Kitab fathul mubin li syarhil arba'in.. karangan sheikh ibn hajar al Haitami.. cetakan yang ada Hasyiah al Allamah Hasan Mudabighi... mempunyai nilai ilmiah bermutu. Pengarangnya juga adalah pengarang kitab Tuhfah al Muhtaj yang jadi pegangan (umdah) para ulamak, fathul mubin adalah pilihan utama dalam menghuraikan matan Arbain Nawawi oleh para ulama terdahulu. Saya saksikan , betapa banyaknya kitab tu telah dipelajari oleh para ulama kita. Ramai sangat tuan2 guru yang merujuk dan mendobhit ditepi2 kitab Fathul Mubin tersebut semasa mereka mempelajarinya ketika mereka menadah matan arbain , mereka sekali gus menatap fathul mubin.. betapa tidaknya... ibn hajar al haitami.. khatamul muhaqiqiin.. lagi pula matan arbain tersebut terus menerus jadi qawaid agama..Wallahu a'lam.
Saturday, May 02, 2009
Fathul Mubin Li Syarh Arba'in.
Kitab fathul mubin li syarhil arba'in.. karangan sheikh ibn hajar al Haitami.. cetakan yang ada Hasyiah al Allamah Hasan Mudabighi... mempunyai nilai ilmiah bermutu. Pengarangnya juga adalah pengarang kitab Tuhfah al Muhtaj yang jadi pegangan (umdah) para ulamak, fathul mubin adalah pilihan utama dalam menghuraikan matan Arbain Nawawi oleh para ulama terdahulu. Saya saksikan , betapa banyaknya kitab tu telah dipelajari oleh para ulama kita. Ramai sangat tuan2 guru yang merujuk dan mendobhit ditepi2 kitab Fathul Mubin tersebut semasa mereka mempelajarinya ketika mereka menadah matan arbain , mereka sekali gus menatap fathul mubin.. betapa tidaknya... ibn hajar al haitami.. khatamul muhaqiqiin.. lagi pula matan arbain tersebut terus menerus jadi qawaid agama..Wallahu a'lam.
Sunday, April 26, 2009
Sunday, April 19, 2009
Friday, April 17, 2009
al Marhum Guruku Yang diKasihi.
Seawal umur merangkak naik , diawal 20an, saya nekad bermusafir keKedah untuk menuntut ilmu diPondok. Berbekalkan dorongan dan izin ayah dengan keewangan yang tiada jaminan melainkan ketentuan Lauh Mahfuz sahaja. Dalam poket , hanya $80 sahaja. Saya sampai diAlor Setar dengan bas Mara ketika itu, yang tiada pendingin hawa....
-->
Ini dialog yang masih basah.. saya ingat lagi..
" Dalam Matlain.. ada sebut khilaf Tuhfah dan Nihayah"... Masalah Kulfah (kulup) kanak-kanak lelaki yang mati...adakah apabila mati dan dibawah kulupnya ada najis .... kena sembahyang dengan tayamum atau tidak disembahyangkan?.. . maka Sheikh Romli dalam Nihayah - tak sembahyang... Ibnu Hajar dalam Tuhfah - sembahyangkan dengan Tayammum, kerana darurat".
maka al-musbitu muqaddamun ala manfi. .. kena pakai ibnu hajar la..."..
Tuesday, April 14, 2009
Sabun Basuh buatan Orang Islam.


Sesiapa yang berminat sila hubung ustaz yakob , hp no: 0196184023. Pengedar tunggal.
Dijamin bersih dan suci insyallah, lantaran bahan pencuci kain mengandungi mikro organisma berasal dari tanah.
Ini satu penemuan baru yang masih ramai yang tidak mengetahuinya.
Cuma syarat pengunaanya - tidak boleh dicampur dengan sabun pencuci yang lain terutamanya pencuci yang banyak berbuih dan klorok, sebab sabun bio 9 cukup stabil dengan pH 10.3 .
Majlis Maulud Rasul s.a.w. 1430 h.
يا بدر تم من حاز كل كمال # ماذا يعبر عن علاك مقال
Wahai Nabi yang tampan indah , laksana bulan penuh yang meraih tiap-tiap kesempurnaan # bagaimana mampu mengungkapkan tentang ketinggianMu oleh kata-kata Ku.
PONDOK TAMPIN akan mengadakan majlis sambutan Maulid Rasul s.a.w tahun ini ( 1430 h. ) pada 11 . 4. 2009. hari sabtu , insyallah.
Tentatif:
1.Selepas sembahyang asar - 6.30 ptg - bacaan burdah.
2. selepas sembahyang maghrib bacaan maulid daibaie.
3. pengajian Kitab Siayarus Salikin- bab sifat-sifat Nabi s.a.w- juzuk 2,
oleh al ustaz abdul raof bin nurin (mudir pondok) .
4. sembahyang isya.
5. jamuan makan malam dan bersurai.
Dijemput hadir kepada yang berkelapangan. wassalam.
Sunday, April 05, 2009
muzakarah haji peringkat kebangsaan ke 25- lagi.
kertas kerja ustaz datuk dr. fadzil bin awang.. dari kedah darul aman,
berkenaan keharusan perempuan keluar mengerjakan haji dan umrah sunat tanpa mahram..
perbahasan hangat,, pro dan kontra.
pada ana, walaupun diharuskn ..tapi sebaiknya tidak jadikan alasan untuk meluas2kn kemudahan , sehingga terlupa dan terkelabu mudharat yg sentiasa siap sedia menyerbu dtg.
bukan soal guru kampung atau guru bandar yg keras atau lembut.
ada lagi pmbentangan kertas kerja yg sangat menarik..
nntilah , ada masa ana tulis.. heh heh,,, wslm.
hari ni tammat... muzakarh haji.
Saturday, April 04, 2009
muzakarah haji peringkat kebangsaan ke 25
haji.....
kertas kerja dibentang oeh pakar2 ..
ana ni tengok lihat fikir dan kaji je... nak buat soalanpun tak timbul2. sebab , ana fikir dan faham, semua perkara yg dikemukankan sudah ada keputusannya. sebab majlis fatwa kebangsaan dan mki, menurut lapurannya , berfungsi dgn baik. alhmdulillah.
yang hadir , bertanya utk mendapat penjelasan isi kandungan sesuatu isu.
tapi lagi baik la , kalau ada satu satu sesi yg diperuntukkan masa lebih panjang untuk diberi peluang pada perserta beri pndapat dan mengemukakan hujjah...sebab yg hadir nampaknya ramai yang ust dan ustazhnya. ramai yang ulamaknya.
sesi soaljwb mmng ada. tapi masanya singkat.
Tuesday, March 24, 2009
maklumat jualan kambing baka
Sunday, March 22, 2009
kifayatul muhtadi
Sebuah kitab karangan mantan Hakim Syarie Makkah. Mengandungi pelajaran tawhid menurut mazhab salaf , pelajaran fiqh mengikut fatwa-fatwa yang muktamad dan pelajaran tasawuf.Monday, March 09, 2009
Hafalan Hadis.
Soal:
Apa pendapat ustaz berkenaan hadis fadhilat menghafal hadis-hadis.
Jawab:
Hadis-hadis tersebut telah berikhtilaf ulama , ada yang mendhoifknnya , ada yang memaudhuknnya. Tetapi Imam Nawawi menyebut juga hadis tersebut didalam Syarah Matan Hadis Arbain beliau, dan disebut juga asas sandaran kelebihan menghafal 40 hadis tersebut dengan hadis lain yang martabatnya Hasan.
Maka maknanya tidak semata-mata berpegang dengan yang dhaif dan maudhu itu sahaja dalam hubungan mensabitkan hukum sunat menghafal hadis-hadis. Marilah kita rujuk Syarah Matan Arbain karangan Sheikh Ibn Hajar al- Haitam - Fathul Mubin lisyarh arbain – muka
Imam Nawawi telah meyentuh dalam Syarah Matan Arbain beliau sendiri:
اما بعد فقد روينا عن على بن ابى طالب وعبد الله بن مسعود ومعاذ بن جبل وابى الدرداء و ابن عمر وابن عباس وانس ابن مالك وابى هريرة وابى سعيد الخدرى رضى الله عنهم من طرق كثيرات متنوعات أن رسول اله صلى الله عليه وسلم قال : من حفظ على أمتى اربعين حديثا من أمر دينها بعثه الله يوم القيامة فى زمرة الفقهاء والعلماء وفى رواية ابى الدرداء :وكنت له يوم القيامة شافعيا وشهيدا . وفى راية ابن عمر كتب فى زمرة العلماء وحشر فى الشهداء . واتفق الحفاظ على انه : حديث ضعيف ...
Soal:
Apa pendapat ustaz hadis-hadis dalam kitab Riadhus Solihin?. syukran ustaz
Berkenaan Hadis-hadis dalam Riyadhus Soolihin - Imam Nawawi menyebut dimukaddimahnya, yang maksudnya kita akan faham bahawa ..semua hadis-hadis dalam kitab tersebut adalah sah dijadikan sandaran dalil dan amalan sebab kandungan hadis-hadis didalamnya adalah Sahih.
Tetapi Sheikh Fattah Abu Ghuddah mengulas sedikit .
Kandungannya terdapat sedikit hadis-hadis dhaif …
قال الشيخ عبد الفتاح أبو غدة:
اما كتابه النافع المعطار المشتهر باسم (رياض الصالحين) فقد التزم فيه (أن لا يذكر الا صحيحا ) كما صرح بذلك فى مقدمته . وقد حافظ رحمه الله تعالى فيما يبدو على هذا الالتزام الا أنى وقفت مصادفة على ثلاثة أحاديث هى من الحديث الضعيف على خلاف ما التزم .
عبد الفتاح أبو غدة- الاجوبة الفاضلة- ص 123.
قال الامام النووى فى رياض الصالحين :
وألتزم فيه ألا أذكر الا حديثا صحيحا من الواضحات , مضافا الى الكتب الصحيحة المشهورات ..
Saturday, March 07, 2009
umum khusus...

Semasa saya masih menuntut dipondok dulu , saya telah hadir disatu majlis munazarah antara tuan-tuan guru, disatu masjid berhampiran bandar palas... bincang soal ibarat dalam kitab kifayatul muhtadi.. karangan sheikh Muhammad Nur, bekas hakim syarie diMekah. Dalam kitab tersebut muka surat 11 baris 7
"dan telah mentakwil oleh muktazilah akan "istiwa" dengan "istiila yakni "memilik atau memerintah" adapun ahlusunnah wal jamaah berkata merekaitu bermula istiwa Allah subhana wataala atas arsy , satu sifat Allah azzawajalla tiada diketahuikan bagaimananya , wajib atas seseorang beriman dengan dia dan menyerahkan mengetahuikan bagaimananya itu kepada Allah jua"...
kemudian seorang ahli panel telah menghurai maksud ibarat tersebut kepada hadirin, dengan berkata " ibarat ini jelas menunjjukkan bahawa takwil tu salah,,, sebab dalam ibarat kitab ini yang jadi panduan dan ikutan semua orang kita (melayu) kata yang buat takwil tu hanya muktazilah saja. Ahli sunnah takde takwil..."
kemudian Seorang Tuan Guru disitu menjawab:
" weh.. ibarat tu berjalan atas kaedah "Umum Khusus Muthlak"...
Maksudnya " Tiap-tiap Muktazilah mentakwil, dan Tidak pulak setiap takwil itu hanya muktazilah sahaja"... sebab ahlusunnah pun juga ada takwilnya..
ooo.. baru jelas pada saya contoh-contoh kaedah tersebut. memang,, memang Tuan Pengarang kitab "Kifayatul Muhtadi syarah Sullam karangan Sheikh Daud" hebat dan bijak mencernakan pengunaan kaedah2 ilmiyah dalam karangan.
Memanglah.. orang dulu mmng hebat, alim betul.. jauhlah kita ni, saya lah tu khasnya..
Tuesday, March 03, 2009
Thursday, February 26, 2009
Hadis-hadis Dhoif diAkui Agama.
Hadis-Hadis Dhoif.
Ta’lif
Fadhilah al- Sheikh al-Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim.
Mantan Sheikh al-Masyaikh Thuruq al-Shufiyyah Mesir.
Terjemahan dan olahan
Oleh
al-Ustaz Abd. Raouf Nurin Al-Bahanji al-Aliyy.
Pondok jalan padang Ragut .
Tampin N.S.D.K
Sempena Maulid Rasul s.a.w 1427 h bersamaan 2006 m.
Risalah yang padat dengan fakta-fakta bernas. Meluruskan salah faham terhadap hadis-hadis Dhoif yang berkait dengan amalan dan fatwa-fatwa hukum-hukum majoriti umat Islam semenjak berkurun-kurun yang lalu. Membacanya mesti disertai ketelitian tanpa taa’sub pada mana-mana fahaman.
Mengapa dicerca rapuhnya sesuatu jika ianya berada di atas atau di dalam sesuatu yang teguh?. Mengapa dilontar buang Aqiq disebabkan Intan Permata?. Apa salahnya Aqiq, keberadaannya di sisi Intan? . Intipati risalah di antaranya:
1. Hadis Dhoif tidaklah dimasukkan sebagai hadis yang tertolak di segenap sudut. Lantaran itu, sebahagian ulama’ menganggap sunat beramal dengan hadis-hadis Dhoif pada tempat yang layak. Oleh yang demikian, para ulama’ hadis telah memasukkan hadis Dhoif termasuk dalam bahagian hadis yang Makbul (yang diterima), teristimewa pada Fadhoil Amal atau perkara yang bukan hukum-ahkam.
2. Hadis-hadis yang Dhoif adalah hadis yang mempunyai asal, tetapi tidak sempurna padanya syarat-syarat hadis Sohih.
3. Kemungkaran yang paling teruk ialah apabila kemelut yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini tidak berkurangan sampaikan mereka sanggup mempertikaikan/menuduh yang bukan-bukan kepada orang-orang Sufi hanya kerana berpegang pada hadis Dhoif, walaupun dalam hal-hal yang disepakati oleh Para Ulama Hadis dan Para Ulama Usul ditimur dan barat bahawa hadis-hadis Dhoif terbabit sunat diamalkan, juga semata-mata kerana mengetahui sebahagian besar di kalangan Ulama-ulama hadis dan Imam-imam mereka adalah Ahli Sufi yang memimpin (pengikutnya dan umat) sebagaimana yang terdaftar dalam senarai sanad-sanad dan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka
Penterjemah.
------------------------------------------------------------------------------------
Bahawasa segala puji hanya bagi Allah Tabaraka wa Ta’ala, selawat dan salam ke atas Penghulu kami, Rasulullah yang Terpilih, mudah-mudahan Allah Ta’ala meredhai atas Keluarga dan Para Sahabat dan Tabi’in. Kami berlindung dengan Allah dengan kejahatan nafsu-nafsu kami dan keburukan amal-amal kami dan kami mulai dengan sesuatu yang terlebih baik.
2. Tamhid.
Waba’du: Di antara perkara bida’ah yang dianggap buruk, yang berlaku di kalangan orang ramai, yang tersebar luas melalui perkataan daripada mereka yang ghairah mendakwa memperjuangkan sunnah, tauhid dan pembaharuan (tajdid) iaitu keterlaluan mengkritik hadis-hadis Dhoif sebagai Batil dan Dusta. Menganggap beramal dengan hadis-hadis Dhoif sebagai keji dan fasik atau sekurang-kurangnya sebagai kejahilan dan melampaui batas syaria’t.
Padahal displin keilmuan tidaklah beranggapan begitu kerana hadis-hadis Dhoif mendapat tempat di sisi syariat dan ia berperanan di dalamnya. Hadis Dhoif juga mempunyai peranan yang asas dalam agama Islam. Sebahagian daripada kezaliman terhadap ilmu dan agama iaitu menganggap dan menghukumkan hadis Dhoif dengan hukuman dusta (iaitu disamakan dengan hadis Maudhu’). Demikian itu kerana hadis-hadis yang Dhoif adalah hadis yang mempunyai asal, tetapi tidak sempurna padanya syarat-syarat hadis Sohih. Iaitu bermakna pada hadis Dhoif terdapat di sisinya keSohihan pada suatu sudut, dan sebahagian syarat-syarat Makbul hadis, tetapi sifat-sifat tersebut tidak sempurna sebagaimana yang berlakunya pada hadis-hadis Sohih . Oleh yang demikian, para ulama’ hadis telah memasukkan hadis Dhoif termasuk dalam bahagian hadis yang Makbul (yang diterima), teristimewa pada Fadhoil Amal atau perkara yang bukan hukum-ahkam.
Maka hadis Dhoif tidaklah dimasukkan sebagai hadis yang tertolak di segenap sudut. Lantaran itu, sebahagian ulama’ menganggap sunat beramal dengan hadis-hadis Dhoif pada tempat yang layak, dan hadis-hadis yang Dhoif adalah hadis yang mempunyai asal, tetapi tidak sempurna padanya syarat-syarat hadis Sohih..Daku tahu kenyataan ini tidak akan disenangi oleh sebahagian orang tetapi menuntut keredhoan Al-Haq adalah wajib sekalipun dibenci oleh sebahagian orang.
3. Kitab-Kitab hadis Sohih sangat banyak.
Kitab-kitab yang memuatkan hadis Sohih amat banyak. Hadis-hadis Sohih bukanlah semata-mata hadis yang dikumpulkan oleh Imam al-Bukhari atau Imam Muslim sahaja. Saya tidak menemui adanya Nas dalam agama Allah ataupun Isyarat yang menunjukkan pembatasan hadis Sohih terhadap kitab-kitab ini sahaja. Membataskan penerimaan Hadis Sohih terhadap kedua-dua kitab ini sahaja merupakan satu bentuk kefanatikan dan keraguan terhadap ilmu tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan.
Dalam kitab Huda al-Abrar ‘ala Tol’ati al-Anwar dan kitab Idha’atul Halik yang ditulis oleh Imam Ibn a-Hajj al-‘Alawi, kitab al-Jami’ oleh Safiyuddin al-Hindi dan kitab al-manhal al-Latif serta kitab-kitab lainnya ada menyebutkan: Kitab-kitab yang mana kesemua hadis yang termuat di dalamnya dinisbahkan sebagai hadis Sohih menurut kesepakatan jumhur ahli hadis melainkan sedikit sahaja yang telah dikritik Ulama’ ialah:
1. Sohih Al-Bukhari ( Al- Jaami’ Al- Sohih).
2. Sohih Muslim.
3. Al-Muntaqa oleh Ibn al-Jarud ( melainkan hadis yang beliau telah Mursalkan ).
4. Sohih Ibn Khuzaimah.
5. Sohih Ibn Abi ‘Awanah.
6. Sohih Ibn al-Sakan.
7. Sohih Ibn Hibban.
8. Mustadrak al-Hakim (setelah dibuat pengesahan melalui hafalan semua oleh al-Dzahabi dan al-Iraqi sekalipun pengesahan al-Dzahabi lebih mendasar dan lebih keras ). Sebahagian mereka turut memasukkan Musnad Ahmad (1).
9. Al- Muwata Imam Malik yang lebih berhak (2).
10. Kemudian (Al-Mustakhrajat) iaitu kitab-kitab yang mentakhrij hadis-hadis yang masyhur dikalangan para ulamak.
Kesemua kitab ini yang sedia dimaklumi di kalangan ulamak yang hanya memuatkan hadis-hadis Sohih samada disudut Ilmiyah dan Ilmu Hadis.
Selain daripada kitab-kitab ini, terdapat hadis yang Sohih, Hasan dan Dhoif.
ألا يقدم أحد على البخارى فى العزو وان كان الحديث فيه وفى مسلم ساقوا لفظ مسلم لمبالغته فى تحرى اللفظ النبوى.
Kaedah (ahli hadis): ((Bahawa tidak boleh didahulukan nama selain al-Bukhari (jika hadis terbabit juga diriwayatkan oleh al-Bukhari) dalam menisbahkan sesuatu hadis kepada perawinya . Dan pada Muslim (jika sesuatu hadis itu juga telah diriwayatkan oleh keduanya) mereka turut menyebutkan namanya (bersama-sama al-Bukhari) disebabkan ketelitian Muslim dalam menyaring lafaz yang benar-benar diucapkan oleh Nabi s.a.w.))
Oleh itu pandangan yang memestikan berpegang dengan hadis yang terdapat dalam kitab Sohih al-Bukhari dan Muslim semata-mata dengan anggapan hanya kedua-dua kitab ini sahaja yang memuatkan hadis yang Sohih, bukannya pandangan yang
bersandarkan kepada ilmu dan bukan pada agama.
_____________________________________________________________________
(1) Kerana Dhoif dalam al-Musnad Ahmad adalah Hasan.
(2) Semua Mursal yang berada didalam al-Muwata telah diwasalkan oleh Imam-imam hadis dalam karangan-karangan mereka dari thuruq yang lain.
Ahli hadis bersepakat bahawa ada tiga pembahagian hadis yang paling penting iaitu:
1. Hadis Sohih : Berada pada kedudukan teratas.
2. Hadis Hasan : Berada di kedudukan pertengahan.
3. Hadis Dhoif : Berada di kedudukan paling bawah, kerana cedera pada satu
syarat saja dari syarat-syarat hadis Hasan.
Adapun Hadis Maudhu’ (palsu), maka ia terkeluar daripada skop yang kita bincangkan, kerana ia adalah satu kekejian, gugur daripada hak untuk berhukum dan hak zatnya, samada disudut matan atau sanad atau kedua-duanya sekali, menurut Ijmak.
5. Pembahagian Hadis Dhoif.
Hadis Dhoif terbahagi kepada dua:
Pertama.
KeDhoifannya boleh ditampung (diperkuatkan) :
Apabila diperkuatkan oleh :
1. Hadis Dhoif Masyhur ,
2. Yang sama tetapi melalui jalan-jalan periwayatan yang lain.
3. Atau apabila mengisnadkannya oleh Sawahid yang makbul, terutama apabila Dhoif perawinya hanya disebabkan:
(a) lemah hafalan. atau
(b) lemah disebabkan Mursal atau
(c) Mastur (tertutup hal rawinya) ,
Maka ternaiklah martabatnya kepada martabat hadis Hasan Li Ghairih (iaitu bertaraf Hasan disebabkan adanya riwayat yang lain). Oleh itu termasuk dalam senarai hadis Maqbul (diterima) dan boleh dibuat hujjah sekalipun dalam soal hukum- ahkam sebagaimana yang telah dimantapkan di sisi para ulama’ dalam bidang Ilmu ini. Tidak perlu diperdulikan kepada dakwaan mereka yang mendakwa ahli dalam Ilmu ini padahal masih di tahap kebudak-budakan, tercari-cari dan tidak pernah belajar, mereka yang tahu satu perkara kemudian hilang pula beberapa perkara. Mereka mengikuti kaedah orang-orang bodoh untuk mengelabui hakikat kebenaran, mendakwa–dakwi diri dan mencari keuntungan dengan pendapat-pendapat pelik-pelik (Syaz) mereka.
Kedua.
KeDhoifannya tidak boleh ditampung:
Walaupun terdapat banyak jalan periwayatannya. Ia dinamakan sebagai al-Wahiy (sangat lemah) hal ini berlaku sekiranya perawi itu ternyata seorang yang fasik atau dituduh berbohong.
Para ulamak Ilmu Ini mengatakan: Hadis yang seperti ini jika diperkukuhkan dengan riwayat-riwayat yang lain, dan mempunyai Syawahid dan Mutab’at, maka tarafnya naik, daripada taraf (hadis Munkar, al-Waahiy atau hadis yang Tidak Ada Asalnya) kepada martabat yang lebih tinggi. Pada ketika itu ia boleh diamalkan dalam soal fadhilat-fadhilat amal selain pada soal:
1. Akidah
2. Hukum – Ahkam.
Sebahagian ulamak menambah:
3. Tafsiran al-Quran. Kerana mendahulukan Hadis dalam menafsir daripada tafsiran berdasarkan fikiran semata-mata, tetapi pada pengecualian yang ketiga ini terdapat kritikan yang perlu pengkajian semula.
Dengan itu menerima pakai hadis Dhoif dalam segala jenis amalan yang berbentuk menggemar dan menakutkan, dalam soal adab, sejarah, ketatasusilaan, kisah tauladan, manaqib (biodata seseorang), sejarah peperangan, dan seumpamanya adalah diHaruskan. Perkara ini telah disepakati (Ijmak) oleh para ulamak seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi, Ibn Abdul Barr dan selain mereka. Malah Imam al-Nawawi menukilkan pandangan ulamak bahawa dalam hal-hal tersebut disunatkan beramal dengan hadis Dhoif.
والاستحباب من جملة أصول الدين وأحكام الشرع الشريف
(Perkara yang sunat termasuk dalam himpunan Usuluddin dan hukum-ahkam syarak), perhatikanlah.
Tetapi kami berpendapat :
1. Penerimaan hadis Dhoif dalam perkara-perkara terbabit bersyaratkan jangan terlalu kuat keDhoifannya. Maka tidak termasuk hadis-hadis Dhoif yang ketunggalan periwayatannya yang salah seorang perawinya pendusta atau kesalahannya sangat keji.
2. Ia adalah merupakan perkara yang termasuk di bawah asas sesuatu Kaedah Syarak yang Kuliyyah (mencakupi seluruh soal-soal cabang perkara yang dihukum). Maka hadis-hadis yang tidak langsung berada di lingkungan asas tersebut bahkan merupakan perkara baru, adalah terkeluar dari keharusan ini .
3. Jangan pula hadis tersebut bercanggah dengan hadis yang Sohih. Maka terkeluar pula hadis-hadis Dhoif yang ditolak oleh hadis-hadis Sohih dan Sabit. Ini merupakan pendapat Ibnu Hajar al- Asqolani dan as- Sakhawi (3)
كم من حديث صحيح هو فى نفس الأمر ضعيف وكم من حديث ضعيف هو في نفس الأمر صحيح وانما علينا
التحرى والاجتهاد

