Sunday, July 02, 2006

Menjawab Salafi-Wahabi Memahami Bid‘ah


MEMAHAMI BID‘AH
Oleh
Sheikh DR Gibril Fouâd Haddâd


Setakat ini dua buah buku yang menjelaskan dengan terperinci berhubung dengan definisi ‘Bid‘ah, iaitu oleh Abdul Hayy al-Lucknawi dengan kitabnya Tuhfatul Akhyar yang disyarahkan oleh muridnya, Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Sebuah lagi ialah buku oleh Syed Abdullah Mahfuz al-Haddad bertajuk al-Sunnah wa al-Bid‘ah di mana beliau memuatkan lebih dari tiga ratus lima puluh hadith-hadith Rasulullah dan athar para Sahabat—moga-moga Allah merahmati mereka semua—bagi menangkis tulisan penulis "Salafi" Muhammad al-Shuqayri dan bukunya al-Sunan wa al-Mubtada'at.

Al-Shuqayri jelas sekali melahirkan sikap fanatik membuta tuli dalam bukunya dan menghentam para ulama’ Mazhab sebagai pengamal bid‘ah hanya berdasarkan salahfaham
beliau terhadap hadith Rasulullah :

Setiap yang baharu (kullu muhdathatin) adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu sesat (dalalah), dan setiap yang sesat itu ke Neraka .1

Al-Shuqayri tersalahfaham hadith di atas dan turut mengenepikan hadith Rasulullah berhubung dengan perbezaan pendapat di kalangan para ‘ulama’:

Jika seseorang hakim itu berijtihad dan tepat ijtihadnya, maka beliau memperolehi dua pahala; manakala hakim yang berijtihad namun tersasar, maka beliau memperolehi satu pahala. 2

Hampir seluruh ulama’, termasuk Ibn Taymiyyah memahami hakikat hadith di atas dari segi ganjaran pahala terhadap para mujtahid atas hasil keputusan ijtihad mereka yang diasaskan melalui prinsip Sunnah. Malah turut menganggap hasil ijtihad itu merupakan sebahagian dari Shari‘ah. Ianya berbeza dengan dakwaan golongan "Salafi" hari ini yang berpendapat bahawa hasil ijtihad para mujtahid merupakan suatu bid‘ah dalam agama.

Syed 'Ali bin Muhammad Ba 'Alawi menyebut dalam Pengenalan buku al-Sunnah wa al-Bid‘ah oleh al-Haddad dengan katanya:

Semua para Imam adalah benar pada jalan mereka dan mendapat ganjaran di sisi Allah atas ijtihad mereka setelah berusaha gigih mencari kebenaran… adapun orang-orang seperti [Muhammad al-Shuqayri] pengarang, al-Sunan wa al-Mubtada'at, ilmu mereka hanya terhad kepada hadith Rasulullah , "setiap yang baharu itu bid‘ah," dengan membuang semua hadith-hadith Baginda yang lain, yang menjelaskan perolehan kebaikan dan menyediakan hukum berhubung semua perkara baharu…Adapun apa yang dimaksudkan dengan hadith “setiap perkara yang baharu itu bid‘ah” adalah perkara baharu yang bertentangan dengan dalil-dalil Shari‘at. Hanya itu dan itu sahaja perkara baharu yang menyesatkan.3

Syed Ali dan Syed Abdullah seterusnya menyebut beberapa ayat-ayat al-Qur'an sebagai bukti dari segi bahasa bahawa apa yang dimaksudkan dengan kalimat ‘kull’ (setiap/semua) itu tidak bermaksud ‘terangkum-semua’ (all-inclusive).

Sebaliknya setiap ayat itu membenarkan pengecualian. Malah dari segi bahasa, kalimat ‘kull’ di dalam bahasa Arab itu boleh membawa maksud "hampir keseluruhan" atau "kebanyakan" dan bukan semestinya bermaksud "semua tanpa pengecualian".


Sebagai contoh:

“Kami bukakan kepada mereka pintu segala (kull) perkara” (6:44) (Pengecualian:
pintu Rahmat tidak dibuka);

“Semua (kull) akan dibinasakan kerana perintah Tuhannya” (46:25) (Pengecualian: rumah kediaman, bukit bukau, langit dan bumi tidak dibinasakan);

“Dan beliau telah diberikan ganjaran (yang banyak) akan segala (kull) perkara” (27:23)
(Pengecualian: singgahsana Nabi Sulaiman a.s.)

“Dan setiap insan itu tidak memperolehi melainkan apa yang beliau usahakan” (53:39)

(Pengecualian: di sana ada dalil-dalil yang sampai tahap tawatur ma'nawi di mana seseorang Islam itu mendapat manfaat dari amal orang lain, termasuk saudara maranya, doa para malaikat sepertimana bukti yang dikumpulkan oleh Ibn Taimiyyah melebihi dua puluh dalil yang kemudiannya dipetik oleh al-Jamal dalam Syarahnya terhadap Tafsir al-Jalalain berhubung ayat ini);

“Manusia (al-nas) telah berkata kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia (al-nas) telah berkumpul menentangmu” (3:173)

(Pengecualian: dalam dua-dua keadaan ‘manusia’ (al-nas) hanya merujuk kepada sekelompok manusia tertentu tanpa melibatkan keseluruhan manusia);

“Sesungguhnya kamu (penyembah berhala) dan ‘apa’ (ma) yang kamu sembah selain dari Allah adalah bahan bakaran api Neraka” (21:98)

(Pengecualian: namun Nabi 'Isa a.s., ibunya dan para malaikat walaupun mereka turut disembah selain Allah, bukanlah termasuk dalam ayat ini).

• “Dan berbincang dengan mereka dalam urusan” (3:159).

(Pengecualian: Ibn 'Abbas menyebut: "Iaitu sebahagian dari urusan"4 kerana Rasulullah tidak berbincang dengan mereka dalam hal-ehwal hukum-hakam dan dalam menjatuhkan hukuman.

“Dan setiap (kull) diri akan diberikan ganjaran mengikut apa yang ia usahakan” (20:15).

(Pengecualian: "setiap diri" di sini adalah diri yang tidak mendapat keampunan Allah, adapun yang mendapat keampunan Allah terkecuali dari ungkapan menyeluruh ini).

Kaedah yang digunapakai oleh para ulama’ Usul dalam memutuskan hukum sesuatu kalimah bahasa seperti di atas ialah:

"al-umum bi ma‘na al-khusus"

“Keumuman (yang dinyatakan) membawa maksud yang khusus”


Contoh hadith-hadith di bawah menjelaskan lagi kaedah di atas:

• Rasulullah telah mengutuskan seketumbukan tentera di bawah pimpinan seorang panglima dari kalangan Sahabat, dan menasihati mereka agar mematuhi perintah panglima tersebut. Dalam perjalanan, panglima itu telah naik berang terhadap mereka lalu menyalakan api dan memerintahkan mereka semua masuk ke dalamnya. Mereka enggan seraya berkata: “Kami lari menyelamatkan diri dari api dan menuju Rasulullah (fararna ila Rasulillahi min al-nar)!" Apabila Baginda mendengar akan berita itu, Baginda bersabda: "andaikata mereka masuk ke dalamnya (api), nescaya mereka tidak akan keluar sehingga Hari Qiamat. Ketaatan hanyalah dalam perkara kebaikan."5


• Begitu juga dengan ayat al-Qur’an: “Taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan pemimpin (ulil amr) di kalangan kamu”(4:59).

Walaupun ianya diungkapkan membawa gambaran ‘mutlak’ (absolute) namun dari segi makna sebenarnya tidak sedemikian kerana ‘mutlak’ itu hanyalah ketaatan terhadap Allah dan RasulNya sahaja, manakala terhadap pemimpin (ulil amr) pula hanyalah ‘ketaatan bersyarat’ berdasarkan hadith Baginda : "Tiada ketaatan terhadap makhluk dalam perkara maksiat terhadap Allah."6


Rasulullah bersabda:
"Setiap manusia akan dimamah bumi kecuali tulang sulbi ('ajbal-dhanab)."7

Ibn 'Abdul Barr menyebut bahawa: "Ungkapan hadith ini secara umumnya seolah-olah memberi gambaran bahawa semua manusia tanpa terkecuali, namun di sana ada hadith lain yang menyebut bahawa jasad para Nabi dan para Syuhada’ tidak dimamah bumi”.8

Rasulullah melarang pemulauan (al-hajr) seorang Islam dengan Islam yang lain selama lebih dari tiga hari.9

Namun, beliau memerintahkan orang-orang Islam memulau tiga orang Sahabat yang tidak ikut serta dalam Peperangan Tabuk, dan pemulauan ini berlangsung selama lima puluh hari sepertimana yang diriwayatkan oleh Ka‘ab bin Malik al-Ansari – salah seorang dari tiga Sahabat itu-- di dalam Sahih Bukhari.10

Oleh itu hadith yang melarang pemulauan itu tadi mengandungi tafsiran yang khusus.

• Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya, biji hitam ini (al-habbatul sauda') adalah ubat bagi segala (kull) penyakit kecuali mati”.11

Sepakat para mufassir menegaskan bahawa kalimah ‘umum’ yang digunakan dalam hadith ini merujuk kepada sesuatu yang ‘khusus’. Maksud hadith ini sebenarnya ialah ‘banyak’ penyakit boleh disembuh dengan habbatul sauda’, walaupun kalimah ‘umum’ (segala) digunakan.

• Rasulullah bersabda: "Tiada sesiapa yang sembahyang sebelum matahari terbit dan sebelum matahari jatuh masuk Neraka”12

Hadith ini juga diungkapkan dengan kalimah umum merangkumi semua, walaupun maksud sebenarnya bukan sedemikian kerana ianya tidak termasuk orang yang meninggalkan Sembahyang Zuhur, Maghrib, dan 'Isha'. Ibn Hajar mengesahkan kaedah al-Tibi bahawa hadith Sahih yang lain yang relevan dengan hadith ini perlu diambilkira dan dianggap sebagai satu hadith, dengan itu apa yang umum dapat dikhususkan (yuhmalu mutlaquha 'ala muqayyaduha) agar amalan itu tepat selaras dengan mafhum hadith secara keseluruhannya.13

Berikut pula adalah beberapa peristiwa di mana para Sahabat melakukan ‘perkara baharu’
berasaskan ijtihad masing-masing berpandukan prinsip-prinsip Sunnah:14

Rasulullah bersabda kepada Bilal – moga-moga Allah merahmatinya—padaketika waktu Sembahyang Subuh: "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amalan Islam engkau yang manakah yang paling engkau harapkan ganjarannya, kerana sesungguhnya aku telah mendengar bunyi tapak kasutmu di dalam Syurga.” Beliau menjawab: “Aku tidak melakukan apa-apa yang lebihku harapkan ganjarannya melainkan aku tidak pernah mengambil air sembahyang samada siang atau malam melainkan aku lakukan sembahyang apa yang patut aku sembahyang”,15

dalam riwayat yang lain Bilal berkata: "Aku tidak pernah melaungkan Azan melainkan aku kerjakan sembahyang dua rakaat selepas itu, dan tidak batal air sembahyangku melainkan aku mengambilnya kembali dan mengerjakan sembahyang dua rakaat selepas itu apa yang aku berhutang dengan Allah, ” mendengar itu Rasulullah bersabda “bihima”, maksudnya "dengan dua amalan itu [kamu masuk Syurga]."16

Ibn Hajar seterusnya berkata: "Hadith ini mengesahkan bahawa ijtihad dibenarkan dalam penetapan ‘masa’ bagi melakukan sesuatu amalan ibadat".17


•Peristiwa yang seakan sama turut terjadi kepada Sahabat bernama Khubayb ibn Isaf atau Yasaf al-Ansari – moga-moga Allah merahmatinya – yang ditangkap oleh orang kafir Quraisy. Beliau meminta untuk mendirikan sembahyang dua rakaat sebelum beliau dibunuh, seperti mana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, mogamoga Allah merahmatinya. Abu Hurairah meriwayatkan sepertimana ditemui di dua tempat di dalam Sahih Bukhari dengan berkata: "Khubayb adalah orang pertama yang memulakan (sanna) mengerjakan dua rakaat Solat bagi setiap orang Islam yang akan dibunuh oleh musuhnya."


Kaedah umum dalam amalan beribadat, khususnya sembahyang, ialah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah “al-salatu khayru mawdu'in fa aqlil minha aw istakthir” "Sembahyang itu sebaik-baik perkara, oleh itu sembahyanglah samada sedikit atau [jika mampu] banyak”18

Walaupun hadith ini Dha‘if, namun ianya dipersetujui oleh sekalian fuqaha’ Ahlu Sunnah wal Jama‘ah bahawa amalan ibadat fizikal (‘ibadat al-badan) yang terbaik adalah sembahyang, berasaskan dalil dari perintah Allah “Ruku’ dan sujudlah kamu dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan” (22:77), dan juga hadith Rasulullah: "Ketahuilah olehmu amalan kamu yang terbaik ialah sembahyang."19


•Begitu juga seorang Sahabat, Rifa'a ibn Rafi' al-Zurqi, ‘mereka’ doa ketika Rasulullah mengimami Sembahyang Maghrib. Ketika Rasulullah berkata [sebaik bangkit dari ruku’]: "Moga Allah mendengar orang yang memujinya!" Rifa'a menyambung: "Tuhan kami! Segala puji bagi Mu, melimpah ruah, agung, dan penuh keberkatan!" Kemudian Baginda bertanya siapakah yang telah berkata sedemikian kerana para Malaikat telah berebut-rebut berlumba ingin menjadi yang pertama menulisnya.20


Ibn Hajar berkata: "Dari hadith ini boleh dirumuskan ‘kebenaran mencipta’ (jawaz ihdath) doa di dalam sembahyang selain daripada apa yang diterima dari Rasulullah selama mana ianya tidak bercanggah dengan apa yang diterima dari Rasulullah ."21


•Insiden yang hampir sama turut berlaku kepada seorang Sahabat yang datang lambat ketika memasuki saf sembahyang dan memulakan sembahyang dengan perkataan: “Allahu akbaru kabiran wa al-hamdu lillahi kathiran wa Subhanallahi bukratan wa as ila” Maksudnya: Allah itu Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Engkau Ya Allah pagi dan petang” Selepas sembahyang Rasulullah bertanya siapakah yang berkata sedemikian. Seorang sahabat mengaku dan berkata: "Wahai Rasulullah! Tidak aku lakukan itu melainkan berniat baik belaka”. Rasulullah bersabda: "Aku melihat pintu-pintu langit terbuka dengan kerana kalimat itu.” Ibn 'Umar seterusnya menyambung:

"Aku tidak pernah berhenti dari menyebutnya sejak itu selepas mendengar sabda Rasulullah itu".22

Di sana ada banyak ayat-ayat dan hadith-hadith lain yang menjelaskan prinsip-prinsip sama seperti di atas. Ianya jelas sekali merupakan satu kejahilan yang amat sangat terhadap asas-asas prinsip Shari‘at dan ilmu Islam – suatu pendekatan yang menyalahi amalan Salaf dan Khalaf di kalangan Ahlul Sunnah wal Jama‘ah – bagi mereka yang mentafsirkan:


"Setiap yang baharu itu Bid‘ah" dalam makna yang mutlak tanpa merujuk kepada hukum
Shari‘at yang sudah termaktub dalam setiap kes-kes tersebut.

Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata tentang hadith "Setiap yang baharu itu Bid‘ah":

Ini adalah kaedah umum yang membawa maksud khusus (‘ammun maksus).
Apa yang dimaksudkan dengan ‘perkara yang baharu’ adalah yang bertentangan dengan Shari‘at. Itu dan itu sahaja yang dimaksudkan dengan Bid‘ah”.23

Begitu juga Abu Bakar ibn al-‘Arabi di dalam Syarahnya berhubung dengan hadith dalam
al-Tirmidhi: “iyyakum wa muhdathat al-umur” iaitu “berhati-hati kamu dengan perkara baharu”. Beliau berkata: “Ketahuilah – moga-moga Allah mengajarmu! – bahawa apa yang
dimaksudkan dengan ‘perkara baharu’ itu ada dua jenis:
(1) pertama yang tidak mempunyai asas dan mengikut hawa nafsu, yang semestinya ini tidak sah;
(2) atau perkara baharu yang selari dengan prinsip yang sudah ada, iaitu Sunnah para Khulafa’ dan para Imam-imam besar. ‘Perkara baharu’ (muhdath) dan ‘bid‘ah’ bukanlah istilah yang semestinya terkandung di dalamnya makna keji dan dibenci kerana Allah sendiri berfirman”:

Tidaklah datang kepada mereka itu peringatan yang baharu (dhikrun muhdath) dari Tuhan
mereka melainkan mereka mendengarnya sambil mengejeknya (21:2)

Saiyyidina 'Umar – moga-moga Allah merahmatinya – sendiri pernah menyebut:
“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!24

Bid‘ah yang dikeji hanyalah yang bertentangan dengan Sunnah, dan inilah sahaja ‘perkara baharu’ yang membawa kepada kesesatan.25


*************************************************************************
1 Diriwayatkan dari Jabir oleh al-Nasa'i dengan sanad Hasan dan dari Ibn Mas'ud oleh Ibn Majah dengan sanad Dha’if. Hadith ini Sahih mengikut Muslim berdasarkan riwayat dari Jabir dengan ungkapan: "Setiap yang baharu itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat” tanpa menyebutkan ‘ke Neraka’. Ibn Taymiyyah di dalam Minhaj al-Usul dalam Majmu' al-Fatawanya (hal. 19:191) menyebut bahawa ungkapan "setiap yang sesat itu ke Neraka" tidak Sahih daripada Rasulullah . Lihat juga pelbagai riwayat sepertimana yang dinakalkan oleh Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan pengesahan beliau dalam lampiran kitab Tuhfatul Abrar oleh al-Lucknawi (hal. 139-144) terhadap kenyataan Ibn Taymiyyah itu.

2 Diriwayatkan dari 'Amr ibn al-'As dan Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, al- Nasa'i, Ibn Majah, dan Imam Ahmad.

3 Al-Haddad, al-Sunnah wa al-Bid‘ah (hal. 5-6).
4 Diriwayatkan dari Sa'id ibn Mansur, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, dan Ibn al-Mundhir dengan sanad Hasan sepertimana disahkan bagi ayat ini oleh al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur.

5 Diriwayatkan dari Ali oleh Imam Bukhari dan Muslim
6 Diriwayatkan dari 'Ali, Ibn Mas'ud, dan 'Imran ibn Husayn oleh Ahmad di dalam Musnadnya dengan sanad Sahih.
7 Diriwayatkan dari Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Nasa'i, Ibn Majah, Ahmad, dan Imam Malik di dalam al-Muwatta'.
8 Ibn 'Abdul Barr, al-Tamhid (18:173). Lihat Lampiran 25, "Para Nabi di Alam Barzakh" (hal. 455).
9 Diriwayatkan daripada Anas oleh Bukhari, al-Tirmidhi, Malik, Abu Dawud, dan al-Nasa'i.
10 Terjemahan hadith ini boleh didapati dalam Encyclopedia Shaykh Hisham Kabbani dalam bab senarai hadith-hadith para Sahabat ‘mencium tangan Rasulullah ’

11 Diriwayatkan daripada 'A'isha dan Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, Ibn Majah, dan Ahmad melalui sembilan belas periwayatan. Al-Zuhri menyebut: "Bijiran hitam itu ialah ‘jintan hitam’ (alshuniz)." Ianya juga dinamakan ‘jintan India’ dan pelbagai nama-nama lain.
12 Diriwayatkan daripada 'Amara ibn Ru'ayba al-Thaqafi oleh Muslim, al-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ahmad
13 Fath al-Bari (cetakan 1959. 11:271 #6080).
14 [Kita menyedari antara hujah balas golongan yang menolak dalil dari peristiwa di bawah ini, akan beralasan bahawa pada ketika para Sahabat (r.anhum ajmain) melakukan amalan-amalan yang disebutkan ini, Rasulullah masih hidup pada masa itu dan boleh membetulkan, samada membenar atau melarang perlakuan sedemikian. Namun perlu kita ingat bahawa ‘semangat’ atau kecenderungan mengadakan ‘perkara baharu’ yang tidak diajarkan Rasulullah itu ternyata wujud di kalangan Sahabat dan mereka tidak merasakan itu suatu kesalahan. Malah Rasulullah sendiri tidak pula melarang Sahabat dari melakukan ‘perkara baharu’ itu, walaupun pada awalnya beliau sendiri tidak pernah mengajarkannya atau melakukannya, dengan syarat perlakuan tersebut tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawanya, dan berasaskan prinsip umum Shari‘at.~ Penterjemah].
15 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah oleh Bukhari, Muslim, dan Ahmad.
16 Diriwayatkan daripada Buraydah al-Aslami oleh al-Tirmidhi sebagai hadith Hasan Sahih Gharib. Al- Hakim mengesahkan ianya Sahih dan turut dipersetujui oleh al-Dhahabi .
17 Fath al-Bari (cetakan 1959, 3:63 #1098). (Pentj: Kritikan bahawa penetapan masa untuk sesuatu amalan ibadat tertentu tidak dibenarkan hanya kerana ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah jelas sekali tidak berasas. Contohnya seperti membaca Surah Yasin di malam Jumaat dan lain-lain).

18 ‘Al-salatu khayrun mawdu'un’. Diriwayatkan daripada Abu Dharr oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dengan tiga periwayatan yang Dha’if, walaupun al-Zayn mengisytiharkan salah satunya baik (16:259 #22189), oleh al-Quda'i dalam Musnad al-Shihab (1:378 #651), al-Hakim yang menilainya Sahih tetapi al-Dhahabi melihat sanad ini mengandungi Yahya ibn Sa'id Abu Zakariyya al-Sa'di al-Basri, seorang yang lemah sepertimana disebut oleh Ibn 'Adi di dalam al-Kamil fi al-Du'afa' (7:244 #2142), oleh al-Bazzar dalam Musnadnya dan, sebagai sebahagian dari hadith yang panjang, oleh Abu Nu'aym di dalam al-Hilya dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya dengan sanad yang lemah sepertimana disebut oleh al-Arna'ut (2:76 #361); juga diriwayatkan daripada Abu Hurayra oleh al-Tabarani dalam al-Awsat dengan sanad yang lemah sepertimana disebut oleh al-Haythami, dan daripada Abu Umamah oleh Ahmad and al-Tabarani di dalam al-Kabir (8:217 #7871) dengan sanad lemah sepertimana disebut oleh al-Haythami dalam Majma' al-Zawa'id (1:159). Ibn Hajar menyebut kelemahannya dalam Talkhis al-Habir (1964 ed. 2:21 #542) dan Fath al-Bari (cetakan 1959, 2:480 #946).

19 Diriwayatkan melalui hadith yang panjang daripada Thawban dengan sanad yang Sahih oleh Ibn Majah dan Ahmad. Imam Malik turut menyebutnya di dalam Muwatta' beliau.
20 Diriwayatkan daripada Rifa'a oleh Bukhari, al-Nasa'i, Ahmad, dan Malik.
21 Fath al-Bari (cetakan 1959. 2:287 #766).
22 Diriwayatkan daripada Ibn 'Umar oleh Muslim, al-Tirmidhi (Hasan Sahih Gharib), al-Nasa'i melalui dua periwayatan, dan Ahmad dengan beberapa sanad dalam Musnadnya. Salah satu dari versi al-Nasa'i' ialah:
"Aku melihat dua belas malaikat berebut untuk itu," manakala dua daripada versi Ahmad pula ialah: " Aku melihat ucapanmu naik ke langit sehingga pintu dibuka dan masuk mereka ke dalamnya"
23 Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim (cetakan 1972. 6:154).
24 Diriwayatkan daripada 'Abd al-Rahman ibn 'Abd al-Qari oleh Bukhari, dan Imam Malik di dalam Muwatta' nya
25 Ibn al-'Arabi, 'Arida al-Ahwadhi, Kitab Ilmu, Bab “Berkenaan dengan mengikuti Sunnah dan meninggalkan Bid‘ah" (Ma ja'a fi al-akhdhi bi al-Sunna wa ijtinab al-Bid‘ah).
Risalah yang bagus untuk dibaca.

Definisi Bid'ah
Memahami Bid'ah Ghadad

Tujuh Mim

Saturday, July 01, 2006


Sheikh Ibnu Taimiyyah bersandar pada Perkataan Imam Syafie r.a. ketika mentakrifkan pengertian "Bid'ah". ... dalam Kutub al- Rasail beliau... beliau mengaku adanye Bid'ah Hasanah. Hairanlah kita memikirkan mereka dihari ini yang tidak cermat langsung dalam menghighlight kan fahaman-fahaman agama.. apa sebenar tujuan mereka dihari ini?. adakah hanya meraih perhatian orang agar dianggap alim.. pandai dalam agama melebihi dari ulamak mazhab-mazhab?. atau menganggap mazhab tiada dalam ajaran agama?. wallahu a'lam..



ومن هنا يعرف ضلال من ابتدع طريقا أو اعتقادا زعم أن الايمان لا يتم الا به مع العلم بأن الرسول لم يذكره وما خالف النصوص فهو بدعة باتفاق المسلمين وما لم يعلم أنه خالفها فقد لا يسمى بدعة قال الشافعي رحمه الله البدعة بدعتان بدعة خالفت كتابا وسنة وإجماعا وأثرا عن بعض أصحاب رسول الله صلى الله عله وسلم فهذه بدعه ضلاله وبدعه لم تخالف شيئا من ذلك فهذه قد تكون حسنة لقول عمر نعمت البدعة هذه هذا الكلام أو نحوه رواه البيهقي باسنادة الصحيح فى المدخل

Wednesday, June 28, 2006


Monday, June 5
KHM Syafi`i Hadzami


Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNyalah kita dikembalikan. Pada 7 Mei 2006 yang lalu, Kiyai Syafi`i Hadzami atau Mu`allim Syafi`i Hadzami telah kembali ke rahmatUllah. Antara karangan yang ditinggalkan ulama Betawi yang pernah menjadi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia cabang Jakarta yang tersebar luas di rantau kita ialah buku soal-jawab beliau yang berjodol "Taudhihul Adillah" atau "100 Masalah Agama" yang penuh sarat dengan berbagai ilmu yang sejalan dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama`ah bermazhab Syafi`i. Mudah-mudahan almarhum dirahmati dan diredhai Allah serta ditempatkan bersama-sama para sholihin...............al-Fatihah.

Tuesday, June 27, 2006

Siri 5. Menjawab Salafi Wahabi Bid‘ah Mengikut Ahlul Sunnah.

Komentar Penterjemah.


Jelas sekali berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan di atas membuktikan bahawa para ulama’ di kalangan empat Mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah, secara majoritinya,(manakala ijma’ di kalangan ulama Mazhab Shafi’e) telah menerima pembahagian bahawa di sana ada dua bentuk bid‘ah, iaitu yang ‘baik’(hasanah) dan yang ‘buruk’ (sayyi’ah/dalalah). Ini sekaligus menolak pandangan ganjil dan keseorangan (shadhdh) Imam al-Shatibi dalam I’tisomnya, yang menentang pembahagian bid’ah sedemikian, dan juga pandangan mereka yang bersamanya yang mendakwa semua ‘perkara baharu’ itu bid‘ah sesat (bid‘ah dalalah/sayyi‘ah) belaka.

• Adapun mereka yang mengemukakan hujah-hujah para Imam Mazhab dan imam imam besar lain yang kononnya menolak dan menentang amalan yang dikatakan “bid‘ah”, penolakan para Imam itu sebenarnya adalah terhadap bid‘ah dalalah, iaitu bid‘ah yang bertentangan dengan Shari‘at, kerana para imam-imam ini dalam masa yang sama di tempat yang lain jelas sekali mengakui dan menerima wujudnya dua kategori bid‘ah: baik dan buruk.

Dakwaan bahawa kalimah “bid‘ah” yang diungkapkan oleh Saidina Umar r.a hanya bermaksud ‘bid‘ah dari segi bahasa’, dan justeru itu sekalian para ulama telah tersilap faham merupakan suatu tanggapan memperlekehkan keilmuan dan kepakaran bahasa para ulama’ besar seperti Imam Shafi’e, Imam al-Ghazali, Imam al-Izz dan lain-lain, seolah-olah mereka ini jahil tidak tahu membezakan antara ‘bid ‘ah dari segi bahasa’ dan ‘bid‘ah dari segi syarak’. Imam Mazhab, Mujtahid Mutlaq, Hujjatul Islam, Sheikhul Islam dan Sultan al-‘Ulama’ adalah antara gelaran-gelaran yang diberikan terhadap para ulama ini sudah cukup menggambarkan kehebatan keilmuan dan kewibawaan mereka.

• Perlu kita akui bahawa para ulama’ silam teramat mengerti dan arif apa yang dimaksudkan oleh Saidina Umar r.a. dengan ungkapan kalimah “bid‘ah” itu . Mereka juga tahu dan amat mengerti bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri pernah melakukan Solat Terawih secara berjemaah untuk dua malam pertama di bulan Ramadhan sepertimana Hadith Aisyah r.a. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Namun mereka tetap menggunakan hujah perlakuan Saidina Umar itu untuk mengatakan bahawa di sana ada bid‘ah hasanah dan bid‘ah dalalah. Adalah sesuatu yang ganjil tiba-tiba ada ‘ulama mutaakhir termasuk ulama’ kurun ke-20 ini mula mempertikaikan dan menolak hujah para ulama besar seperti Imam Shafi’e, Imam Ghazali dan lain-lain yang telah menggunakan kata-kata Saidina Umar itu tadi sebagai dalil mereka.

• Setiap amalan dalam masyarakat kita perlu dinilai dan diteliti dengan cermat berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada ketikanya amalan mereka itu merupakan bid‘ah hasanah, ada juga ketikanya bid‘ah dalalah dan khurafat yang mesti ditentang, dan ada juga ianya merupakan persoalan khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ‘ulama’). Adalah terlalu cetek pemikiran melabelkan semua perlakuan yang tiada nass khusus mengenainya, di dalam satu bakul yang sama sebagai bid ‘ah dalalah atau sayyiah.

*Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui*
Siri 4. Menjawab Salafi Wahabi. Bid'ah menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah.



(h) Sokongan al-Hafiz Ibn Hajar al-As-Qoolany terhadap Imam al-Izz.

Hâfiz Ibn Hajar berkata:


Akar kata perkataan ‘bid‘ah’ itu ialah sesuatu yang direka tanpa ada duluannya sebelum ini. Ianya digunakan dalam Shari‘at sebagai lawan kepada Sunnah, dan oleh itu dikeji. Jika diteliti, sekiranya ianya termasuk dalam apa yang digalakkan oleh Shari‘at, maka ia termasuk dalam bid‘ah baik (bid‘ah hasanah), dan jika ia termasuk dalam perkara yang dikeji maka ianya adalah bid‘ah buruk (mustaqbahah). Selain daripada itu ianya diharuskan (mubâh). Ianya juga boleh dibahagikan kepada lima kategori.16

(i) Ittifaq ‘Ulama’ berhubung Klasifikasi Imam al-Izz.

Para ulama’ dalam empat Mazhab bersetuju dengan klasifikasi lima hukum bagi Bid‘ah yang dibuat oleh Imam al-Izz sepertimana yang telah disebutkan di atas, dengan turut dipersetujui oleh majoriti besar para ‘ulama’ terkemudian setiap Mazhab seperti berikut:

(1) Di kalangan ‘ulama Mazhab Hanafî: al-Kirmânî, Ibn `âbidîn, al-Turkmânî, al-`Aynî, dan al-Tahânawî.17

(2) Di kalangan ‘ulama Mazhab Mâlikî: al-Turtûshî, Ibn al-Hâjj, al-Qarâfî, dan al-Zurqânî, kecuali al-Shâtibî yang cuba menafikannya dengan mendakwa klasifikasi Imam al-Izz itu sebagai “bid‘ah tanpa ada dalil dalam Shari ‘at”!.18

I`tisâm Imam al-Shâtibî' telah diedarkan semula oleh dua tokoh Wahabi: Rashîd Ridhâ dan kemudiannya Salîm Hilâlî. Wahhâbî yang ketiga ialah Muhammad `Abdul Salâm Khadir al-
Shuqayrî – iaitu anak murid kepada Rashid Rida. Al-Shuqayrî adalah pengarang al-Sunan wal-Mubtada`ât al-Muta`alliqah bil-Adhkâr wal-Salawât yang beliau penuhi dengan pelbagai cerita-cerita dongeng yang tidak dapat disahkan, yang kemudiannya beliau mengecamnya

(3) Sepakat (ijma’) di kalangan sekalian ulama’ Mazhab Shâfi`î.19

(4) Keenganan menerimanya di kalangan ulama Mazhab Hanbalî yang terkemudian, dengan mengubah istilah Imam al-Shâfi`î dan Imam al-Izz ibn `Abdul-Salâm dengan masing-masing membawa maksud “bid‘ah dari segi bahasa” (bid‘ah lughawiyya) dan “bid ‘ah dari segi syarak” (bid‘ah shar`iyyah). Walaupun ini tidak tepat, mereka cuba memadankan apa yang Imam al-Shâfi`î' sebutkan sebagai “dibenarkan” dan “dikeji”.20


Inilah pendekatan yang sering dibawa oleh golongan Wahabi dengan memecah-mecahkan sesuatu isu sepertimana berlaku dalam isu bid‘ah ini, walaupun sepatutnya pendekatan sebenar ialah berpandukan klasifikasi yang telah dibuat oleh majoriti ulama’ (jumhûr).


Shaykh Muhammad Bakhît al-Mutî`î menyimpulkan:


“Bid ‘ah dari segi Syarak ialah yang sesat dan dicela; adapun bid‘ah yang para ‘ulama membahagikan kepada kepada Wajib dan Haram dan seterusnya itu, adalah Bid’ah dari segi bahasa, yang lebih luas dari Bid’ah dari Syarak kerana Syarak itu juga sebahagian darinya.”21


Al-Shawkânî merumuskan di dalam Nayl al-Awtâr iaitu asas kepada pembahagian bid‘ah adalah “baik” dan “buruk”, dan inilah pandangan yang paling kukuh dan kuat sekali.22


Memadailah apabila majoriti Imam Mujtahid dari kalangan Salaf menyatakan sedemikian berdasarkan dalil-dalil al-Qur'ân and Sunnah, walau apapun yang dikatakan oleh ulama’ terkemudian – samada oleh ‘ulama bakal murajjih’ seperti al- Shawkânî atau ‘ulama bakal penyunting’ seperti al-Shâtibî.


Kerana pendirian ini telah disepakati (ijma’) di kalangan para ulama’ Mazhab al-Shâfi`î dan juga selari dengan pesanan Rasulullah s.a.w agar kita mengikuti jalan para Mu’min dan mengikut pendapat [ulama’] ramai.

"Bukanlah seorang Imâm dalam `Ilmu apabila mengikut pandangan yang ganjil/terpencil (shâdhdh)".
- (`Abdul-Rahmân ibn Mahdî).

Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui

_______________________________________________________

16. Ibn Hajar, Fath. al-Bârî (cetakan 1959 5:156-157= cetakan 1989 4:318).
17. Al-Kirmânî, al-Kawâkib al-Darârî Sharh Sahîh al-Bukhârî (9:54), Ibn `âbidîn, H âshiya (1:376, 1:560); al-Turkmânî, al-Luma` fîl-Hawâdith wal-Bida` (Stuttgart, 1986, 1:37); al-Tahânawî, Kashshâf Istilâh.at al-Funûn (Beirut, 1966, 1:133-135); al-`Aynî, `Umdat al-Qârî dalam al-Himyarî, al-Bid`at al-Hasanah (hal.152-153).
18. Al-Turtûshî, Kitâb al-Hawâdith wa al-Bida` (hal. 15, hal. 158-159); Ibn al-Hajj, Madkhal al-Shar` al-Sharîf (Cairo, 1336/1918 2:115); al-Qarâfî, al-Furûq (4:219) cf. al-Shâtibî, al-I`tis âm (1:188-191); al-Zurqânî, Sharh al-Muwat a' (1:238).

19. Abû Shâma, al-Bâ`ith `alâ Inkâr al-Bida` wa al-Hawâdith (Riyad: Dâr al-Raya, 1990, hal. 93, cetakan Cairo hal. 12-13) dan juga apa yang ditelah disebut sebelum ini. Perhatian: “ijmâ` adalah lebih menyeluruh dari “ittifâq” dan ianya mengikat dari segi hukum
20. Ibn Rajab, al-Jâmi` fîl-`Ulûm wal-Hikam (2:50-53), dan Ibn Taymiyyah memperkatakan tentang bid`ah dalam kitab beliau Iqtidâ' al-Sirât. al-Mustaqîm Mukhâlafat Ashâb al-Jah îm. Ini juga merupakan pendirian Ibn Kathîr, lihat tafsiran beliau pada ayat 117 Surah al-Imran, dalam Tafsîrnya. Beliau sependirian dengan gurunya, Ibn Taimiyyah.
21. Bakhît, Fatâwâ Hadîthiyyah (hal. 205).
22. Al-Shawkânî, Nayl al-Awtâr (4:60).
Siri 3. Menjawab Salafi Wahabi:'Bid'ah menurut Ahli Sunnah wal Jama'ah'.


II. Pembahagian Bid‘ah di kalangan ‘ulama’ Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya:


(a) Definisi Imam al-Ghazâlî.

Hujjatul Islâm Imam al-Ghazâlî ketika mengulas perbahasan berhubung dengan penambahan ‘titik’ pada huruf ayat-ayat al-Qur’an dengan katanya:

Hakikat bahawa ianya perkara baharu yang diadakan (muhdath) tidak menghalang ini semua. Berapa banyak perkara baharu yang diadakan tetapi ianya baik!, seperti mana sembahyang Terawih secara berjemaah. Ianya adalah antara bid‘ah Saidina`Umar (ra) tetapi ianya adalah bidôah yang baik (bid‘ah hasana). Bid‘ah yang keji ialah yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah atau yang boleh membawa kepada perubahan Sunnah itu. 7


(b) Definisi Qâdî Abû Bakr ibn al-‘Arabî al-Mâlikî.

Qâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî ketika mengulas berhubung dengan bid‘ah berkata:

Ketahuilah! – Moga Allah menganugerahkan kamu ilmu! – bahawa bid‘ah itu ada dua jenis (al-muhdathâtu darbân):

(i) Perkara baharu yang diadakan yang tiada asas [agama] melainkan mengikut hawa nafsu sesuka hati. Ini ada jenis yang salah, dan

(ii) Perkara baharu yang diadakan selari dengan apa yang sudah disepakati. Seperti Sunnah para Khulafâ’ dan para Imam-imam besar. Perkara baharu yang diadakan dan bid‘ah bukanlah keji kerana ianya ‘baharu’ (muhdath) [baharu yang tiada sebelum ini] atau semata-mata dipanggil ‘bid‘ah’, dan tidak juga kerana maknanya! Allâh Yang Maha Agung berfirman:

“Tidak datang kepada mereka peringatan yang baharu (muhdath) dari Tuhan mereka” (21:2) dan Saidina `Umar (ra) berkata: “Alangkah cantiknya bid‘ah ini!”

Sebaliknya, bid‘ah yang bertentangan dengan Sunnah itu yang dikeji atau perkara baharu yang diadakan yang membawa kepada kesesatan itu yang dicela. 8


(c) Definisi Ibn Hazm al-Zahiri

Ibn Hazm al-Zâhirî berkata:

Bid‘ah dalam al-Din ialah apa jua yang datang kepada kita yang tiada disebutkan didalam al-Qur'ân dan Hadith Rasulullâh , melainkan seseorang itu diberi ganjaran pada sebahagiannya, dan mereka yang melakukannya dimaafkan jika mereka berniat baik. Di antaranya adalah yang diberi ganjaran dan dikira baik (h asan), apa yang pada asalnya diharuskan (“mâ kâna asluhu al-ibâha”) sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidina`Umar (ra): “Alangkah baiknya bid‘ah ini!”Ia jelas merujuk kepada semua amalan kebaikan yang dinyatakan oleh nass (al-Qur’an dan Hadith) secara umum akan galakan melakukannya, walaupun amalan berkenaan itu tidak disebutkan dalam nass secara khusus. Di antaranya juga ada yang dikeji dan tidak dibolehkan apabila ada dalil-dalil yang melarangnya. 9


(d) Definisi Ibn al-Jawzi.

Ibn al-Jawzî menyatakan perkara yang sama dalam kitabnya Talbîs Iblîs:

“Ada sesetengah perkara baharu (muhdathât) diamalkan yang tidak berlawanan dengan Shari‘at atau menyalahinya, mereka [para Salaf] melihat ianya tidak mengapa untuk diamalkan, seperti tindakan Saidina Umar mengumpulkan orang bagi mendirikan sembahyang Terawih di bulan Ramad.ân, kemudian itu beliau berkata: `Alangkah baiknya Bid ‘ah ini!'”


(e) Definisi Ibn al-Athîr al-Jazarî.

Pakar perkamusan Ibn al-Athîr menyebut di dalam kitabnya, al-Nihâyah fî Gharîb al-Hâdîth wal-Athar menyebut:

"Bid‘ah itu ada dua jenis: bid‘ah yang berpetunjuk (bid‘atu hudâ) dan bid‘ah yang sesat (bid`atu dalâlah). Apa jua yang menyalahi perintah Allâh dan RasulNya : itu termasuk dalam perkara
yang dikutuk dan dipersalahkan. Dan apa jua yang masuk dalam keumuman Allâh atau RasulNya perintahkan atau galakkan: maka itu termasuk dalam hal-ehwal yang dipuji. Apa jua yang tiada amalan sebelum ini seperti terlampau pemurah atau berbuat baik – seumpama itu termasuk dalam perlakuan dipuji. Tidak dibenarkan beranggapan perkara seumpama itu sebagai menyalahi Shari‘at kerana Rasulullah telah menyebutkan bahawa amalan sedemikian itu diberi ganjaran: “Sesiapa yang memulakan sesuatu amalan kebaikan dalam Islâm (man sanna fîl-islâmi sunnatan hasana) memperolehi ia ganjarannya dan ganjaran sekalian orang yang melakukannya”. Begitu juga sebaliknya Baginda bersabda sesiapa yang memulakan amalan jahat dalam Islâm (waman sanna fîl-islâmi sunnatan sayyi'atan) memikul dosanya dan dosa sekalian mereka yang melakukannya.”10


Begitulah apabila perlakuan itu bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allâh dan RasulNya .... Dengan maksud inilah hadîth yang menyebut “setiap yang baharu itu sesat”11
sepatutnya difahami: maksud Baginda ialah, apa jua yang
bercanggah dengan asas-asas Shari‘at dan menyalahi Sunnah.12


(f) Klasifikasi Imam al-Izz Ibn `Abdul Salâm.

Shaykhul Islâm, Sultân al-`Ulâmâ' Imâm al-`Izz Ibn `Abd al-Salâm juga berkata berhubung dengan perkara yang sama:

Di sana ada beberapa jenis perkara baharu (bid‘ah). Pertama, ialah yang apa yang tidak dilakukan di awal kedatangan Islam namun Shari‘at nyatakannya sebagai terpuji atau wajib. Yang kedua lagi ialah yang tidak dilaksanakan di awal Islam namun Shari‘at mengharamkannya dan dibenci. Yang ketiga ialah perkara yang tidak dilakukan di awal Islam dan Shari‘at mengharuskan.13

Di tempat lain beliau menyebut bahawa Bid‘ah itu ada lima jenis, sama sepertimana
yang diputuskan para fuqaha dalam amalan perbuatan seeorang, iaitu: Wâjib,Harâm, Sunat (mandûb), Makrûh, dan Harus (mubâh).14


(g) Sokongan Imam Nawawî terhadap Klasifikasi Imam al-Izz , Sheikhul-Islâm, Imâm al-Nawawî menyebut:

Bid‘ah mengikut Shari‘at ialah mereka sesuatu yang tidak pernah wujud di zaman Rasulullah dan ianya dibahagikan kepada “baik” dan buruk” (wahya munqasimatun ilâ hasanah wa qabîh ah).

Sheikh, dan Imâm sekalian ilmu-ilmu Islam yang pelbagai yang disepakati kehebatannya iaitu, Abû Muhammad `Abdul-`Azîz ibn `Abdul Salâm – Moga-moga llâh mengasihaninya! – menyebut di akhir buku beliau, al-Qawâ`id [al-Kubrâ]:

“Bid‘ah itu terbahagi kepada perkara-perkara wajib (wâjibat), Haram(muharramat), Sunat (mandûbat), Makruh (makrûhat), dan Harus (mubâhat).

Jalan untuk menilai sesuatu Bid‘ah itu ialah dengan melihat berpandukan kaedah Shari’at (qawâ‘id al-sharî‘ah).

Jika ianya jatuh dalam kategori kewajiban (îjâb) maka jadilah ia Wajib, jika ia termasuk dalam keharaman maka jadilah ia Haram; jika digalakkan maka jadilah ia Sunat, dikeji maka jadilah ia Makruh dan seterusnya yang selainnya ialah Harus.15

___________________________________________________________________
7.Al-Ghazzâlî, Ihyâ' `Ulûm al-Dîn (1:276)
8. Ibn al-`Arabî, `A rid at al-Ahwadhî (10:146-147)
9. Ibn Hazm, al-Ihkâm fî Usûl al-Ahkâm (1:47)
10.Diriwayatkan dari Jarîr ibn `Abd Allâh al-Bajalî oleh Imam Muslim, al-Tirmidhî, al-Nasâ'î, Ibn Mâjah,Ahmad, dan al-Dârimî. Juga diriwayatkan dengan kalimah yang hampir sama dari Abû Hurayrah oleh Ibn Mâjah and Ahmad; dari Abû Juhayfah oleh Ibn Mâjah; dan dari Hudhayfah oleh Imam Ahmad.
11. Diriwayatkan dari al-`Irbâd. ibn Sâriyah oleh al-Tirmidhî (hasan sahih), Abû Dâwûd, Ibn Mâjah, Ah}mad, al-Dârimî, Ibn Hibbân (1:178-179 #5 sahîh.), al-Hâkim (1:95-97= edisi 1990 1:174-177) – menyatakan ianya sahih, sementara al-Dhahabî mengesahkannya – dan di dalam al-Madkhal ilâ al-Sahîh. (hal. 80-81), al-âjurrî dalam al-Sharî`ah (hal. 54-55#79-82= hal. 46 sahîh), Ibn Abî `âsim di dalam al-Sunnah (hal. 29 #54 sahih.), al-Tahâwî di dalam Mushkil al-âthâr (2:69=3:221-224 #1185-1187 sahih), Muhammad ibn Nasr al-Marwazî di dalam al-Sunnah (hal. 26-27 #69-72 sahîh.), al-Hârith ibn Abî Usâma dalam Musnadnya (1:197-198), al-Rûyânî dalam Musnadnya (1:439), Abû Nu`aym dalam Hilyat al-Awliyâ' (1985 ed. 5:220-221, 10:115), al-Tabarânî dalam Musnad al-Shâmiyyîn (1:254, 1:402, 1:446, 2:197, 2:298) dan al-Kabîr (18:245-257), al-Bayhaqî dalam al-Sunan al-Kubrâ (10:114), al-Madkhal (hal. 115-116), al-I`tiqâd (hal. 229), dan Shu`ab al-‘mân (6:67), al-Baghawî yang mengesahkan ianya hasan dalam Sharh al-Sunnah (1:205 #102 isnâd sahih), Ibn al-Athîr dalam Jâmi` al-Usûl (1:187, 1:279), Ibn `Asâkir dalam al-Arba`în al-Buldâniyyah (hal. 121), Ibn`Abd al-Barr dalam al-Tamhîd (21:278-279) dan Jâmi` Bayân al-`Ilm (2:924 #1758) di mana beliau mengesahkan ianya sahih, dan lain-lain.
12. Ibn al-Athîr, al-Nihâya (1:79 ‘b-d-`).
13. Ibn `Abd al-Salâm, al-Fatâwâ al-Mawsiliyyah (hal. 129).
14. Ibn `Abd al-Salâm, al-Qawâ`id al-Kubrâ (2:337-339) cf. al-Nawawî dalam al-Adhkâr (cetakan Thaqâfiyyah. hal. 237) dan Tahdhîb al-Asma' wal-Lughât (3:20-22), al-Shâtibî dalam al-I`tisâm (Beirut, 1:188), al-Kirmânî in al-Kawâkib al-Darârî (9:54), Ibn Hajar dalam Fath. al-Bârî (13:253-254), al-Suyûtî, mukaddimah beliau pada Husn al-Maqsid dalam al-Hâwî lil-Fatâwâ; al-Haytamî, Fatâwâ Hadîthiyya (hal. 150), Ibn `âbidîn,n - Radd al-Muhtâr (1:376) dan lain-lain.
15 . Al-Nawawî, Tahdhîb al-Asmâ' wal-Lughât (3:20-22).

Siri 2 Menjawab Salafi Wahabi : "Bid'ah mengikut Ahli Sunnah".


Oleh itu, Imam al-Shâfie telah meletakkan suatu kriteria asas, yang perlu digunakan dalam menjatuhkan hukum terhadap sesuatu ‘perkara baharu’. Sehubungan dengan itu Imâm al-Haytamî, Qâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî, dan Imâm al-Lacknawî seterusnya menyambung:

“Bid‘ah dari segi Shari‘atnya ialah apa jua perkara baharu yang diadakan yang bertentangan dengan hukum yang diturunkan Allah, samada berdasarkan dalil-dalil yang nyata atau pun dalil-dalil umum”. 3

“Hanya Bid‘ah yang menyalahi Sunnah sahaja yang dikeji”.4

“Bid‘ah ialah semua perkara yang tidak wujud dalam tiga kurun pertama Islam dan di mana ianya tidak mempunyai asas bersumberkan empat sumber hukum Islam”
.5

Kesimpulannya, ianya tidak memadai bagi sesuatu perkara itu dikira ‘bid‘ah’ [dan sesat] hanya semata-mata kerana ianya ‘perkara baharu’; tetapi ianya perlulah juga dimasa yang sama bertentangan dengan Islam.

Al-Bayhaqî mengulas kenyataan al-Rabî :

"Begitu juga dalam hal perdebatan aqidah (kalâm) dengan pereka bid‘ah, apabila mereka ini mula mendedahkan perbuatan bid‘ah (penterjemahan ) dalam aqidah mereka kepada masyarakat awam. Walaupun kaedah kalam merupakan ‘perkara baharu’ namun ianya dipuji (mahmudah) kerana ianya bertujuan untuk mendedahkan kepalsuan pereka bid‘ah itu, seperti mana yang kita sebutkan sebelum ini.

Rasulullah dan begitu juga para Sahabat ditanya soalan berhubung dengan Qada’ dan Qadar, yang jawapannya sepertimana telah sampai kepada kita hari ini. Namun pada masa itu, para Sahabat sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah . Namun sebaliknya di zaman kita ini pereka bid‘ah tidak lagi berpuas hati dengan jawapan yang sampai kepada kita (daripada Rasulullah dan para Sahabat), dan mereka tidak lagi menerimanya. Oleh itu bagi menangkis serangan mereka, yang mereka sebarkan kepada umum, perlu bagi kita berhujah menggunakan kaedah pembuktian yang diterimapakai oleh mereka sendiri. Dan sesungguhnya kejayaan itu datangnya dari Allâh jua".6

Ini merupakan pembelaan Imâm al-Bayhaqî secara terang-terang terhadap keperluan kalâm dan sifatnya yang selari dengan tuntutan Sunnah demi mempertahankan [Islam] dari pereka bid‘ah. Pendirian yang hampir sama juga boleh dilihat dikalangan para Imam besar seperti Ibn `Asâkir, Ibn al-Salâh, al-Nawawî, Ibn al-Subkî, Ibn `Abidîn dan lain-lain.
___________________________________________________________________

3. Al-Haytamî, al-Tabyîn fî Sharh al-Arba`în (hal. 32)
4. Ibn al-`Arabî, `âridat al-Ahwadhî (10:147)
5. Cf. al-Lacknawî, Iqâmat al-Hujjah (hal. 12)
6. Al-Bayhaqî, Manâqib al-Shâfi`î (1:469)

Monday, June 26, 2006

Siri 1. Menjawab Salafi Wahabi : "Bid‘ah Mengikut Ahlul Sunnah".


Definisi Bid‘ah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah.

Oleh: Sheikh DR. Gibril Fouâd Haddâd

Tulisan ini terbahagi kepada dua bahagian:

I. Definisi Bid‘ah oleh Imam al-Shafi’e (ra).

II. Pembahagian Bid‘ah di kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya.


I. Definisi Bid‘ah Mengikut Imam Shafi’e:

Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna ‘perkara baharu’ (al-bid‘ah) dan ‘perkara baharu yang diadakan’ (al-muhdathât) iaitu samada ‘baik’ atau ‘buruk bergantung kepada samada perkara itu selari dengan Shari‘at.

Ini diriwayatkan secara Sahih
dari dua muridnya yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu, pakar hadith Mesir, Harmala ibn Yahyâ al-Tujaybî dan al-Rabî` ibn Sulaymân al-Murâdî :

Harmala menyebut, “Aku mendengar Imam al-Shâfi’e (r.a) berkata:

“Bid‘ah itu dua jenis (al-bid‘atu bid`atân)”.

“Bid‘ah yang dipuji (bid‘ah mahmûdah) dan bid‘ah yang dikeji (bid‘ah mazmûmah).
Apa yang selari dengan Sunnah itu dipuji (mahmûdah) dan apa yang bertentangan itu dikeji (mazmûmah).”1

Beliau menggunakan dalil dari kenyataan Saidina ‘Umar ibn al-Khattâb (r.a) kepada jemaah yang mengerjakan Sembahyang Terawih di bulan Ramadân dengan katanya:

“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!”.

Al-Rabî` juga meriwayatkan kenyataan yang sama bahawa Imam Al-Shâfi`î berkata kepada kami:

‘Perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis (al-muh dathâtu min al-umûri darbâin):

Pertama, perkara baharu yang bercanggah dengan al-Qur’an atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijmâ’ para ulama’, maka bid‘ah itu adalah sesat (fa hâdhihi al bid‘atu dalâlah).

Kedua, ialah perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan (mâ uhditha min al-khayr) yang tidak bertentangan dengan mana- mana pun di atas, dan ini bukan bid‘ah yang dikeji (wa hâdhihi muhdathatun ghayru madhmûmah).

`Umar (r.a) berkata terhadap sembahyang Terawih berjemaah di bulan Ramadhan:“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!” bermaksud bahawa ‘perkara baharu’ yang diada adakan yang belum ada sebelum ini, tetapi ianya tidak bercanggah dengan perkara diatas (Al-Qur’an, Sunnah, athar Sahabat dan Ijma’).'”2
_________________________________________________________________


1. Diriwayatkan dari Harmala oleh Abû Nu`aym dengan sanad dari Abû Bakr al-Al- jurrî dalam Hilyat al-Awliyâ' (9:121 #13315=1985 edisi. 9:113) dan dinukilkan oleh Abû Shâma dalam al-Bâ`ith `alâ Inkâr al-Bida` wal-Hawâdith (edisi Riyadh 1990, hal. 93), Ibn Rajab dalam Jâmi` al-`Ulûm wal-Hikam (hal. 267= edisi Zuhaylî. 2:52= edisi Arna'ût, 2:131=sahîh), Ibn Hajar dalam Fath al-Bârî (edisi 1959, 13:253), al-Turtûshî dalam al-Hawâdith wa al-Bida` (hal. 158-159), dan al-Shawkânî, al-Qawl al-Mufîd fî Adillat al-Ijtihâd wa al-Taqlîd (edisi 1347/1929 hal. 36).

Riwayat dari Saidina `Umar disebut oleh Imam Mâlik dalam al-Muwat a' dan al-Bukhârî dalam Sahîh Bukhari.

2. Diriwayatkan dari al-Rabî` oleh al-Bayhaqî di dalam Madkhal dan Manâqib al-Shâfi`î beliau (1:469) dengan sanad sahih sepertimana yang disahkan oleh Ibn Taymiyyah dalam Dâr' Ta`ârud al-`Aql wa al-Naql (hal. 171) dan melalui al-Bayhaqî oleh Ibn `Asâkir dalam Tabyîn Kadhib al-Muftarî (edisi Kawtharî, hal. 97). Dinukilkan oleh al-Dhahabî dalam Siyar (8:408), Ibn Rajab dalam Jâmi` al-`Ulûm wal-Hikam (p. 267= edisi Zuhaylî. 2:52-53=edisi Arna'ût. 2:131 sahîh), dan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bârî (1959 ed. 13:253).

Friday, June 23, 2006

dialog dari//blogs.cjb.net/salafi/


Sunday, March 19, 2006 - BAGAIMANA MEMAHAMI BID'AH??

OLEH: Nadirsyah Hosen


Selepas sholat maghrib, seperti biasanya Haji Yunus melakukan dialog dengan para jama'ah. Malam itu kebetulan terang bulan, dan udara pun tidak terlalu dingin. Suasana nyaman itu mendadak menjadi panas akibat pertanyaan seorang jama'ah.

"Pak Haji, ijinkan saya bertanya soal bid'ah." demikian pertanyaan Ace, nama anak muda itu. Jama'ah tersentak kaget. Sudah beberapa tahun ini masalah sensitif tersebut tidak disinggung dalam Masjid Jami' di desa tersebut. Haji Yunus memang ingin menjaga keutuhan dan kekompakan ummat Islam di desa itu.


"Silahkan," jawab Haji Yunus dengan senyum khasnya. "Ada baiknya setelah sekian lama kita menahan diri dan bersikap toleran terhadap sesama, ada baiknya kalau sekarang kita dialogkan dengan toleran dan terbuka pula masalah ini. Biar kita terus dapat memelihara suasana persaudaraan di kampung ini."


Ace kemudian mulai bertanya, "saya sering membaca buku agama yang mewanti-wanti soal bid'ah. Baca Qunut bid'ah, Mauludan itu bid'ah, tahlilan itu bid'ah bahkan berzikir dg tasbih juga bid'ah. Padahal konon setiap bid'ah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di neraka! Mohon pencerahan pak Haji!"


"Anakku," sapa pak Haji dengan penuh kasih sayang. "Sekitar lima belas abad yang lampau, Rasulullah saw bersabda, 'Sebaik-baiknya perkataan/berita adalah Kitabullah dan sebaik-baiknya petunjuk adalah petunjuk dari Muhammad. Sementara itu, sejelek-jelek urusan adalah membuat-buat hal yang baru (muhdastatuha) dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan tempatnya di neraka." [Lihat misalnya Shahih Muslim, Hadis Nomor [HN] 1.435; Sunan al-Nasa'i, HN 1560; Sunan Ibn Majah, HN 44 dengan sedikit perbedaan redaksi]


"Berarti benar dong...bid'ah itu sesat!" cetus Mursalin, jama'ah yang semula hanya duduk di pojokan Masjid, kini mulai maju ke depan mendekati sang Ustadz.


"Benar! Namun masalahnya apakah yang disebut bid'ah itu? apakah semua urusan yang belum ada pada jaman Nabi disebut bid'ah? Saya ke kantor pakai Honda, tetangga saya pakai Toyota, lalu Nabi pakai Onta. Apa ini juga bid'ah?" balas Burhanuddin, pegawai jawatan kereta api. Ada nada emosi di suaranya.


"Sabar...sabar..."Haji Yunus berusaha menenangkan jama'ah yang mulai merasakan 'hot'nya suasana. "Kita harus lihat dulu konteks hadis tersebut. Nabi sebenarnya saat itu sedang membuat perbandingan antara hal yang baik dengan hal yang buruk. Hal yang baik adalah berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah Nabi. Sedangkan hal yang buruk adalah melakukan sebuah perbuatan yang tidak ada dasarnya dalam kedua sumber itu."


"Tetapi...pak Ustadz..." Burhanuddin mencoba memotong keterangan ustadz.

"Nah, anda sudah berbuat bid'ah saat ini. Tidak sekalipun Nabi memotong perbincangan sahabatnya atau perkataan orang kafir. Ini adalah contoh paling jelas dan nyata dari perbuatan bid'ah. Dengarkanlah dulu penjelasan saya sampai selesai.


Setelah tiba giliran anda silahkan berkomentar." tegur sang ustadz dengan lembut.

"Maaf..ustadz....silahkan diteruskan..." Burhanuddin menyadari kekhilafannya. Kadangkala merasa diri benar telah menimbulkan hawa nafsu dan setan berhasil membangkitkan nafsu tersebut.


"Saya ulangi, perbuatan bid'ah adalah perbuatan yang tidak ada dasarnya dalam kedua sumber utama kita tersebut. Namun ini baru setengah cerita. Bukankah seperti disebut ananda Burhanuddin tadi terdapat banyak urusan kita sehari-hari yang berbeda dengan yang dialami Nabi akibat perbedaan ruang dan waktu serta berkembangnya tekhnologi. Apakah ini juga tergolong bid'ah? Tidakkah menjadi mundur rasanya kalau kita harus memutar jarum sejarah lima belas abad ke belakang untuk mengikuti semua hal yang ada di jaman Nabi termasuk soal keduniawian? Tidak realistis rasanya kalau kita harus naik onta di desa ini hanya karena tidak ingin jatuh pada perbuatan bid'ah. Untuk itu perlu dipahami konteks bid'ah tersebut."

Jama'ah makin mendekat berdesak-desakan menunggu keterangan Haji Yunus selanjutnya.


"Jama'ah sekalian....Syarh Sunan al-Nasa'i li al-Suyuti memberikan keterangan apa yang dimakud dengan "muhdastatuha" dalam hadis yang saya bacakan di atas. Disebut muhdastatuha kalau kita membuat-buat urusan dalam masalah Syari'at atau dasar-dasar agama (ushul). Dalam Syarh Shaih Muslim, Imam Nawawi menjelaskan lebih lanjut bahwa para ulama mengatakan bid'ah itu ada lima macam: wajib, sunnah, haram, makruh dan mubah."


"Yang wajib adalah mengatur argumentasi berhadapan dengan para pelaku bid'ah. Yang mandub (sunnah) adalah menulis buku-buku agama mengenai hal ini dan membangun sekolah-sekolah. Ini tidak ada dasarnya dalam agama namun diwajibkan atau disunnahkan melakukannya. Yang dianggap mubah adalah beraneka ragam makanan sedangkan makruh dan haram sudah nyata dan jelas contohnya. Jadi kata bid'ah dalam hadis di atas dipahami oleh Suyuti dan Nawawi sebagai kata umum yang maksudnya khusus. Kekhususannya terletak pada persoalan pokok-pokok syari'at (ushul) bukan masalah cabang (furu').

"Jika kita menganggap hadis itu tidak berlaku khusus maka semua yang baru (termasuk tekhnis pelaksanaan ibadah) juga akan jatuh pada bid'ah. Kedua kitab Syarh tersebut juga mengutip ucapan Umar bin Khattab soal sholat tarawih di masanya sebagai 'bid'ah yang baik' (ttg ucapan Umar ini lihat Shahih Bukhari, HN 1871). Dengan demikian Umar tidak menganggap perbuatan dia melanggar hadis tersebut, karena sesungguhnya yang di-"modifikasi" oleh Umar bukan ketentuan atau pokok utama sholatnya, melainkan tekhnisnya. Mohon dicatat, penjelasan mengenai hadis ini bukan dari saya tetapi dari dua kitab syarh hadis dan keduanya saling menguatkan satu sama lain"


"Kita juga harus berhati-hati dalam menerima sejumlah hadis masalah bid'ah ini. Sebagai contoh, hadis mengenai bid'ah yang tercantum dalam Sunan al-Tirmizi, HN 2701 salah satu rawinya bernama Kasirin bin Abdullah. Imam Syafi'i menganggap dia sebagai pendusta, Imam Ahmad menganggap ia munkar, dan Yahya menganggapnya lemah. Hadis masalah bid'ah dalam Sunan Ibn Majah, HN 48 diriwayatkan oleh Muhammad bin Mihshanin. Tentang dia, Yahya bin Ma'yan mengatakan dia pendusta, Bukhari mengatakan dia munkar, dan Abu Hatim al-Razi mengatakan dia majhul. Ibn Majah meriwayatkan hadis dalam masalah ini [HN 49], diriwayatkan oleh dua perawi bermasalah. Abu Zar'ah al-Razi mengatakan bahwa Bisyru bin Mansur tidak dikenal, Zahabi mengatakan Abi Zaid itu majhul. Kedua hadis Ibn Majah ini tidak dapat tertolong karena hanya diriwayatkan oleh Ibn Majah sendiri, yaitu "Allah menolak amalan pelaku bid'ah, baik sholatnya, puasanya...dst. Namun Saya tidak bilang semua hadis ttg bid'ah itu lemah lho...."


"Pak Haji, bisa tolong membuat batasan masalah pokok agama itu apa saja dan masalah cabang atau furu' itu yang bagaimana" tanya Ace yang sebelumnya sibuk mencatat nomor hadis dan kitab hadis yg disebutkan Haji Yunus.

"Yang disebut asal/pokok/dasar Agama adalah ibadah mahdhah yang didasarkan oleh nash al-Qur'an dan Hadis yang qat'i. Dia berkategori Syari'ah, bukan fiqh. Kalau sebuah amalan didasarkan pada dalil yang ternyata dilalahnya (petunjuknya) bersifat zanni maka boleh jadi amalan tersebut akan berbeda satu dengan lainnya. Ini disebabkan zanni al-dalalah memang membuka peluang terjadinya perbedaan pendapat. Sementara kalau dilalah atau dalalahnya bersifat qat'i maka dia masuk kategori Syari'ah dan setiap hal yang menyimpang dari ketentuan ini dianggap bid'ah. Jadi, sebelum menuduh bid'ah terhadap amalan saudara kita, mari kita periksa dulu apakah ada larangan dari Nabi yang bersifat qat'i (tidak mengandung penafsiran atau takwil lain) terhadap amalan tersebut?"


"Jikalau tidak ada larangan, namun dia melanggar ma'lum minad din bid dharurah (ketentuan agama yang telah menjadi aksioma), maka dia jatuh pada bid'ah. Kalau tidak ada larangan, dan tidak ada ketentuan syari'at yang dilanggar, amalan tersebut statusnya mubah, bukannya bid'ah!"

"Contohnya pak Kiyai...."

"Baik, ini adalah contoh praktisnya:


Apakah ada larangan memakai alat untuk berzikir (kita kenal dg tasbih atau rosario utk agama lain) ? Meskipun Nabi tidak pernah mencontohkannya, bukan berarti tidak boleh! Adalah benar dalam masalah ibadah berlaku kaidah, 'asal sesuatu dalam ibadah itu haram kecuali ada dalil yg membolehkan atau mewajibkan'. Nah, apakah memakai tasbih itu termasuk ibadah mahdhah atau tidak? Indikasinya adalah apakah zikir kita tetap sah kalau tidak pakai tasbih? tentu saja tetap sah, karena yang disebut ibadah adalah zikirnya, bukan cara menghitung 33 atau 99nya. Tasbih memang dipakai dalam zikir tetapi dia hanya masalah tekhnis. Seseorang bisa jatuh pada bid'ah kalau menganggap wajib hukumnya memakai tasbih untuk berzikir. Tetapi kalau memandang tasbih hanya sebagai alat tekhnis saja, tentu tidakmasalah.


"Ini yang saya maksud dengan membedakan mana ibadah inti dan mana tekhnis ibadah; mana ibadah mahdah dan mana ibadah ghaira mahdhah." Contoh lain, haji itu wukuf di padang Arafah. Ini ketentuan Syari'ah; bukan fiqh. Kalau anda wukufnya di Mina, maka anda berbuat bid'ah."


"Contoh lain....Nabi menyuruh kita melihat bulan untuk berpuasa. Sekarang kita lihatnya pakai teropong? Apakah ini bid'ah? Fungsi teropong kan hanya membantu saja (tekhnis/alat bantu). Jadi, sama dg tasbih."

"Soal merayakan Maulid bagaimana?" tanya Mursalin.


"Sama saja...gunakan kriteria atau batasan yang saya jelaskan di atas.Anda bisa menilai sendiri. Pertama, adakah nash yang melarang atau menyuruh kita merayakan maulid Nabi?"

"Tidak ada" jawab jama'ah serempak.

"Apakah maulid nabi bagian dari ibadah inti atau ibadah mahdhah?

Apakah kita berdosa kalau meninggalkannya?"

"Tidak...." jama'ah menjawab lagi.

"Apakah hukumnya wajib menyelenggarakan maulid Nabi?"

"Tidak!!!"

"Bagus...anda sudah bisa menyimpulkan sendiri kan....Nah, contoh bid'ah yg nyata adalah menambah atau mengurangi jumlah rakaat dalam sholat. Karena ada perintah Nabi, "Shollu kama raytumuni ushalli"


"Bagaimana dengan masalah melafazkan niat atau ushalli dalam sholatustadz?" tanya pak Haji Ya'qub, seorang juragan ayam di desa itu.

"Yang diperintah itu adalah berniat. Di sini tidak ada perbedaan pendapat. Perbedaan mulai timbul: apakah niatnya itu kita lafazkan atau cukup dalam hati. Sama-sama tidak ada nash qat'i dalam hal ini, sehingga dia bukan masalah dasar atau pokok agama. Apalagi lafaz niatnya itu dibacanya sebelum takbiratul ihram. Sholat itu dimulai dari takbiratul ihram; apapun tindakan, ucapan atau pikiran anda sebelum anda takbiratul ihram sholat anda tetap sah. karena sholat dihitung dari saat anda mengucapkan takbiratul ihram."


"Bukankah ada hadis yg menyebutkan bahwa ketika sholat nabi langsungmengucap Allahu Akbar, tanpa membaca ushalli." tanya pak Haji Ya'qubpenasaran.


"Benar...selama kita tidak menganggap bacaan ushalli itu wajib dibaca dan bagian dari sholat maka itu masuk kategori tekhnis ibadah. Lebih tepat lagi tekhnis berniat dalam sholat. Dalam hal Nabi langsung membaca takbir, berarti Nabi saat berniat sholat sudah mantap menyatukan antara ucapan, perbuatan, pikiran, motivasi dan kepasrahan. Lalu bagaimana dengan mereka yang perlu berkonsenstrasi memusatkan perhatiannya dg melafazkan niat? Saya memandang ini bukan bid'ah, Wa Allahu A'lam. Yang jelas melafazkan niat bukan bagian dari ibadah sholat; itu dilakukan SEBELUM takbir. Lha wong anda sebelum takbir aja gossip boleh kok...."

"Masak mau sholat nge-gossip dulu ustadz?" tanya Burhanuddin


"Maksud saya, contoh ekstremnya demikian. Nge-gossip sebelum takbir tidak akan membatalkan sholat anda. Lha wong sholatnya belum dimulai, kok sudah batal. Nah daripada antum pada nge-gossip kan lebih baik berkonsentrasi dg segala cara agar sholatnya khusyu'."


Tanpa terasa...waktu isya' telah tiba. Haji Yunus menutup dialog kali ini dengan menyatakan: "Apa yang saya sampaikan ini tentu belum sempurna dan belum memuaskanantum semua. Saya mohon ampun kepada Allah atas kekhilafan dan kekurangan saya. Semoga Allah senantiasa menunjuki kita ke jalan yang lurus."

salam hangat,
al-haqir wal faqir
=nadir=

ps. dialog di atas bersifat fiktif. Kesamaan nama ataupun lainnya hanya kebetulan semata.


Nadirsyah Hosen adalah dosen Fakultas Syariah UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta

Friday, June 16, 2006


Iklan...
Assalamu alaikum, dimaklumkn Goat Farm kepunyaan cikgu halim berhampiran masjid dol said, Simpang Empat Pulau Sebang Melaka sedia mengadakn kursus memelihara kambing selama dua hari.. setiap peserta dikenakan bayaran oleh Goat farm.
berminat ?.. untuk maklumat sila hubungi encik heri h/p no 0133050468
atau encik yaakob wak h/p no 0196184023

encik heri dan yaakob wak hanya berkempen mengumpulkn peserta saja.. semua urusan sebenarnye adalah terus kepada Goat Farm..

Tuesday, June 13, 2006

Satu pandangan terhadap akidah Sheikh Ibnu Taimiyyah.
Menilai dan mengkaji adalah lebih baik dari hanya mendengar. Ini salah satu dari beberapa kritikan terhadap akidah Sheikh Ibnu Taimiyyah.Ttapi saya tidak sependapat dalam soal mengkufurkan S. Ibnu Taimiyyah. Sebab yang muktamad , ianye tidak lah kufur.. Makluman bersama article ini saya cut and paste kan dari laman Kebenaran mutlak.
Wallahu a'lam.


AQIDAH Sheikh IBNU TAIMIYYAH

Susunan: al-Ustaz Mohamad Ghouse Khan Surattee ( Singapura).

Amma Ba'd: Adapun mengenai Ibin Taymiyya tidak semua orang Islam sedar asal aqidahnya oleh kerana banyaknya penyokong-penyokongnya yang kian hari bertambah yang sentiasa menambahkan kepujian kepadanya tanpa melihat aqidahnya, terutama sekali 'pejuang-pejuang' nya yang kebanyakkkan berada di Timur Tengah. Namun oleh kerana tulisan-tulisan alim ulama ahlus sunnah yang mengistiharkan kesesatannya dapat kami kumpulkannya dengan kehendak Allah dan kami sangat terharu kerana sehingga saat ini masih ada tulisan-tulisan yang menjelaskan keadaan ibin Taymiyya yang sebenarnya.

Kami disini akan menjelaskan pengakuan Ibn Taymiyya sebagai penganut dan ulama ahlu tajsim oleh kerana terlalu banyak tulisannya samada secara samar-samar atau pun terang-terangan dalam perkara ini.

Kami mulakan disini dengan satu pengakuannya yang jelas sebagai bukti beliau adalah sebahagian dari ulama aqidah dari kalangan ahli tajsiim ( dari firqah karamiyah ) dan kami akan menyusulkan 1 pendapatnya dari tulisannya sendiri sebagai satu bukti beliau cukup senang dengan kaum karamiyah oleh kerana kebanggaannya dan pujiannya yang tinggi kepada kaum karamiyah, yang sangat sesat mengikut pandangan jumhur ahlus sunnah oleh kerana karamiyah adalah golongan ahlu tajsiim yang isbatkan tubuh badan kepada Allah SWT ( jisim ).

Pengakuannya sebagai Ahlu Tajsiim :



Kitab : At-Ta'siis Fii Radd Asaasit Taqdiis
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 101
Bermula dari :


"وليس في كتاب الله ولا سنة رسوله ولا قول أحد من سلف الأمة وأئمتها أنه ليس بجسم وأن صفاته ليست أجساما وأعراضا ، فنفي المعانى الثابة بالشرع
والعقل بنفي ألفاظ لم ينَفِ معناها شرع ولا عقل ، جهل وضلال

Artinya : Tidak ada dalam kitab Allah ( Quran ) dan juga tidak ada dalam sunnah Nabi saw dan juga tidak ada satu pendapat dari seorang salaf dan ulamanya, yang menjelaskan bahawa dia ( Allah ) bukan jisim dan juga tidak ada juga ( dari sumber-sumber tersebut diatas ) yang menjelaskan bahawa sifat-sifatnya bukanlah jisim dan berlembaga (MAKSUDNYA BAGI IBNU TAIMIYYAH- ALLAH BERJISIM DAN BERBENTUK LEMBAGA) . Adalah dengan menolak ma'na yang telah ditetapkan oleh syara' dan akal dengan ketiadaan lafaz-lafaz ( yang menunjukkan Allah bukan jisim ), secara syara' dan bukan menurut akal, adalah satu kebodohan dan kesesatan (MAKSUDNYA SESIAPA YANG TIDAK PERCAYA ALLAH ITU BERJISIM DAN BERLEMBAGA, MAKA DIKIRA BODOH DAN SESAT).

Huraiannya : Oleh kerana tidak ada penafian dari nas, kita tidak boleh menafikan Allah itu tidak berjisim. Ringkasnya , ALLAH BERJISIM OLEH KERANA TIADA PENAFIAN DARIPADA NAS.

Ini dikuatkan oleh pandangannya terhadap jasmaniah Allah swt dengan memberi contoh jika Allah berkehendak ( dengan jisimnya ) untuk duduk di belakang/ buntut nyamuk sudah tentu dapat dilakukan dengan qudrahNya dan sifat kehalusanNya apatah lagi duduk di istana yang agung.

Kitab : At-Ta'siis Fii Radd Asaasit Taqdiis
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 568
Bermula dari

ولو شاء – الله – لاستقر على ظهر بعوضة فاستقلت به بقدرته ولطف ربوبيته

فكيف على عرش عظيم


ertinya: Dan jikalau mengkehendaki Allah ia menetap di belakang NYAMUK dan mampu Ia, sendirian dengan kuasanya dan dngan sifat Lathifnya, maka betapa hal pula (dikatakan tidak mampu) jika Ia menetap ATAS ARSY?.

Pendapatnya yang jelas yang membukti bahawa beliau adalah pencinta atau penganut kaum karamiyyah (IAITU FAHAMAN ALLAH BERTUBUH BADAN).

Kitab : Minhajus Sunnah
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 181
Bermula dari
" كما قال ذلك من قال من الكرامية وغيرهم من نظار المسلمين"
Artinya : Begitulah berkata mereka yang berkata dari kaum karamiyyah dan juga selain dari mereka dari nuzaril muslimin ( ulama yang bertugas mempertahankan aqidah orang islam ).

Penjelasan : Beliau dengan penuh kebanggaan telah menyamakan aqidah karamiah selari dengan aqidah para ulama yang mempertahankan Islam, sedang sudah di itifaq karamiah adalah satu kaum yang sabit kekufuran mereka kerana menisbahkan tubuh badan kepada Allah swt.

Selepas kita dimaklumkan bahawa Ibin Taymiyya adalah seorang mujassim yang telah isbatkan jisim kepada Allah , ( dan ini adalah antara jenayahnya dalam aqidah MENYEBBAKAN BERKALI-KALI BELIAU DIPENJARAKAN selepas di inzar kan oleh Ibnu Qalawun ( Qadhi wilayah ) dan lujnah fatwah, dibawah pemerintahan ahlus sunnah wal jamaah) , beliau juga adalah seorang ahlu tasybih / musyabbih yang berpendapat bahawa ‘ mentasybih’ kan sesuatu kepada Allah bukan lah satu larangan dan celaan. Kerana tidak ada wurud sumber dari Nas dalam bentuk ‘mencela’ jika kita tasybih kan sesuatu kepada Allah.

Kitab : Bayan Talbisul Jahmiah Fi Ta’siis Bida’ihimul Kalamiah
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 1
Barisan / halaman : 109
Bermula dari :

" فاسم المشبهة ليس له ذكر بذم في الكتاب والسنة ولا كلام أحد من الصحابة والتابعين "

Artinya : Maka nama ‘Musyabbah’, tidak ada sebutannya dalam bentuk celaan dalam al-kitab dan sunnah dan tidak juga dari kata-kata seorang dari sahabat dan para tabi’iin.

Huraiannya : MENTASYBIHKAN SESUATU TERHADAP ALLAH TIDAK ADA CELAANNYA dari kitab, sunnah dan para sahabat serta para tabi’iin.

Ini sama seperti hujjah ahlu musyabbih ketika memberikan tasybih kepada Allah dengan sesuatu.

Bukan setakat jisim, tasybih tetapi nisbah ‘had’ kepada Allah adalah salah satu aqidah Ibin Taymiyya. Beliau terus menerus mengisbatkan 'had' bagi Allah, iaitu ALLAH MEMERLUKAN RUANG BAGI DIRINYA bagaikan makhluk juga memerlukan ruang bagi diri mereka.

Bukan sahaja beliau telah isbatkan 'had' ( ruang ) bagi Allah Ta’ala, malah mengkafirkan mereka yang menolak nisbah 'had' kepada Allah swt. Sedangkan kita sudah maklumi bahawa Jumhur Ahlus Sunnah Wal Jamaah menolak nisbah jisim, had dan apa sahaja yang diperlukan makhluk untuk dinisbahkan kepada Allah.

Pandangan Ibin Taymiyya mengenai 'had' ini, yang boleh kita rumuskan bahawa aqidahnya bukanlah aqidah salaf dan bukan ahlus sunnah wal jamaah, adalah seperti berikut :

Kitab : Al-Muwafaqah
Pengarang : Ibin Taymiyya
Juz : 2
Barisan / halaman : 29
Bermula dari :

فهذا كله وما أشبهه شواهد ودلائل على الحد ، ومن لم يعترف به فقد كفر بتنزيل الله وجحد آيات الله

Artinya : Dan semua ini dan seumpamanya bukti-bukti dan dalil-dalil keatas isbatnya 'had' bagi Allah, barangsiapa yang tidak i'tiraf ( atau tidak menerima ) dengannya ( dengan 'had' ) maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah dan bersifat engkar dengan ayat-ayat Allah.

Setakat disini dahulu , kerana masih banyak silap dan salahnya dari sudut Aqidah yang bercanggah dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan beliau telah menlanggar 60 masalah ijma yang menyebabkannya berada dalam lembah kufur. Ini semua ada termaktub dalam simpanan kami hanya masa sahaja yang mengizinkan kami susun semula satu persatu.

Bagaimana kamu memandang kepada Ibin Taymiyya dengan gelaran ‘Sheikhul Islam’ , yang digelarkan ahlu tajsiim pada zamannya kepadanya oleh kerana beliau berjaya mempengaruhi ramai orang dari Asyaerah dengan kebijaksanaannya.

Seakian dahulu.

Susunan :

Mohamad Ghouse Khan Surattee
12 Rabiul Akhir 1422

Saturday, June 10, 2006



makam Salahhuddin al-Ayubi.. Dimasq..

Friday, June 09, 2006


Berdoalah......... doa menolak bala........ kama qoola..fi riwayah.
---------------------

Ya Allah...Ya Rahmaan..

merapi....

kalakatau......

sejuklah ... dgn izin Allah...

Tuesday, May 30, 2006

Qunut dalam Sembahyang Subuh.


Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi.

Tersebut dlm kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:

"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi'in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."

Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
berkata,maksudnya:

"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"

Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin
Al-Mahalli, maksudnya:

"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya"

Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.



ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT

Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kita menjawab:

Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadith yg sahih kerana terdapat dlm kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata:(thumma tarakahu= Kemudian Nabi meninggalkannya).

Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?

Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?

Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu'jil.3,hlm.505 maksudnya:

"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia'
adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."

Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:

"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."

Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:

"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."

Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.

2. Ada juga orang2 yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:

"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kpd bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut?. Dijawab oleh bapanya:"Wahai anakku, itu adalah bid'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.

Kita jawab:

Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith2 tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.

Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dlm mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.

Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid'ah.

Maka dlm kes ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:

"Almuthbitu muqaddimun a'la annafi"

Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.

Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu' jil.3,hlm.505, maksudnya:

"Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang2 yg menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka"

Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yg sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:"Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat,
telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jgn pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain drpd itu."

Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dlm kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:

"Sudah terang qunut itu bukan bid'ah menurut segala riwayat yg ada maka yg bid'ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudahh tahu bertanya pula"

Dgn demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dlm masalah qunut.(Mizanul I'tidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Masu'd yg mengatakan, maksudnya: "Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dlm solat apa pun."

Kita jawab:

Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu' adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yg ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli2 hadith. Tersebut dlm kitab Mizanul I'tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yg dhaif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i.

Imam Bukhari mengatakan: "Ingatannya tidak kuat!"

Imam Abu Hatim mengatakan:"Dlm waktu yg akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang."(Mizanul I'tidal jil. 3, hlm.492)

Kita juga boleh mengatakan dgn jawapan terdahulu bahawa orang yg mengatakan ADA lebih didahulukan drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-

"Al-muthbitu muqaddamun a'la annafi" maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:

"Qunut pada solat subuh itu bid'ah"

Kita jawab:

Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk(orang yg ditinggalkan hadithnya).

Tambahan lagi pada hadith yg lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
"Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh."

5. Ada juga yg membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh."

Kita jawab:

Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.

Berkata Daruqutni: Ketiga2 orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.

Tersebut dlm Mizanul I'tidal: Muhammad bin Ya'la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I'tidal 4/70). Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I'tidal 2/422)
SOALAN PUSAKA MAYAT:

Saudara helmi bertanya:

askum ust. simati (p'puan) telah meninggal kan wang setelah ditolak hutang dll, telah terjumlah wang bakinya RM27169.07 warisnya ibu,ayah, suami, tiada anak , bersambung .... bagaimana cara pembahagianya dan minta ust tolong kirakan , wassalam.. askum ust. simati (p'puan) telah meninggal kan wang setelah ditolak hutang dll, telah terjumlah wang bakinya RM27169.07 warisnya ibu,ayah, suami, tiada anak , bersambung ......

JAWAB:

WA’KUM SALAM.

YANG MENDAPAT HABUAN HARTA PUSAKA PENINGGALAN MAYAT TERSEBUT HANYALAH 3 ORANG SAJA:

1- SUAMI MENDAPAT ½ DARI HARTA PENINGGALAN SEBAB MAYAT TIADA ANAK .
2- BAPA MENDAPAT – ASHABAH.. MAKSUDNYE MENDAPAT BAHAGIAN YANG BAKI
HARTA YANG MASIH ADA .

3- IBU MENDAPAT 1/3 DARI ASHABAH HARTA BAHAGIAN BAPA.





APABILA DI BAHAGIKAN MAKA :

HENDAKLAH SELURUH JUMLAH WANG TERSEBUT DIJADIKAN 6 SAHAM (BAHAGIAN) .
RM27169.07 ÷ 6 = 4528.17833

SETIAP SATU SAHAM BERNILAI : RM 4528.17833


APABILA DI BAHAGIKAN MENGIKUT NILAI SAHAM KEPADA MEREKA:


1. SUAMI MENDAPAT 3 SAHAM = RM 4528.17833 X 3 = RM 13584.5349.

2. BAPA MENDAPAT 2 SAHAM = RM 4528.17833 X 2 = RM 9056.3566.

3. IBU MENDAPAT 1 SAHAM = RM 4528.17833 X 1 = RM 4528.17833.

JUMLAH KESELURUHAN----------------------------- = RM27169.07

BEGITU LAH KIRA-KIRANYE .. WALLAHU A’LM..

Friday, May 26, 2006



بسم الله الرحمن الرحيم

Dijemput ke Diskusi Pondok Tampin..Yahoogroups.. insyallah kita boleh berkongsi maklumat, menimba ilmu dan berbincang dengan lebih selesa dan luas.

dipersilakan....Bissmillah.

Tuesday, May 23, 2006

Imam Abu Hasan al-Asha'ari dan Asyaa'iraah.


يقول الشيخ قـاضي القضاة تاج الدين عبد الوهاب السبكي في الطبقات "واعلم أن أبا الحسن الأشعري لم يبدع رأيا ولم يُنشِ مذهبا وإنما هو مقرر لمذاهب السلف، مناضل عما كانت عليه صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم فالانتساب إليه إنما هو باعتبار أنه عقد على طريق السلف نطاقا وتمسك به، وأقام الحجج والبراهين عليه فصار المقتدي به في ذلك السالك سبيله في الدلائل يسمى أشعريا" اهـ

ثم قال في موضعءاخر: "قال المآيرقي المالكي: ولم يكن أبو الحسن أول متكلم بلسان أهل السنة إنما جرى على سنن غيره وعلى نصرة مذهب معروف فزاد المذهب حجة وبيانا، ولم يبتدع مقالة اخترعها ولا مذهبا به، ألا ترى أن مذهب أهل المدينة نسب إلى مالك، ومن كان على مذهب أهل المدينة يقال له مالكي، ومالك إنما جرى على سنن من كان قبله وكان كثير الاتباع لهم، إلا أنه لما زاد المذهب بيانا وبسطا عزي إليه، كذلك أبو الحسن الأشعري لا فرق، ليس له في مذهب السلف أكثر من بسطه وشرحه وما ألفه في نصرته " اهـ
وقال "وهؤلاء الحنفية والشافعية والمالكية وفضلاء الحنابلة في العقائد يد واحدة كلهم على رأي أهل السنة والجـماعة يدينون لله تعالى بطريق شيخ السنة أبي الحسن الأشعري رحمه الله " ثم يقول بعد ذلك: "وبالجملة عقيدة الأشعري هي ما تضمنته عقيدة أبي جعفر الطحاوي التي تلقاها علماء المذاهب بالقبول ورضوها عقيدة" اهـ

ويقول الشيخ عز الدين بن عبد السلام في عقيدته: "واعتقاد الأشعري رحمه الله مشتمل على ما دلت عليه أسماء الله التسعة والتسعون "

أما الشيخ محمد العربي التبان شيخ المالكية في الحرم المكي فيقول: "فحول المحدثين من بعد أبي الحسن إلى عصرنا هذا أشاعرة وكتب التاريخ والطبقات ناطقة بذلك " اهـ

وقال القاضي ابن فرحون المالكي في ترجمة الإمام الأشعري ما نصه " "كان مالكيا صنف لأهل السنة التصانيف وأقام الحجج على اثبات السنن وما نفاه أهل البدع " ثم قال: "فأقام الحجج الواضحة عليها من الكتاب والسنة والدلائل الواضحة العقلية، ودفع شبه المعتزلة ومن بعدهم من الملحدة، وصنف في ذلك التصانيف المبسوطة التي نفع الله بها الأمة، وناظر المعتزلة وظهر عليهم، وكان أبو الحسن القابسي يثني عليه وله رسالة في ذكره لمن سأله عن مذهبه فيه أثنى عليه وأنصف، وأثنى عليه أبو محمد بن أبي زيد وغيره من أئمة المسلمين " اهـ

ولقد أنصف الحبيب عبد الله بن علوي الحداد حين قال: "إن الحق مع الفرقة الموسومة بالأشعرية نسبة إلى الشيخ أبي الحسن الأشعري رحمه الله الذي رتب قواعد عقيدة أهل الحق وحرر أدلتها، وهي العقيدة التي أجمعت عليها الصحابة ومن بعدهم من خيار التابعين وهي عقيدة أهل الحق من أهل كل زمان ومكان، وهي عقيدة جميع أهل التصوف كما حكى ذلك أبو القاسم القشيري في أول رسالته، وهي بحمد الله عقيدتنا وعقيدة إخواننا من السادة الحسينيين المعروفين بآل أبي علوي، وعقيدة أسلافنا من لدن رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى يومنا هذا، ثم أنشد

وكن أشعريا في اعتقادك إنه هوالمنهل الصافى عن الزيغ والكفر"ا. هـ

وإجمال إعتقاد الأشعري رحمه الله تعالى الذي هو اعتقاد أهل السنة والجماعة ان الله سبحانه وتعالى واحد لا شريك له، ليس بجسم مصور، ولا جوهر محدود مقدر ، ولا يشبه شيئا ولا يشبهه شىء ﴿ليس كمثله شىء وهو السميع البصير﴾، قديم لا بداية لوجوده، دائم لا يطرأ عليه فناء، لا يعجزه شىء، ولا تحيط به الجهات ، كان قبل أن كون المكان بلا مكان، وهو الآن على ما عليه كان، لا يقال متى كـان ولا أين كان ولا كـيف، لا يتقيد بالزمان ولا يتخصص بالمكان، تعالى عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات لا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات، وانه سبحانه منزه عن الجلوس والمماسة والاستقرار ، والتمكن والحلول والانتقال، لا تبلغه الأوهام ولا تدركـه الأفهام مهما تصورت ببالك فالله بخلاف ذلك، حي، عليم، قادر، سميع بصير، متكلم وكلامه قديم كسائر صفاته لأنه سبحانه مباين لجميع المخلوقات في الذات والصفات والأفعال. ومن وصف الله بمعنى من معاني البشر فقد كفر وأنه سبحانه وتعالى خلق الخلق وأعمالهم، وقدر أرزاقهم وءاجالهم، لا دافع لما قضى ولا مانع لما أعطى، يفعل في ملكه ما يريد ﴿لا يسئل عما يفعل وهم يسئلون﴾ ، ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن، وأنه سبحانه موصوف بكل كمال يليق به منزه عن كل نقص في حقه

وأن محمدا صلى الله عليه وسلم خاتم الأنبياء وسيد المرسلين، مبعوث إلى عامة الجن وكافة الورى، صادق في كل ما يبلغه عن الله تعالى

Friday, May 19, 2006

Siri 9. Menolak Akidah Tajsim dan Akidah Syubhat.


Ulasan-ulasan dan jawapan kita terhadap buku Jenayah Ilmiyah karangan Saudara Hafiz Firdaus.

HF menulis setelah diringkaskan:

PENILAIAN SEMULA NO: 60

Dakwaan percanggahan Ibn Taimiyah dengan al-Zarqani.

Disebut dalam Swsp ms 76: Di dalam kitab “Manahil al-Urfan” (m.s. 292, jld. 2) beliau menegaskan:

“Kami telah mengetahui bahawa menggunakan ayat-ayat mutasyabih pada sifat-sifat Allah itu secara zahir dengan mengekalkan maknanya adalah bukan pendapat orang-orang Islam. Sebaliknya ia adalah pendapat ahli-ahli agama yang lain seperti yahudi dan kristian dan ahli-ahli agama yang sesat seperti kaum Musyabbihah dan Mujassimah”.

Penilaian semula:

Kata-kata di atas benar terdapat dalam Manahil al-‘Urfan fi ‘Ulum al-Qur’an karya Muhammad bin ‘Abd al-Baqi al-Zarqani (1122H) (Dar al-Fikr, Beirut 1996) jld 2, ms 209 (Bab ke 15: Tentang Muhkam al-Qur’an dan Mutasyabihah, Bab: Petunjuk dan Peringatan). Bab ini asalnya ditujukan kepada sebahagian manusia di zaman al-Zarqani yang cuba meneladani generasi Salaf dalam memahami nas-nas al-Sifat tetapi telah terkeliru sehingga mereka memahaminya secara zahir, istilah dan maksud. Mereka menganggap Allah beristiwa di atas Arasy dengan Dzat-Nya dengan sebenar-benar maksud. Ahl Zahir inilah yang dikritik oleh al-Zarqani.

Sebelum itu al-Zarqani telahpun menukil 3 kaedah yang benar dalam memahami nas-nas al-Sifat, ringkasnya:

[1] Kaedah Tafwid yang diamalkan oleh Mazhab Salaf.

[2] Kaedah Takwil.

[3] Kaedah dipertengahan, iaitu dibolehkan mentakwil sesebuah al-Sifat apabila takwilan yang dilakukan benar dan dikenali di sisi lisan Arab. Jika tidak maka hendaklah ditangguhkan (tidak ditakwil) melainkan beriman kepada maksudnya sambil mensucikan Allah (daripada Tasybih dan Tajsim).

HF mengulas "tiada percanggahan fahaman antara al-Zurqoni dan S. IT", beliau menulis:

[Manahil al-‘Urfan, jld 2, ms 207-208. Yang seumpama juga telah dikemukakan oleh al-Suyuti dalam al-Itqan, jld 2, ms 10-12] Oleh itu yang benar tidak ada percanggahan antara al-Zarqani dan Ibn Taimiyah. Kata-kata al-Zarqani yang dinukil oleh pengarang Swsp sebenarnya tidak di letakkan pada tempat yang sebenarnya (out of context) dan ini merupakan pendustaan ke atas al-Zarqani.]



JAWAPAN KITA:

Penjelasan kenyataan Al-Zurqoni:

Al-Zurqoni , penulis kitab Manahilul Irfan bukan al-Zurqoni pensyarah Hadis al-Mawtak karangan Imam Malik r.a . Maka zaman al-Zurqoni manakah sebenarnya berlaku salah faham dan terkeliru memahami nas-nas al-sifat sehingga memahaminya secara zahir (HAKIKAT)?.
H.F mencatitkan di nota kaki buku beliau Jenayah Ilmiyah m.s 207 berkenaan Al-Zurqoni
Muhammad Abd. Azim Al-Zurqoni adalah pensyarah Ulumul al-Quran dan al-Hadis di Universiti al-Azhar”.
Saya menambah, dimukaddimah Kitab Manahil al-Irfan memang jelas catitan penerbit yang dapat difahami bahawa Zurqoni pengarang Manahil ini adalah mereka yang hidup sekitar tempoh Wahabi mula masuk memerintah di Saudi Arabia.

Di muka surat 291 Manahil al-Irfan yang ada di tangan saya, cetakan Dar al-Ihya al-Kutub al-Arabiyah , juzuk 2 tercatit :

لقد أسرف بعض الناس فى هذا العصر , فخاضوا فى الصفات بغير حق. وأتوا فى حديثهم عنها وتعليقهم عليها بما لم يأذن الله , ولهم فيها كايمات غامضة تحتمل التشبيه والتنزيه , وتحتمل الكفر واالايمان حتى باتت هذه الكليمات نفسها من المتشابهات , ومن المؤسف أنهم يوجهون العامة وأشباهم بهذا . ومن المحزن أنهم ينسبون ما يقولون الى سلفنا الصالح , ويخيلون الى الناس أنهم سلفيون ؟؟؟. من ذلك قولهم : ان الله تعالى يشار اليه بالشارة الحسية .وله من الجهات الست : جهة الفوق . ويقولون : انه مستوى على عرشه بذاته استوأ حقيقيا : بمعنى أنه استقر فوقه استقرارا حقيقيا, غير أنهم يعودون فيقولون : ليس كاستقرارنا وليس على مانعرف ,هكذا يتناولون أمثال هذه الأية .

{Sesungguhnya telah melampaui batas setengah dari manusia pada masa kini, mereka membicarakan sifat-sifat dengan tidak mengikut cara yang benar . Mereka berkata-kata berkenaanNya dan mengulas tanpa mengikut lunas yang diizinkan oleh Allah. Mereka berkata berkenaannya dengan kalimat-kalimat yang mendalam yang di ihtimalkan terdapat Tasybih dan Tanzih. Dan dihtimalkan Kufur dan Iman hingga nyatalah semua kalimat-kalimat ini sendiriNya adalah Kesamaran. Dan setengah dari yang mendukacitakan bahawa mereka membentangkannya pada masyarakat awam dan mewas-waskan mereka. Dan setengah dari yang mendukacitakan lagi, bahawa mereka menisbahkahkan perkara yang mereka bicarakan itu kepada Salaf–Soleh, dan mengkhayalkan orangramai bahwa mereka adalah golongan Salafi???. Setengah dari demikian itu, perkataan mereka : “ Bahawa Allah ta’la, ditunjuk padaNnya dengan telunjuk yang zahir. Dia, ta’ala mempunyai arah ( pihak ) yang enam. Pihak atas . Dan mereka berkata : “Bahawa Dia ta’la bersemayam atas A’rsy Nya dengan Zatnya sebagai semayam yang HAKIKI. ..iaitu dengan makna bahawa dia tetap sebagai tetap yang hakiki.Cuma kembali merujuk (dari makna HAKIKI itu dengan kata) : “ Bukanlah Ia tetap (atas A’rsy) seperti tetapnya kita dan bukan pula menurut yang kita tahu”. Seperti inilah mereka mentakwil contoh-contoh ayat ( yang menunjukkan sifat-sifat mutasyabihat) }. Tammat.


Jika diperhatikan maksud ayat diatas , dapatlah kita fahami maksud sebenar kaedah mereka yang diutarakan ole al-Zurqoni yang berbunyi:

Bahawa Dia ta’la bersemayam atas A’rsy Nya dengan Zatnya sebagai semayam yang HAKIKI. ..iaitu dengan makna bahawa dia tetap sebagai tetap yang HAKIKI. Cuma kembali merujuk ( dari makna HAKIKI itu dengan kata) : “ Bukanlah Ia tetap (atas A’rsy) seperti tetapnya kita dan bukan pula menurut yang kita tahu”.

Kita akan dapati ianya saling tak tumpah sedikit pun dengan kaedah mereka yang telah kita bincangkan. Perhatikanlah bersungguh-sungguh. Kemudian cuba lah para pembaca meneliti semula penerangan yang telah kita kemukakan. Bacalah berulang kali dari m. s 291 – 293 kitab Manahilul Irfan tersebut , buah karangan seorang pakar al- Quran. Kita akan mendapati maksud pengarang Manahilul Irfan memang bersesuaian dengan fahaman Salafi Modern yangg tercanggih sekarang. Kita akan dapati jelas perbezaan antara fahaman Salaf S. IT dengan Salaf sebenar. Fahaman seperti dakwaan S. IT adalah sama dengan fahaman mereka yang di maksudkan oleh pengarang Manahil tersebut. Perhatikanlah bersungguh-sungguh. Kemudian cubalah para pembaca meneliti semula penerangan yang telah kita kemukakan. Saling tak tumpah sedikit pun . Tidaklah saya bermaksud al-Zurqoni menulis secara tepat ayat "bahawa setengah dari manusia pada masa kini" adalah golongan Wahabiyah, tetapi yang difokuskan adalah Kaedah Fahaman yang sama antara pihak S. IT yang menjadi ikutan wahabiyah dan "kenyataan Sheikh Al-Zurqoni tersebut".

Oleh itu anggapan Saudara HF mengatakan tiada percanggahan fahaman antara al-Zurqoni dengan S. I T , adalah tidak benar dan telah out of context.
brsmbung