Wednesday, April 28, 2010

Daeng Sedili Mufti Pertama Perak.



alfatehah kepada kerabat diraja yang alim ini. al fatihah.
----------------------------------------------------------


-->Megat Jaafar merupakan seorang anak raja dari Bugis (daerah Luwuk Sulawesi) yang datang ke negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (III) (1728-1756). Pada 1743 beliau, yang bergelar Haji Besar, berjaya menghapuskan lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkannya kepada Sultan Muzaffar Syah. Beliau kemudiannya dikahwinkan dengan adinda baginda yang bernama Raja Tengah, dan dilantik menjadi Mufti Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi orang besar Perak dengan gelaran Maharaja Lela Tan Putera Pancung Tak Bertanya dan dijadikan pengawal peribadi sultan.
Makam beliau telah digazet pada 21 Februari 1980 dengan nombor gaset P.U. (A) 45 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Sayong, Lot No. 1803.

-->Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.



al marbawi dalam kenangan



Thursday, April 22, 2010

Kitab al Janaiz.


-->
Hukum mentajhizkan mayat bayi yang keguguran dan mati kecil.

1.(dan adapun) kanak-kanak yang gugur iaitu kanak-kanak yang gugur ia pada hal belum sempurna enam bulan masa kandungannya, maka hukumnya jika tiada zahir padanya tanda hidupnya dan tiada zahir pula kejadian anak Adam, maka tiada wajib atas kita suatu daripada yang empat perkara itu. Tetapi sunat dibalut akan dia dengan kain dan ditanam akan dia.

2. (dan) jika tiada zahir padanya tanda hidupnya tetapi ada zahir padanya kejadian anak Adam, maka wajib atas kita kerjakan padanya 3 perkara yang lain daripada sembahyang dan haram disembahyangkan atasnya.

3. (dan jika ada zahir) padanya tanda hidup seperti bersuara atau bergerak-gerak kemudian daripada keluarnya dan jika kurang daripada empat bulan masa kandungannya itu sekalipun, maka iaitu seperti orang yang besar jua, maka wajib kita kerja daripadanya empat perkara yang tersebut itu.

4. (adapun) kanak-kanak yang diperanak akan dia kemudian daripada enam bulan masa kandungannya, maka wajib kita mandi akan dia dan dikapan akan dia dan sembahyangkan atasnya dan ditanam akan dia jikalau keluar ia pada hal mati dan jika tiada zahir padanya kejadian anak Adam sekalipun, jika diketahui akan dia anak Adam kerana keluar ia daripada takrif gugur.

-nukilan dari kitab Hidayatus Shibyan m.s 28 . - Tuan Husin Kedah.

Wednesday, April 21, 2010

Dr Sheikh Al Marbawi- Ulama asalnya dari Pondok.

Safar Barakah.



Rihlah pelajar pondok Tampin ke Negeri Perak baru-baru ini yang diharapkan dapat manfaat ,iktibar dan pelajaran untuk menambahkan semangat belajar , telah berkesempatan menziarahi makam sheikh marbawi di Lubuk Merbau , Kuala Kangsar.


Artikle Cedukan tentang Sheikh Marbawi:

Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi, AMP (10 Mei 1896- 13 Oktober 1989) ialah seorang tokoh di dalam bidang persuratan yang tidak asing lagi bukan sahaja di Nusantara, malah di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmu Hadith, tafsir dan fiqah. Kamus Al-Marbawi, hasil nukilannya adalah kamus Arab-Melayu yang terunggul sekali di Nusantara sehingga hari ini.



Riwayat hidup

Syeikh Idris dilahirkan di sebuah kampung bernama Misfallah di Makkah pada 28 Dzulkaedah 1313 Hijrah bersamaan 10 Mei 1896. Ibu bapa beliau berasal dari Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Ketika berusia 10 tahun, beliau sudah mampu menghafal kitab suci Al-Quran sebanyak 16 juzuk, di samping beberapa buah kitab lain. Pada tahun 1323 Hijrah, beliau pulang ke Malaysia bersama-sama keluarga.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Melayu Lubok Merbau (kini dikenali Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi). Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di beberapa buah sekolah pondok, antaranya Pondok Wan Mohammad, Bukit Chandan, Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Madrasah Idrisiah), Pondok Tuan Hussien Al-Masudi (Kedah), Pondok Syeikh Ahmad al-Fatani (Bukit Mertajam) dan Pondok Tok Kenali (Kelantan). Setelah menamatkan pengajian, beliau bertugas sebagai guru agama di Perak.

Pada tahun 1924, beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan berjaya memperoleh Ijazah 'Aliyah (tertinggi). Beliau merupakan anak jati Perak pertama berjaya melanjutkan pengajiannya di Makkah. Semasa berada di sana, beliau menyusun kamus Arab-Melayu atau dikenali sebagai Kamus Al-Marbawi yang diterbitkan dalam tahun 1937 dan telah diulang cetak lebih daripada 24 kali. Kamus ini pada mulanya disusun oleh tiga orang iaitu beliau sendiri, Syeikh Juned Tola, dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Namun, ketika dua tokoh yang terakhir ini kembali ke tanah air, karya itu diteruskan sendiri oleh Syeikh Idris al-Marbawi sebagai pengarang kamus tersebut.

[sunting]Anugerah dan sumbangan

Atas sumbangan dan jasa besar dalam keagamaan dan persuratan, Syeikh Idris dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Julai 1980. Pada 1 Muharram 1408 Hijrah bersamaan 28 Ogos 1987, beliau diisytihar sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan yang pertama.

Pada 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) oleh Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah sempena hari keputeraan baginda.

Beliau adalah seorang tokoh ilmuan yang warak dan amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Orang ramai yang mengenali beliau ternyata amat menyenangi dan menghormatinya. Keperibadian mulia di samping ketajaman fikiran walaupun telah berusia 90-an, merupakan aset beliau yang amat berharga. Penghayatan beliau terhadap ilmu, sifat rendah diri, di samping sifat dahagakan ilmu yang dimiliki, tidak dapat dinafikan lagi.

Bahkan semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Dalam satu kejadian lain pula, beliau telah dilihat mengambil wudhu’ dengan menggunakan air yang sangat minimum yang tidak habis segayung air.

Sepanjang hampir 60 tahun berada di Timur Tengah, beliau banyak menjelajah dan menyaksikan pelbagai bentuk kebangkitan Islam selain daripada menjalankan kerja berdakwah. Ini telah banyak memberi kesedaran dan pengalaman berguna kepada beliau. Atas dasar ingin melihat lebih ramai muda mudi memperolehi pendidikan yang sempurna, beliau telah menggunakan wang ganjaran Tokoh Ma’al Hijrah untuk membolehkan anaknya menubuhkan sebuah Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak. Tenaga pengajarnya terdiri daripada anaknya, Mariam dan cucu-cucunya serta beberapa orang tenaga pengajar luar.

[sunting]Peninggalan

Walaupun belum puas mencurahkan bakti dan ilmu kepada seluruh umat manusia, ternyata Allah SWT lebih menyayangi beliau. Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika berusia 93 tahun pada hari Jumaat, 13 Oktober 1989, jam 8.30 pagi di Hospital Besar Ipoh, Perak. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak, bersebelahan pusara isteri beliau, Khadijah binti Mohamad Idham yang telah meninggal dunia 14 bulan sebelum itu. Beliau telah meninggalkan seorang anak perempuan, tiga orang cucu dan tujuh orang cicit yang tinggal di Malaysia. Di samping itu beliau telah meninggalkan balu kedua, Hajjah Munirah binti Abdul Wahab yang menetap di Mesir.

Bagi mengenang jasa beliau, namanya telah diabadikan di sebuah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan dikenali sebagaiKolej Idris al-Marbawi. Namanya juga diabadikan di sekolah tempat beliau menuntut ilmu di Kampung Lubok Merbau iaitu Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.

[sunting]Hasil karya

  1. Kamus al-Marbawi
  2. Kitab Bahrul Mazi
  3. Tafsir Quran Al Marbawi
  4. Tafsir Surah Yasin
  5. Tafsir Nurul Yaqin
  6. Tafsir Fathul Qadir
  7. Kitab Bulughul Maram
  8. Kitab Jami'ul Ulum
  9. Usulul Islam
  10. Nizamul Hayah
  11. Mu'jamul Ka'inat ( 4 Jilid ) dan lain-lain

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Wednesday, April 14, 2010

Hadis Rumahtangga.

فتنة الرجل فى أهله وماله وولده وجاره تكفر ها الصلاة والصوم والصدقة والامر بالمعروف والنهى ونهى عن المنكر



FITNAH BAGI SESEORANG LELAKI ITU PADA ISTERINYA, HARTANYA , ANAK-ANAKNYA DAN JIRANNYA. MENGHAPUSKANNYA OLEH SEMBAHYANG , PUASA , SEDEKAH DAN MENYURUH BERBUAT BAIK DAN MENEGAH KEMUNGKARAN.- riwayat al- Bukhari.

Maksud hadis:
1. Fitnah Ahli (isteri): Seseorang itu akan melakukan sesuatu perbuatan atau perkataan yang tidak halal demi untuk isterinya.

2. Fitnah Harta: Seseorang itu akan mengambil harta-harta dengan cara yang tidak halal dan menggunakannya kepada yang haram , dan juga dia akan mengambil daripada yang bukan sumbernya yang halal dan akan menggunakannya pada perkara-perkara yang tidak halal .

3. Fitnah Anak: Seseorang itu terlampau sayang pada anak, sibuk dengannya sehingga tinggal dan leka daripada membanyakkan amal kebajikan .
Ataupun maknanya: terlajak berusaha mencari nafkah sehingga tanpa memelihara batas-batas haram.

4. Fitnah Jiran: Berangan-angan mendapat harta seperti harta jiran dan angan-angan kalau-kalau harta jirannya itu hilang atau rosak binasa.


Maka akan menghapuskan fitnah tersebut dengan mengerjakan :

1. Sembahyang.

2. Sedekah.

3. Puasa.

4. Menyuruh buat baik dan menegah kejahatan. (amrun bil ma'ruf wa nahyun anil munkar).


= Huraian dan ulasan adalah sedutan dari kitab Hasyiah al Syanwani ala' Ibni abi Jamrah lil Bukhari. m.s 50.

Thursday, April 08, 2010

Kitab Kasyfu Syubahat yang menghilangkan syubahat. melegakan dahaga.




Kitab yang mengandungi fatwa-fatwa didalam agama Islam, risalah berkenaan ahwal mayyit, hukum menghadiahkan pahala bacaan dan seluruh kebajikan orang hidup kepada mayyat yang Islam. Adakah sampai pahalanya kepada yang dihadiahkan atau tidak?. Penerangan perkara yang dibuat dan dikatakan ketika muhtadar sebelum maut , selepasnya dan disisi kubur. Perkara-perkara yang diqodokan untuk mayyat samada wajib atau sunat dari wasiat-wasiat oleh mayat atau tidak diwasiatkannya. yang terdiri dari hutang, kafarat, zakat, haji, puasa, sembahyang iktikaf dan sebagainya. Perkara-perkara yang bermanfaat untuk mayat ,doa atau sedekah dan lainnya. Hadis-hadis yang warid berkenaan "قل هو الله احد" dan "لا اله الا الله" . Hukum memerdekakan yang kubra dan yang sughro. Hukum mengugurkan sembahyang (fidyah sembahyang) yang jelas penerangannya. Kesemuanya sangat sempurna keterangannya serta disebut, Mazhab-mazhab dan huraiannya , Hadis-hadis dan takhrijnya. Dalil-dalil dan taqrirnya . Daripada himpunan yang dikau tak akan berjumpa sepertinya dimana-mana kitab pun. Wallahu al mufawwfiq lishowab.

Sunday, April 04, 2010

majlis maulud madrasah aliyah



Jemput muslimin muslimat hadir kemajlis maulud Rasul s.a.w bertempat dimadrasah aliyah , pada sabtu malam ahad ini. sila klik untuk maklumat lanjut.

Saturday, April 03, 2010

sanad ooo sanad , taak abis abis...

man mun: salam ustaz. tumpang bertanya. adakah sah sesuatu tarikat sufi jika tiada sanad.

al ustaz: sanad tarikat tak serupa dgn sanad hadis. sape yang kata serupa silakan bawak bukti. dalam kitab mana . mana sheikh shufi yg jadi umdah rujukan yg kata begitu. bahkan sepanjang pembacaan saya terdapatnya tarikat yg tanpa bersanad langsung. tapi masih muktabar. bahkn ada yang bersanadkn guru lain ( iaitu mendapat tarbiyah dari sheikh lain) tapi dinisbahkan tarikatnya pada silsilah sheikh yang lain dan dinisbahknnya pada tarikat yg muktabar pulak tu.

kalau nak kira sanad tarikat sufi mengikut metod sanad ilmu dirayah hadis ... ana komformkan kebanyakan sanad2 tarikat sufi hatta yg muktabar, pun kalau tak maudhu , dhoif, mun tak pun maqthu' . kalau ada org kata "Hasan basri" mengittishalknnya?. aah.. hasan bashri pun dinaqad orang. jumpa ke tidaknya dgn saidina ali . tupun khilaf . tu cmnaa..?.

kalau pada ana senang jee.. dah tau ilmu tarikat tu buah ilmu syariat. kalau dah syariatnya betul betul le tarikatnya. walaupun nampak tak bersanad. sebab ciri2 sanad tarikat tak serupa ciri sanad ilmu hadis. sanad dalm ilmu tarikat memang lah penting. tapi sifat2 sanad tu kalau tidak dilihat cara menyeluruh maka boleh jadi masalah.

ni maslah sanad ni ada ada je orang baru baca je yg nak mula cuba kaji. baca le bagi banyak2 sikit. nnti tak le nak menyentuh ilmu orang yg kita pun tak faham . ni ada satu lagi . orang yg minat kaji sanad. sampai nak baca berzanji pun kena ada brsanad . ish2. ana nak tanya le. sembahyang kita tu mana sanadnye?. puasa yg diamalkn tu mane sanad nye?. tak sah ke amalan tu?. saya dulu masa mengaji dipondok..tok guru suruh baca berzanji burdah dibaie malam selasa. tak pernah pun tau mana sanadnya. sbb dh faham tok guru kita tu sanad le tu. cukuup. oghang tetua dulu pesan.. "toksah menarah telampau" . sbb kalau telampau menarah , nanti kayu yg nak buat ulu paghang tu langsung tak tepakai.. ni maslah tarikt .. patutnya bincang le sesama ahli tarikat yg berilmu je. sbb kalau ahli tarikat tak ahli ilmu pun susah juga nak bwak bincang. serupe le juga ahli ilmu yg tak tarikat pun susah juga. tu le jadinya. ade ke sanad tarikat sama metodnya dgn sanad hadis. Itu lah antara sebab yang membawa pertelingkahan orang tarikat masa kini yang tidak habis-habis. disebabkan dangkal menyelok isi kandungan kitab-kitab tasawuf tarikat,  ish ish.. bawak2 le istighfar. ni nasihat je.


perhati2kanlah contohnya:
SYEIKH AHMAD AT-TIJANI RA :
اذا سمعتم عنى شيأ فزنوه بميزان الشرع فما وافق فخدوه وما خالف فاتركوه
"Apabila Kamu Mendengar Apa Saja Daripadaku, Maka Timbangkanlah Ia Dengan Neraca Syari'at. Apabila Ia Bertepatan, Maka Kerjakanlah dan ambillah ; Apabila Ia Bersalahan,Maka Tinggalkanlah." [Jawahir al-Ma'ani wa Bulugh al-Ma'ani (juz 1, hlm.95) Ali Harazim]


Kalau pun ya, mungkin sanad tarikat sufi serupa dengan sanad yang dibincangkan dalam ilmu hadis:

Cubalah  pula perhatikan satu ayat yang telah diwariskan oleh Sheikh Ilmu Hadis,  Al Allamah Sheikh Anwar Kashmiri, kepada murid beliau iaitu mawlana Yusof Binwari. Mawlana Yusof Binnwari ini  telah menghadamkan perkataan gurunya Sheikh Anwar Kashmiri yang merupakan Imam (ikutan) semasa pada ilmu Hadis disebabkan keluasan makna-makna kalamnya dan ketajaman fahamanya 


"Adalah Isnad, (tujuannya) supaya tidak termasuk didalam agama perkara yang tiada (asal) dari Agama. Bukan pula (tujuannya) untuk mengeluarkan daripada (perkara) Agama (disebabkan ) perkara yang sabit dari amalan Ahli Isnad. "- Nukilan dari Doktor Majid Darwis , - al Fawaid al mustammadah.. m.s 173.

RENUNG-RENUNGKAN WAHAI YANG BERMATA HATI....

ALLAHU MUSTA'AN.

Wallahu a'lam.



Thursday, March 25, 2010

Bab Sujud Sahwi- Kitab Tuan Husin Kedah



Selain Hidayatus Shibyan, ini lagi satu kitab yang tak nampak lagi cetakan barunya. Kitab khas tentang sujud sahwi dalam sembahyang. sangat padat dan tersusun bicaranya. Sayangnya kitab ini tiada dijumpai ditoko buku dan kitab.

Wednesday, March 24, 2010

Hasyiyah Ibn Abi Jamrah.



Kitab Hadis Matan Ibn Abi Jamrah telah memuatkan 294 hadis-hadis yang telah diikhtisarkan . Sementara al Allamah AsSyanwani telah menghasyikannya pula dengan ulasan yang sangat menarik dan memuaskan dahaga para pencita ilmu. Ulasan-ulasan yang berharga , kaedah-kaedah dan istilah-istilah ilmu hadis dirayah dan riwayah, pandangan-pandangan
yang lebih menjurus kepada mazhab Shafie , gelaran yang kurang masyhur, praktik memahami makna-makna hadis dan banyak sangatlah manfaat yang didapati dari Kitab Hasyiyah Syanwani ini.

Ringkasan akidah A.S.W.J dan al Hikam, di Pondok Bongek Acheh

Tafaqquh di Seri Jempol

Wednesday, March 17, 2010

Maulud di Pondok Tuan Guru Hj Ibrahim, Kg Bongek Acheh ,Rembau


Lahir terkhatan, adakh perlu dikhatankn lagi?

Dins: apa hukum sorang dilahirkn telah disunat. adakh kena sunat sekali lagi?.
maaf ustaz saya tanya ini sabab ada berlaku dikmpung saya. ..he he..


Jawab:Tak perlu dan tak usah disunatkan lagi. cukup lah dan memadai.sekalipun yg sunatkannya jin yang jadi tok mudimnya. sunat atau khatan adalh dua kalimah yg sama ertinya.

rujuk kitab Bughyah al- murtasyidin, m.s 20.

لو ختن المولود الجن بأن أزيل ما يغطى الحشفة كفى اذ
القصد ازالته كما لو ولد مختونا ولا يسن حينئذ امرار الموسى بخلاف الرأس فى المحرم.


Jikalau telah mengkhatankan oleh jin akan kanak2 yang dilahirkan sekiranya hilang tutupan kepala zakar , hukumnya adalah memadai . Kerana tujuan (khatan/sunat) adalah menghilangkan tutupannya. Bandingannya seperti seorang kanak2 yang dilahirkan telah terkhatan ( maka iaitu tak perlu dikhatankan lagi), dan tidak disunatkan melalukan pisau . (masalah ini ) berlawanan dengan persoalan cukur kepala seorang yang (bertahlul) ihram, ( maka orang yang bertahlul ihram disunatkan melalukan pisau dikepalanya untuk tujuan tahlul, bila kepala pada asalnya lagi sudah tercukur ).

Wednesday, March 10, 2010

Mayat Hancur adakah dimandikan juga?.

Soalan:
alhaqier
: pakcik @ us : hehe...mayat yang rentung terbakar wajib di mandikan juga ka??tlg bagitau ktb utk dirujuk sama..

Jawab:
al ustaz: Tidak dimandikan bahkan hendaklah ditayyamumkan sahaja.

Didalam Kitab Sabilulmuhtadin pun ada.. muka surat 72 juzuk 2:

Dan jika sukar memandikan mayyit kerana ketiadaan air atau kerana buruk mayat sekira-kira jika dimandikan nescaya hancur , wajiblah ditayyamumkan.. intaha.

Juga tersebut dalam kitab , Bujairimi Iqna muka surat 268, juzu 2, Fashlun fil jinazah:


و من تعذر غسله لفقد ماء أو لغيره كاحتراق ولو غسل لتهرى - شرح المنهج . قوله - يمم

Dan jika uzur mandikannya sebab tiada air atau sebab lainnya seperti terbakar , jika di mandikan nescaya ceroi ( luluh) - tayyamumkannya. wallahu a'lam.

Thursday, March 04, 2010

Tuan Guru Haji Zakaria Bin Muhd. Saman (Pondok Alor Janggus) Kembali Kerahmatullah.



Sekadar yang ana tahu dan kenali
, pribadi ini seorang ulamak yang diakui keilmuannya . berguru dengan al Marhum Sheikh Qoder al Mendeli , Sheikh Yasin , Sheikh Shafie Telok Bagan , dan ramai lagi ulama masyhor di kota Mekah pada waktu itu. Lebih kurang 20 tahun dulu. Pernah sekali sahaja ana sempat hadir dan menadah , beliau membaca kitab fikah Fathul Wahhab dan Fathul Muin I'anah. Mereka yang datang dan minta belajar adalah para Ustaz lepasan luar negara . Ustaz Awang pun ada. Ustaz Khairul masih menuntut lagi. Ana ada berjumpa Ustaz Khairul masatu. Beliau kelihatannya sangat tekun dengan hafalannya. Masatu , ana datang menziarahi Tuan Guru ini dengan Sheikh Ali . Beliau kenal Sheikh Ali. Kemesraan seorang ulamak memang menyejukkan hati. Kami bermalam disurau pondok beliau.

Besoknya pagi pagi lagi beliau menghidangkan kami hidangan rohani dan jasmani. Soalan-soalan kemuskilan tentang ilmu, ana tanyakan kepada beliau. Istimewanya Tuan Guru ini sentiasa mengungkapkan kata-kata " kita muzakarah, kita muraja'aah".. ya ya.. . Allah allah.. betapa tawadhunya Tuan Guru . Tengaharinya kami bertembung pula dengan Ustaz Sobri , masatu beliau menadah kitab Syarah Waraqat al Mahalli- usul Fekah.

Kadang-kadang . Timbul kekesalan dihati ana, sebab , walaupun tidak jauh tempat tinggal ana dengan pondok Tuan Guru ini , tapi tidak direzkikan menadah dengan beliau. Padahal ana tau, beliau mengajar kitab- kitab besar. Ilmu-ilmu alat.

Tuesday, February 16, 2010

Munlla Ali al- Qori, Percaya Nur Muhammad?.



Siapa Munla Ali Al Qori....


Beliau ialah al Sheikh Ali bin Sulthon Muhammad, Nuruddin al Munla al Harawi al Qoori al Hanafi. Dilahirkan di Hira pada 1014 H, kemudian mendiami Kota Makkah al Mukarramah dan wafat disitu pada 1606 H. Dikebumikan di perkuburan Ma'la . Ketika khabar kewafatan beliau sampai ke Mesir , Para ulamak Mesir melakukan sembahyang ghaib di Jamik al Azhar atas jenazah beliau, kerana penghormatan terhadap beliau sebagai Imam bagi umat pada Ilmu dan Agama, sekalipun disisi mazhab Hanafi tiada sembahyang ghaib.

Memiliki pelbagai bidang ilmu dan mempunyai karangan yang sangat banyak yang dimanfaatkan sehingga kini.Terkenal dengan gelaran al qoori kerana beliau seorang Imam dalam bidang ilmu qiroaat .

Diantara guru-guru beliau diMakkah:
1.Abi Hasan al Bakri .
2. Sayyid Zakariyya al Hasani - murid kepada al Alim al Rabbani Ismail al Syarwani.
3. Syihabud Ahmad bin Hajar al Haitami (pengarang kitab Tuhfah , rujukan utama Fikah dalam Mazhab Shafie).
4. Al Sheikh Abdullah Sindi.
5. Athyiyyah al Salmi al makki.
6. Khawajah Abdullah al Samarqandi al-Naqshabandi
7. Al Sheikh Ali al Muqti.
dan ramai lagi para ulamak.

Mempunyai karangan yang menjangkau lebih dari 125 buah yang terdiri dari kitab yang tebal sehingga 10 jilid dan risalah yang kecil-kecil.
Diantara karangan beliau yang terpenting:

1. Tafsir al Quran- 3 jilid.

2. Al athmar al Janiyah fi asmaai al Hanafiyah.

3. Mirqootul Mafatih - Syarah Kitab hadis Misykaatul Mashoobih- 10 jilid besar, dengan mentelaahnya dapat difahami kehandalan beliau dibidang ilmu hadis.

4. Syarah Syifa- Syarah kitab hadis as Syifa karangan Qodhi Iyyadh.

5. Syarah Syamaail- Syarahan Kitab Syamaailu Muhammadiyah - Kitab Hadis Karangan Imam Tarmizi.

6. Musykilat Muwaatha- Kitab Ilmu Hadis
- masih belum dicetak.

7. Nuzhah al Khotir al Fatir fi tarjamah Sirah Sheikh Abd. Qodir Jailani.

8. Syarah al Arba'in Nawawiyah- Hadis.

9.Tazkirah al Mauwdhu'at- Ilmu Hadis, menunjjukkan beliau sangat faham hadis mauwdhu'.

10. Kitab al Jamalain- Hasyiah Tafsir Jalalain.

11. Syarah al Risalah al Qusyairiah- Tasawuf.

12. Syarah Fiqhul akhbar -Syarahan bagi kitab fiqhul akbar susunan Imam Abi Hanifah- Tawhid.

13. al Maurid al Rawi- fi mawlid an nabiyy.

Dan lain-lain lagi.

Boleh didapati maklumat biodata beliau dalam :

1. al A'lam liz Zarkali.
2. Mu'jam Muallifin- Redho Kahalah.
3. al Badrul Thooli' -Shawkani.
4. Hidayatul al Arifin- al Baghdadi.

Wednesday, February 10, 2010

Pemantapan Ilmu.

Jadual Pemantapan Ilmu.

Pedoman Sembahyang Berjemaah.


Kitab karangan Al Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman , Ayahnda kepada al Marhum Tuan Guru Haji Abdullah- Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas , kelantan.

Menarik. didalamnya disebut dengan detail syarat qudwah. 12 syarat sah mengikut Imam. antaranya - berhimpun keduanya satu tempat.
........kadang-kadang terlintas dihati , molek mengaji kitab ni dulu sebagai mukaddimah sebelum mengaji kitab musholli Sheikh Daud , untuk fahami masalah masalah sembahyang jemaah.

Kasyful Litham an As ilatil anam.

Karangan al Aalim al Allamah * al Mudaqiq al Fahaamah* Sirajul Islam Waddin * Zainul Abidin * Ibn Muhammad Al Fathoni* Taghamaduhu Allahu Ta'ala bi Faidhi al Ridwaani * Aamin.

Inilah Kitab yang tiada tersembunyi atas tiap-tiap Tolib*

Bagi mendapatkan kelepasan itu roghib*

Dan Ialah pebendaharan yang megeluarkan tiap-tiap rahsia yang tertutup selama-lama*

Dan baginya beberapa furu' dan masail yang tiada baginya umpama *

Dan telah mengaku keelokan dan kelebihannya segala ulama yang mempunyai hidayah*

Betapa tiada, pada hal dikeluarkandia daripada lubuk mutiara Tuhfah dan Nihayah*

Sekarang telah puaslah dahaga daripada segala jenis Melayu daripada Lebai dan Hajinya*

Hai Tuhanku kurniakan Futuh atas tiap-tiap yang mengajar dan mengajinya *

Istimewa pula atas yang mensahihnya amin*.


Rujukan kitab-kitab didalam karangan Kasyful Litham:

1. Manhaj Thullab- matan Fathul Wahhab.
2. Furu' al Mahhali- iaitu kitab al Furu' an asilatil anam-karangan Sheikh Husain al Mahalli.
3. Fathul Mu'in- karangan al malibari.
4. Kitab-kitab melayu tulisan jawi, antaranya Furu' Masail -karangan Sheikh daud al Fathoni.

-------------------------------------------------------
Peribadi pengarang Kasyful Litham.

Sheikh Zainul Abidin * Ibn Muhammad Al Fathoni masyhur dengan Tuan Minal dikatakan pernah menuntut di Fathoni dengan :
Tok Bendang Daya 1 dan Tok Bendang Daya 2, Sheikh Wan Ali Kutan, Sheikh Jamaluddin N. Sembilan, Sheikh Abd.Rashid Keramat Tok Pulau Bidan , Sheikh Muhammad Thayyib bin Masud al Banjari , dan dikatakan juga sempat menuntut dengan Sheikh Daud al Fathoni.

- sumber maklumat pribadi pengarang cedukan dari artikle al Marhum Ust. Wan Saghir dalam utusan malaysia bertajuk Tuan Minal al Fathani, Karangannya rujukan ulamak Melayu.

Thursday, February 04, 2010

Telah menulis Imam al Harith al Muhasibi didalam kitab Risalah al Murtasyidin:


و من اراد الله به خيرا وهب له العقل وحبب اليه العلم


Sesiapa yang Allah kehendaki kebajikan baginya, dianugerahinya akal dan diberikannya kasih kepada ilmu.

Wednesday, February 03, 2010

perihatin ..


Bangunan Asrama yang berbaki. pondok lubuk tapah , pasir mas kelantan.

Tuesday, February 02, 2010

jadual kasyful litham dan ad-durrus thamin





Insyallah Pengajian bermula 9 pagi sehingga 12 tghari. terbuka kepada yang berminat.

Monday, November 30, 2009

waktu korban



Perbuatan Sembahyang bukan syarat masuk waktu.

Sekalipun hadis tersebut sahih , tetapi disudut maknanya, kalau diperhatikan , kalimat "attamma" tidak juga boleh dijadikan bukti syarat masuk waktu korban , sebab "attamma" bermakna " telah menyempurnakan " maka yang sempurna tidak menafikan yang kurang sempurna. wallahu a'lam.

Friday, November 27, 2009




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ustaz Haji Abdul Raof dan PondokTampin mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha 1430 hijriah. Kepada semua warga pondoktampin dan para penziarah dan para ahli pengajian serta mereka yang mengenali didoakan semuga diampuni Allah dan dimakbulkan Allah cita-cita yang baik sempena hari barakah ini. Semoga bertambah pengorbanan untuk Allah dan Rasulnya dan Agama pada masa yang akan datang. Kepada mereka yang ditanah suci didoakan semuga mendapat haji dan umrah mabrur, sa'yan masykur wa zanban maghfur... aamin ya robbal a'lamin.