Saturday, May 03, 2014

Biodata Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman/Hitam.



Biodata Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman Pondok Kampong Teluk, Kepala Batas , Alor Setar.

Al-Marhum Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman/ Hitam telah dilahirkan pada tahun 1917 dan telah wafat pada 2006 masihi berusia sekitar 89 tahun. 

Mempunyai tiga orang isteri. Isteri yang pertama meninggal dunia dan kemudian beliau berkahwin dengan yang kedua kemudian bercerai, dan berkahwin pula yang terakhir dan kekal hingga wafat beliau  . 

Mempunyai seorang anak dan beberapa cucu. Beliau memulai pendidikan agama semenjak daripada pangkuan ibunya, belajar ilmu fardhu ain, alquran tajwid, dan membaca kitab Muniyatul Musolli. Kemudian masuk belajar diPondok Lembah Bujang, Merbok, Kedah ,  selama 10 tahun. 

 Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Negeri Kelantan dan menuntut di pondok Madrasah Ahmadiyah di kg Bunut Payung,  Kota  Bharu  Kelantan  selama 29 tahun. 

 Semasa di Bunut Payung, beliau telah menghabiskan waktu belajar dengan system talaqqi iaitu  membaca kitab dari kulit ke kulit sehingga khatam. Beliau menadah di hadapan guru utama pondok iaitu Almarhum Tuan Guru Sheikh Abdullah Thohir yang merupakan murid tua kepada ulama besar Tok Kenali. Selama puluhan tahun beliau menadah siraman ilmu di Pondok Bunut Payung di bawah asuhan guru besar Sheikh Abdullah Thohir tersebut. 

 Beliau telah  mengkhatamkan kitab-kitab turath (kitab kuning) samada dalam teks bahasa melayu atau bahasa arab, dalam pelbagai displin keilmuan islam, seperti nahu, saraf, hadis, mustholah hadis, feqah, tauhid, usul tafsir, tasawuf, ilmu-ilmu alat (iaitu balagah, mantik, maqulat, ‘arudh, miqat, falakiah,) dan lain-lain. 

 Beliau telah menggelarkan Sheikh Abdullah Thoir sebagai Faqih. Antara tanda-tandanya, kemahiran Sheikh Abdullah Thoir mengajar teks kitab fekah - al Mahalli tanpa melihat kitab lagi, hanya  perantaraan Muqri ( pembaca).

Beliau telah mengkhatamkan kitab-kitab umdah (rujukan utama) yang besar-besar dalam pelbagai bidang, di antara kitab-kitab tersebut antaranya :

1)    Fekah:Beliau telah mengkhatamkan kitab-kitab utama Ghoyah wa Taqrib, Fathul Qorib , Fathul 
     Muin, Fathul Wahhab, al-Mahalli (Qalyubi wa Umairah) ,Nihayatul Muhtaj (6 juzuk).
2)   Tauhid:Beliau mengkhatamkan kitab-kitab asas tauhid sehinggalah sebesar-besar seperti 
     adDussuki ,  Abddus Salam, dan lain-lain.
3)      Tasawuf: al-Hikam dan semua syarahannya, kitab-kitab imam alghazali sehingga ihya’, kitab
     Sairus Salikin, Hidayatus Salikin, addurun Nafis, dan lain-lain
4)     Nahwu  :Mengkhatamkan berbagai kitab asas Nahu sehinggalah sebesar-besar kitab Nahu seperti  
      Ibnu Aqil, Awdhoh, Mughni Labib dan lain –lain.
5)      Hadis:  Mengkhatamkan Sunan  Sittah (kitab hadith yang 6 buah) . Kitab-kitab asas ilmu hadith seperti Matan   
      Arbain,  Riyadhus Sholihin, Bulughul Maram, Abi Jamrah, Misykat Mashobih  dan lain-lain.
6)      Tafsir: Mengkhatamkan kitab asas tafsir seperti Tafsir Jalallain, tafsir-tafsir dalam bahasa 
       melayu  seperti Baydhowi Melayu (Tarjumanul Mustafid), dan mengkhatamkan kitab-kitab 
       tafsir yang besar-besar seperti tafsir An Nasafi, tafsir Al Baidawi, Tafsir al Maraghi, sebahagian besar Tafsir Ibnu Katsir  dan lain-lain.
 
7)      Usul Fekah dan Qawaid Fiqhiyyah: Beliau mengkhatamkan daripada sekecil-kecil hingga
      sebesar-  besarnya seperti kitab Waraqat dan syarahnya oleh al-Mahalli, al-Ashbah  wan Nazo ir, 
      Jam'ul Jawamik, dan  lain-lain.

Disamping menumpukan masa dengan pelajaran di pondok utamanya iaitu Pondok Bunut Payung, selepas kewafatan Sheikh Abdullah Tohir,  hayat pondok bunut payung telah disambung oleh almarhum Tuan Guru Husien Ar Rahimi, beliau berkesempatan bermulazamah dengan ulama’-ulama’ besar yang berada di sekitar Kota bharu Kelantan untuk memungut mutiara ilmu daripada mereka. Orang-orang besar itu seperti Tuan Guru  Haji Bang Kob Legor (murid Tok Kenali),Tuan Guru Mufti Haji Nor, Tuan Guru Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Salahuddin  (murid Tok Kenali) dan lain-lain.

Beberapa catitan kisah pembelajaran beliau yang diceritakan kepada saya yang masih saya ingat.

1)     Beliau menceritakan semasa beliau menuntut di pondok Bunut Payung, beliau telah dilantik sebagai ketua pelajar untuk mengawasi hal ehwal pelajar pondok ketika itu, dan beliau juga merupakan ketua kepada pelajar-pelajar yang datang dari Kedah. Beliau menceritakan almarhumTuan Guru Haji Hasyim mudir Pondok Pasir Tumbuh, ketika itu adalah seorang pelajar dari Kedah yang dibawa oleh beliau untuk melanjutkan pelajaran di Pondok Bunut Payung.

2)    Beliau menceritakan satu ketika, beliau menziarah Almarhum Tuan Guru Pak Man , Pondok Bukit Besar di pondok bukit besar Kedah. Ketika beliau sampai mendapati Tuan Guru Pak Man sedang mengajar kitab usul fekah yang paling besar dan sangat susah ibaratnya iaitu Jam'ul Jawami’ karangan  Imam Subki r.a. Kebetulan yang menadah kitab ialah Tuan Guru Sheikh Mahmud Janggut Merah, Bukit Besar. Ketika sampai di majlis beliau duduk menghadap dengan Tuan Guru Pak Man lalu duduk untuk sama-sama menjadi pendengar kepada bacaan kitab, tetapi tiba-tiba Tuan Guru Pak Man bukit besar melambai tangan kepada beliau memanggil  untuk duduk di samping Tuan Guru Pak Man  sambil berkata iaitu menujukan kata ke Tuan Guru Haji Mahmud, “Dia ni kawan ana”. Selepas bercerita kisah tersebut, tuan guru saya ini mengulas dengan berkata ( “Pak Man ilmunya, mahirnya sekata, tidak seperti sesetengah orang yang lain"). Maksud beliau, ilmu Tuan Guru Pak Man  adalah sama tahap kemahiran  di setiap bidang ilmunya. Tuan Guru Pak Man bukit besar mahir ilmu fekah, juga mahir tasawuf, juga mahir ilmu-ilmu yang lain. Tidak seperti mereka yang seperti mahir ilmu fekah tetapi tidak mahir dalam bidang ilmu-ilmu yang lain.

3)      Satu ketika yang lain beliau bercerita, semasa menuntut di Kelantan, beliau telah memerhatikan dan mengingat masalah-masalah fekah yang gharib ( jarang orang tahu) ketika menadah dengan Tuan Guru ,Tuan Guru. Jika berjumpa sahaja  dengan  masalah yang  gharib beliau akan terus mengingatinya dan masih dalam ingatan beliau. Antara masalah-masalah yang beliau sering ulangkan:
1. Sunat membaca ta'awwuz dengan jahar sebelum membaca al-fatihah  di dalam sembahyang  yang dijaharkan bacaannya, sedangkan yang masyhur diketahui umum adalah tidak sunat pada sisi qaul muktamad ashoh. Tuan guru saya ini mengisyaratkan masalah ini sebagai satu masalah yang menarik yang patut diamalkan walaupun menurut qaul yang Muqobil. Masalah ini terdapat dalam kitab Mughni Muhtaj, beliau ingat ketika sedang menadah kitab tersebut.

2.Masalah yang kedua, perempuan haid yang sedang berihram diharuskan memakan ubat untuk menghentikan haidnya bagi melakukan tawaf rukun haji atau  umrah, masalah ini beliau masih ingat ketika menuntut kitab Nihayatul Muhtaj. 

3.Bidan yang menarik kepala bayi yang lambat keluar daripada perut ibunya lalu dicabut putus, maka menurut Qaul Shyubari di dalam Hasyiah Tuhfah, bidan tersebut dikenakan qisas.

4. Jika seseorang sakit , kemudian makan ubat lalu  hilang ingatannya, adakah terangkat taklif?. jawabnya terangkat. Masalah ini ada dalam Nihayah. 

5. Tuan Guru  juga telah menceritakan kepada saya satu kisah , dipondok Bunut Payong, satu peristiwa kematian seorang kanak-kanak 12 tahun , ditimpa buah kelapa diatas kepalanya. mayat kanak-kanak tersebut masih berdarah sehinggalah saat dimandikan. maka berlaku sedikit kicuh dikalangan pelajar dan guru-guru dipondok Bunut Payong, apa yang perlu dilakukan terhadap mayat itu. sebab berdarah kepala yang masih mengalir takdapat dibersihkan. maka mayat yang bernajis tidak sah disembahyangkan?. Maka ketika itu tidak seorang pun yang sanggup untuk datang untuk berjumpa Tuan Guru Sheikh Abdullah Tahir , hanya Pak Ya (Tuan Guru Haji Yahya) datang bertanyakan masalah tersebut kepada Sheikh Abdullah Tahir.

Jawapannya: Semasa sedang memandikan mayat itu, pemandi menjiruskan air terus menerus tanpa putus di tempat luka yang berdarah yang masih mengalir itu, dan ketika itu juga 3 atau  lebih  orang yang ditugaskan menyembahyangkan mayat itu. Setelah selesai sembahyang, baru diberhentikan menjirus air.     Kemudiannya diteruskanlah acara yang seterusnya. Munkin selepas itu akan disembahyangkan lagi dimasjid beramai-ramai.

Tuan Guru Sheikh Abdullah Tahir menjawab soalan itu sambil sedang duduk diatas katil.

Menurut Sheikh Abdullah Tahir, kaifiat ini akan dapat menghimpunkan semua pendapat-pendapat (qaul)  yang bercanggahan. 

6.. bersambung..




Thursday, March 27, 2014

Terjemahan terbaik setakat ini.


Kitab Idoohul Bab- Sheikh Daud al Fathoni. Bab Nikah.

Kitab yang sangat besar manfa'at, sangat masyhur dikalangan penuntut ilmu , sangat berkat, gaya bahasa yang termudah jika dibandingkan antara karangan Sheikh Daud dan mengadungi kaedah2 ilmu yang penting.  Karangan  yang sangat mantap dibidang munakahat, sebab rujukkanny terus kepada 4 buah kitab  utama  sebagai rujukan mazhab. 1. Tuhfah, 2. Nihayah, 3. Fathul Wahhab. 4. al-Uddah Wassilah . wassalam.

Monday, March 17, 2014

Saturday, March 15, 2014

Kelas Takmir di PAID TAmpin


5 april Program Seminar Fiqh Munakahat siri 1 di PAID Tampin, insyallah. Terbuka.

Teks : Kitab Idoohul Bab- Karangan Sheikh Daud Fathoni.

Wednesday, February 26, 2014

Kitab-kitab karangan Sheikh Qoder Mendeli yang tidak tercetak lagi.

















Untuk maklumat lanjut kitab2 tersebut dan bagaimana untuk mendapatkannya, sila sms 012-2535486 atau 019-5065947 (Arif).
Mengenai Tuan Sheikh Abdul Qoder Al Mendili
--> Siapa Sheikh Abdul Qoder al Mendili?



Friday, February 14, 2014

kuliah tasawuf bulanan, kitab terjemahan minhajul aabidin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
dimaklumkan, sabtu malam ahad (esok) , pengajian kitab terjemahan minhajul aabidin di masjid felda jelai 1, selepas maghrib , seperti biasa. Semua dijemput hadir. Wassalam.

Friday, January 17, 2014

TAMPIN BERSELAWAT.





DIMAKLUMKAN, MAJLIS SAMBUTAN MAULID NABI S.A.W BESAR-BESARAN YANG JULUNG KALI DIADAKAN DI DAERAH TAMPIN, PERINGKAT DAERAH , AKAN DIADAKAN DI TAMPIN SQUARE- KAWASAN BERATAP HIJAU, PADA 24 JANUARI HARI JUMAAT SELEPAS MAGHRIB.

MAJLIS AKAN DIHADIRI OLEH TUNKU BESAR TAMPIN- YANG TERAMAT MULIA TUNKU SYED RAZMAN BIN TUNKU SYED AL- QADRI , TUNKU BESAR TAMPIN.

PROGRAM AKAN DIISI DENGAN TAZKIRAH RINGKAS OLEH 3 ORANG PENCERAMAH DARI DAERAH TAMPIN, DAN DISELANG SELIKAN DENGAN NASHID DAN MADIH MEMUJI NABI S.A.W OLEH 4 KUMPULAN YANG SEDANG MENINGKAT NAMA DI NEGERI SEMBILAN.

1. KUMPULAN ULFA, DARI MADRASAH AZZAIEN SEREMBAN.
2. YAYASAN SOFA.
3. PONDOK TAMPIN.
4. MADRASAH TAHFIZ DIAMPANGAN.

PENCERAMAH :

PERTAMA: HAJI ABD. RAOF BIN NURIN- DARI PONDOK TAMPIN.

KEDUA: USTAZ MOHD KHAIRI BIN ZAINUDDIN - DARI...

KETIGA : DR SYUHADAK BIN MAHMUD- DARI KUIS.

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

Friday, December 06, 2013

Kelas Tafaqquh Guru Takmir Disember 2013


Dijemput hadir. Minum pagi dan makan tengahari disediakan.

Friday, November 08, 2013

Thursday, November 07, 2013

Monday, November 04, 2013

Friday, November 01, 2013

KULIAH PENGAJIAN KITAB DI SELANGOR.

Dimaklumkan setiap Ahad malam Isnin antara Maghrib dan Isya, kuliah tasawuf  kitab terjemahan mukaddimah Minhajul Abidin منهاج العابدين karangan Imam Ghazali r.a. Buku ini telah diterjemahkan oleh al Ustaz sendiri.

Yang akan disampaikan oleh al Ustaz Tuan Guru Haji Abdul Raof bin Nurin

Tempat: Surau al - Muqarrabin Taman Perkasa Hulu Langat, Selangor.


Selepas itu majlis Akan disambung di office :


No. L1 - 16 , jln perkasa 1/2, Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor.


Teks kitab yang dibaca adalah :
 (1) Kitab Penawar Bagi Hati- Ilmu Tasawuf .
 (2) Munyatul Musholli -Fekah. 


Semua Muslim muslimat dijemput hadir.

Untuk makluman semua- Ustaz Haji Abd. Raof  telah ditauliahkan untuk mengajar diseluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan semenjak beberapa tahun yang dulu lagi, cuma tidak pernah aktif mengajar disekitar Selangor dan Wilayah . Beliau juga adalah guru agama lepasan pengajian pondok .


Sekian.


Saturday, October 26, 2013

Daurah Ilmu Tawhd Bersama Ulama Sham- Sheikh Abdal Hadi al Kharsa- 18 nov -22 - DiPusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban , N. Sembilan.



Monday, October 21, 2013

Buku Doa dan Amalan diMajlis Perkahwinan dan Kematian.




Mengandungi:

Susunan amalan dan doa yang sepatutnya dibaca dan diamalkan dalam setiap majlis Akad Nikah, dan mentajhiz kan mayat. 
Ada antara amalan atau bacaan yang selalu diamalkan oleh para ulamak dan orang soleh disuatu zaman yang silam, tetapi telah lupus lenyap tidak terdengar lagi diamalkan oleh generasi kini. Antaranya bacaan selawat selepas pengantin diakadkan dan bacaan khutbah bertunang .

Tidak  pernah terjumpa dimana-mana buku tulisan rumi maupun yang tulisan melayu jawi , ada menulis contoh khutbah bertunang, padahal amalan berkhutbah semasa bertunang adalah sunat. 

Kebiasaannya , keluarga pengantin hanya akan berkhutbah mengikut apa yang terasa hendak dikemukakan sahaja, lantaran tiada sebuah buku pun yang ada untuk ditatap baca sebagai teks khutbah bertunang. 

Padahal, contoh khutbah bertunang, khutbah ijab bertunang dan khutbah qobul bertunang telah begitu lama tercatit dalm teks kitab kitab klasik berbahasa arab. 

Lantaran sangat susah untuk meletak baris baris pada setiap kalimat yang tertera didalam teks khutbah bertunang itu, munkin menyebabkan tiada orang yang mahu memberi perhatian kepadanya. Maka tertinggal lah ia, hingga hampir-hampir hilang dalam amalan masyarakat , melainkan dikalangan kelompok  ahli ilmu tradisional khasnya sahaja  terdapat beramalkannya.

Oleh yang demikian, usha2 murni  membukukan amalan2 seperti itu sangat patut disokong dan diberi perhatian yang sewajarnya oleh peminat2 ilmu dan mereka yang cenderung dibidang amalan. 

Sekian wassalam.  




Thursday, October 17, 2013

Kuliah Di Masjid Jelai 1, ahad ini.




Adalah dimaklumkan majlis pengjian Ilmu Tasawuf selepas maghrib di Masjid Felda Jelai 1, gemencheh , Tampin Negeri Sembilan, akan disampaikan oleh Ustaz Haji Abd. Raof dari Pondok Tampin , pada 20 oktober 1213, Ahad malam isnin ini.
TEKS KITAB ADALAH : TERJEMAHAN MUKADDIMAH KITAB MINHAJUL AABIDIN , IMAM AL GHAZALI- Yang diterjemah oleh Ustaz Haji Raof sendiri.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu dan amal ini.

Thursday, October 10, 2013




Assalamualaikum warahmatullah. 

Adalah dimaklumkan bahawa pondoktampin akan mengadakan sembahyang hariraya aidil adha untuk tahun ini, seperti biasa  pada pukul 10 pagi. Takbir raya akan dimulakan pukul 9 pagi. kepada semua yang berhajat untuk hadir sembahyang bersama, sila ambil perhatian. sekian wasslam. 




Wednesday, October 09, 2013

Buku Amalan dan Bacaan di Majlis Perkahwinan dan Kematian.


Berminat?.. Sila sms ke hp 0122535486.
untuk edisi kedua- insyallah dalam proses cetakan.  Boleh order dulu. 

Tuesday, October 08, 2013

Ibadah Korban 2013


Assalamualaikum,
Kepada sesiapa yang berhajat melaksanakan Ibadah Korban 2013 - Kambing/Lembu

1) Harga satu bahagian lembu : RM480 Harga Anggaran
*SILA AMBIL PERHATIAN : Ada kemungkinan kenaikan harga (tambahan duit) satu bahagian Lembu disebabkan oleh kesuntukan masa.


2) Harga seekor Kambing : belum dipastikan lagi.
*SILA AMBIL PERHATIAN : Ada kemungkinan kenaikan harga (tambahan duit) seekor Kambing disebabkan oleh kesuntukan masa.


Bg yg berhajat boleh menghubungi PondokTampin (Saudara Haniff - 0136905847) berserta maklumat-maklumat seperti berikut.

1) Nama Tuan/Puan :
2) Nama org yg melaksanakan ibadah korban :
3) No Telefon :
4) Berapa bahagian :


Majlis Ibadah Korban akan diadakan di PondokTampin, Tampin, Negeri Sembilan.. iaitu selepas sembahyang Aidil Adha..
Harap maklum.. Wallahualam

Sayang Mak ,Ayah



Wednesday, October 02, 2013

Teks kitab di jelai ditukar kepada kitab fikah Umdah al Muthotahhirin...





Teks Pengajian Ilmu Fiqah sebulan sekali di Felda Jelai 2 , ditukar ke kitab karangan al Ustaz sendiri, "Umdah"..  Harap maklum. 


Thursday, September 19, 2013

Zikir sebut ' " الله الله " bid'ah, tidak ikut kaedah bahasa arab?.



Memandangkan terkilannya hati yang sudah berpuluh tahun terpendam didalam lubuk sanubari satu ketika dulu , bila kebetulan singgah disebuah dimasjid di Bukit Mertajam, penceramah jemputan disitu sedang merepek repek tentang berzikir dengan hanya sebut lafaz  "Allah Allah"  sahaja.  Kata penceramah bid'ah  zikir begitu dan tidak difaham maksudnya. Cakap tak lengkap. Serupalah kalau kita jumpa tok imam, bila     sampai depan tok imam, kita pun cakap : Tok Imam Tok Imam, Tok Imam Tok Imam .... Tok Imam pun dah pening dan tanya " Hang nak apaa?."... Kalau hang nak kawin habak la , "Tok Imam aku nak kawin". ..

 Haa nampak.  Sebabtu zikir lafaz Allah sahaja , tak boleh .  ... Habis al kisah.

Terkilannya saya masatu tidak dapat dikira lah. Mau rasanya bangun ketika itu berdebat dengan penceramah . Kenapalah terlalu dangkal sangat fahamannya yang cuba mencari pengaruh dikalangan orang kampung dengan argumentasi dan analogi  yang  tersasar jauh

Jawapan yang sesuai kepada penceramah tersebut atau mereka yang sama kefahamannya :


 1. Zikir dengan lafaz mufrad Allah Allah, tidak terkeluar dari kaedah ilmu NAHU, iaitu metod bahasa arab yang fashih  dan dapat difahami maksudnya.  Hebatnya ulamak melayu yang entah berapa ratus tahun dulu lamanya , telah mencapai kesarjanaan iaitu tahap keilmuan yang cemerlang, telah menulis dalam kitab mereka tentang zikir begitu sebagai  tidak bid'ah, jika di hadirkan dalam hati ketika lidah menyebut Allah... Hati menghadirkan " Ma'bud"- Ertinya  " Yang Disembah".  Bila disusunkan ayat penuhnya  , jadilah - "Allahu Ma'buud"- ertinya  "Allah Yang Disembah".  

Kesimpulannya , zikir dengan cara begitu sudah sempurna syarat-syaratnya sebagai  Kalam Mufid, iaitu ayat atau kalam yang berfaedah dan dapat difahami.

Perhatikan isi kitab Bidayatul Hidayah  datas tu.


2. Lafaz الله yang  pertama sebagi Mubtada, dan lafaz الله yang kedua sebagai Khobar.  Maka : الله  الله  , jika diterjemahkan jadilah  " الله adalah  الله  " .
Cara susunan ayat yang begini sebenarnya memang selalu digunakan oleh Para Ahli Ilmu Islam , misalnya dalam ilmu hadis , ada dicatit dalam kitab ilmu mustholah hadis, apabila ditanya tentang rijal yang sangat terkenal teguh , contohnya : Siapakah Ibnu Ma'in?. Maka dijawab : "Ibnu Ma'in Ibnu Ma'in" ertinya : "Ibnu Ma'in adalah Ibnu Ma'in"- maksudnya,  disebabkan Imam Ibnu Ma'in sangat terkenalnya keteguhan beliau dalam ciri sebagai perawi hadis yang thiqah, maka tidak memerlukan huraian yang panjang lebar lagi. Gukup dengan " Imam Ibnu Ma'in ialah Imam Ibnu Ma'in " yang sudah cukup dikenali siapa orangnya dan sifat-sifatnya.

Begitulah juga metod ayat dalam zikir " الله الله " - ertinya
" الله adalah  الله  " . Maksudnya : الله adalah الله  yang sangat dikenali.

Oleh yang demikian, tertolaklah perkataan  dari mereka  yang mengatakan tak sah ayat zikir, tidak dapat difahami, tidak mengikut kaedah bahasa arab dan sebagainya . 

Jika mereka minta rujukannya pulak?, habak depa, amboii ambooi... cmnaaa laa  pandai hadis sampai tak jumpa  pula  nooo....  


3. dan lain-lain lagi jawapan .