Tuesday, November 30, 2010
Kelas Kasful Litham.
Adalah dimaklumkan , kelas pengajian kitab Kasful Litham an As ilatil Anam.. akan diadakan pada 5 dis . ahad hujung minggu ini. kepada mereka yang berminat dijemput hadir di dewan kuliah pukul 9 pagi diPAID Tampin. sekian dimaklumkan.
Thursday, November 25, 2010
antara umur panjang dengan umur berkat.
tapi kalau dapat umur yang panjang dan diberkati Allah .. Alhamdulillah syukurlah .
Yang penting diberkati umur.... Allahumma amin.
Sunday, November 14, 2010
Aidil Adha.
Adalah dimaklumkan , Pondoktampin akan mendirikan sembahyang sunat aidiladha pada pukul 10.30 pagi dan selepasnya sembelihan korban akan diadakan.
Al Ustaz Haji Abd.Raof dan keluarga serta warga pondoktampin mengucapkan selamat aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
sekian dimaklumkan. wassalam.
Saturday, November 13, 2010
Ulasan Buku Masalah Imam dan Makmum.



As Sakhawi menyebut dalam kitab al Jawahir wad Durar juzuk pertama. Sedangkan Ibnu Hajar al Asqolani pula adalah guru kepada Sheikhul Islam Zakaria al Anshori (pengarang kitab Fathul Wahhab) , dan Zakaria al Anshori pula adalah mahaguru kepada Ibnu Hajar Al Haitami (pengarang kitab Tuhfah), Sheikh Romli (pengarang kitab Nihayah) dan sejumlah ramai lagi para ulamak dan pengarang kitab-kitab fiqih muktabar dalam mazhab Shafie yang menjadi rujukan.
Terjemahan olahan ini ditulis oleh al Ustaz Yusof Zaki Yakoob, seorang ulamak dan penulis yang terkenal diKelantan. Dengan saringan yang halus , beliau telah menyaring intipati masalah-masalah yang menjadi perhatian ketika mengerjakan sembahyang berjemaah.
Sebanyak 183 masalah asas diterjemah dengan cara diringkaskan dan ada yang diterjemahkan saja dari kitab asalnya telah dapat dikesan dan didapati benar dan merupakan terjemahan atau terjemahan olahan yang amanah.
Walaupun buku ini lebih luas perbahasannya, tetapi kitab Bahjah karangan Sheikh Daud al Fathoni telah mendapat tempat dihati masyarakat melayu dalam tempoh masa yang begitu lama. Kalau diperhatikan , kitab Bahjah yang merupakan komentar syair penulisan Sheikh al Azizi.. Bahjah lebih mudah difahami dan masalah-masalahnya senang dingati. Dalam matan syair Bahjah hanya ada sembilan masalah muwafiq dan masbuq. Maksudnya enam masalah yang sependapat antara ulama mutaakhirin bermula dari zaman Sheikhul Islam Zakaria al Anshori , tiga masalah lagi bakinya telah berkhilaf pendapat. Sayangnya kitab Bahjah hanya memperincikan sekitar masalah makmum Muwafiq dan Masbuq sahaja. Kalau mahu meluaskan lagi perbahasan sembahyang jemaah , patut sangat dipelajari kitab Munyatul Musholli pula. Mungkin juga untuk tujuan kesempurnaan maklumat maka dicetak kedua-dua kitab tersebut sebagai sebuah buku atau kitab tanpa dipisah-pisahkan.
Nisbah kesempurnaan kandungan isi dalam hubungan maudhu' "Sembahyang Jemaah" maka buku masalah imam dan makmum ini dianggap lebih sempurna dan menepati kehendak semasa. Cuma, pada pandangan saya adalah lebih baik diperhalusi terjemahannya walaupun sekadar terjemahan yang sedia ada sudah mencukupi, supaya lebih tahkik sesuatu masalah yang terdapat percanggahannya dengan fatwa-fatwa yang sudah maklum diamalkan oleh masyarakat melayu yang terdapat dalam kitab-kitab turas (kitab melayu/ jawi ) contohnya kitab Sabilul Muhtadin dan Fathul Mubin syarah Arbain. Ataupun sekiranya diadakan Daurah dimana-mana jua , diperuntukkan masa yang secukupnya untuk pembentang memberikan penjelasan-penjelasan atau menjawab kemuskilan semasa soal-jawab... bersambung
Thursday, November 11, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Ayahanda kepada Tuan Guru Haji Abd Raof Pondok Tampin telah kembali ke rahmatullah.. Al Fatihah
Innalillahi wainna ilaihi roojiunn... dan Al Fatihah buat Almarhum Haji Nurin bin Wok yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 2010 kira-kira pukul 1 pagi hari Rabu dalam usia 80 tahun ,Telah meninggalkan 17 orang anak, berpuluh cucu dan beberapa orang cicit.
Merupakan Khalifah tua tarekat Naqshbandiah Khalidiah di Negeri Pahang. Sempat bersuluk dengan Tuan Sheikh Mahmud ( besan
Tuan Sheikh Abdul Wahab - Babus salam, Rokan) di rumah suluk Chuah , P.D , Negeri Sembilan dan telah dilantik sebagai Khalifah oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Chuah. Semenjak usia beliau menjangkau 30 tahun mula masuk menjalani amalan tarekat tasauf. Diantara tarekat yang beliau ceburi ialah pada awal usia belia ialah Tarekat Samaniah, kemudian Ahmadiah dan akhirnya beliau istiqamah dengan Naqshabandiah Khalidiah.
Setelah kewafatan guru beliau Tuan Sheikh Mahmud Chuah, Semasa hayat beliau dalam kesihatan , beliau kerapkali hadir dimajlis suluk di rumah suluk Ulu Gali , Raub Pahang. Beliau bermulazahmah dengan almarhum Tuan Guru Haji Muhammad Arif (Imam Tambi) dan beberapa kali khatam suluk 40 hari disitu.
Beliau selalu dan seringkali menasihati anak-anak dan cucu beliau supaya membanyakkan belajar ilmu agama dengan berkitab , berguru dan mesti banyak berzikir dan ingatkan ALLAh ta'ala. Selalu mengulang-ulangkan kaifiat zikir lathaif 7 dan kaifiat-kaifiat zikir-zikir ,dalam nasihat dan kata-kata ingatan beliau, sehingga anak cucu beliau faham akan kedudukan dan keyakinan beliau.
Beliau sangat yakin , zikir adalah satu-satunya cara yang boleh meyelamatkan iman ketika sakratul maut.
Semasa nazak beliau , telah berpesan kepada semua anak cucu supaya menjaga sembahyang lima waktu dan hutang-piutang beliau dijelaskan.
Almarhum telah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan Zikrullah dengan disaksikan dan ditalkin oleh anaknda kesayangan beliau iaitu al Ustaz Abd Raof.
Semuga Allah membalas semua kebaikan beliau semasa hayat dan mengampuni dan menghapuskan semua kesalahan dan kesilapan beliau dan memasukkan beliau kedalam syurga Jannatul Firdaus yang tertinggi , bersama para Anbiya , Syuhada , Shidiqqin dan Ulama -amilin dan Sholihin. Amin . Al -Fatihah kepada Ruh beliau....
Sunday, October 31, 2010
Thursday, October 28, 2010
Kelas Daurah "masalah imam dan Makmum" .
Kelas daurah kitab "masalah imam dan Makmum" akan diadakan pada hari sabtu minggu ini 6 nov di dewan kuliah Pejabat Agama Islam Tampin. Penyampai ialah Ustaz Haji Abd.Raof bin Nurin . Kitab "masalah imam dan Makmum" akan diberikan percuma dan makan dan minum disediakan. di jemput hadir kepada mereka yang berminat . hubungi terus PAID tampin.
untuk perhatian, hanya 200 yang mendaftar awal sahaja yang akan diberikan buku percuma. sebab bekalan buku adalah terhad. kelas bermula 8.00 pagi . pkl 12 tgh rehat hingga 2 ptg. dan akan berakhir pada 5 ptg. insyallah. sekian dimaklumkan.
Wednesday, October 20, 2010
Ibadah Korban 1431H
boleh bertanya beliau di cbox pondoktampin atau emailkn pertanyaan anda ke anwar.ukm@gmail.com,
sekian dimaklumkan.
p/s: Jika saya tidak membalas/respon pertanyaan.. mohon memaklumkn saya pada cbox. Terima kasih =)
Tuesday, October 19, 2010
Thursday, October 07, 2010
Friday, October 01, 2010
Hanya Contoh mereka yang telah bertawassul untuk renungan ... belum lagi dalilnya .




Kepada mereka yang boleh baca arab, tengok lah. Memang isi artikle tu sama saja dgn yang arab tu. kurang lebih samalah.
Kitab tu telah dikarang oleh al Fadhil al Sheikh DR Jibril bin Fuad Hadad. Pernah menghabiskan Talqqi Musnad Imam Ahmad dengan Sheikh Muhammad Ya'qubi di Damsyiq Syria. Cerita beliau Sahih Muslim pun beliau habis dgn Sheikh Ya'kobi juga , kalau tak silap.
Dr Jibrail ni selalu dtg Malaysia. Sebab zaujahnya orang Berunai. Pernah sekali dalam 5 tahun dulu , ana dan kawan-kawan menadah kitab Nukhbatul Fikar ( ilmu Mustalah Hadis) dengan beliau sampai khatam, alhamdulillah. Dan beliau telah mengijazahkannya sekali dengan sanad kitab tu kepada kami. Huraiannya maasyallah... telopong ana dibuatnya.
Menariknya lagi kitab ini telah ditaqridz oleh Sheikh Al Sayyid Yusof bin al Sayyid Hashim Al Rifaie....
Jadinya , artikle itu asalnya adalah kitab tuan Sheikh Dr Jibrail. makanya kalau nak puas hati betul betul , mari kita bertemu beliau dan bermuzakarah dengan beliau tentang isi kandungannya yang kita tak puas hati. Insyallah boleh diushakan kalau mau. Tapi Tuan Sheikh ini tak pandai bahasa melayu lah. Dia hanya boleh bahasa arab dan english .. yang ana tau.
ini yang pertama.
Yang keduanya....
akan disambung.
Tuan Guru Haji Abdul Lathif (Pak Teh Kroh) kembali kerahmatullah.

Pak Teh yang ana tahu dan dengar. Sangat alim lagi wara , mengajar kitab-kitab besar , Fekah al Mahalli, Asybah Wanazoiir, Iqna, Tajridus Shorih, Awdhohul Masalik, Ashmuni Shobban, Mugni Labib, Hadis-hadis al Muwata, Sunan Abi Daud, Muslim , Bukhari , kitab-kitab ilmu alat dan berbagai lagi.
Semasa saya masih menuntut dipondok Tuan Guru Haji Halim , pernah Pak Teh datang beberapa kali , cerita Pak Ngah Halim ,, pak teh pinjam kitab Mahalli pak ngah. mungkin untuk rujukan beliau semasa mengajar.
Beliau pernah menuntut di pondok Chegar, Pendang Kedah dan Pondok Madrasah al Bakriah Pasir Tumbuh Kelantan.
Beliau satu angkatan dgn Tuan Guru Halim bin Haji Majid Pondok Sungai Jagung Pendang Kedah, Tuan Guru hj Muhammad Lias Pondok Keledang , Temerloh Pahang, Tuan Guru Haji Man matang Nibung pida 3, Jitra Kedah, Tuan Guru Hj Man Imam masjid Kg Telok , Kepala Batas , Alor Setar Kedah, Tuan Guru Lah Sidam, dan Tuan Guru - tuan guru di Pondok Pasir Tumbuh sendiri. Beliau merupakan murid terawal di Pondok Pasir Tumbuh.
Jasa-jasa beliau menaburkan ilmu dan mendidik anak-anak bangsa sangat bermakna.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan permata mutiara yang tiada tukargantinya .
Semuga murid-murid beliau menyambung perjuangan beliau dan jariyah ilmu-ilmu beliau.
Semuga Allah maafkan dan ampunkan dan rahmati beliau.
Semuga di Masukkan beliau kedalam syurga yang tertinggi bersama Para Nabi , Syuhada dan awliya dan soolihin. Amin.
Wednesday, September 15, 2010
soalan fekah
Ada makmum yang ikut tapi lepas tu dia buat solat semula. Ada yang kata ikut je imam tu.. Saya pulak bila tenguk makmum lain ikut saya pun ikut la..jadi mcm mana tu ust?sah ke sbb sujud bukan pada ayatnya?
JAWAB..tak sah.. sbb tak ikut syarat sujud tilawah. .. nasnya " dlm kitab sabilulmuhtadin m.s. 9 juz 2 : Jika sujud ia dahulu daripada sempurna ayatnya , jikalau dengan satu huruf sekalipun tiadalah sah. sujudnya, kerana belum masuk waktunya.
Sunday, September 12, 2010
Mustayri atas bulan?.
Sedutan kandungan Khutbah Aidilfitri 1431h diPondokTampin
Muslimin yang berbahagia.
Maha besar Allah, Tuhan sekalian Alam, yang telah menjadikan hari raya ini hari gembira, bagi orang yang benar niatnya dan diterima ibadah puasanya pada siang hari siang Ramadhan, dan ibadat sembahyangnya pada waktu malamnya. Hari gembira bagi orang yang tenteram jiwanya dan baik tingkah lakunya, perbuatannya dan perkataannya pada sebulan ramadahan yang baru lalu. Hari bermaaf-maafan dan melimpahkan kebaikan bagi orang yang suka memberi maaf kepada saudaranya yang telah terlanjur membuat kesalahan dan berbuat baik terhadap orang yang menganggu. Serta hari mengadakan kebajikan yang umum di kalangan manusia. Inilah hari gembira, dan kelazatan berhari raya hanyalah dapat dikecapi dan dirasai oleh mereka yang benar-benar beragama, bukan mereka yang hanya agama dan Islam pada nama dan keturunan sahaja. Inilah hari keuntungan dan kemenangan sekiranya dilakukan di dalamnya perkara yang boleh membuahkan persatuan muslimin bersatu hati, tidak bercerai berai dan jatuh-menjatuhkan. Inilah hari bahagia jika sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan untuk masa hadapan dan kita berusaha mendekatkan diri dengan Allah dan selalu ingat kekuasaan dan kebesaranNya dan segala nikmat yang dilimpahkanNya kepda kita dengan cara menurut perintahNya dan meningglkan segala laranganNya. Serta pula cepat-cepat bertaubat pada Allah s.w.t jika tergelincir ke dalam dosa atau alpa. Perhatikanlah sabda Nabi saw, …….
Ertinya, “Setengah daripada tanda kebahagian seseorang itu bahawa lanjutlah usianya dan dikurniakan oleh Allah taubat kepadanya dan ikhlas dalam beramal.”
Dan lagi sabda Nabi saw…
Ertinya, “Barangsiapa berbuat baik pada baki umurnya, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang berbuat jahat pada baki umurnya yang masih ada, nescaya diseksa dosanya yang telah lalu dan dosanya dalam baki umurnya.”
Allahu Akbar3……
Saudara-saudara kaum muslimin yang berbahagia,
Kelazatan berhari raya pada zahirnya juga dirasai oleh sesiapa sahaja yang turut merayakannya. Tetapi pada hakkatnya hanyalah mereka yang benar-benar beragama, yang dapat mengecap dan merasai lazat dan nikmatnya berhari raya. Kita katakan lazat kerana orang yang benar-benar beragama telah mencapai kemenangan di dalam peperangan yang sangat besar, atau al jihadul akbar menentang dan menundukkan kemahuan hawa nafsu. Ia telah sanggup menahan nafsunya daripada makan dan minum, dan bercampur dengan perkara syubahat. Dengan demikian itu menjadi suatu tanda bahawa ia akan lebih sanggup untuk menahan dirinya daripada perkara yang haram dan bukan milik kepunyaanya.
Kelazatan yang lain pula bermakna dia telah sanggup memberikan sebahagian hak miliknya sendiri kepada golongan yang memerlukan dengan melalui sedekah. Disebabkan pengalaman pahitnya lapar dan dahaga di siang hari, maka timbullah kesedaran. Sabda Nabi saw…..
Ertinya, “Orang yang berpuasa itu mendapat dua kegembiraan dan ia akan bergembira dengan keduanya iaitu apabila ia berbuka puasa, ia akan bergembira dengan berbukanya itu. Dan apabila bertemu dengan tuhannya, ia bergembira dengan puasanya.”
Berkenaan zakat fitrah dan bersedekah telah dinyatakan Nabi saw dalam sabdanya…
Ertinya, “Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitarah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perkara sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai pemberi makan bagi orang miskin.”
Allahu Akbar3…..
Saudara muslimin yang dirahmati Allah,
Maka teranglah hari raya ialah hari bahagia bagi orang-orang yang beragama Islam sahaja kerana mereka dapat memberi pertolongan kepada saudara mereka yang tidak mampu sehingga mereka itu pun turut serta bvergembira dan merasa bahagia. Benih semangat persaudaraan yang ditanam dalam zakat fitrah itu akan membuahkan mahabbah iaitu kasih sayang sesama muslimin.
Di antara kebahagian yang terdapat dalam hari raya ini ialah bahagianya kita dengan niat bersungguh-sungguh hendak melakukan sebanyak mungkin kebajikan pada masa akan datang. Alangkah dungu dan jahatnya orang yang telah bersih dirinya daripada dosa dan kesalahan yang dilakukan dengan bertaubat dan bermaaf-maafan, lalu ia sengaja menerjunkan diri ke dalam dosa dan kesalahan yang baru. Kita katakan dungu kerana ia tidak sayang akan dirinya dan terlalu berani menentang azab Allah yang mengancam bagi setiap orang yang berdosa.
Niat hendak melakukan kebaikan itu sebanyak-banyak mungkin pada masa yang akan datang hendaklah menjadi tujuan hidup kita. Lebih dahulu kita usahakan membaiki diri kita sendiri, dengan membersihkannya dari perbuatan jahat dan nista. Kemudian kita limpahkan kebaikan itu kepada masyarakat yang ada di sekitar kita. Kalau setiap kita kaum mslimin berniat demikian, berniat baiknya itu diwujudkan sehingga menjadi amal yang nyata, nescaya keadaan kita sudah lama menjadi baik. Kerana orang yang teguh memegang agama Allah, pasti ia menjadi orang yang baik. Firman Allah swt….
Ertinya, “Dan barang siapa yang berpegang tegung dengan agama Allah, maka sesunguhnya ditunjukkan dia kepada jalan yang lurus.”
Marilah kita memohon doa kepada Allah…..
Tuesday, September 07, 2010
SELAMAT BERHARI RAYA AIDIL FITRI 1431h/2010m

Semuga Aidil Fitri kali lebih bermakna kepada kita dengan membanyakkan syukur sebanyak-banyaknya kepada Allah s.w.t diatas limpahan nikmat dan rahmatNya.
Insyallah pondoktampin akan mendirikan sembahyang sunat hariraya aidil fitri pada pagi 1 syawwal bermula pukul 9.30 pagi yang akan dipimpin oleh Hadrat Sheikh Ali al Toherey.
Kepada semua yang berhajat menyertai jemaah sembahyang tersebut harap dimaklumkan.









