Thursday, June 13, 2013

Bilal/ Tukang Bang membaca sesuatu ayat semasa Khatib naik mimbar khutbah jumaat - tiada asalnya?.

Soal: Baca satu ayat quran atau hadis untuk menaikkan khatib atau imam keatas mimbar khutbah jumaat , sepertimana yang biasa dilakukan orang , apa kaedah agama yang membolehkannya?.

Jawab: Menurut kitab Kasful Litham , perkara tersebut tiada asalnya dari Nabi s.a.w dan Salafus -sholeh , hanya yang diriwayatkan adalah bilal bertindak azan apabila masuk saja waktu juma'at, kemudian azan pula sekali lagi apabila khatib sudah duduk diatas mimbar. itu sahaja yang waridnya, atau yang ada ceritanya dari Nabi dan Salafu- soleh. Itu sahaja maksud yang tercatit didalam Kasful Litham muka surat 53 juzuk pertama.. Iaitu perkara  bilal atau tukang bang  membaca sesuatu ayat atau pegang tongkat sebelum khatib atau imam naik kemimbar , kemudian menyerahkan tongkat atau buku khutbah kepada khatib/imam  - adalah perkara yang tiada ceritanya dari semenjak zaman Nabi s.a.w. Maka  Tuan pengarang Kasful litaham yang sangat alim telah ditanya , adakah asalnya perbuatan itu dari Nabi?. Nabi pernah buat kah begitu, atau para sahabt pernah buatkah begitu?.  Maka dijawab memang tiada ceritanya nabi pernah buat atau sahabat pernah buat. Setakat iatu sahaja  jawapannya.  Bukannya tuan pengarang mengatakan  "TIDAK BOLEH BUAT" atau perkara itu bid'ah dan sebagainya. Oleh yang demikian  perbuatan orang Nusantara yang beramal begitu telah dikomentari juga oleh Tuan Sheikh Daud Al Fathoni dalam kitab beliau Bughyatut Thullab , muka surat 213 juzuk pertama. Perbuatan Bilal atau Muazzin membaca sesuatu ayat atau hadis setelah Khatib atau Imam berada diatas mimbar , selepas azan kedua dilaungkan dan Khatib belum memulakan Khutbahnya, adalah Bid'ah Hasanah- iaitu perbuatan yang tiada contohnya dari Nabi s.a.w atau salafu sholeh tetapi dia nya dianggap baik dan dapat pahala , sebab masih tercakup dibawah kaedah-kaedah syariat agama. Maka , Kasful Litham hanya menyatakan secara umum, Bughyatul Thullah telah mencernakanya sehingga dapat diamalkan oleh umat Islam amalan tersebut. Wallahu a'lam.

Nasnya: Kasful Litham , muka surat 53 juzuk 1.
             Bugyah Thullab muka surat  213 juzuk 1.

Monday, June 10, 2013

Tuan Tabal Qaddasa Allahu Sirrah.


al A,lim  al Allamah Tuan Tabal- Semenjak 1984 saya mencari peluang kalau boleh ziarah makam Tuan Tabal, tapi tidak direzekikan berjumpa. Hinggalah khamis dan jumat minggu lepas dapat menziarahi ulamak yang sentiasa dihati, disebabkan ajaran beliau yang terkesan disanubari dalam kitab beliau Jilaaul qulub bi zikrillah- yang ertinya menyucikan hati dengan Zikirillah (ingatan  kepada Allah).  Sheikh Abdul Shomad Bin Soleh merupakan ulamak tua dizamannya. Beliau sempat berguru dengan Sheikh Ahmad Fathoni ( Guru Tok Kenali ) diMekah, sekalipun usia beliau lebih tua dari Tuan Sheikh Ahmad tapi oleh sifat Tawadhuk beliau , itulah jadinya.. Tuan Sheikh  Abdus Shomad yang dikenali sebagai Tuan Tabal, bukan saja sebagai ulamak masyhur sezamannya, juga merupakan salah seorang penyebar amalan Tarekat Ahmadiah Idrisiah - Sidi Ahmad Idris  terawal di Tanah Melayu. Beliau telah diijazahkan Tarekat Ahmadiah Idrisiah oleh Sidi Ibrahim ar Rashidi yang merupakan murid langsung kepada Sidi Ahmad Idris. Dari Tuan Tabal ini diturunkan terekat ini kepada anaknda beliau  Tuan Guru Haji Wan Musa ( pernah menjawat jawatan mufti Kelantan) kemudian diturunkan kepada Tuan Guru Mua'llim Haji Wahid bin Osman (Pondok Madrasah An Nuuriah, Masjid Tanah , Melaka) kemudian diturunkan kepada Sidi Sheikhna Sheikh Ali  ( Pulau Pinang) . Adapun al faqir ini telah menerima ijazah amalan tarekat Ahmadiah Idrisiah ini- yang tecakup didalamnya semua amalan asasi iaitu fatihatul awrad, zikir khusus, tahlil,  selawat azimiah, istighfar kabir dan kitab ahzab serta semua perkara yang bersangkut dengan amalan Sidi Ahmad Idris dari Sheikhna Sheikh Ali  dan beliau berkata beliau telah mengambilnya dari Mua'llim Haji Wahid.   Alhamdulillah , saya pernah bertemu sekali sahaja  dengan al Marhum Muallim . Dan dalam pertemuan itu beliau mengisyaratkan bahawa saya adalah dibawah ijazah dan tarbiyah Sheikh Ali.  Allahu Musta'an...



Monday, June 03, 2013

Tunduk kepala semasa takbiratul ihram dan iktidal batal sembahyang?.





Soalan: Tunduk kepala ,  gerakkan kepala kebelakang  semasa takbiratul ihram atau  iktidal batal sembahyang?.

Jawab: Khilaf antara Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli. Batal menurut Ibnu Hajar, Tidak batal menurut Sheikh Ramli. wallahu a'lam. 

Kebanyakan orangramai berpegang dengan fatwa Ibnu Hajar, munkin disebabkan catitan dalam kitab yang sangat terkenal iaitu Hidayatus Shibyan karangan Tuan Husein Kedah  yang mengatakan batal sembahyang.  Padahal perkara khilaf.  Mereka yang pegang Sheikh Ramli , tak batal lah sembahyanb mereka. Ini perkara ghorib pada sisi orang ramai.

Tuesday, May 28, 2013

Raja Bakul.. Mitos atau benar?



Raja Bakul , ceritanya mitos atau benar?. Pensyarah di makam malikussoleh sabitknnya betul , pensyarah dimakam sultanah nahrisyah bantah pula, katanya cerita dongeng....




Kubur nahrisysh yg dikatakan penjaganya hanya replika saja, isinya kosong, pernah dibuka British . Binaan berasal dari Turkie. Hubungan akrab antara turkie osmaniah dgn aceh dikala itu.



Sebelah replika tu la dikatakn kubur sultanah nahrisyah. Maka raja bakul betul raja berdaulat, cerita dia nak kawin dgn anaknya tu tak betul. Mitos saja, menurut penjaga makamnya... Wallahu a,lm.

 Ada juga benda yang peliknya disini



Friday, May 24, 2013

Antara Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, Sheikh Abdul Wahab dan Snouck Hurgronje dalam sejarah Aceh.



Munculnya Pakar konspirasi belanda, Dr Snouck Hurgronje, dalam sejarah Aceh, nama ini sangat menonjol dilidah dan hafalan orangramai. Snouck sanggup berpura-pura masuk Islam , menukarkan namanya kepada Abdul Gaffar. Demi untuk mengorek rahsia masyarakat Aceh dimana jalannya untuk mengalahkan dan menawan Aceh  . Snouck bergaul dan belajar dengan ulamak-ulamak Melayu di Tanah Haram Mekkah. Bukan setakat ilmu Syariat yang dia belajar dan tahu, bukan setakat ilmu Bahasa, Balaghah yang dipelajarinya, bahkn Ilmu Tarikat Sufi pun dia tahu. Dia pernah puji Tarikat Naqshbandi Muzhiri pembawakan Sheikh Zawawi alYamani diMekah itu yg celik ilmu. Yang lain itu entah. ......
Tapi , kita jangan lupa..orang yang sedar dan menyedarkn orang lain tentang muslihat Snouck ini dan menghebahknnya kepada Aceh adalah Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, Sheikh Abdul Wahab ini lah...beliau cepat pulang keAceh dengan menyamar dan menyusun strategy.  Busuk tak busuk anjuran-anjuran  dan cadangan Snouck kepada Belanda untuk tawan Aceh- boleh tengok dalam Buku dia- "De atjehers" . Atau baca saja "Aceh Sepanjang Abad"- H Mohammed Said yang tebalnya  lebih 1500 mukasurat.

Perpustakaan Dayah Taneh Abbe

Warisan yang tidak ternilai harganya. Teungku Sheikh Chik Taneh Abe, merupakan guru kepada Teungku Chik diTiro Sheikh Muhammad Saman. Perpustakaan  di Dayah Taneh Abe menyimpan khazanah kitab tulisan tangan yg sangat banyak...

Dayah Taneh Abe- Sheikh Teungku Chik Taneh Abe- Sheikh Abdul Wahab.







PONDOK LAMNO -TEUNGKU SHEIKH IBRAHIM.





Teungku Aba Burhan, murid langsung kepada al marhum Sheikh Ibrohim , bercerita, semasa hayat Sheikh Mudo Waliyy, datang ke Lamno Dan dlm prjalanan itu Tiba2 Sheikh Mudo Waliy berhenti disatu kawasan dan Berkata, nanti disini akan ada pasentren didirikan Dan gurunya sangat tinggi himmah mengajar. Kemudian harinya nyata terjadi apa yg diucapkan oleh Abuya Mudo Waliyy Itu. Baarakallahu fiih.. Sheikh Teungku Ibrahim meninggal dunia selepas mengajar lepas sembahyang isya.. dihari terakhir hayatnya beliau sedang sakit, tetapi terus mengajar sehingga wafat.. Innalillah..