar pondok tampin dalam keadaan kritikal (Saudara Muiz bin Hj Masni- akan dibedah di HUSM).
3) 2 org cedra ringan (Saudara Firdaus Terengganu dan Abdullah Rembau)
Mohon doa-doa daripada Tuan/Puan..
Untuk roh Almarhum Adik Ipar Tuan Guru Ust Abd Raof, Semuga Allah membalas semua kebaikan beliau semasa hayat dan mengampuni dan menghapuskan semua kesalahan dan kesilapan beliau dan memasukkan beliau kedalam syurga Jannatul Firdaus yang tertinggi , bersama para Anbiya , Syuhada , Shidiqqin dan Ulama -amilin dan Sholihin. Amin . Al -Fatihah kepada Ruh beliau
Untuk pelajar pondok tampin yang berada dalam keadaan kritikal dan cedera, semoga pembedahan berjalan lancar, dipermudahkan segala urusandan disembuhkan sakit-sakit.. amin ya rabbal alamin.. al-fatihah
* Makluman ini ditulis oleh Anwar UKM
Wednesday, January 05, 2011
Monday, January 03, 2011
Tergadai dan mundur negara kerana bermazhab?.
Tuesday, December 28, 2010
Sunday, December 19, 2010
cd/dvd masalah imam dan makmum
Adalah dimaklumkan insyallah pondoktampin akan menerbitkan cd dan dvd- huraian kitab masalah imam dan makmum bermula pada feb. 2011 nanti . Kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada saudara anuwar dan faiz . Huraian dan ceramah telah disampaikan oleh alFadhil al Ustaz Haji Abd.Raof bin Haji Nurin. Sekian dimaklumkan.
Saturday, December 18, 2010
Khutbah Awal Muharram
الحمد لله حمد امرئ عرف قدر الدارين
فاختار منهما ما تستحق الختيار . أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له الذى كشف لنا حقيقة تلك الدار وأشهد أن سيدنا ونبينا محمدا عبده ورسوله الذى لم يركن يوما لدار الاغترار .
أللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه المنزهين فى طاعتهم عن ملاحظة الاغترار. أما بعد فيا عباد الله أوصيكم واياى بتقوى الله وطاعته لعلكم تفلحون .
Saudara-saudara kaum muslimin. Dengan tidak terasa , kita sudah memasuki tahun baru , yaitu tahun 1432 hijriyah . Ibarat ahli dagang , kita sudah tentu membuat perhitungan , menutup akaun lama dan membuka akaun baru.
Akaun lama ditutup bukan asal ditutup saja. Tetapi dilihat dan di periksa tentang untung dan ruginya. Kalau terdapat kerugian , maka dijadikanlah peringatan untuk tahun akan datang supaya jangan mendapat rugi lagi. Atau sekurang-kurangnya jangan sampai mendapat untung kurang dari tahun yang lalu.
Demikianlah hendaknya kita hidup didunia membuat perhitungan buat diri kita sendiri , sebelum Allah mengadakan perhitungan buat amal kita diakhirat. Kerana pada hari itu, kita sudah tidak dapat lagi berikhtiar dan berusha buat menambahkan kenuntungan atau buat menebus kerugian.
Firman Allah s.w.t: (al Hasyr ayat 18-19)
Ertinya (Tafsirnya): Wahai orang-orang yang beriman , takutlah kepada Allah dan setiap diri hendaklah melihat (perhatikan) apa yang telah diusahakannya untuk besok (hari kiamat).
Dan takutlah kepada Allah , sesungguhnya Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
Janganlah kamu seperti orang-orang yang lupakan kepada Allah , maka Allah akan menjadikan mereka melupakan diri mereka (lupa diri). Mereka yang (sifatnya) begitu adalah orang-orang yang Fasik.
Selain dari itu, di akhirat nanti, akan diperiksa segala amal kita langsung dari Allah, sebagaimana diterangkan oleh Nabi s.a.w.:
Ertinya: “Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan ia akan diperiksa oleh tuhannya pada hari kiamat, tidak ada juru bahasa antara dia dan tuhannya. Maka ia menengok ke sebelah kanannya, maka ia tidak melihat melainkan amalnya yang telah dikerjakannya. Ia menengok lagi ke sebelah kiri, maka ia melihat amalnya juga. Ia melihat di hadapannya, maka tidak ia melihat melainkan api neraka menghadapi dirinya. Oleh kerana itu hendaklah kamu takut kepada api neraka, sekalipun hanya dengan bersedekah dengan sekeping kurma.”- (al Bukhari, Muslim dan at termizi)
Saudara-saudara kaum muslimin.
Kemudian kita fikirkan pula empat perkara yang menjadi tujuan penting daripada tuntutan Tuhan waktu kita masuk saja ke dalam ruangan hari kiamat, iaitu umur, amal, harta dan tubuh kita, sebagaimana diterangkan dalam sabda Nabi s.a.w.:
Ertinya: “Belum lagi berkisar seorang hamba pada hari kiamat, hingga dia ditanya dari hal umurnya, di mana dihabiskannya, tentang amalnya, di mana diusahakannya, tentang harta bendanya, dari mana didapatkannya dan di mana dibelanjakannya, dan tentang tubuhnya, di mana dicampakkannya!”
(al Tirmizi)
Mengingat Tuhan Di Waktu Senang
Saudara-saudara kaum muslimin.
Terlalu pandai manusia memuji-muji Allah, mengingat dan menyebut-nyebut kebesaran-Nya di waktu mereka sedang tersepit, sedang dalam kesukaran dan malapetaka. Panjang lebar doa permohonannya, bermacam-macam puji-pujian yang diucapkannya, buat meminta kepada Allah, supaya mereka dilepaskan dari kesusahannya. Padahal semalam atau sebelumnya, mereka lupa kepada Tuhan, tak kenal Tuhan, tak pernah memuji-muji Tuhan, apa lagi menyembah-Nya, kerana waktu itu mereka hidup sihat dan mewah, gagah dan berkecukupan, bermandi dalam lautan kesenangan dan kegembiraan.
Manusia yang begini sifatnya, disindir oleh Allah dalam firman-Nya: (surah Haa mim as sajdah ayat 51)
Ertinya: “Dan apabila Kami kurniakan nikmat kesenangan kepada manusia, lalu ia berpaling dan menjauhkan diri daripada Aku. Tetapi apabila dia ditimpa kesusahan lalu ia berdoa panjang lebar.”
Sikap ini adalah sikap orang yang sombong dan takbur, sikap orang yang curang dan tidak jujur, tidak ikhlas, munafik, penderhaka, dan sikap orang yang jiwanya kotor. Dengan sikap curang ini dapatkah manusia terlepas dari kesusahannya? Sikap curang tidak dapat melepaskan manusia dari kesusahannya. Boleh jadi dia terlepas dari satu kesusahan, tetapi lain kesusahan akan menimpa lagi, sehingga kesusahan itu sebagai benang kusut yang tidak dapat diperbaiki lagi.
Lihatlah contohnya diri Firaun. Waktu Firaun hidup dan besar kekuasaannya, ia mempermainkan agama Allah, menghina utusan Allah dan mengaku menjadi Tuhan. Setelah tuhan turunkan azab atasnya, barulah ia mahu taubat, tetapi sudah terlambat, terlambat dan terlambat, laksana nasi sudah menjadi bubur, kerana lebih dahulu sudah disampaikan peringatan Allah, bahkan sudah dikirimkan beberapa ujian.
(Surah Yunus ayat 91)
Ertinya: “Sekarangkah engkau baru mahu beriman, padahal dahulunya engkau derhaka dan daripada orang-orang yang membuat kerosakan?”
Saudara-saudara kaum muslimin.
Orang yang dapat kelepasan dari kesusahannya ialah yang waktu dalam kesenangan ia mengingat dan mendekati Allah, ia mengenal dan mensyukuri nikmat-Nya, ia puji dan menyembah-Nya. Maka kalau ia ditimpa kesusahan, nescaya lekas benar Allah berikan pertolongan kepada-Nya, dan dilepaskan dari kesusahannya. Perhatikanlah sabda Nabi s.a.w.:
Ertinya: “Berkenalanlah kepada Allah di waktu lapang (senang) nescaya Allah balas kenal kepadamu di waktu susah.” -( Abul Qoosim bin Busyraan)
Contohnya seperti Nabi Yunus a.s. Ia telah dilemparkan ke dalam lautan, lalu ditangkap oleh seekor ikan yu yang sangat besar. Kemudian dilemparkannya di tepi laut. Kalau tidak kerana dahulunya ia mengenal dan Mengingat Allah, nescaya ia berada di perut ikan yu sampai hari kiamat, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah:
(As Shoofat ayat 143-144)
Ertinya: “Kalau sekiranya dahulunya Nabi Allah Yunus tidak banyak memuji-muji Tuhan, nescaya ia tinggal dalam perut ikan itu sampai hari kiamat.”
Dua contoh dari dua orang itu, baik benar dijadikan pelajaran. Kedua-duanya sama mendapat bahaya kesusahan di lautan. Yang satu Nabi Yunus telah ditolong oleh Tuhannya, kerana dahulunya di waktu sihat dan kuat, wakyu lapang dan senang ia selalu mengingat dan memuji Allah, ia tunduk dan menyembah Allah. Sedang yang satu lagi ialah Firaun, ditenggelamkan dan dibinasakan terus, segala permintaannya dan pengakuannya ditolak oleh Allah, kerana dahulunya diwaktu ia gagah dan berkuasa, waktu hidup mewah dan senang, ia lupa kepada Allah, ia ingkar dan ia musuhi utusan Allah, dan ia tolak agama Allah.
Mudah-mudahan Allah teguhkan iman kita supaya kita tetap memuji dan menyembah-Nya di waktu susah dan di waktu senang. Amin Allahumma Amin…
(al A'raf ayat 69)
Ertinya: “Maka hendaklah kamu mengingat nikmat Allah supaya kamu beruntung.”
Sunday, December 12, 2010
Sheikh Dr. Alan Godlas - Khalifah Tarekat Naqshbandi di Amerika menziarahi Pondok Tampin

Sheikh Dr. Alan Godlas - Khalifah Tarekat Naqshabandi
Beliau banyak memberi ceramah dan kuliah penerangan mengenai Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya kepada organisasi seperti CNN, UGA Institute for Continuing Judicial Education, College of Charleston, Georgia Southwestern State University dan banyak organisasi lain.
Beliau merupakan penceramah jemputan di beberapa buah negara seperti Turkey, Iran, Morocco, Uzbekistan, dan Nigeria. Beliau juga mempunyai blog iaitu http://www.sufinews.blogspot.com/
Beliau akan datang menziarahi Pondok Tampin, dan dijangka tiba selepas Asar dalam pukul 5-6 Petang. Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan, Tuan/Puan dijemput hadir bagi mendengar nasihat daripada beliau.
Sila klik sini untuk maklumat lanjut mengenai biograpy beliau.
Monday, December 06, 2010
Kitab Melayu dan Kasful Litham.
Samaada perkara baru itu akan menunjjukkan:
1.Betapa tinggi dan hebatnya ilmu pengarang kitab asal berbahasa arab dan melayu yang diceduk dan dikutip oleh pengarang kasful litham melayu.
2. Namun ilmu pengarang dan penyusun kasful litham melayu juga tidak terkurang sedikitpun ketinggian ilmu dan bahasnya.
3. Kehalusan pemahaman fiqah dan usul-usulnya yang bermartabat tinggi.
4. Ketajaman fahaman pengarang kasful litham melayu dibidang fiqah sehingga nampak gayanya berlaku sebagai mufti yang berijtihad pada masalah-masalah baru timbul dizamannya dan fatwa2nya terselit dicelah-celah terjemahan nas-nas asal berbahasa arab, yang lazimnya sesuatu fatwa itu tidak terjumpa didalam kitab-kitab melayu/jawi yang standard , setaraf atau sezaman dengan pengarang.
5. Tidak keterlaluan pula jika dikatakan fatwa-fatwa fiqah Shafie pengarang masih sah dan sesuai untuk setiap zaman.
6. Kepuasan dahaga kepada air fiqah terasa sampai ketulang sum-sum , walaupun tidak mentelaah dan memusingkan pandangan kemuka kitab-kitab arab atau jawi/melayu yang lain setelah mendengar huraian dan syarahan guru-guru yang berkebolehan.
Contoh kandungan kitab yang sangat menarik .
Tuesday, November 30, 2010
Kelas Kasful Litham.
Adalah dimaklumkan , kelas pengajian kitab Kasful Litham an As ilatil Anam.. akan diadakan pada 5 dis . ahad hujung minggu ini. kepada mereka yang berminat dijemput hadir di dewan kuliah pukul 9 pagi diPAID Tampin. sekian dimaklumkan.
Thursday, November 25, 2010
antara umur panjang dengan umur berkat.
tapi kalau dapat umur yang panjang dan diberkati Allah .. Alhamdulillah syukurlah .
Yang penting diberkati umur.... Allahumma amin.
Sunday, November 14, 2010
Aidil Adha.
Adalah dimaklumkan , Pondoktampin akan mendirikan sembahyang sunat aidiladha pada pukul 10.30 pagi dan selepasnya sembelihan korban akan diadakan.
Al Ustaz Haji Abd.Raof dan keluarga serta warga pondoktampin mengucapkan selamat aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
sekian dimaklumkan. wassalam.




