Monday, August 10, 2009

Thursday, August 06, 2009

apa istemewanya gambar ini?.


ini le antara istimewanya maghrib... maghrib ooo maghrib..

apa istimewanya gambar ini?.. siapa yg tak dpt teka betul tekaannya ... tak dpt hadiah..siapa yang dapat teka ...pun tak dpt hadiah. hah teka le..

gambar ni mahal ooo.. bkn hrga nya nak dijual2.. tapi utk perkongsian maklumat dan sama2 dpt melihat dan berpaling pandangan kearah syukur kepada Allah yg telah menjadikan kita Islam dan duduk dinegara yang diwarisi orang islam yang tak kurang juga istimewa dan mmpunyai nilai2nya yang tersendiri.

tamar maghribi

Tuesday, August 04, 2009

nisfu sya'ban.

Besok lepas maghrib insyallah.. majlis baca yasin akan diadakan dipondoktampin ..disilakan bersama-sama kepada mereka yang lapang. wassalam.

berehat sekejap..minum tea nipis je , campur ni' nak (pudina)...amboi.. maghrib.. dengan batang2 dan daun2 segar tu direndam dlm gelas tuu.. kita minum macamtu je le.. tak tapis2.. pure ni'nak. tapi sedap oo..

nak tanya.. ada tak pernah jumpa dimana2.. kat mesir ke.. ordon ke. sham ke?. turkieya ke.. yang buh ni'nak terus camtu..rasanya tak de le. .. kat maghrib je ..


Loceng, yang sempat diangkut dari andalus kemaghrib sebelum kejatuhan kerajaan islam dispanyol. Yang ini telah diabadikan dimasjid Qorowiyyin..Fes.

Tidak indah kisah maghrib jika tidak disebutkan Andalusia.
maka telah menulislah prof.hamka dalam buku sejarah umat islam:

Kerajaan Islam Di Andalusia.
Bani Umayah.
Se bagaimana dahulu pernah dinyatakan , maka nya berdaulat kerajaan Bani Umayah di Andalusia (Sepanyol) , ialah seketika Bani Umayah di kejar2 dan disapu berseh oleh Bani Abbas, ada seorang diantara mereka yang dapat melarikan diri dari bahaya kematian , iaitu Abdur Rahman Dakhil ( yang masok , sebab dia masok ke Andalusia) . Kecerdekannya itu sehingga dapat dia mendirikan kerajaan baru disana, menyebabkan al Mansor , nenek dan pendiri Daulat Abbasiah itu menjadi kagum dan memberinya gelar "Sakhar Quraish" garuda quraish. .....

Wednesday, July 29, 2009



Sheikh Abdullah Bayyah... Mauritania... salah seorang pembentang dimuktamar. beliau guru kepada sheikh hamzah yusuf..

alangkah segarnya siraman air bersih jernih dari dada para ulamak yang cintakan Allah dan RasulNya..


massagge yang nak disampaikan... hasil pergaulan dan pemerhatian dimuktamar , para masyaikh tarekat tasawuf di luar sana kebiasaannya adalah ulamak. semasa dalam kenderaan dari airport dicasablanca ke marakesh.. bermesra dengan Sheikh Musa dari Sudan..seorang sheikh tarekat tijaniah.. masyallah .. alim ... banyak sangat ilmu dicurahkan. tapi ajibnya setelah 2 hari dimuktamar, kami bertembung beliau ditengah jalan kebilik mufti nageria... rupa-rupanya beliau juga menerima ijazah dari sheikh ibrahim soleh...???.

Sheikh Abdullah bayyah...salah seorang pembentang kertas kerja... ulamak dari mauratania... sangat alim... sheikh hamzah yusuf murid beliau ..

istemewanya makanan maghrib..

Monday, July 27, 2009



dok diarab.. roti la. tapi air gas tak bagus diamalkn selalu bila dah berumur.


suq di fes..lebih kurang suuq hamidiah di damascus..

anggur segar fes



sepanjang jalan ke fez..padang gandum dan zaitun

Saturday, July 25, 2009

masjid qorowiyyin - pusat ilmu sebelum al azhar?.

Al Allamah Al Sheikh Ibrahim bin Soleh al Hasani al Husaini..







liqaan bil al allamah al shaikh Ibrahim bin Soleh al Hasani al Husaini .. mufti Naijeria..wa ijaazatan bil riwayah hadis musalsal bil awwaliyyah,wa kutubissittah minhu.. semuga Allah lanjutkan usia beliau..

tradisi


tradition..


muktamar tasawuf sedunia. .. menteri awkaf maghrib.

taajin.. masakan daging kambing atau beef maghrib..

Monday, July 20, 2009

harirah




harirah...bubur/sup maghrib...dihidangkn sblum lunch and dinner.

kenapa ada bunga raya pulak dimaghrib?..



Buah2an tanaman penduduk kampung disekitar prtnghn jalan ke fez..

bagusnya. takde racun.. segar.

law la iyyadh...


kalau tidak kerana qadhi iyyadh.. nescaya tidak dikenali maghrib...

tapi ini nisbah ilmu pengetahuan.

maghrib memang indah.

empangan dimaghrib.. dlm prjalanan ke fez.

3 kitab sangat masyhur didunia islam... selain quran



pertama: matan jurmiah .

kedua:Dalilul Khayrat.

ketiga: ana tak ingat la pulak... siapa ingat tolong sikit ye..

maghribi..

maghrib... mmng cantik.. mmng indah. sebelum ini tak peranh saya melihat tamar sesegar ini selama hayat, hanya di maghrib sahaja.





dr. allan godlas. dari amerika .. masyhur sangat dalam internet. pengkaji tasawuf. boleh berbahasa arab . fushah. usaha beliau mengembangkan islam di u.s sangat bermakna. semoga Allah panjangkan usia beliau dan tolong beliau dalam usha2 yang baik. kenangan manis bersama hadratus Sheikh Aleey ... England.





sheikh tarikat Qodiriah dari bahrain...

Tuesday, July 07, 2009

al ustaz berangkat ke morocco/maghribi


assalamualaikum,
adalah dimaklumkn kepada semua warga pondok tampin dan mereka yang berkenaan, bahawa al ustaz haji abd raof, mudir pondok tampin akan berangkat hari ini 4.15 pagi rabu, untuk menghadiri seminar tasawuf di casablanca morocco pada jumat 10 julai . seminar selama 3 hari bermula jumat.
semuga Allah selamatkan dan afiatkan al ustaz , pergi dan balik. amin.

berita mutaakhir:
perjalanan al ustaz ditunda. pagi esok 10 julai, insyallah pukul 3.30 pagi dijangka berlepas dari klia. harap maklum.

Program:
"The Sidi Chiker world Meeting Tassawuf Affiliates"
Second edition.

Thursday, May 28, 2009

Halia oo..

berkatalah al faiz .. b.sc kustem.. sedang buat m.a, dok peram dalam lab. semuga Allah kabulkan cita2 yang baik.. amin.


assalamualaikum ust..wah makin meriah web nih.. ust doakan ana ya ust..lotih dah masuk makmal..iman amal dah jadi buluh kasap..

terlajak cakap psl halia nih, ada terbaca jurnal kimia, tg halia n herba2 len..harap dpt warga pondok amik maklumat. pemakanan phytochemicals (i.e. herba2) bagi bantu sistem imunisasi (pertahanan)

mlwn jangkitan penyakit dah jadi kebiasaan skrng. kajian terhadap halia, ganoderma etc tunjuk bahawa setiap herba ada PALING KURANG 1 bahan yg secara selektif ubah sel sistem imunisasi dan kuatkan

sel nih utk lawan penyakit..saintis buat kajian pada tikus (tak leh buat pada manusia) dgn bagi makan tikus ni dgn halia, kemudian dikenakan radiasi.. tikus2 tunjuk pembaikan sel2 yg rosak disebabkan

radiasi..mudah cakap.. elak kanser la..dan arnab yg telah diberi mkn kolesterol berlebihan..dan kemudian di beri mkn halia menunjukkan pengurangan drpd pnykt antherosclerosis yakni penyakit pembentuk

kan lemak dlm saluran darah..mudah ckp elak lemah jantung la..hehehe..harap dpt amik manfaat...ust pasni kempen mkn halia plak hehehe

Wednesday, May 20, 2009

kosmetik pembuatan muslim


Halia..... bahan penyedap.... bahan masakan utama untuk segala macam masakan yang melibatkan daging.
sedap jugauntuk bancuhan sebagai minuman kesihatan.
Untuk membuang angin2 yg berlebihan dalam badan , khasnya dalam perut... petua org tetua.. minum la rebusan air halia. kalau baik lagi campur dgn kunyit bara hidup, yg muda.. haa .. lagi berkesan untuk sendawa dan keluarkan angin2 sesat dalam badan.

Tapi sejak mutakhir ini , sesuatu yg tak pernah terfikir saya... Halia... bahan makanan .. boleh
dibuat kosmetik?. .. Khabarnya ustaz abdullah telah mengadunkan dan mempraktikkan antara teori kimia yang dipelajarinya semasa berkhidmat sebagai M.A. dan maklumat herba yang dipelajari dari ulamak dari utara. .. Semoga para pengguna alatsolek mencuba dulu pati halia seraiwangi ust abdullah ini dulu, dan bandingkanlah dgn mana2 losyen lain disegi apa jua .
UTAMAKAN BARANGAN MUSLIM.

Monday, May 18, 2009

cinta martabat tinggi...



{Wahai anak... Setiap apa yang kau lihat dari wajah-wajah yang elok-elok dan kamu mencintainya , maka itu adalah cinta yang kurang. Kamu disiksa atasnya.. Cinta yang benar, yang tidak berubah adalah cinta kepada Allah azza wajalla. Dia lah yang kamu lihat dengan kedua matahatimu. Dialah kecintaan orang-orang yang Shidiqqin Ruhaniyyin...}

Sheikh Abdul Qoder al-Jailani Qutubh Rabbani.

Gambar Imam Ghazali?




Assalamualaikum semua.. saya ditanya soalan yang sama dan hampir sama... adakah benar ini gambar imam ghazali hujjatul islam, pengarang kitab2 fikah al wajiz, al basith , al wasith , prngarang kitab2 ushul fikh , pengarang Ihya Ulumiddin yang terkenal, pengarang kitab2 ilmu Tawhid dan lain2..?.,,, . Saya hanya menjawab : Saya ada terjumpa dalam buku Kiyai Haji Sirajjuddin Abbas bertajuk "Kemuskilan Agama - mengandungi lima puluh soal-jawab keagamaan." (bukan buku 40 masalah agama ) mengatakan beliau tidak setuju gambar tersebut sebagai gambar imam ghazali.. beliau ada menyebutkan dalam mausuah arabiyah halaman 611. kalau tak silap saya , itu gambar buatan jibran khalil jibran... seorang pelukis Libnan beragama Kristian lahir pada tahun 1883 tinggal dunia diamerika tahun 1931. .. jadi.. pada pendangan saya (Haji Abd Raof ni la).. Tidak seyogia dan tidak bagus kalau gambar yang sepertiitu dinisbahkan kepada al Imam Ghazali,, Tokoh Islam yang utama dalam agama dan rujukan umat ini. lebih2 lagi le kalau yang menonjol2kan itu para asatizah dalam blog2 atau web mereka. lebih baik jangan la. wallahu a,lam kalau ada sesiapa pula yang tidak setuju dengan pendapat saya ini mungkin boleh ditambahkan maklumat dengan membuka buku mausuah arabiyah tersebut atau maklumat dari buku atau kitab yang lain .. kalau ada gambar2 yang hampir sama pun mungkin telah di edit dgn photoshop ke atau apa2 program mengedit gambar.. maka hakikatnya adalah ilustrasi yang satu juga.