Wednesday, December 28, 2016

PONDOK TAMPIN

LATAR BELAKANG PUSAT PENGAJIAN PONDOK TAMPIN

Pondok Tampin merupakan pusat pengajian pondok tradisional yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Raof Bin Nurin Hafizahullah. Pondok ini dibuka pada bulan Febuari tahun 1996 bertempat di Jalan Padang Ragut, Tampin Negeri Sembilan.
Pondok Tampin merupakan sebuah pusat ilmu dan tumpuan masyarakat sekitar Tampin dan terdapat juga pelajar yang datang dari daerah dan negeri lain untuk menadah ilmu dengan tuan guru di sini. Pengajian di sini adalah berlandaskan bentuk pengajian tradisional iaitu sistem Talaqqi iaitu menadah kitab dari kulit ke kulit sehingga khatam. Antara kitab-kitab yang diajar di sini adalah kitab-kitab besar arab dan jawi tradisi atau dikenali sebagai kitab turath. Pondok ini juga bukan sahaja mengadakan pengajian dengan masyarakat tempatan bahkan juga mempunyai hubungan dengan ulama-ulama luar.
Antara program yang pernah dijalankan di pondok ini ialah dengan mengadakan pengajian daurah kutubbu sittah iaitu kitab hadis yang 6 buah.
Pada tahun 2011 pada bulan Ramadhan, program daurah pengkhataman kitab Soheh Bukhari dan Sunan Abu Daud yang di mana daurah ini dibimbing oleh dua tokoh ulama dari syria iaitu al-Allamah al-Syeikh Hadi al-Kharsa Hafizahullah dan Syeikh Firas Bin Salu Hafizahullah , kedua-dua ulama ini berasal dari bumi Syria yang diberkati.
Pada Tahun 2012, mengadakan daurah kitab Soheh Muslim dan Sunan Tarmizi di mana antara ulama yang hadir dan membimbing program daurah ini ialah al-Allamah al-Syeikh Dr Sameer Nass Hafizahullah dan Syeikh Firas bin Salu Hafizahullah.
Pada tahun 2014 mengadakan Daurah Hadith bersama Al allamah dr Sheikh sameer an Nass iaitu Sunan ibnu Majah, Sunan Nasaie dan Sunan ad Darimi .
Program terbuka ini telah mendapat sambutan para ilmuan  masyarakat seluruh Malaysia.

Pada tahun 2013 Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengadakan majlis pengajian Akidah dengan Kitab Fiqh Akbar karangan Imam Abu Hanifah dan Kitab Aqidah Tohawiyah karangan Imam Tohawi sebagai teks secara daurah bertempat di Paroi, Negeri Sembilan . Program yang dianjurkan oleh pihak berwajib tersebut mendapat sambutan masyarakat  dan pondoktampin telah membantu  menjayakan program ini dengan tugas menjemput ulama dari Sham iaitu Fadhilatu Sheikh  al-Allamah  Abdul Hadi al-Kharsa Hafizahullah  .

Pondoktampin menjalin hubungan yang erat dengan Pejabat Agama Daerah Tampin apabila Tuan Guru  Ustaz Haji Abdul Raof dijemput mengajar di pejabat agama ini.
Antara kitab yang pernah dibacakan di pejabat agama ini adalah Hidayatus Sibyan, Kasyful Littsam, Munyatul Mussoli dan Penawar Bagi Hati.

Pondok Tampin merupakan pusat ilmu yang banyak memberi jasa dan tarbiyyah kepada semua lapisan masyarakat terutamanya sekitar Negeri Sembilan, cuma  buat masa  ini tiada sebarang pengambilan pelajar di pondok tersebut disebabkan  aktiviti luar.

BIODATA MUDIR PONDOK TAMPIN


Pondok Tampin diasaskan oleh al Syeikh Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Raof Bin Haji Nurin  حفظه الله

 Beliau dilahirkan di Kampung Lebu, Bentong, Pahang Darul Makmur bertarikh 22 jun 1964. Antara pendidikan dan pelajaran beliau ialah bermula di Pondok Madrasah al-Rahmaniah, Kampung Telok, Bukit Pinang, Kepala Batas Alor Setar, Kedah. Di pondok ini beliau menuntut selama dua belas tahun dan berguru kepada Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman. Kemudian beliau menyambung ke Pondok Madrasah al-Ijtimaiyyah, Kampung Dundang, Sungai Jagung Padang Pusing Pendang, Kedah selama tiga tahun di bawah asuhan Tuan Guru Haji Halim Bin Haji Majid. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke  Pondok Madrasah al-Ijtimaiyyah, Padang Lalang Bukit Mertajam Seberang Perai selama setahun di bawah asuhan Tuan Guru Ustaz Hamzah Bin Tuan Guru Haji Ja'far al-Hafiz dan kemudiannya menyambung pengajiannya di Pondok Madrasah al-Shomadiah al-Barokiah, Kampung To Ruk, Kok Chan, Mayor, Patani, Thailand selama dua tahun di bawah asuhan Tuan Guru Baba Hasan Bin Abdul Lathif. Beliau juga mengikuti program ziarah sambil belajar ke negara-negara Islam seperti di Mekah, Madinah, Syria (Damsyik), Mesir, Hadramaut dan Turki.

Tuan Guru Ustaz Haji Abdul Raof merupakan seorang yang sangat cenderung pada ilmu agama dari kecil lagi. Beliau telah diasuh dengan pelajaran dan didikan agama semenjak dari pangkuan datuknya. Datuk beliau pernah mengikuti pengajian pondok di Pondok Tok Sheikh Nawawi Langgar, Alor Setar, Kedah selama empat tahun. Selepas menamatkan sekolah peringkat menengah, beliau terus terjun ke bidang tersebut dengan mengikuti pengajian pondok, namun sebelum beliau keluar menuntut ilmu, beliau telah diijazahkan oleh Allahyarham Tuan Haji Long, datuk saudara beliau dengan Tarekat Naqsyabandiyah ketika berusia 16 tahun.

 Pondok pertama yang dimasukinya adalah Pondok Pak Ya (Haji Yahya) Telok Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah di bawah asuhan Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman yang di mana tuan guru ini merupakan bekas penuntut di Pondok Bunut Payong, Kota Bhru, Kelantan selama 29 tahun dan telah mengkhatamkan kitab-kitab besar.
 Di sini, Tuan Guru Sheikh Abdul Raof mula mengenali asas-asas ilmu antaranya Matan al-Jurmiyah (nahu), Matan Bina (shorof), Safinatun Naja (feqah), Ummul Barohin (tauhid) kemudian beliau mempelajari Mukhtasar Jiddan (nahu), Fathul Qorib (feqah), Mutamimmah (nahu), Kawakib (nahu), Tafsir Jalalain (tafsir), dan Tafsir Baidowi Melayu (tafsir)

Pada Tahun 1984 beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di Pondok al- Ijtimaiyah Kampung Dundang, Padang Pusing Pendang, Kedah. Menuntut dengan Tuan Guru Haji Abdul Halim Bin Haji Majid. Di sini beliau telah mengkhatamkan kitab-kitab antaranya kitab nahu iaitu Matan al-Jurmiyah , Mukhtasar Jiddan, Yasin al-Fakihi, Asymuni Shobban, kitab (feqah, usul feqah dan qawaid feqah) antaranya Kifayatu Akhyar, al-Iqna', Sirajul Wahhaj, Fathul Wahhab, Syarah Waraqot, Lathoiful Isyarat, al-Luma' Al Asybah wan Nazhoir, kitab (hadis) antaranya Riyadhus Sholihin, Bulughul Maram, Hadis Abi Jamrah, Hasyiah Syanwani, Muwatta Imam Malik, Hadis Abu Daud, kitab (tafsir) antaranya Tafsir Jalalain, Hasyiah al- Showi, Tafsir Nurul Ihsan dan kitab-kitab jawi iaitu Sairussalikin, Kasyful Litham dan Furu' Masail serta kitab -kitab jawi yang lain.

 Tiga tahun kemudian beliau kembali menuntut di Pondok Tuan Guru Haji Yahya Telok dan belajar pula dengan Tuan Guru Haji Husain Kampung Teluk Bagan, Jalan Datok Kumbar Alor Setar), dan mengkhatamkan kitab Lamiyatul af'al (shorof) , sebahagian kitab Syazzul Araf (Shorof), sebahagian Kifayatul Akhyar (fekah), mengkhatamkan kitab Husnul sayaghah (balagah).
Kemudian beliau kembali menyambung pelajarannya dengan Tuan Guru Haji Yahya serta berulang alik menadah kepada guru-guru sekitar Alor Setar. Pada peringkat ini beliau mula menadah kitab al-Mahalli kepada Tuan Guru Haji Yahya. 
Beliau juga bermulazamah dengan Tuan Guru Haji Husin Bin Syeikh Abdul Rahman al-Jaruumi yang merupakan murid kepada Syeikh Abdul Qader Mandeling iaitu ulama melayu yang mengajar di Masjidil Haram. Dibawah Tuan Gutu ini beliau sempat mengkhatamkan kitab Faidhul Khobir (usul tafsir), Matan Alfiyah (nahu), sebahagian syarah Ibnu Aqil (nahu), Mutamimah Kawakib Duriah (nahu), Fathul Mubin bab Nusuk (feqah), Syazzul Uruf (shorof), Fathul Qorib (feqah), Idhohul Mubham (mantik), al-Nafahah al-Hasaniah (faraid), Husunus Shayaghah balaghah dan beberapa buah kitab yang lain. Beliau juga sempat menghadiri majlis tawajjuh Tarekat Naqsyabandiah Mujadidiyah bersama Tuan Guru ini.
Beliau juga sentiasa mulazamah dengan Tuan Guru Haji Cik Ahmad, Kokdiang dan mengkhatamkan kitab Ilmu Faraidh tulisan tuan guru ini iaitu (Inilah Risalah yang dinamakan tangga kanak-kanak yang mula belajar ilmu Faraidh) dan beliau juga bermulazamah dengan Tuan Guru Pak Su Mid di Bukit Tembaga jalan ke Kuala Nerang, Alor Setar, Kedah dan mengkhatamkan kitab Manhallu Shoffi dan mentahkikkan masalah-masalah dan istilah-istilah halus dalam ilmu tasawuf. Kemudian beliau berpindah ke Madrasah al-Ahmadiah al-Ijtimai'yyah Pondok Padang Lalang Bukit Mertajam Seberang Perai, Pulau Pinang dan belajar kitab ilmu alat kepada Tuan Guru Haji Hamzah al-Hafiz iaitu kitab Syarah Waraqot (usul fiqh), Faidhul Khobir Wa Khulasah Al Taqrin (usul tafsir), Syarah Baiquniah (musthalah hadis), Syarah Syuzuz Zahab (nahu) dan sebahagian kitab Ihya Ulumuddin (tasawuf) Imam Ghazali. Beliau juga sempat belajar sebahagian dari kitab Bughyatul Mustarsyidin semasa pondok padang lalang. Beliau juga sempat bermulazamah dan menadah Syarah al-Hikam Tok Pulau Manis dengan Tuan Guru Haji Sheikh Daud Malau dan di sini juga beliau bertemu dengan Syeikh Ali al-Tohiri di Madrasah Pondok Padang Lalang ini dan dibaiahkan dengan Ilmu Tarekat pada Rohaniah dan Jasmaniah  oleh Tuan Sheikh Ali Al Thohiri.

 Kemudian pada tahun 1991 beliau menyambung pengajiannya ke Pondok Madrasah al-Somadiah al-Barokiah, Banggol Pauh, kampung Tok Rok, Kok Chan, Ampher Mayo, Changwad Pattani,  Thailand selama dua tahun setengah dengan Tuan Guru Baba Hasan Bin Abdul Lathif merupakan murid tua kepada Tuan Guru Rashid Wara (ulama rujukan dan ulama tertua di Fathoni darus salam pada masa itu). Di sini beliau mentahkikkan dan mengkhatamkan sebahagian  kitab-kitab:
Feqah seperti Al Mahalli hasyatain qalyubi wa umairah, al Iqna',  I'anah Tholibin dan Fathul Wahhab alal mahaj. 
Nahu seperti Syarah Sheikh Kholid, Syarah Syazzul Zahab, Syarah Usymawi, Yasin al-Fakihi, 
Ilmu wadie - Tasyniff al-Samie , 
Ilmu Isytiqaq- Kitab Bulghotul Musytaq, 
Ilmu Mantiq- Kitab Risalah Ilmu Mantiq, 
Usul feqah- , Lathoiful Isyaraat . 
Shorof-  Syarah Lamiyatul Af'al  
dan beberapa buah kitab jawi.

Beliau juga sempat mengkhatamkan kitab ilmu Nahu, iaitu Syarah Ibnu Aqil ala  Matan Alfiyah selama sebulan di bulan Ramadhan bersama Tuan Guru Pa Da, Bukit Palas Yingo.

Semasa beliau masih menuntut dipondok Madrasah Ijtimiaiyyah Pondok  Sungai Jagung , beliau telah diijazahkan oleh Tuan Guru Haji Arshad , Jalan Haji Mat Saad  , Bagan, Sebrang Prai, Pulau Pinang  dengan  sanad-sanad Kitab- kitab  Ilmu yang terkandung didalam kitab Maslakul Jaaly susunan Al Allamah Musnid Dunia Al Sheikh Yaasin Isa Al Fadani. Didalam kitab tersebut diriwayatkan semua sanad Ilmu yang diterima dari Fadhilatus Sheikh Ali Al Maaliki termasuk sanad Kitab Sunan Sittah dan lain-lain.
Tuan Guru Haji Arshad juga telah mengijazahkan  beramal Selawat  Dalaiul Khayrat serta silsilah sanadnya yang diterima dari Sheikh Yasin hingga sampai kepada Imam Jazuli penyusun Dalailul Khayrat.

Sebelum Tuan Guru Sheikh Abdul Raof memulakan pengajian dengan membuka Pondok ,  beliau telah diijazahkan Kitab Nihayatul Muhtaj oleh Tuan Guru Haji Yahya, Tuan Guru Haji Yahya menulis pada ijazah Nihayah, ijazah melalui Fadhilatu Sheikh Abdullah Tohir, Pondok Bunut Payung, Kelantan.  Tuan Guru Haji Yahya  membacakan  sebahagian  diawal  dan akhir Kitab Nihayah tersebut.

Setelah berbelas tahun beliau mengaji dan menjalani rehlah ilmiah dan rohaniah, beliau telah pulang dan membuka pusat pengajian pondok yang dinamakan Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin Negeri Sembilan, dan mula mengajar dari Tahun 1996. Beliau mendapat tauliah dan diberikan kebenaran mengajar dan berceramah di seluruh 1.Negeri Sembilan, 2.Selangor , 3.Wilayah Persekutuan, 4.Perak dan 5.Kedah dan juga merupakan tenaga pengajar kepada kelas pemantapan ilmu untuk guru-guru takmir seluruh daerah Tampin dan kepada para imam dan pegawai masjid seluruh daerah Tampin, Negeri Sembilan. Beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab antaranya ;
1.Kitab Ringkasan Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah, 
2.Kitab Syarahan Minhajul Abidin, 
3.Kitab Umdatul Muthotohhirin bagi masalah feqah, 
4.Kitab Dunia Yang Akhirat yang menghimpunkan segala doa dan amalan yang bersumber dari kitab-kitab klasik arab yang merupakan amalan ulama-ulama dahulu, 
5.Kitab Bahsul Kholisah Ila Bayan Ruh Wal Hadrah membahaskan mengenai tahlil dan kenduri arwah, serta beberapa buah risalah antaranya 
6.Risalah Nur Muhammad perbahasan mengenai Nur Muhammad, 
7.Risalah Ghorib Kitab Kasyful Litham, membahaskan mengenai persoalan di dalam kitab Kasyful Litham, 
8.Risalah Dalil-Dalil memakai serban, 
9.Risalah Isra' wal Mi'raj dan banyak lagi kitab , buku dan risalah lain.

Beliau juga membuka sesi soal jawab fardhu ain di dalam laman web iaitu pondoktampin.blogspot.com.

Antara pelajar Tuan Guru Sheikh ini  yang berjaya menjadi alim dan menjadi tuan guru antaranya;
1.Ustaz Shamsuri bin Hassan, mengajar di Bukit Mertajam Pulau Pinang,
2.Ustaz Sofhan bin Halim membuka pondok Madrasah Aliyah Seremban,
3.Ustaz Azlan bin Abdul Lathif membuka pondok di kampung Sungai Kembong Bangi, Selangor , beliau   seorang ustaz dan  engineer ,
4.Ustaz Bahizan kampung Juru, Bukit Mertajam Pulau Pinang
5.Ustaz Safwan bin Zainul Azmin, membuka madrasah (pondok) di kampung Sri Damai Kuantan Pahang.
6.Ustaz Suhaifullah bin Sulong , mengajar diSeremban.
7.Ustaz Imran bin Abd Manan. Seremban.
8.Ustaz Hafizuddin bin Mahdi, mengajar di Kuala Lumpur.
9.Ustaz Shamsuzi , masih menuntut di Tarem , Hadramaut, Yamen. 
dan ramai lagi yang telah berjaya dan menjadi alim serta mengajar masyarakat.

Tuan Guru Sheikh ini  juga antara guru penulis yang amat disayangi dan banyak memberi nasihat dan bimbingan kepada penulis untuk menjalani hidup di alam yang fana' ini.

Sebagai tambahan maklumat bahawasa Tuan Guru Sheikh Haji Abdul Raof selain sebagai Guru Besar,  pondok juga merupakan tenaga pengajar bagi guru-guru Takmir di sekitar Daerah Tampin Negeri Sembilan.
Sikap beliau yang gemar pada ilmu menyebabkan setiap masa jika ada peluang menambah ilmu , akan  hadir menadah dimajlis2 ilmu dan berusha mengadakan majlis2 pengajian dengan menjemput ulama2 ketempat beliau untuk sama2 belajar.
Falsafah ILMU , AMAL DAN ZIKIR BERPISAH TIADA , adalah pegangan beliau semenjak dizaman remaja lagi.
Semasa beliau ceritakan kisah perjalanan menuntut ilmu beiau, selalu beliau berkata " وما توفيفي الا بالله العلي العظيم. 

Jawatan yang disandang  beliau diperingkat nasional:
-Timbalan Yang Dipertua 1 Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).
- Kluster MPI (Majlis Perundingan Islam).

Semoga usaha-usaha beliau diberkati dan mendapat rahmat Allah s.w.t dan dipanjangkan umur dan di limpahkan kesihatan kepada beliau Amin Ya Allah.Semoga Allah meramaikan lagi ulama seperti beliau yang terbuka kerana ramai juga penuntut-penuntut dari universiti,ipta ipts yang akan mendapat manfaat dari beliau hafizahullah .
..........................................................................................................................................................
....qouted....


catitan ini adalah kertaskerja al ustaz Nazerul Razif ..Program Dagree Usuluddin dan Hadis UISAS Kuala Kangsar Perak Daful Ridzuan.

Monday, December 26, 2016

Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Abdul Halim Bin Haji Majid

Tuan Guru Haji Abd. Halim atau Pak Ngah Haji Halim.



Semasa kuliah bacaan kitab diadakan, Sekadar yang saya ingat, dari baki kisah yang pernah dikhabarkan oleh Tuan Guru saya ini sendiri ketika sekali sekala beliau menceritakan perjalanan pengajian beliau.

Pertama kali menuntut di pondok al Marhum   (mantan) Murshid Diraja Kedah Tuan Guru Haji Aziz Pendang , Kedah selama 5 tahun. Pondok lama ini berada  di pinggir Bandar Pendang , Kedah.

Semasa bersama Tuan Guru Haji Aziz yang biasa dipanggil orang dengan To Guru Haji  Yazid , atau haji azid  beliau menghafal matan ilmu yang kecil dan besar , antaranya al Jurmiah, lamyatul Af a'al , al Fiyah dan lain2...

Satu ketika Tuan Guru Haji Aziz Pendang mengarahkan para murid yang bercita-cita tinggi dan mempunyai himmah untuk terus maju dalam pelajaran supaya berpindah ke pondok lain, sebab beliau sudah mula sebuk dengan hajat2 tetamu yang datang minta doa dan ubat2an.
Tuan Guru Haji Yazid berkata:

 (( sapa2 yang nak jadi tok2..keluak)).

Ketika mula beliau mencurahkan hasrat untuk menangguhkan tumpuan mengajar pondok , ramai pelajar yang belum faham maksud Tuan Guru itu.
Sehingga satu hari Tuan Guru Haji Aziz menjelaskan maksud beliau tersebut, barulah para pelajar mula undur diri sambil memohon izin dan restu untuk menyambung dipondok lain.

Al Marhum Pak Ngah, turun kePondok Penanti terus ke Pondok Tuan Guru Haji Yusof Pondok Sungai Bakap untuk meninjau pengajian . Tetapi akhirnya Tuan Guru Haji Yazid hanya membenrkan dan menyuruh beliau terus ke Kelantan , Kota Bhru , khasnya Pondok Pasir Tumbuh untuk menyambung pengajian. 13 tahun beliau dipondok pasir tumbuh. Katanya khatam sunan sittah. Fathhul wahhab , Mahalli. Asymuni Mughni labib.

...bersambung.




Saturday, December 24, 2016

من أقوال الشيخ الشعراوى رحمه الله:

إذا أهمّك أمر غيرك، فـأعلـم بأنّـك ذو طبعٍ أصيـل
وإذا رأيت في غيرك جمـالاً ، فأعلم بأنّ داخلك جميل
وإذا حافظت على الأخوة، فأعلم بأنّ لك على منابر النور زميـل
واذا راعيتَ معروف غيرك، فأعلم بأنّك للوفاء خليل
من ابتغى صديقاً بلا عيب ، عاش وحيداً
من ابتغى زوجةً بلا نقص ، عاش أعزباً
من ابتغى حبيباً بدون مشاكل ، عاش باحثاً
من ابتغى قريباً كاملاً ، عاش ناقصاً



Apabila anda mementingkan urusan selain mu, ketahuilah bahawa engkau mempunyai tabiat yang
 asli.

Apabila engkau melihat keindahan ada pada orang lain , ketahuilah bahawa dalaman hatimu masih indah.

Apabila engkau memelihara persaudaraan , ketahuilah bahawa bagimu diatas minbar2 cahaya sahabat handai .

Apabila engkau meraikan perkenalan selainmu, ketahuila bahawa dikau menunaikan hak2 persahabatan.

Sesiapa yang mencari kawan yang tiada cela, nescaya hidup keseorangan.

Sesiapa yang mencari bakal isteri yang tiada kekurangan, nescaya hidup membujang.

Sesiapa yang mencari kekasih tanpa ada kepayahan , nescaya hidup tercari2.

Sesiapa mencari teman karib yang sempurna, nescaya hidup kekurangan.

............

Friday, December 23, 2016

Tuhan Mempunyai tempat, namanya TEMPAT TAK ADA?.

Tempat tak ada atau makan adami bagi Tuhan memang konsep fikiran baru yang belum pernah wujud dalam ilmu teologi islam.
Punca timbul bid'ah begitu sebab bersungguh2 mempertahankan Tuhan boleh bertempat. Padahal percaya Tuhan bertempat atau mempunyai tempat keluasan zatnya bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar yang diwarisi dari Nabi s.a.w.
Jadi, bila dikatakan tuhan bertempat yang tidak serupa dengan makluk atau tak serupa dengan tempat makhluk, maka tempat tuhan itu dinamakan makan adami atau tempat yang tak ada.
ini sebenarnya satu istilah ciptaan baru yang difikirkan oleh mereka yang tidak jelas dalam kotak fikirannya apakah takrif tempat itu sendiri.

Tempat atau makan bagi sesuatu perkara hanya satu istilah khas bagi jirim dan jisim.
Ada banyak soalan yang mesti dipecahkan oleh penganut Tuhan bertempat , tempatnya adalah dinamakan TEMPAT TIADA.
1. Adakah Tuhan itu jirim ,jisim , jauhar , aradh?.
2. Apakan takrif Tempat itu sendiri menurut ilmu para ulamak Islam.
3. Tempat , adakah perkara ada atau bukan?. Dengan makna tempat itu adakah kursi itu sendiri sebagai contohnya bila kita kata zaid duduk atas kursi, maka kursi itu lah tempat, atau tempat bukan kursi. Kursi suatu perkara yang lain, punggung zaid satu perkara lain dan tempat satu perkara lain?.
4. Apa beza tempat pada sisi umum orangramai faham ketika bercakap dengan istilah tempat yang diamalkàn disisi ulamak?.
Adakah pengertian tempat menurut orang awam itu betul dan sesuai dengan istilah yang dikemukakan oleh para ulamak?,
5. Kemudian , bila kita padankan dengan Ketuhanan yang mesti berbeza samasekali dengan makhluk ciptaannya, bila dikatakan Tuhan mempunyai Tempat tapi berbeza dengan Tempat makhluk...dimana pula fokus perbezaan Tempat Tuhan dengan Tempat makhluk?.

Penangguhan Bacaan Jamul jawamik

Majlis penangguhan bacaan kitab usul fekah (jamu'l jawamik) dipondoktampin. 20 dec 2016. Semuga dapat disambung hingga khatam. 3 siri lagi. Inshallah.












Tafaqquh Kitab Usul Fekah Jamul Jawamik Siri Pertama dari 4 Siri.


 Pada 13 dec. 2016 m , pondoktampin julung kali mengadakan Kelas Pengajian Usul Fekah dengan kitab terbesar dalam bidang usul dijadikan teks. Iaitu kitab Jaul Jawamik karangan Imam Ibnu Subki.

Tuan Guru Haji Mat Mawi dari Pondok Makmawiyah , Fathoni telah di jemput sebagai Guru program ini. Beliau merupakan ulamak tertua , baki dari warisan para ulamak pondok yang masih aktif mengajar diFathoni. Berusia 84 tahun , mengalami rehlah ilmu yang lama , sempat belajar dengan para ulama besar yang mengajar diMasjidil Haram Mekah sekitar tahun masihi 60-70an . antara  guru2 beliau ialah al Muhaqiq Pa Da Eil dan Sheikh Mod Amin Kutubi , Sheikh Afnan dan lain2.


Membaca dengan difahami adalah uslub yang Tuan Guru ini hadzamkan.

Program Tafaqquh Usul Fekah siri pertama ini tamat pada 20 de, 2016 baru2 ini.
Insyallah akan disambung pada tarikh akan dimaklumkan .












Thursday, December 22, 2016

Dalam ilmu fekah , Setiap perkara yang masuk dalam bab tanzih iaitu bab menyucikan, hanya perlu mengakui ia adalah perintah atau larang Allah, dinamakan iz'an... untuk sahkan dapat habuan pahala. 
Contohnya beristinja ( bersuci selepas buang air), untuk dapat pahala tidak perlu niat.... "sahaja aku beristinja", .......
hanya memada dengan mengakui sedang berisitinja kerana menunaikan perintah الله. Kerana istinja adalah dalam bab tanzih. Begitulah seterusnya 

Kalau diamati2, ... dalam hal2 meninggalkan larangan الله .تعالى ....
Kita setiap bangun pagi dari tidur, mendapat peluang pahala begitu besar tanpa modal melakukan gerakan-gerakan seperti yang kita lakukan ketika bersembahyang, puasa, zikir dan sebagainya. Hanya dengan pengakuan hati kita meninggalkan semua maksiat pada hari-hari ini dan seterunya kerana semata-mata larangan الله سبحانت وتعالى....maka kita akan mendapat ganjaran pahala dari الله.

Maasyallah tabarakallah.....adakah kita sedar perkara ini....perkara mencari keuntungan besar dalam menuntut Redho الله سبحانه وتعالى
dengan cara yang lebih ringan sehingga kebanyakan orang tidak sempat memberikan perhatian.

Friday, November 18, 2016

Ahad ..lusa

Friday, October 21, 2016

Seminar Pemantapan Ilmu Tawhid di UISAS Kuala Kangsar Perak.


SEMINAR PEMANTAPAN ILMU TAWHID  MENERUSI CARTA TAWHID DI UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH , KUALA KANGSAR PERAK


PADA 5 DAN 6 NOV. 2016.
SABTU DAN AHAD . INSYALLAH.


Klik la sini


SEMINAR PEMANTAPAN ILMU TAWHID MENERUSI CARTA TAWHID











Wednesday, August 03, 2016

Thursday, April 28, 2016

Perang Jepun


Apabila Jepun mula mengebom pantai timur semasa perang dunia kedua , Madrasah Ahmadiah atau Pondok Bunut Payung  di Kota Bharu , Kelantan telah menutup pengajian. Penuntut- penuntut telah mula pulang ketempat masng-masing, Tuan Guru Haji Yahya dan rakan-rakan beliau mula mencari jalan balik ke Kedah. Tapi melalui jalan darat meredah hutan. Beliau menceritakan perjalanan memakan masa sebulan , bermula selepas asar dipondok bunut payung dengan berjalan kaki besama beberapa rakan seangkatan. Menerusi Gua Musang terus ke Banding sampai ke kampung Belum  dan akhirnya keluar di daerah Grik , sampai di Lenggong Perak.


Semasa dalam perjalanan , beliau menceritakan , sebagai ketua rombongan , saya tidak ingat berapa orang jumlah rombongan , beliau arahkan setiap orang bawa bekalan  makanan  sedikit seorang. setiap orang bawa beras dalam beg . garam, asam, ikan kering dan sebagainya juga dibawa masing-masing. Apabila masa rehat dan makan , digilir2kan masak dan bekalan mantah diambil dari setiap orang sedikit seorang.

Jika keputusan air, mereka akan mencari rotan-rotan besar atau enau atau buluh yang menyimpan air untuk dipotong dan diambil airnya buat minuman.

Tidur dicelah-celah banir pokok-pokok besar.

Satu ketika  ada tiga rakan beliau yang tidak ikut rombongan beliau telah tersesat jalan dan seorang dari mereka dimakan harimau.

Seorang rakan beliau juga telah meninggal dunia dalam perjalanan, beliau sahaja yang sanggup mendukung mayat rakan beliau tersebut untuk dibawa keluar dari hutan . selama 3 hari mereka berjalan kearah Perak  barulah bertemu kampong untuk di uruskan jenazah rakan beliau itu.
Sepanjang perjalanan mencari penduduk kampung, beliau hanya mendukung mayat rakan beliau itu dengan diikat kedua tangan mayat dengan kain . Alhamdulillah  semuanya selamat.



Tuesday, April 12, 2016

Buku Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah- Terbitan pondoktampin.



Sila massage whatsapp Mohd  Ikramullah untuk maklumat lanjut.
 0136185991

Thursday, December 10, 2015

perlu membezakan antara tafsiran kalimah لا اله الا الله محمد رسول الله menurut makna2 tafsiran ilmu tawhid dengan tafsiran ilmu tasawuf.

POSTER TERBARU


Kita perlu membezakan antara tafsiran kalimah لا اله الا الله محمد رسول الله menurut makna2 tafsiran ilmu tawhid dengan tafsiran ilmu tasawuf.
Sebabnya makna2 yang dibincang dalam ilmu akidah adalah asas kepada tafsiran2 makna dalam ilmu2 selainnya. Sebabnya makna2 yang dibincangkan akan menjadi benteng yang kukuh dari terjerumus kedalam tafsiran yang jauh menyeleweng dari fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar.
Perlu, sangat perlu dibezakan tafsiran2 antara TAFSIRAN ILMU TAWHID dan TAFSIRAN ILMU TASAWUF.
Tafsiran ilmu tawhid menurut acuan Ahlu sunnah wal jamaah - Asyairah dan Maturidiyyah akan dapat menjadi benteng dan sekaligus akan menghakis fahaman2 sesat seperti syiah dan wahabiyyah. Sekaligus dapat , insyallah dapat.
Juga dapat membentengi fahaman ghulat tafsiran2 yang cuba dinisbahkan kepada ilmu tasawuf yang benar padahal bukan seperti yang terdapat dalam ajaran dalam buku hakikat insan , ilmu2 batiniah ajaran taslim yang tidak ada kena mengena langsung dengan ajaran ulamak muktabar samada ulamak arab yang muktabar maupun ulamak melayu. Tidak ada catitannya dalam sebarang teks2 ulamak kita.
Kita tidak perlu sangat menyebut2 dimana sesatnya fahaman mujassimah yang terselit dicelah2 ajaran wahabiyah jika kita telah berjaya memahamkan generasi muda kita dengan akidah2 yang berkait dengan dua kalimah syahadah itu secara tuntas , mantap . munasabah2nya hubungkait akidah2 yang pernah dipelajari dengan PENAFIAN dan PENGISBATAN dalam kalimah Tauhid tersebut. Disudut dalil Naqli dan Aqlinya, Quran Hadis , dan Ijmaknya dengan Keputusan2 Logik akalnya , Nampak terang , jelas hubung kaitnya Penafian dan Pengisbatan dalam kalimah Tauhid tersebut.


Jika kita  memberi tenaga yang lebih sedikit kepada menerangkan akidah2 yang betul hingga masuk dan sebati pada akal dan jiwa anak2 muda ini, insyallah mereka akan terkawal dari gejala akidah yang tidak sihat.


Jika kita hanya mematah , membantah dan demi membantah sahaja , tetapi kurang tumpuan pada menjelaskan dengan usha2 terkini yang sesuai demi penjelasan akidah yang betul , maka nampaknya kita semua akan kekal cenderung kearah zaman mendung akidah.
Apa usaha2 kita sebagai muallim, murabbi, guru2 , pendidik yang mengajar ilmu akidah aswj yang betul ini dalam memudahkan gaya bahasa ilmu tawhid kita?.
Berapa buah buku atau majallah atau kitab ilmu tawhid yang BAHASAnya menepati kehendak zaman?. Mudah dibaca , mudah difahami perbahasannya dan mudah diamalkan?.
..
Noted.

bengkel ilmu tawhid


Saturday, December 05, 2015

Keperluan mengetahui isi kandungan makna dibawah dua kalimah syahadah menurut ASWJ.




Keperluan mengetahui isi  kandungan makna dibawah dua kalimah syahadah menurut  ASWJ.


Apabila dua kalimah SYAHADAH menjadi syarat untuk masuk Agama Islam, sudah tentu 2 kalimah tersebut sangat bermakna menurut   pandangan Islam.  Masalahnya pendedahan dan pengisian yang jelas dan benar  tidak diberikan tumpuan dalam pendidikan . Padahal makna-makna akidah yang terkandung dibawah makna 2 kalimah Syahadah tersebut antara ajaran agama yang terpenting. 
Apa yang akan berlaku jika seseorang itu hanya pandai mengucapkan 2 kalimah tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya, jadi seperti  burung tiong yang tidak faham ucapan2 yang dilafaznya. 

Ini patut difikirkan bersama cara bagaimana supaya dapat masyarakat lebih mengerti hubung kait setiap ajaran Islam dengan Akidah yang menjadi pegangan dalam hati kita. 

Kalau kita tidak  faham , macamana kita dapat mencernakan ajaran akidah kedalam kehidupan kita dengan lebih berjaya menjadi insan yang benar-benar BERIMAN dan melaksanakan setiap ajaran agama dengan Akidah yang mantap?. Ini sangat perlu untuk menghadapi arus kehidupan dunia yang sangat mencabar Iman , Islam dan Ihsan kita. 


Kita jarang berjumpa pendedahan ilmu berkaitan dua kalimat ini dibuku2 atau bahan bercetak melainkan dimadrasah2 aliran lama sahaja. Nasib baik bagi kita yang pernah mengikuti kuliah2 pengajiananya. 

Oleh itu usha lebih,  perlu digiatkan untuk menyemarakan penjelasan makna akidah asas yang mesti difahami oleh individu muslim .

Terdapat segelintir individu yang cuba memberikan pegertian kalimah syahadah yang terpesong dari landasan Para Ulamak Ahli Sunnah wal Jamaah,, munkin juga disebabkan kurangnya usha2 kita untuk mengarus perdanakan pengajian makna2 akidah yang terkandung dibawah  dua kalimah ini ,  yang benar2 menepati ajaran  islam menurut acuan ASWJ.

Fikir2 kan lah... 




Friday, November 27, 2015

Pengajian Kitab Matan Arbain An-NawawiyyahDipimpin oleh : Tuan Guru Abdul Raof Bin Nurin (Mudir Pondok Tampin)Tarikh : Ahad 29 November 2015Masa : Selepas MaghribTempat : Zawiyya Al-Mawaddah Ar-Rahmah, 39 Jln SS15/5C, 47500 Subang JayaTerbuka kepada semua.







Thursday, October 22, 2015

Muharram dan Asyura


Peristiwa Asyura dan sejarah di bulan Muharram.



Disediakan oleh:
al-faqir wal-haqir Abd. Raof al-Bahanji al-Aliyy.

Pondok Tampin NSDK.




بسم الله الرحمن الرحيم.


PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM


Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.
                                                     
Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabinya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.

 Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya”. Maka  Nabi saw: berpuasa dan memerintahkan berpuasa sehingga datang perintah wajib berpuasa ramdhan , maka kekal puasa Asyura disunatkan tidak mansukh.
 Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkannya oleh Imam Muslim  “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana untuk sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah akan membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis dari kitab Tanbihul ghofilin karangan Maulana Syekh Abu Nasr As Samarqandi:.

“Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.”

Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan  Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.”

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beberapa lamanya memohon keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1.         Setelah  meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2.       Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3.       Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4.       Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5.       Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana tersalah ijtihad  lantaran tidak tahu, Nabi Daud mengambil isteri orang padahal baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6.       Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7.       Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s.       Allah juga telah menenggelamkan Firaun yg  merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

8.       Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

9.    Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

10. Dilahirkan Nabi s.a.w pada hari Asyura.

 Demikian dari Tanbihul Ghofilin As Samarqandi.
al Hanafi, terkenal dengan Imam al Huda , Pengarang Tafsir Bahrul Ulum , tafsir bil Ma,thur.

Selain itu terdapatnya satu hadis hasan riwayat Imam Tarmizi “ Sesungguhnya adalah Asyura merupakan hari yang Allah rezekikan  bertaubat padanya satu kaum dan  Allah menerima taubat  suatu kaum  yang lain”.

Begitu juga satu hadis Sahih riwayat dari Abi Ishaq dari Al Aswad bin Yazid beliau berkata: Saya bertanya Ubaid bin Umair berkenaan puasa Asyura ?. beliau menjawab “ Muharram   yang pekak (lantaran tiada berbunyi gendang perang) adalah bulan Allah .    Padanya diampunkan Adam. Maka sesiapa yang panjang umur sampai kepadanya janganlah tidak melainkan berpuasalah”.

       Dengan itu, hendaklah kita `berpuasa dan beribadah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.

 Syekh Athiyah Shaqar berkata dalam fatawa beliau berkata : Dalam Musnad Imam Ahmad terdapat perkataan “ Barangkali pada hari inilah berlabuhnya bahtera Nabi Allah Nuh, dibukit Juudi.
 Saya tidak tahu darjat hadis ini , seperti juga dibeberapa kitab hadis yang lain yang mana sanad hadisnya adalah tidak sahih . Sebahagiannya kelahiran  Nabi Ibrahim al Khalil, kelahiran Nabi Musa, kelahiran Nabi Isa, disejukkan  api Nabi Ibrahim , diangkat azab dari kaum Nabi Yunus, dihilangkan mudharat Nabi Ayub, dikembalikan pengelihatan Nabi Yakub, dikeluarkan Nabi Yusuf dari telaga dan hari dibebaskan Nabi Musa dari sihir”.
 
 Maka adalah hari Asyura itu daripada beberapa hari yang berkelebihan dan zaman yang pilihan, telah menjadikan oleh Allah rahmat bagi segala hamba-Nya dan kekasihnya-Nya, seperti barang yang menyebutkan dia oleh “Arif Billah ibnu Abi jamrah, “maka Sayugia nya bagi orang yang mempunyai kelebihan jangan dikerjakan pada malam “Asyura itu, melainkan dengan tadharru, dan berdiri sembahyang, dan puasa pada harinya dan mengerjakan taat pada malamnya, dan siangnya” (jam”ul Fawaid,hlm.131)


AMALAN-AMALAN YANG DIKERJAKAN
PADA HARI “ASYURA”



 Apakah perkara yang sepatutnya dilakukan dihari A’syura?.

1.Berpuasa sunat.
2. Melebihkan perbelanjaan untuk keluarga.
3. Membanyakkan Istighfar dan taubat .
4. Harus mengadakan jamuan bubur Asyura, bercelak , jamuan daging ayam menurut fatwa Imam Al Hafiz Al Iraqi seorang pakar ilmu hadis.
 Wallahu a’lam.

Tersebut dalam Kitab  “Jam ul Fawaid” karangan Syeikh Abdullah al-Fathani ada 12 jenis amalan yang dikerjakan pada hari Asyura :


 1.Sembahyang
2.Puasa
3.Sedekah
4.Mandi
5.Ziarah orang alim
6.Ziarah orang sakit
7.Menyapu kepala anak yatim
8.Melebihkan perbelanjaan untuk keluarga.
9.Kerat kuku
         10.Bercelak mata
         11. Membaca surah al-ikhlas seribu kali
         12.Menghubungkan shilaturrahim

“Maka adalah hari Asyura itu daripada beberapa hari yang
Berkelebihan dan zaman yang pilihan, telah menjadikan oleh Allah
Rahmat bagi segala hamba-Nya dan kekasihnya-Nya, seperti barang yang menyebutkan dia oleh “Arif Billah ibnu Abi jamrah, “maka sayugia nya bagi orang yang mempunyai kelebihan jangan dikerjakan pada malam “Asyura itu, melainkan dengan tadharru, dan berdiri sembahyang, dan puasa pada harinya dan mengerjakan taat pada malamnya, dan siangnya” (jam”ul Fawaid,hlm.131)





a. “PUASA”

1.      Kelebihan puasa,Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani,menulis “ Dan riwayat daripada Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma sabda Nabi S.A.W “Barang siapa puasa padi hari “Asyura”diberikan dia pahala sepuluh ribu haji,dan umrah,dan pahala sepuluh ribu syahid.”.(Jam”Ul Fawaid,hlm 130)

2. Selain tulisan dalam Jam”ul Fawaid, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani juga   membicarakan tentang puasa hari “Asyura” dalam kitab-kitab yang lain antaranya dalam Bughyah ath-Thullab, katanya, “Dan demikian lagi puasa pada hari “Asyura”,iaitu hari yang kesepuluh pada bulan Muharram. Dan demikian lagi,puasa pada hari Tasu”a,iaitu hari yang kesepuluh pada bulan Muharram,kerana hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,sabda Nabi S.A.W, “yakni puasa,  “Asyura,aku kira-kira atas Allah Ta”ala bahawa diampun akan dosa setahun yang dahulunya.”
(Bughyah ath-Thullab,hlm.127)


2.      Sabda Nabi S.A.W, “Jika aku hidup pada tahun yang lagi akan      
datang, nescaya aku puasa pada hari yang kesembilan maka Nabi Allah pun wafat ia dahulu daripada mendapat hari itu,”
(Bughyah ath-Thullab,hlm.127)


3.      Tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani selanjutnya, “Dan adalah
Puasa “Asyura,itu tiga martabat,seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar Asqalani, bahawa sekurang-kurangnya bahawa ia puasa pada hari Asyura jua. Dan yang diatasnya puasa sertanya Tasu”a. Dan yang atas dari Keduanya ia puasa serta keduanya hari sebelas.” (jam”ul Fawaid,hlm 137)


4.      “Dan riwayat daripada Anas Radhiyallah” anhu,daripada Nabi S.A.W
“Barang siapa puasa pada awal jumaat daripada Muharram diampunkan oleh Allah baginya barang yang terdahulu daripada dosanya. Dan barangsiapa puasa tiga hari daripada Muharram, iaitu Khamis,dan Jumaat,dan Sabtu,disurat oleh Allah dengan tiap-tiap hari tiga puluh hari.” (Jam”ul Fawaid,hlm 137)


b . “SEMBAHYANG”

Mengenai kelebihan sembahyang hari Asyura dan cara-cara mengerjakannya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani,menulis, “Ada pun sembahyang hari Ayura seperti barang yang diriwayatkan Nabi S.A.W bersabda, “Barangsiapa sembahyang pada hari Asyura, empat rakaat,dibaca pada tiap-tiap rakaat dengan Fatihah dan Qul Huwallah ( surah al-Ikhlas) lima belas kali diampunkan dosa baginya dosa lima puluh tahun yang dahulu dan lima puluh tahun yang kemudian.” (jam”ul Fawaid,hlm.132)



c. . “WIRID-WIRID HARI “ASYURA”

       Wirid yang diamalkan hari Asyura yang tersebut dibawah ditulis oleh Syeikh Daud bin Abdullahal-Fatani sekurang-kurangnya dalam tiga buah karangan beliau.Dalam Kifayah al-Mubtadi,beliau tulis sebagai berikut, “Faidah yang azhimah yang Nafisah, disebut dalam kitab Jawahir al-Khamis bagi Saiyidina Muhammad al-Ghauts Radhiyallahu’anhu “Barang siapa membaca pada hari Asyura tujuh puluh kali akan

حَسْبِىَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ.    نِعْمَ الْمَوْلى  وَنِعْمَ النَّصِيْرُ.  


dan dibaca pula doa ini tujuh kali,nescaya tiada mati pada demikian tahun itu, dan jika sudah hampir ajalnya nescaya tiada diberi taufiq bagi membaca akan dia,inilah doanya,



بسم الله الرحمن الرحيم.

وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي  آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.              


سُبْحَانَ اللهِ مِْلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ
وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ اِلاَّ  اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِهِ كُلِّهَا أَسْأَلُكَ  السَّلاَمَةَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ  اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ . وَهُوَ حَسْبِىَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلً.  نِعْمَ الْمَوْلى  وَنِعْمَ النَّصِيْرُ.  وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي  آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.  

 lihat Majmuk Musalsalat fi   al Hadis.    





Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani menulis selanjutnya, “Dan telah datang pada hadis  Nabi S.A.W sabdanya, “Barangsiapa yang menghidupkan malam Asyura maka umpama ia mengerjakan ibadat Malaikat al-Muqarrabin.” -


Dalam Kifayah al- Mubtadi , dan juga Bughyah ath-Thullab  beliau tulis juga sebagai berikut “ Faidah , kata Syeikh Jamal pada Hasyiah Fathil Wahhab juz 3, muka surat 465-466 katanya: Telah menukil setengah daripada ahli shufi , bahawasanya barangsiapa membaca akan doa ini pada hari Asyura , tiada mati pada tahunnya. Dan barangsiapa sudah selesai ajalnya tiada di ilhamkan dia oleh Allah ta,ala membaca akan dia  .Dan yaitu setengah daripada sudah dicubakan dia yang tiada syak padanya , iatu:



بسم الله الرحمن الرحيم.
سُبْحَانَ اللهِ مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى 
الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
وَالْحَمْدُ للهِ مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
لآ اله الا اللهُ  مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
الله أكبُر  مِْلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ الا بِاللهِ  مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ اِلاَّ  اِلَيْهِ.
 سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
لآ اله الا اللهُ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
اللهُ أكبرُ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
حَسْبُنَا اللهُ  وَنِعْمَ الْوَكِيْلً.  نِعْمَ الْمَوْلى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ.  وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ  خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي  آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. 




zikir perdana . keratan akhbar utusan malaysia 20 okt