Thursday, May 13, 2010

sambung jemaah makruh?.



masaalah Iqtidaa Suriyyah dalam Kitab Bujairimi Iqna.


Berkata Iqna:- Sheikh Khatib Syarbini serta ulasannya dalam kitab Bujairimi.

1.Dan Harus bagi makmum memutuskan qudwah dengan berniat mufarakah, dan (tetapi) dimakruhkan memutuskannya (qudwah) melainkan kerana uzur seperti sakit , imam memanjangkan sembahyang, imam meninggalkan sunat-sunat yang dimaksudkan seperti bacaan tasyahud awal .

2.Jikalau dipertengahan sembahyang berniat qudwah (menjadi makmum) oleh seorang yang sedang sembahyang munfarid (sembahyang seorang diri) hukumnya harus . (tetapi makruh).



Dalam kitab pedoman sembahyang jemaah - tuan guru haji Abd. Rahman Pondok Lubuk Tapah. muksa surat 12:

1."Dan harus orang sembahyang seorang, niat mengikut imam ditengah sembahyangnya dan jika bersalahan rakaat kedua-dua , tetapi makruh demikianitu".

2."Dan tiada makruh sekiranya makmum niat mufarakah dengan imam kerana seumpama berhadas imamnya, maka kebetulan ada imam yanglain maka niat mengikut ia akan imam yang lain itu , maka tiada makruh ".



Dalam Sabilul muhtadin- Syeikh Arsyhad - muka surat 29 juzuk 2. :

(Adapun) Jika sudah putus ikutnya akan imam itu, seperti bahawa berdiri sekelian orang yang masbuk kemudian daripada salam imamnya, maka mengikut setengah yang masbuk akan setengahnya atau mengikut orang yang lain akan setengah orang yang masbuk ,nescaya sahlah ikutnya tetapi yang demikianitu makruh.


beberapa masalah diatas tersebut adalah contoh-contoh yang ada kaitan dengan iqtida/qudwah shuriyyah dan tidaknya.. insyallah nnati semak lagi.

Wednesday, May 05, 2010

Imam Shafie r.a dan Tasawuf.


-->
The Tasawwuf of al-Shafi`i

Bismillah al-Rahman al-Raheem
was-salaat was-salaam `alaa Rasul-illah
wa 'alaa alihi wa sahbihi wa sallam


DID IMAM AL-SHAFI`I DISAPPROVE OF TASAWWUF?

ADAKAH IMAM SHAFIE MENOLAK TASAUF?

Imam al-Shafi`i said:
faqihan wa sufiyyan fa kun laysa wahidan
fa inni wa haqqillahi iyyaka ansahu

(Be both) a faqih and a sufi: do not be only one of them,
Verily, by Allah's truth, I am advising you sincerely.

(Jadilah keduanya) alim Fekah dan ahli Sufí: jangan jadi hanya seorang antara keduanya. Sesungguhnya, demi benarnya Allah, aku menasihati kamu seikhlasnya.

[al-Shafi`i, Diwan, (Beirut and Damascus: Dar al-fikr) p. 47]

The derogatory remarks about tasawwuf attributed to Imam al- Shafi`i which some are heard quoting today must be understood in the context of the Imam's disavowal of certain people who called themselves Muslims or Sufis, when in reality they were nothing more than hypocrites, free-thinkers, and dissolute people. This should be born in mind by anyone who is approached by "Salafis" with narrations culled from Ibn al-Jawzi's Talbis Iblis and attributing sweeping disapproval of tasawwuf to Imam Shafi`i. How can they believe that Imam Shafi`i disapproves of tasawwuf and at the same time advises the fuqaha' to be sufis, as we quoted above? Have they no better opinion of him than one who gives two mutually exclusive advices?

Kata–kata penghinaan tentang tasauf yang dirujuk kepada Imam al-Shafie yang ada kita dengar diwar-warkan hari ini mesti difahami dari sudut penafian Imam Shafie terhadap sesetengah golongan yang mendakwa diri mereka Muslim atau Sufi, tetapi sebenarnya mereka tidak lebih daripada hipokrit (munafik??), berfikiran bebas (free -thinkers) dan tidak bermoral. Ini patut di sedari bagi sesiapa yang di datangi oleh “Salafi” yang membawa petikan daripada Ibn al-Jawzi’s Talbis Iblis yang mengatakan bahawa Imam Shafie secara mutlak menolak tasauf. Bagaimana mereka boleh percaya yang Imam Shafie menolak tasauf sedangkan pada masa yang sama beliau menasihati ahli Fuqaha’ agar menjadi ahli Sufi, sebagaimana petikan di atas? Tidakkah mereka punya sangka yang lebih baik terhadap Imam Shafie daripada menganggap beliau seorang yang memberi nasihat yang saling berlawanan?

The muhaddith al-`Ajluni also relates in his book Kashf al-khafa wa muzil al-albas (1:341 #1089) that Imam Shafi`i said:
Three things in this world have been made lovely to me: avoiding affectation, treating people kindly, and following the way of tasawwuf.


Muhaddith al-‘Aljuni juga menceritakan di dalam bukunya Kashf al-Khafa wa Muzil al-Abas (1:341 #1089) yang Imam Shafie telah berkata:
Tiga perkara di dunia ini menyukakan aku: menjauhi kepura-puraan, memperlakukan manusia dengan baik dan mengikut jalan tasauf.

Ibn al-Qayyim in his Madarij al-salikin (3:128) and al- Suyuti in his Ta'yid al-haqiqa al-`aliyya (p. 15) also relate that Imam al-Shafi`i said:

I accompanied the Sufis and received from them but three words: their statement that time is a sword: if you do not cut it, it cuts you; their statement that if you do not keep your ego busy with truth it will keep you busy with falsehood; their statement that deprivation is immunity.

Ibn al-Qayyim di dalam Madarij al-salikin (3:128) dan al- Suyuti di dalam Ta'yid al-haqiqa al-`aliyya (p. 15) juga memetik Imam Shafie telah berkata:
Aku menyertai ahli Sufi dan aku dapat daripada mereka tiga perkataan; ucapan mereka yang masa itu ibarat pedang – jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu; ucapan mereka yang sekiranya kamu tidak menyibukkan nafsu kamu dengan kebenaran, ia akan menyibukkan kamu dengan kepalsuan; ucapan mereka yang “menghalang daripada sesuatu” itulah kekebalan.

The Maliki shaykh Ahmad al-`Alawi said, as cited in the translation from his work entitled Knowledge of God (p. xxi): "Reflect on the sincerity of this great Imam [Shafi`i] and how he became a witness for the Sufis, and confirmed their seriousness and struggle. Shaykh Sha`rani, may Allah be pleased with him, said: Reflect on how Shafi`i has taken this from the Sufis and not from others. It is by this that you know their superiority over others, the men of knowledge of the outward, the ones from whom he once learned."

Shaykh Ahmad al-‘Alawi mazhab Maliki telah berkata, sebagaimana yang tercatat di dalam terjemahan karangan beliau Ilmu Tuhan (m/s xxi): “Perhatikan keikhlasan Imam besar ini (Shafie) dan bagaimana beliau menjadi saksi kepada ahli Sufi, dan mengesahkan kesungguhan dan ‘mujahadah’ mereka. Shaykh Sha’rani, semoga Allah merahmati beliau, telah berkata: “Perhatikan bagaimana Shafie telah mengambil ini daripada ahli Sufi dan tidak daripada golongan lain. Hanya dengan ini kamu mengetahui kelebihan mereka atas yang lain; lelaki yang berilmu zahiriah, dan mereka yang si lelaki tadi belajar pada satu masa dahulu.

One of the putative authorities of "Salafis" is Ibn Qayyim al-Jawziyya, yet when Ibn Qayyim states something which contravenes what "Salafis" claim, they are at a loss that their own authority refutes them. Ibn Qayyim said in Madarij al-salikin (2:307):
Religion consists entirely of good character (al-dinu kulluhu khuluq). Whoever surpasses you in good character surpasses you in religion, and the same is true of tasawwuf. al-Kattani said: "Tasawwuf is good character (al-tasawwuf khuluq). Whoever surpasses you in good character surpasses you in tasawwuf."

Salah seorang yang dianggap berautoriti oleh Salafi ialah Ibn Qayyim al-Jawziyya, tetapi bila mana Ibn Qayyim mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang di dakwa oleh Salafi, mereka menjadi kebingungan yang ahli autoriti mereka sendiri yang menyangkal mereka. Ibn Qayyim telah berkata didalam Madarij al-Salikin (2:307):
Keseluruhan Agama itu ialah akhlak mulia (al-dinu kulluhu khuluq). Barangsiapa yang melebihi kamu dalam akhlak mulia, melebihi kamu dalam Agama, dan begitulah juga benarnya bagi tasauf. Al-Kattani telah berkata: “Tasauf ialah akhlak mulia (al-tasawwuf khuluq). Barangsiapa melebihi kamu dalam akhlak mulia melebihi kamu dalam tasauf.”

We should ask also whether the so-called "Salafis" know the position of Ibn `Abd al-Wahhab on tasawwuf. It is evident that their near-totality have not the faintest idea that he accepted the attribution of tasawwuf back to the Prophet himself. Ibn `Abd al- Wahhab said in the third volume of his complete works published by Ibn Sa`ud University, on page 31 of the Fatawa wa rasa'il, Fifth Question:
Know -- may Allah guide you -- that Allah Almighty has sent Muhammad, blessings and peace upon him, with right guidance, consisting in beneficial knowledge, and with true religion consisting in righteous action. The adherents of religion are as follows: among them are those who concern themselves with learning and fiqh, and discourse about it, such as the jurists; and among them are those who concern themselves with worship and the pursuit of the Hereafter, such as the Sufis. Allah has sent His Prophet with this religion which encompasses both kinds, that is: fiqh and tasawwuf.

Kita patut bertanya samada mereka yang mendakwa Salafi itu arif tentang kedudukan Ibn al-Wahab berkenaan tasauf. Jelas sekali bahawa mereka yang mendakwa tahu setiap perkara itu sebenarnya tak terfikir langsung bahawa Ibn al-Wahab itu padahalnya menerima yang tasauf itu asal umbinya kembali kepada Rasulullah sendiri. Ibn Abd al-Wahab telah berkata di dalam Jilid ke-3 Fatawa wa Rasail, Soalan Kelima:
Ketahuilah – moga Allah membimbing kamu – bahawasanya Allah yang Maha Besar telah mengutuskan Muhammad, puji dan salam keatas baginda, dengan pertunjuk yang benar, mengandungi ilmu manfaat, dan agama betul yang mengandungi tingkah laku yang benar. Penganut agama ialah: di antara mereka ada yang menyibukkan diri dengan ilmu dan fikh, dan perbincangan mengenainya, mereka adalah ahli fekah; dan di antara mereka ialah yang menyibukkan diri dengan ibadat dan mengejar akhirat, seperti ahli Sufi. Allah telah menghantar NabiNya dengan agama ini yang mencakupi kedua-dua jenis: fikh dan tasauf.

As for the objections of the slanderers of Sufis invoking Ibn al-Jawzi's exhortative work Talbis iblis in which he attributes to al-Shafi`i sayings detrimental to Sufis, or sayings of Imam Ahmad detrimental to Imam al-Harith al-Muhasibi: as Dhahabi said: "We call Ibn al-Jawzi hafiz (hadith memorizer) in deference to the profusion of his writings, not to his scholarliness." That is: He was not reliable when it came to reporting narrations.

Berkenaan bantahan kepada pemfitnah ahli Sufi yang mengagungkan karya Ibn al-Jawzi, Talbis iblis yang mana beliau sandarkan perkataan Shafie yang memburuk-burukkan ahli Sufi, atau perkataan Imam Ahmad yang memburuk-burukkan Imam al-Harith al-Muhasibi: sepertimana perkataan Dhahabi, “Kami anggap Ibn al-Jawzi hafiz (penghafal hadis) sebagai penghormatan kepada limpahan banyaknya karya-karya beliau, bukan kepada keilmuan beliau.” Ini bermakna: Dia tidak boleh dipercayai dalam ilmu periwayatan hadis.

The following remarks are by the late muhaddith of Syria Shaykh `Abd al-Fattah Abu Ghudda:
Our reliance is on Allah! Ibn al-Jawzi composed a great big book on hadith forgeries so that jurists, preachers, and others may avoid them, then you will see him cite in his exhortative works forged hadiths and rejected stories without head nor tail, without shame or s econd thought. In the end one feels that "Ibn al-Jawzi" is two people and not one!... For this reason Ibn al-Athir blamed him in his history entitled al-Kamil (10:228), with the words: "Ibn al- Jawzi blamed him [Ghazali] for many things, among them his narration of unsound hadiths in his exhortations. O wonder that Ibn al-Jawzi should criticize him for that! For his own books and exhortative works are crammed full with them (mahshuw bihi wa mamlu' minh)!" And the hadith master al-Sakhawi said in Sharh al-alfiyya (p. 107): "Ibn al-Jawzi cited forgeries and their likes in high abundance in his exhortative works"!
[`Abd al-Fattah Abu Ghudda, notes to al-Lucknawi's Raf` wa al-takmil p. 420-421.]
Perkataan berikut ialah daripada muhadis Syria, al-marhum Shaykh ‘Abd al-Fattah Abu Ghudda:
Pergantungan kami kepada Allah! Ibn Jawzi mengarang kitab besar berkenaan Hadis palsu supaya alim ulamak fekah, guru-guru dan lain-lain menghindarkan diri daripadanya, kemudian kamu lihat dia menyebut di dalam karyanya hadis-hadis palsu dan menolak cerita-cerita tanpa usul periksa, tanpa malu dan berfikir panjang. Kesimpulannya kita merasakan yang Ibn al-Jawzi adalah dua orang bukan seorang!...Kerana inilah Ibn al-Athir menyalahkannya dalam kitab sejarahnya yang berjudul al-Kamil (10:228), dengan perkataan: “Ibn al-Jawzi menyalahkannya (Ghazali) banyak perkara, antaranya ialah ambilan hadis yang lemah di dalam hasil karyanya. Aduhai patutnya Ibn al-Jawzi mengkritik dirinya sendiri! Kerana bukunya sendiri dan karya yang mengapi-apikan penuh dengan perkara tersebut (mahshuw bihi wa mamlu' minh)!" Dan Imam Hadis al-Sakhawi telah menyebut di dalam Sharh al-alfiyya (ms 107): “Ibn al-Jawzi menyebut tentang hadis palsu sedangkan perkara yang samalah juga penuh di dalam karyanya yang mengapi-apikan!”
(`Abd al-Fattah Abu Ghudda, nota kepada al-Lucknawi's Raf` wa al-takmil p. 420-421.]

Besides the above, we have already quoted
Imam Taj al- Din al-Subki's advice for serious students of the Islamic sciences:
Beware of listening to what happened between... Ahmad ibn Hanbal and al-Harith al-Muhasibi. If you become busy with this I fear death for you. These are notable leaders in religion and their utterances have various explanations which some, perhaps, have misunderstood. As for us, we have no other course but to approve of them and keep quiet concerning what took place between them, just as what is done concerning what took place between the Companions, may Allah be well pleased with them... O you who are seeking guidance!... leave aside what took place between them, and busy yourself with what concerns you, and leave what does not concern you!
[Subki, Qa`ida fi al-jarh wa al-ta`dil, p. 53.]
Selain daripada di atas, kami telahpun menukilkan nasihat Imam Taj al-Din al-Subki kepada murid-muridnya yang serius dalam sains Islam:
Berhati-hatilah bila mendengar apa yang berlaku diantara…Ahmad ibn Hanbal dan al-Harith al-Muhasibi. Sekiranya kamu menyibukkan dengan hal ini, aku bimbang mati (suul khotimah) bagimu. Kedua-duanya adalah Imam ternama dalam agama dan ucapan mereka mempunyai pelbagai tafsiran yang sebahagiannya, kemungkinan disalah-ertikan. Bagi kita, tiada jalan lain melainkan membenarkan kedua mereka dan diam tentang hal berlaku diantara keduanya, sepertimana yang telah berlaku di kalangan para Sahabat, semoga Allah meredhoi mereka.. Wahai kamu yang menuntut pertunjuk!...tinggalkan apa yang berlaku di antara keduanya, dan sibukkan dirimu dengan apa yang berkaitanmu, dan tinggalkan apa yang tidak berkaitanmu!
(Subki, Qa`ida fi al-jarh wa al-ta`dil, ms. 53)

As for Dhahabi's avalanche of insinuations against some of the earlier and later Sufis in his Mizan al-i`tidal (1:430 #1606), where he says after quoting derogatory reports against al-Muhasibi:
Where are the likes of al-Harith al-Muhasibi! How then if Abu Zur`a saw the books of the later [Sufis], such as the Qut al-qulub of Abu Talib [al-Makki], and where are the likes of the Qut? How then if he saw Bahjat al-asrar of Abu Jahdam, and Haqa'iq al-tafsir of al-Sulami, then he would jump to the ceiling! How then if he saw the books of Abu Hamid al-Tusi [Imam Ghazali]....? the Ghunya of shaykh `Abd al-Qadir [Gilani]... Fusus al-hikam and al- Futuhat al-makiyya [of Ibn `Arabi]?


Berkenaan sindiran tajam Dhahabi terhadap mereka yang terdahulu dan terkemudian di kalangan ahli Sufi di dalam Mizan al-I’tidal (1:430 #1606), dimana beliau berkata selepas menyebut penghinaan terhadap al-Muhasibi:
Di mana mereka yang seperti al-Harith al-Muhasibi! Bagaimana sekiranya Abu Zur’a melihat buku-buku orang yang kemudian (Sufi), seperti Qut al-Qulub oleh Abu Talib (al-Makki), dan dimana yang seperti Qut? Bagaimana sekiranya beliau melihat Bahjat al-Asrar oleh Abu Jahdam, dan Haqa’iq al-Tafsir oleh al-Sulami, kemudian dia pasti melompat ke siling! Bagaimana sekiranya beliau melihat kitab oleh Abu Hamid al-Tusi (Imam Ghazali)…? Ghunya Shaykh ‘Abd al-Qadir (Gilani)…Fusus Hikam dan Futuhat al-Makiyya (oleh Ibn ‘Arabi)?

We treat such assertions according to the instructions of Suyuti who rejected them in his vindication entitled Qam` al- mu`arid bi nusrat Ibn al-Farid (The taming of the naysayer with the vindication of Ibn al-Farid) as quoted by Imam al-Lucknawi in al-Raf` wa al-takmil fi al-jarh wa al-ta`dil (p. 319-320):
Don't let Dhahabi's mumbling deceive you, for he went so far as to mumble against Imam Fakhr al-Din ibn al-Khatib [al-Razi], and against one who is greater than the Imam, namely: Abu Talib al-Makki the author of Qut al-qulub, and against one who is greater than Abu Talib, namely: Shaykh Abu al-Hasan al-Ash`ari, whose fame has filled the firmaments! And Dhahabi's books are filled with that: al- Mizan, al-Tarikh, and Siyar al-nubala'. Are you going to accept his words against such as these? Never, by Allah! His word is not accepted concerning them; rather, we fulfill their right over us, and we render it to them in full.
Berkenaan dakwaan itu, kami berpegang kepada arahan Suyuti dimana beliau telah menolak mereka di dalam pembelaan yang bertajuk Qam’ al-Mu’arid bi Nusrat ibn Farid (Menjinakkan mereka yang kontra dengan pembelaan Ibn al-Farid) sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Lucknawi di dalam al-Raf wa al-takmil fi al-jarh wa al-ta`dil (ms 319-320):
Jangan biarkan karut Dhahabi menipumu, kerana dia sanggup pergi lebih jauh lagi dengan berkata karut tentang Imam Fakhr al-Din Ibn al-Khatib (al-Razi), dan bertentangan dengan seorang yang lebih besar dari Imam, iaitu Abu Talib al-Makki, pengarang Qut al-qulub, dan bertentangan dengan seorang yang lebih besar dari Abu Talib, iaitu Shaykh Abu al-Hasan al-Ash’ari, yang kemasyhurannya memenuhi cakerawala! Dan buku Dhahabi penuh dengan yang sepertiitu: al-Mizan, al-Tarikh dan Siyar al-Nubala’. Adakah kamu akan menerima perkataannya seperti ini? Tidak, demi Allah! Perkataannya tidak sekali-kali diterima berkenaan mereka itu; sebaliknya mereka itu berhak penuh ke atas diri kami mempersembahkan hak itu kepada mereka secara penuh.

Blessings and peace on the Prophet,
his Family, and his Companions .
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Keluarga baginda, dan Sahabat baginda.
GF Haddad
[6 Jun 1997]

Saturday, May 01, 2010

Wednesday, April 28, 2010

Daeng Sedili Mufti Pertama Perak.



alfatehah kepada kerabat diraja yang alim ini. al fatihah.
----------------------------------------------------------


-->Megat Jaafar merupakan seorang anak raja dari Bugis (daerah Luwuk Sulawesi) yang datang ke negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (III) (1728-1756). Pada 1743 beliau, yang bergelar Haji Besar, berjaya menghapuskan lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkannya kepada Sultan Muzaffar Syah. Beliau kemudiannya dikahwinkan dengan adinda baginda yang bernama Raja Tengah, dan dilantik menjadi Mufti Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi orang besar Perak dengan gelaran Maharaja Lela Tan Putera Pancung Tak Bertanya dan dijadikan pengawal peribadi sultan.
Makam beliau telah digazet pada 21 Februari 1980 dengan nombor gaset P.U. (A) 45 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Sayong, Lot No. 1803.

-->Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.



al marbawi dalam kenangan



Thursday, April 22, 2010

Kitab al Janaiz.


-->
Hukum mentajhizkan mayat bayi yang keguguran dan mati kecil.

1.(dan adapun) kanak-kanak yang gugur iaitu kanak-kanak yang gugur ia pada hal belum sempurna enam bulan masa kandungannya, maka hukumnya jika tiada zahir padanya tanda hidupnya dan tiada zahir pula kejadian anak Adam, maka tiada wajib atas kita suatu daripada yang empat perkara itu. Tetapi sunat dibalut akan dia dengan kain dan ditanam akan dia.

2. (dan) jika tiada zahir padanya tanda hidupnya tetapi ada zahir padanya kejadian anak Adam, maka wajib atas kita kerjakan padanya 3 perkara yang lain daripada sembahyang dan haram disembahyangkan atasnya.

3. (dan jika ada zahir) padanya tanda hidup seperti bersuara atau bergerak-gerak kemudian daripada keluarnya dan jika kurang daripada empat bulan masa kandungannya itu sekalipun, maka iaitu seperti orang yang besar jua, maka wajib kita kerja daripadanya empat perkara yang tersebut itu.

4. (adapun) kanak-kanak yang diperanak akan dia kemudian daripada enam bulan masa kandungannya, maka wajib kita mandi akan dia dan dikapan akan dia dan sembahyangkan atasnya dan ditanam akan dia jikalau keluar ia pada hal mati dan jika tiada zahir padanya kejadian anak Adam sekalipun, jika diketahui akan dia anak Adam kerana keluar ia daripada takrif gugur.

-nukilan dari kitab Hidayatus Shibyan m.s 28 . - Tuan Husin Kedah.

Wednesday, April 21, 2010

Dr Sheikh Al Marbawi- Ulama asalnya dari Pondok.

Safar Barakah.



Rihlah pelajar pondok Tampin ke Negeri Perak baru-baru ini yang diharapkan dapat manfaat ,iktibar dan pelajaran untuk menambahkan semangat belajar , telah berkesempatan menziarahi makam sheikh marbawi di Lubuk Merbau , Kuala Kangsar.


Artikle Cedukan tentang Sheikh Marbawi:

Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi, AMP (10 Mei 1896- 13 Oktober 1989) ialah seorang tokoh di dalam bidang persuratan yang tidak asing lagi bukan sahaja di Nusantara, malah di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmu Hadith, tafsir dan fiqah. Kamus Al-Marbawi, hasil nukilannya adalah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini.



Riwayat hidup

Syeikh Idris dilahirkan di sebuah kampung bernama Misfallah di Makkah pada 28 Dzulkaedah 1313 Hijrah bersamaan 10 Mei 1896. Ibu bapa beliau berasal dari Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Ketika berusia 10 tahun, beliau sudah mampu menghafal kitab suci Al-Quran sebanyak 16 juzuk, di samping beberapa buah kitab lain. Pada tahun 1323 Hijrah, beliau pulang ke Malaysia bersama-sama keluarga.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Melayu Lubok Merbau (kini dikenali Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi). Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di beberapa buah sekolah pondok, antaranya Pondok Wan Mohammad, Bukit Chandan, Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Madrasah Idrisiah), Pondok Tuan Hussien Al-Masudi (Kedah), Pondok Syeikh Ahmad al-Fatani (Bukit Mertajam) dan Pondok Tok Kenali (Kelantan). Setelah menamatkan pengajian, beliau bertugas sebagai guru agama di Perak.

Pada tahun 1924, beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan berjaya memperoleh Ijazah 'Aliyah (tertinggi). Beliau merupakan anak jati Perak pertama berjaya melanjutkan pengajiannya di Makkah. Semasa berada di sana, beliau menyusun kamus Arab-Melayu atau dikenali sebagai Kamus Al-Marbawi yang diterbitkan dalam tahun 1937 dan telah diulang cetak lebih daripada 24 kali. Kamus ini pada mulanya disusun oleh tiga orang iaitu beliau sendiri, Syeikh Juned Tola, dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Namun, ketika dua tokoh yang terakhir ini kembali ke tanah air, karya itu diteruskan sendiri oleh Syeikh Idris al-Marbawi sebagai pengarang kamus tersebut.

[sunting]Anugerah dan sumbangan

Atas sumbangan dan jasa besar dalam keagamaan dan persuratan, Syeikh Idris dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Julai 1980. Pada 1 Muharram 1408 Hijrah bersamaan 28 Ogos 1987, beliau diisytihar sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan yang pertama.

Pada 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah sempena hari keputeraan baginda.

Beliau adalah seorang tokoh ilmuan yang warak dan amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Orang ramai yang mengenali beliau ternyata amat menyenangi dan menghormatinya. Keperibadian mulia di samping ketajaman fikiran walaupun telah berusia 90-an, merupakan aset beliau yang amat berharga. Penghayatan beliau terhadap ilmu, sifat rendah diri, di samping sifat dahagakan ilmu yang dimiliki, tidak dapat dinafikan lagi.

Bahkan semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Dalam satu kejadian lain pula, beliau telah dilihat mengambil wudhu’ dengan menggunakan air yang sangat minimum yang tidak habis segayung air.

Sepanjang hampir 60 tahun berada di Timur Tengah, beliau banyak menjelajah dan menyaksikan pelbagai bentuk kebangkitan Islam selain daripada menjalankan kerja berdakwah. Ini telah banyak memberi kesedaran dan pengalaman berguna kepada beliau. Atas dasar ingin melihat lebih ramai muda mudi memperolehi pendidikan yang sempurna, beliau telah menggunakan wang ganjaran Tokoh Ma’al Hijrah untuk membolehkan anaknya menubuhkan sebuah Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak. Tenaga pengajarnya terdiri daripada anaknya, Mariam dan cucu-cucunya serta beberapa orang tenaga pengajar luar.

[sunting]Peninggalan

Walaupun belum puas mencurahkan bakti dan ilmu kepada seluruh umat manusia, ternyata Allah SWT lebih menyayangi beliau. Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika berusia 93 tahun pada hari Jumaat, 13 Oktober 1989, jam 8.30 pagi di Hospital Besar Ipoh, Perak. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak, bersebelahan pusara isteri beliau, Khadijah binti Mohamad Idham yang telah meninggal dunia 14 bulan sebelum itu. Beliau telah meninggalkan seorang anak perempuan, tiga orang cucu dan tujuh orang cicit yang tinggal di Malaysia. Di samping itu beliau telah meninggalkan balu kedua, Hajjah Munirah binti Abdul Wahab yang menetap di Mesir.

Bagi mengenang jasa beliau, namanya telah diabadikan di sebuah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan dikenali sebagaiKolej Idris al-Marbawi. Namanya juga diabadikan di sekolah tempat beliau menuntut ilmu di Kampung Lubok Merbau iaitu Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.

[sunting]Hasil karya

  1. Kamus al-Marbawi
  2. Kitab Bahrul Mazi
  3. Tafsir Quran Al Marbawi
  4. Tafsir Surah Yasin
  5. Tafsir Nurul Yaqin
  6. Tafsir Fathul Qadir
  7. Kitab Bulughul Maram
  8. Kitab Jami'ul Ulum
  9. Usulul Islam
  10. Nizamul Hayah
  11. Mu'jamul Ka'inat ( 4 Jilid ) dan lain-lain

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Wednesday, April 14, 2010

Hadis Rumahtangga.

فتنة الرجل فى أهله وماله وولده وجاره تكفر ها الصلاة والصوم والصدقة والامر بالمعروف والنهى ونهى عن المنكر



FITNAH BAGI SESEORANG LELAKI ITU PADA ISTERINYA, HARTANYA , ANAK-ANAKNYA DAN JIRANNYA. MENGHAPUSKANNYA OLEH SEMBAHYANG , PUASA , SEDEKAH DAN MENYURUH BERBUAT BAIK DAN MENEGAH KEMUNGKARAN.- riwayat al- Bukhari.

Maksud hadis:
1. Fitnah Ahli (isteri): Seseorang itu akan melakukan sesuatu perbuatan atau perkataan yang tidak halal demi untuk isterinya.

2. Fitnah Harta: Seseorang itu akan mengambil harta-harta dengan cara yang tidak halal dan menggunakannya kepada yang haram , dan juga dia akan mengambil daripada yang bukan sumbernya yang halal dan akan menggunakannya pada perkara-perkara yang tidak halal .

3. Fitnah Anak: Seseorang itu terlampau sayang pada anak, sibuk dengannya sehingga tinggal dan leka daripada membanyakkan amal kebajikan .
Ataupun maknanya: terlajak berusaha mencari nafkah sehingga tanpa memelihara batas-batas haram.

4. Fitnah Jiran: Berangan-angan mendapat harta seperti harta jiran dan angan-angan kalau-kalau harta jirannya itu hilang atau rosak binasa.


Maka akan menghapuskan fitnah tersebut dengan mengerjakan :

1. Sembahyang.

2. Sedekah.

3. Puasa.

4. Menyuruh buat baik dan menegah kejahatan. (amrun bil ma'ruf wa nahyun anil munkar).


= Huraian dan ulasan adalah sedutan dari kitab Hasyiah al Syanwani ala' Ibni abi Jamrah lil Bukhari. m.s 50.

Thursday, April 08, 2010

Kitab Kasyfu Syubahat yang menghilangkan syubahat. melegakan dahaga.




Kitab yang mengandungi fatwa-fatwa didalam agama Islam, risalah berkenaan ahwal mayyit, hukum menghadiahkan pahala bacaan dan seluruh kebajikan orang hidup kepada mayyat yang Islam. Adakah sampai pahalanya kepada yang dihadiahkan atau tidak?. Penerangan perkara yang dibuat dan dikatakan ketika muhtadar sebelum maut , selepasnya dan disisi kubur. Perkara-perkara yang diqodokan untuk mayyat samada wajib atau sunat dari wasiat-wasiat oleh mayat atau tidak diwasiatkannya. yang terdiri dari hutang, kafarat, zakat, haji, puasa, sembahyang iktikaf dan sebagainya. Perkara-perkara yang bermanfaat untuk mayat ,doa atau sedekah dan lainnya. Hadis-hadis yang warid berkenaan "قل هو الله احد" dan "لا اله الا الله" . Hukum memerdekakan yang kubra dan yang sughro. Hukum mengugurkan sembahyang (fidyah sembahyang) yang jelas penerangannya. Kesemuanya sangat sempurna keterangannya serta disebut, Mazhab-mazhab dan huraiannya , Hadis-hadis dan takhrijnya. Dalil-dalil dan taqrirnya . Daripada himpunan yang dikau tak akan berjumpa sepertinya dimana-mana kitab pun. Wallahu al mufawwfiq lishowab.

Sunday, April 04, 2010

majlis maulud madrasah aliyah



Jemput muslimin muslimat hadir kemajlis maulud Rasul s.a.w bertempat dimadrasah aliyah , pada sabtu malam ahad ini. sila klik untuk maklumat lanjut.

Saturday, April 03, 2010

sanad ooo sanad , taak abis abis...

man mun: salam ustaz. tumpang bertanya. adakah sah sesuatu tarikat sufi jika tiada sanad.

al ustaz: sanad tarikat tak serupa dgn sanad hadis. sape yang kata serupa silakan bawak bukti. dalam kitab mana . mana sheikh shufi yg jadi umdah rujukan yg kata begitu. bahkan sepanjang pembacaan saya terdapatnya tarikat yg tanpa bersanad langsung. tapi masih muktabar. bahkn ada yang bersanadkn guru lain ( iaitu mendapat tarbiyah dari sheikh lain) tapi dinisbahkan tarikatnya pada silsilah sheikh yang lain dan dinisbahknnya pada tarikat yg muktabar pulak tu.

kalau nak kira sanad tarikat sufi mengikut metod sanad ilmu dirayah hadis ... ana komformkan kebanyakan sanad2 tarikat sufi hatta yg muktabar, pun kalau tak maudhu , dhoif, mun tak pun maqthu' . kalau ada org kata "Hasan basri" mengittishalknnya?. aah.. hasan bashri pun dinaqad orang. jumpa ke tidaknya dgn saidina ali . tupun khilaf . tu cmnaa..?.

kalau pada ana senang jee.. dah tau ilmu tarikat tu buah ilmu syariat. kalau dah syariatnya betul betul le tarikatnya. walaupun nampak tak bersanad. sebab ciri2 sanad tarikat tak serupa ciri sanad ilmu hadis. sanad dalm ilmu tarikat memang lah penting. tapi sifat2 sanad tu kalau tidak dilihat cara menyeluruh maka boleh jadi masalah.

ni maslah sanad ni ada ada je orang baru baca je yg nak mula cuba kaji. baca le bagi banyak2 sikit. nnti tak le nak menyentuh ilmu orang yg kita pun tak faham . ni ada satu lagi . orang yg minat kaji sanad. sampai nak baca berzanji pun kena ada brsanad . ish2. ana nak tanya le. sembahyang kita tu mana sanadnye?. puasa yg diamalkn tu mane sanad nye?. tak sah ke amalan tu?. saya dulu masa mengaji dipondok..tok guru suruh baca berzanji burdah dibaie malam selasa. tak pernah pun tau mana sanadnya. sbb dh faham tok guru kita tu sanad le tu. cukuup. oghang tetua dulu pesan.. "toksah menarah telampau" . sbb kalau telampau menarah , nanti kayu yg nak buat ulu paghang tu langsung tak tepakai.. ni maslah tarikt .. patutnya bincang le sesama ahli tarikat yg berilmu je. sbb kalau ahli tarikat tak ahli ilmu pun susah juga nak bwak bincang. serupe le juga ahli ilmu yg tak tarikat pun susah juga. tu le jadinya. ade ke sanad tarikat sama metodnya dgn sanad hadis. Itu lah antara sebab yang membawa pertelingkahan orang tarikat masa kini yang tidak habis-habis. disebabkan dangkal menyelok isi kandungan kitab-kitab tasawuf tarikat,  ish ish.. bawak2 le istighfar. ni nasihat je.


perhati2kanlah contohnya:
SYEIKH AHMAD AT-TIJANI RA :
اذا سمعتم عنى شيأ فزنوه بميزان الشرع فما وافق فخدوه وما خالف فاتركوه
"Apabila Kamu Mendengar Apa Saja Daripadaku, Maka Timbangkanlah Ia Dengan Neraca Syari'at. Apabila Ia Bertepatan, Maka Kerjakanlah dan ambillah ; Apabila Ia Bersalahan,Maka Tinggalkanlah." [Jawahir al-Ma'ani wa Bulugh al-Ma'ani (juz 1, hlm.95) Ali Harazim]


Kalau pun ya, mungkin sanad tarikat sufi serupa dengan sanad yang dibincangkan dalam ilmu hadis:

Cubalah  pula perhatikan satu ayat yang telah diwariskan oleh Sheikh Ilmu Hadis,  Al Allamah Sheikh Anwar Kashmiri, kepada murid beliau iaitu mawlana Yusof Binwari. Mawlana Yusof Binnwari ini  telah menghadamkan perkataan gurunya Sheikh Anwar Kashmiri yang merupakan Imam (ikutan) semasa pada ilmu Hadis disebabkan keluasan makna-makna kalamnya dan ketajaman fahamanya 


"Adalah Isnad, (tujuannya) supaya tidak termasuk didalam agama perkara yang tiada (asal) dari Agama. Bukan pula (tujuannya) untuk mengeluarkan daripada (perkara) Agama (disebabkan ) perkara yang sabit dari amalan Ahli Isnad. "- Nukilan dari Doktor Majid Darwis , - al Fawaid al mustammadah.. m.s 173.

RENUNG-RENUNGKAN WAHAI YANG BERMATA HATI....

ALLAHU MUSTA'AN.

Wallahu a'lam.



Thursday, March 25, 2010

Bab Sujud Sahwi- Kitab Tuan Husin Kedah



Selain Hidayatus Shibyan, ini lagi satu kitab yang tak nampak lagi cetakan barunya. Kitab khas tentang sujud sahwi dalam sembahyang. sangat padat dan tersusun bicaranya. Sayangnya kitab ini tiada dijumpai ditoko buku dan kitab.

Wednesday, March 24, 2010

Hasyiyah Ibn Abi Jamrah.



Kitab Hadis Matan Ibn Abi Jamrah telah memuatkan 294 hadis-hadis yang telah diikhtisarkan . Sementara al Allamah AsSyanwani telah menghasyikannya pula dengan ulasan yang sangat menarik dan memuaskan dahaga para pencita ilmu. Ulasan-ulasan yang berharga , kaedah-kaedah dan istilah-istilah ilmu hadis dirayah dan riwayah, pandangan-pandangan
yang lebih menjurus kepada mazhab Shafie , gelaran yang kurang masyhur, praktik memahami makna-makna hadis dan banyak sangatlah manfaat yang didapati dari Kitab Hasyiyah Syanwani ini.

Ringkasan akidah A.S.W.J dan al Hikam, di Pondok Bongek Acheh

Tafaqquh di Seri Jempol

Wednesday, March 17, 2010

Maulud di Pondok Tuan Guru Hj Ibrahim, Kg Bongek Acheh ,Rembau


Lahir terkhatan, adakh perlu dikhatankn lagi?

Dins: apa hukum sorang dilahirkn telah disunat. adakh kena sunat sekali lagi?.
maaf ustaz saya tanya ini sabab ada berlaku dikmpung saya. ..he he..


Jawab:Tak perlu dan tak usah disunatkan lagi. cukup lah dan memadai.sekalipun yg sunatkannya jin yang jadi tok mudimnya. sunat atau khatan adalh dua kalimah yg sama ertinya.

rujuk kitab Bughyah al- murtasyidin, m.s 20.

لو ختن المولود الجن بأن أزيل ما يغطى الحشفة كفى اذ
القصد ازالته كما لو ولد مختونا ولا يسن حينئذ امرار الموسى بخلاف الرأس فى المحرم.


Jikalau telah mengkhatankan oleh jin akan kanak2 yang dilahirkan sekiranya hilang tutupan kepala zakar , hukumnya adalah memadai . Kerana tujuan (khatan/sunat) adalah menghilangkan tutupannya. Bandingannya seperti seorang kanak2 yang dilahirkan telah terkhatan ( maka iaitu tak perlu dikhatankan lagi), dan tidak disunatkan melalukan pisau . (masalah ini ) berlawanan dengan persoalan cukur kepala seorang yang (bertahlul) ihram, ( maka orang yang bertahlul ihram disunatkan melalukan pisau dikepalanya untuk tujuan tahlul, bila kepala pada asalnya lagi sudah tercukur ).

Wednesday, March 10, 2010

Mayat Hancur adakah dimandikan juga?.

Soalan:
alhaqier
: pakcik @ us : hehe...mayat yang rentung terbakar wajib di mandikan juga ka??tlg bagitau ktb utk dirujuk sama..

Jawab:
al ustaz: Tidak dimandikan bahkan hendaklah ditayyamumkan sahaja.

Didalam Kitab Sabilulmuhtadin pun ada.. muka surat 72 juzuk 2:

Dan jika sukar memandikan mayyit kerana ketiadaan air atau kerana buruk mayat sekira-kira jika dimandikan nescaya hancur , wajiblah ditayyamumkan.. intaha.

Juga tersebut dalam kitab , Bujairimi Iqna muka surat 268, juzu 2, Fashlun fil jinazah:


و من تعذر غسله لفقد ماء أو لغيره كاحتراق ولو غسل لتهرى - شرح المنهج . قوله - يمم

Dan jika uzur mandikannya sebab tiada air atau sebab lainnya seperti terbakar , jika di mandikan nescaya ceroi ( luluh) - tayyamumkannya. wallahu a'lam.