Wednesday, April 06, 2011

Khairat Kebajikan untuk Pondok Ust Din di Mengkuang Titi.



Ustaz Din ni ana kenal semasa masih dipondok padang lalang dulu lagi. Beliau sekali sekala datang ziarah. Beliau ketika itu sangat rajin menghafal dan belajar. Alhamdulillah . Syukur. Ulamak muda Pulau Pinang Keluaran Pondok. Al Marhum ayahnda Ustaz Din ini ialah Tuan Guru Haji Wahab , Pondok Kubang Ulu. Ust Din ni Cicit Sheikh Osman Penanti. Keturunan Ulamak. Kemana lagi kuah kalau tak kenasi. Sokonglah demi masadepan Agama dan Ahli sunnah wal jamaah yang sebenar.


JAIPP/PEND/01/027 jld 2 (33)

Tuesday, April 05, 2011

Monday, April 04, 2011

Buah tangan dari Turkie 6













PANORAMA : Sulthan Muhammad al Fateh menawan Kostantinapol

Buah tangan dari Turkie 5

Sebelum berjalan jauh... teringat saya nak cerita masa mula-mula sampai di Airport . Memang mudah urusannya. Masa sampai tu dpt 3 bulan visa , bila dah seminggu diTurkia , ada orang Turkia datang menceritakan , Visa orang Malaysia sepanjang hayat.. maknanya boleh duduk turkia selamanya tanpa visa. Masuk cop masuk, keluar cop pulak untuk keluar, tanpa tempoh. alhamdulillah... lain kali boleh duk lama sikit, buat kajian. Tapi saya masih ingat lagi betapa lazatnya juadah kambing panggang orang Turkie... ini pulak terjumpa pulak buah tin turkie.. hebatnya..

Buah tangan dari Turkie 4



makam sulthan Yahuz Yalem.... berada Sebelah daerah Carsembar. Dimasa pemerintahan baginda Empayer Osmaniah telah 3 kali ganda berkembang. Beliau sulthan yang sangat berjiwa maju, membangunkan kerajaan Islam sehingga Negara negara jiran yang tidak Islam tunduk dibawah pemerintahannya. Dikatakan pernah berperang dengan berjalan kaki , apabila ditanya tenteranya , beliau menjawab " daku melihat rohaniah Rasullallah berjalan didepan bagaimana daku akan menaiki kenderaan?'. ini menunjjukkan betapa kuatnya Robithah hati baginda terhadap Rasulullah s.a.w. Di hadapan sebelah kaki makam baginda pula terukir disekeping batu tuliasan arab " Iza dakhala siin fis syiin, zohara mahyuddin" .... Apabila masuk sulthan salem ke negeri sham (syria) , nyatalah (jelas maksud perkataan) Mahyuddin . ( Ibn Arabi ). - sebab sulthan Salem telah memerintahkan digali tempat yg Sheikh Mahyuddin Ibn Arabi berkata " (dibawah) tapak kaki ku ini Tuhan Manusia". Setelah digali dijumpai harta emas. Maksudnya orang kebanyakan telah tidak ikhlas dalam menyembah Allah , sehingga niat dalam beribadat dimasukkn tujuan-tujuan keduniaan harta benda dan kesenangan bukan lagi ikhlas Lillahi ta'ala..

Sesiapa yang pandai bahasa Turkieya.. bole le tengok tengokkn apa ceritanya lagi.. yek.

Saturday, April 02, 2011

Buah tangan dari Turkie 3

Alhamdulillah ana Sudah tiga kali sempat meziarahi Turkie , negara peninggalan Empayar Turkie Osmaniah. Alhamdulillah. Tapi kali ini rasanya bertambah maklumat yang terlihat dipandangan mata dan perasaan. Teringat kepada apa yang Tersebut dalam kitab Tuan Sheikh Ahmad al Fathoni berjodol " Hadiqoh al Azhariy"- pujian para ulamak pada Kerajaan Turkia Osmaniah dan para Sulthan nya. Ulamak memuji-muji jasa Turki osmaniah sebab mampu menggekalkan Khilafah Islam yang diwarisi dari turun temurun semenjak kerajaan Abbasiah lagi, dan mampu menegakkan maslahah umat.

Menziarahi Turkie kali ini dengan niat ingin menyelami khazanah yang tersirat terkandung dibumi yang dipuji ulamak.Bukan lagi melihat dan membelek perkara yang biasa nampak ditempat lain , contohnya kalau sekadar nak tengok orang tak patuh hukum Allah ,,dikampung sendiri pun ada.

Monday, February 14, 2011

program ziarah Turkie

Antara Program:

MENZIARAHI:

a) MUZIUM TOPKAPI - ASALNYA ISTANA KEMUDIAN DIUBAH MENJADI MUZIUM. LAWATAN KE MUZIUM INI SANGAT BERFAEDAH, KERANA TERDAPAT DI DALAMNYA KHAZANAH-KHAZANAH PENINGALAN EMPAYAR USMANIAH YANG SANGAT BERNILAI. TERDAPAT JUGA SEBAHAGIAN PUSAKA NABI S.A.W. SEPERTI PEDANG, JANGGUT NABI S.A.W., JUBAH NABI S.A.W., TANGAN NABI YAHYA A.S. DAN LAIN-LAIN. TERDAPAT JUGA Al-QURAN BERUSIA 1200 TAHUN TULISAN TANGAN.

Istana Topkapı gambar diatas pemandangan dari Bosphorus (
Turki: Topkapı Sarayı) atau di dalam Uthmaniyyah Turki: طوپقپو سرايى, Topkapı Sarayı di dalam bahasa Turki bermaksud "Istana Pintu Meriam"). Ia adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.
Pada tahun 1924, di atas arahan presiden pertama Turki iaitu
Mustafa Kemal Atatürk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium. Lokasi ini dipilih khas menjadikan ia dapat memerhati Tanduk Emas, Bosphorus dan Laut Marmara. Istana Topkapı di kelilingi oleh dinding sepanjang 5km dan luas 700,000 m2

b) MAKAM SULTHAN MUHAMMAD AL- FATEH:

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al-fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada
30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah
Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang
ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”

Kelebihan Sulthan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Seorang
Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al-Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Jasa dan sumbangan

Rencana utama:
Kejatuhan Constantinople

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan
Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah
menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.- Kutipan dari:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-fatih#Kelebihan_Muhammad_al-Fatih_mengikut_sejara

Saturday, February 12, 2011

Menziarahi Turkie ,Syria dan Jordon

Adalah dimaklumkan bahawa al Ustaz dan rombongan akan berangkat melawat sambil belajar ke Turkie dan Syria pada 14 feb hari isnin malam selasa pukul 10 15 malam. Kembali pada 15 march 2011. Insyallah Rombongan diiringi dan disertai oleh - Ashab al Fadhil:

Al Ustaz Ahmad Naim dari pondok pasir tumbuh.
Al Ustaz Safuan - madrasah aliyah.
Al Ustaz Razali- pondok solok duku.
Al Ustaz Imran - pondok muar.
Al Ustaz Kasim- pondok muar.
Al Ustaz Kasim- Seremban.

Didoakan selamat pergi dan kembali ketanahair dengan selamat. amin.

Sunday, February 06, 2011

Majlis Khatam Kitab Siyarus Salikin juzuk 2.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Adalah dimaklumkan bahawa Al Ustaz Haji Abd. Raof akan mengkhatamkan bacaan kitab Siyarus Salikin juzuk yang kedua , di Surau Madrasah Aliyah Ampangan Seremban pada isnin malam selasa ini. Majlis bermula selepas sembahyang Isya . Insyallah. Setelah sekian lama kitab Siyarus Salikin itu telah mula dibacakan untuk para jemaah yang hadir dimajlis ustaz, hampir lebih 7 tahun, semenjak diTaman Bukti , Seremban dirumah Cik Gu Budin kemudiannya berpindah ke madrasah Aliyah .
Semua muslimin muslimat yang berminat dijemput hadir . Wassalam.

Saturday, January 15, 2011

Sambutan Maulud Nabi s.a.w dan Majlis pertunangan Sdr. Yacob dengan Ustazah Farahin



Adalah dimaklumkan
pada 22 jan 2011 ini bersamaan hari SABTU , pondok tampin akan mengadakan majlis sambutan maulud Nabi s.a.w .

Majlis juga akan diserikan lagi dengan pertunangan saudara Yacob bin Abdul Wahid dengan pasangan beliau Ustazah Farahin binti Abdul Hamid.


Majlis juga mendoakan selamat atas keberangkatan Hadratus Sheikh Ali ke London pada tarikh yang sama.


TENTATIF;


SELEPAS SEMBAHYANG ZOHOR = SELAWAT BURDAH.

JAMUAN MINUM PETANG.

SELEPAS SEMBAHYANG ISYAK = SELAWAT DAN DAIBAIE RINGKAS.

MAJLIS PERTUNANGAN.

TAZKIRAH HADRAT SHEIKH ALI.

JAMUAN MAKAN MALAM.


BERSURAI.

Saturday, January 08, 2011

Allahu Syafiyy...



Ustaz Muiz bin Masni, merupakan pelajar Tahfiz Asma Munawwara, dan Pondok Tampin, menamatkan hafalan 30 juz al quran dan mengikuti kelas Tahsinul quran dibeberapa madrasah, kemudianya menyambung kelas pengajian berkitab dipondok tampin.

Masih dirawat diwad icu HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Operite dibahagian kepala beliau telah berjaya dan masih dalam keadaan tidak sedar.
Semoga cepat sedar dan sembuh untuk meneruskan membantu tugas-tugas Agama . AMIN-AMIN YA ALLAH..


Laporan terakhir... Muiz beransur pulih..aminn.. doa-doakan.

KEMBALI KE RAHMAT ALLAH.

Almarhum Ali bin Haji Nazlan , merupakan anak kesayangan ibu dan ayah beliau, guru-guru, adek-beradek dan rakan-rakan beliau. Seorang yang sangat periang, hansome, baik hati, suka menghulurkan pertolongan dan yang sangat menarik beliau sangat disenangi oleh semua adek-beradek beliau.

Dari keluarga besar, menuntut dipondok Tuan Guru Haji Muhammad , Bukit Keledang , Triang Temerloh Pahang. Atas niat yang sangat mulia almarhum , dengan keizinan guru beliau berangkat dengan rombongan pondoktampin ke pondok pasir tumbuh , Kelantan untuk menyambung pelajaran disitu.


Dalam perjalanan diselekoh sungai yu, sebelum merapoh, ke gua musang , kenderaan yang beliau tumpang telah bertembung dengan sebuah lori dari arah merapoh. Beliau sempat dihantar kehospital Gua Musang dan terus dibawa ke Hospital Kuala Krai , tetapi Allah lebih menyayangi dan kasih terhadap hambanya yang ikhlas dijalan NYA. Beliau mengembuskan nafas terakhir hampir waktu subuh pagi khamis hampir kehospital Kuala Krai.

Jenazah almarhum telah disempurnakan mandi, kafan 0leh al ustaz abdul raof serta ahli rombongan dan pelajar pondok tampin , dan disembahyangkn oleh jemaah serta hadrat Sheikh Ali, dengan diimamkan oleh al ustaz sendiri dan ustaz Naim dari pondok pasir tumbuh.

Almarhum seterusnya telah dibawa ke pondok keledang untuk dikebumikan diperkuburan Islam dikampung pondok keledang , bersebelahan pondok keledang.

= Barangsiapa yang berjalan disuatu perjalanan didalamnya bertujuan menuntut ilmu, nescaya memudahkannya oleh Allah perjalan keSyurga= al hadis.

Allah Allah... insyallah mudah-mudah Allah kurniakan kepada almarhum pahala syahid dan terus kesyurga. ..amin ya robb..

Thursday, January 06, 2011

Takziah dan Al Fatihah : Pelajar Pondok Tampin ditimpa musibah kemalangan..

Makluman :

Rombongan Tuan Sheikh Aleey dan Tuan Guru Ust Abd Raof ke Kelantan telah mengalami musibah kemalangan.Tuan Sheikh Aleey dan Tuan Guru Ust Abd Raof tidak terlibat dalam kemalangan, saya diberitahu hanya sebuah kereta (cuma pelajar pondok) terlibat dalam kemalangan.

1) Ipar Tuan Guru Ust Abd Raof telah meninggal dunia (Almarhum Ali bin Haji Nazlan).
2) 1 org pelajar pondok tampin dalam keadaan kritikal (Saudara Muiz bin Hj Masni- akan dibedah di HUSM).
3) 2 org cedra ringan (Saudara Firdaus Terengganu dan Abdullah Rembau)

Mohon doa-doa daripada Tuan/Puan..

Untuk roh Almarhum Adik Ipar Tuan Guru Ust Abd Raof, Semuga Allah membalas semua kebaikan beliau semasa hayat dan mengampuni dan menghapuskan semua kesalahan dan kesilapan beliau dan memasukkan beliau kedalam syurga Jannatul Firdaus yang tertinggi , bersama para Anbiya , Syuhada , Shidiqqin dan Ulama -amilin dan Sholihin. Amin . Al -Fatihah kepada Ruh beliau

Untuk pelajar pondok tampin yang berada dalam keadaan kritikal dan cedera, semoga pembedahan berjalan lancar, dipermudahkan segala urusandan disembuhkan sakit-sakit.. amin ya rabbal alamin.. al-fatihah

* Makluman ini ditulis oleh Anwar UKM

Monday, January 03, 2011

Tergadai dan mundur negara kerana bermazhab?.



MAZHAB DAN PENJAJAHAN.
Oleh : Kiyai Haji Sirajuddin Abbas.
Ada pemuka-pemuka gerakan modenasasi agama menulis dalam bukunya, bahawa terjajahnya umat Islam Asia Afrika dulu adalah tersebab mereka kolot, ortodox, taqlid buta dan menganut mazhab-mazhab.
Mereka “mengambinghitamkan” Mazhab-mazhab dengan menuduh-kan bahawa sebabnya maka orang Islam dijajah oleh Imperalis barat adalah kerana mereka menganut Mazhab Syafi’I, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki atau Mazhab Hanbali.
Ini adalah penilaian sejarah yang amat keliru.
Sebab-sebabnya maka negeri-negeri Islam di Asia Afrika dulu terjajah oleh kaum Kolonial dari barat adalah kerana kesalahan penguasa-penguasa negeri yang berkuasa ketika itu.
Ada penguasa ketika itu yang tamak wang, tamak kerhormatan sehingga negerinya dijual kepada penjajah.
Ada penguasa ketika itu yang bodoh , sehingga negeri dan rakyat diserahkannya begitu saja kepada penjajah.
Ada penguasa yang ketika itu yang penakut, maka ia lari lintang-pukang melihat orang putih datang.
Ada penguasa yang berani yang baik, tetapi ia kalah dalam berperang dengan kaum Kolonial.
Dan ada pula penguasa yang benar berjiwa barat, kebarat-baratan, sehingga ia dengan sukarela memberikan negerinya kepada orang yang sefaham dengan dia.
Begitulah seterusnya.
Hal ini tidak ada hubungan sama sekali dengan Mazhab atau menganut Mazhab dan tidak ada hubungannya dengan taqlid buta atau taqlid nyalang.
Kita melihat kenyataan sejarah, bahawa orang yang tidak memeluk Islam dan tidak menganut Mazhab Syafi’I seperti Negeri Ethopia kalah dalam peperangan Dunia Ke – 2 dijajah oleh Itali.
Kita melihat Ireland Utara sampai sekarang negeri-nya dijajah oleh Inggeris pada hal penduduk disitu beragama Katholik, bukan penganut Mazhab Syafi’I, tetapi mereka terjajah kerana kekalahan politik.
Kita lihat dalam Peperangan Duni Ke 2, Peranchis, Belgia, Poland, Austria, Czechoslovakia dijajah oleh Jerman Hitler, sedang mereka semuanya tak ada langsung yang menganut Mazhab Syafi’I atau Mazhab yang lain dan bahkan Islam pun tidak.
Negeri Muhammad Abduh pun pernah diduduki oleh Napoleon, oleh Inggeris dan oleh Israil yang semuanya bukan tersebab kerana mereka menganut Mazhab, tetapi kerana kalah perang .
Kita lihat Jepun yang pernah diduduki tentera sekutu, bukan kerana menganut Mazhab , tetapi kerana kalah perang.
Sebaliknya kita melihat juga dalam sejarah, bahawa penganut-penganut Mazhab dapat pula menguasai dan dapat pula menjajah.
Kerajaan Turki , dibawah penguasa seorang Khalifah Islam yang menganut Mazhab Hanafi dalam Syari’at dan ibadat, dapat pula menguasai Negara-negara Balkan diEropah, seumpama Rumania, Bulgaria, Yugoslavia, Albania dan lain-lain.
Kita lihat Sultan Salahuddin Ayubi dapat pula menundukkan penguasa-penguasa Kristian dalam Peperangan Salib, pada hal Sultan Salahuddin itu penganut yang gigih dari Mazhab Syafi’i.
Kita membaca juga dalam sejarah, bahawa didaerah Khurasan dulu ada seorang Raja yang sangat gigih menganut Mazhab Syafi’I namanya Sultan Muhamud bin Subaktakin, berkedudukan di Ghazanah.
Beliau ini dapat meluaskan kerajaannya dengan menduduki Afghanistan. Sampai ke Punjab di India, sampai ke Bukhara di Asia Tengah, sampai ke Tabristan, Turkistan, Sijistan dan lain-lain daerah yang sangat luas.
Ada kira-kira 200 tahun kerajaan Ghazanah berkuasa, dengan menjalankan syari’at Islam bermazhab Syafi’I didaerahnya yang luas itu.
Kita membaca dalam sejarah, bahawa Sunan Gunung Jati, Fathillah, pembangun kota Jakarta, yang mengalahkan tentera portugis adalah peorang penguasa yang menganut Mazhab Syafi’I yang kuat.

Maka jelaslah, bahawa isu yang mengatakan bahawa sebabnya maka umat Islam Asia- Afrika itu terjajah oleh Imperialis adalah kerana tujuan khusus, iaitu dalam rangka menghancurkan Mazhab Syafi’I dan Mazhab-mazhab yang lain.

- buku 40 masalah agama.