Wednesday, February 10, 2010
Pedoman Sembahyang Berjemaah.

Kitab karangan Al Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman , Ayahnda kepada al Marhum Tuan Guru Haji Abdullah- Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas , kelantan.
Menarik. didalamnya disebut dengan detail syarat qudwah. 12 syarat sah mengikut Imam. antaranya - berhimpun keduanya satu tempat.
........kadang-kadang terlintas dihati , molek mengaji kitab ni dulu sebagai mukaddimah sebelum mengaji kitab musholli Sheikh Daud , untuk fahami masalah masalah sembahyang jemaah.
Kasyful Litham an As ilatil anam.
Karangan al Aalim al Allamah * al Mudaqiq al Fahaamah* Sirajul Islam Waddin * Zainul Abidin * Ibn Muhammad Al Fathoni* Taghamaduhu Allahu Ta'ala bi Faidhi al Ridwaani * Aamin.Inilah Kitab yang tiada tersembunyi atas tiap-tiap Tolib*
Bagi mendapatkan kelepasan itu roghib*
Dan Ialah pebendaharan yang megeluarkan tiap-tiap rahsia yang tertutup selama-lama*
Dan baginya beberapa furu' dan masail yang tiada baginya umpama *
Dan telah mengaku keelokan dan kelebihannya segala ulama yang mempunyai hidayah*
Betapa tiada, pada hal dikeluarkandia daripada lubuk mutiara Tuhfah dan Nihayah*
Sekarang telah puaslah dahaga daripada segala jenis Melayu daripada Lebai dan Hajinya*
Hai Tuhanku kurniakan Futuh atas tiap-tiap yang mengajar dan mengajinya *
Istimewa pula atas yang mensahihnya amin*.
Rujukan kitab-kitab didalam karangan Kasyful Litham:
1. Manhaj Thullab- matan Fathul Wahhab.
2. Furu' al Mahhali- iaitu kitab al Furu' an asilatil anam-karangan Sheikh Husain al Mahalli.
3. Fathul Mu'in- karangan al malibari.
4. Kitab-kitab melayu tulisan jawi, antaranya Furu' Masail -karangan Sheikh daud al Fathoni.
Peribadi pengarang Kasyful Litham.
Tok Bendang Daya 1 dan Tok Bendang Daya 2, Sheikh Wan Ali Kutan, Sheikh Jamaluddin N. Sembilan, Sheikh Abd.Rashid Keramat Tok Pulau Bidan , Sheikh Muhammad Thayyib bin Masud al Banjari , dan dikatakan juga sempat menuntut dengan Sheikh Daud al Fathoni.
- sumber maklumat pribadi pengarang cedukan dari artikle al Marhum Ust. Wan Saghir dalam utusan malaysia bertajuk Tuan Minal al Fathani, Karangannya rujukan ulamak Melayu.
Thursday, February 04, 2010
Wednesday, February 03, 2010
Tuesday, February 02, 2010
Thursday, January 14, 2010
Sunday, December 13, 2009
Monday, November 30, 2009
waktu korban


Perbuatan Sembahyang bukan syarat masuk waktu.
Sekalipun hadis tersebut sahih , tetapi disudut maknanya, kalau diperhatikan , kalimat "attamma" tidak juga boleh dijadikan bukti syarat masuk waktu korban , sebab "attamma" bermakna " telah menyempurnakan " maka yang sempurna tidak menafikan yang kurang sempurna. wallahu a'lam.
Friday, November 27, 2009
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wednesday, November 18, 2009
Wednesday, November 11, 2009
TERAPI KAMBING
| Kambing sering Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. ---------------------------------------------------------- komen le yek.. |
Selamat Aidil Adha.
1. Bolehkan dikongsi korban dan akikah pada seekor lembu?
Jawab: Harus .
Nasnya: " Dan memadai seekor unta atau lembu atau kerbau daripada tujuh orang samaada sekelian mereka itu menghendaki akan korban atau tiada". - sabilul muhtadin juz 2 , m.s 224.
2. Masalah seorang ditanya " kambing apa tu?; dijawab tuannya" korban.". adakah jadi korban nazar atau tidak?.
Jawab: Tidak jadi korban nazar, masih tetap korban sunat. sebab tiada bentuk ta'yin. kecuali tuan kambing itu menjawab " Ini nak buat korban"., atau "kambing ini nak buat korban" maka jadi korban nazar/ wajib. Maksudnya, berhubung soalan diatas , mesti ada lafaz ta'yin, iaitu lafaz yang menunjjukkn dan menentukan yang ditunjukan kepada binatang tersebut adalah sebagai korban.
Nasnya: Sila rujuk kasyful litham.. syekh zainuddin al fathoni.
3. Adakah jadi syarat sah sembelihan korban mesti selepas sembahyang raya haji?.
Jawab: Tidak jadi syarat sah korban. hanya sunat dan waktu yang afdhal saja. Maka kalau disembelih selepas terbit matahari hari aidil adha ,sebelum sembahyang raya haji , sah sembelihan itu dan sah korbannya.
Nasnya: " Tiada wajib mendahulukan sembahyang a'id dan dua khutbahnya , hanya sunat ia kemudian daripada keduanya hingga dhuha segalah itu afdhal. Dan memadalah manakala keluar matahari dikira2kan kadar sembahyang dua rakaat dan dua khutbah yang ringan keduanya, masuk waktunya... " furu' masail .. juz 1 . m.s 263
Thursday, September 10, 2009
Selamat aidil fitri

Sempena Hari Raya Aidil Fitri.
kepada semua warga pondoktampin, peziarah, ahli pengajian , ...

kemaafan di aidil fitri sesejuk embun air zamzam...
Sunday, September 06, 2009
Semuga Al Ustaz mendapat umrah mabrur wa sa'yan masykur.. amin
Wednesday, August 19, 2009
Ramadhan al Mubarak.



Ramadhan Karim...
Ya Allah daku berpuasa kerana Mu ya Allah.
1. memperbaiki adab-adab puasa
2.oo allah
3. contoh Doa/selawat sepanjang puasa..
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ سيد الشاكرين والحامدين صَلاَةً تَكُوْنُ لَكَ رِضَاءً
وَلِحَقِّهِ أَدَاءً بِعَدَدِ ثَوَابِ حُرُوْفِ اْلقُرْآنِ فِى شَهْرِ رَمَضَانِ وَعَلى
اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
dibaca 40 x dlm sehari.









