Saturday, May 06, 2006

Siri 2.
Menolak Fahaman Tajsim dan Akidah Syubhat.




4.Perbezaan Kaedah S. Ibnu Taimiyyah dengan Jumhur .

Untuk penjelasan, marilah kita singkapkan kembali method pegangan Salaf yang dipopularkan oleh S. Ibnu Taimiyyah sepertimana yang dicatit oleh tangan beliau sendiri dan perbezaannya dengan Salaf sebenar.
Beliau menulis dalam Majmu’ Rasail Al Kubro juzuk 1 ms 416;

اجراء أيات الصفات وأحاديثها على ظاهرها مع نفى الكيفية و التشبيه .
“Ijraa u aayatis shifaat wa aahadisiha a’la zoohiriha ma’a nafyil kaifiyyati wat tasybih”.

Ertinya : “Mengertikan ayat-ayat sifat dan hadis-hadisnya yg berhubung dengan sifat Tuhan menurut Zohirnya , serta menafikan Kaifiyat dan Tasybih daripada nya”.

Sedangkan Salaf Ahli Sunnah yang sebenar telah merumuskan sikap terhadap Ayat-ayat Mutasyabihat dengan :
اجراء أيات الصفات كما وردت وفوضوا معانيها ءالى الله تعالى.
“Ijraa u ayaatis shifaat kama waradat wafawwadhu ma’aaniiha ila Allahi ta’ala”.

Ertinya : "Mengertikan ayat-ayat sifat dan hadis-hadisnya yang berhubung dengan sifat Tuhan menurut sepertimana yang Warid ( datang/ difirmankan atau disabdakan yaitu hanya menurut BACAAN nya sahaja bukan maknanya ) dan diTafwidh (serahkan) segala maknanya kepada Allah s.w.t."
Rujuk Kitab Kaasyifus Shaghir m.s 23. Karangan Sa’id Abd. Lathif Fuu dah. Cetakan Daarul Al Razi.

Fahamlah kita bahawa Fahaman Salaf yang sebenar , tidak langsung memahami maknanya, sedangkan disisi Fahaman Salaf IT difahami maknanya menurut Zohir. Wallahu a’lam.

Setelah kita memerhatikan beberapa huraian Kaedah yg dicatit S.Ibnu Taimiyah dan kitab-kitab dan buku-buku yang menghalusi syarahan kepada kaedah beliau tersebut, contohnya Buku Fathu Rabbil Bariyyah bit Talkhis Hamawiyah, karangan Syekh Solih Usaimin , yg menjadi teks sekolah-sekolah di Saudi dan sebahagian sekolah-sekolah fahaman Wahabiyah di Malaysia mungkin?. Nyatalah bahawa kaedah tersebut tiada lain melainkan membawa kepada kerpercayaan yg fasid (rosak) yang tiada asas nukilan nya dari pada Seorang yang di kagumi oleh S. Ibnu Taymiyah sendiri, iaitu Syekh Ahli Sunnah Imam Abu Hasan Al A’sy ari .

Mengapa dikatakan Ibnu Taimiyyah tidak sebenar seperti dakwaan nya menyamai method Imam Abu Hasan Al Ashaary?. Padahal Ibnu Taimiyyah beberapa kali menegaskan jalan yang di ikutinya ada lah jalan Imam Ahmad bin Hanbal dan memuji-muji Syekh Ahli Sunnah Wal Jama’ah Imam Abu Hasan Al Asy’aari.
Begitu juga pentahkik-pentahkik kitab yang sefahaman dengan beliau telah menunjjukkan ta’jub kepada perbahasan Kitab S. Ibnu Taimiyyah dan mendapati fahaman S. Ibnu Taimiyyah sama dengan Fahaman Imam Abu Hasan Asy’ary?.

Cubalah kita perhatikan kefahaman yg dihasilkan daripada Kaedah Ibnu Taymiyyah tersebut .

Sebagaimana yg saudara catitkan di bawah ini sebagai huraian kaedah tersebut:

Saudara menulis:

{Dalam ertikata lain "Menetapkan apa-apa yg telah ditetapkan oleh Allah bagi diri-Nya sendiri di dalam Kitab-Nya, atau ditetapkan oleh RasuluLlah SAW bagi-Nya ; tanpa penyelewengan dan dan tidak pula pengurangan, serta tidak menggambarkan bentuknya dan tidak pula memperumpamakan."}

JAWAB:

Perkataan saudara tersebut seolah-olah memberi maksud yang tepat dengan kehendak Allah dan Rasul. Hakikat sebenarnya adalah tidak . Marilah kita perhatikan apa maksud Kaedah mereka ini:

1). “Tanpa penyelewengan bermaksud “Tiada Takwil samaada Takwil Ijmali atau Tafsili ”. Kerana Ibnu Taimiyyah tidak sahaja menuduh Muktazilah sebagai Penyeleweng ayat-ayat Sifat Tuhan, bahkan termasuk juga Jumhur Ulamak yang berpegang dengan “ Takwil Ijmali dan Tafsili” adalah Penyeleweng juga.

2).“Tanpa pengurangan” bermaksud “ Tiada Ta’thil” yaitu “tiada dihilangkan maknanya yg zahir dan dipakai maknanya yg Zahir/Hakikat , tidak dipakai makna yg Majaz".

3).“Serta tidak pula menggambarkan bentuknya dan tidak pula memperumpamakan” bermaksud “Tiada Tasybih (menyerupakannya) dengan makhluk ” .

Jika dipasangkan kaedah ini kepada sesuatu ayat misalnya : الرحمن على العرش استوى “ Ar Rahman a’la arsyis tawa”. Ertinya “Tuhan bersifat Rahman beristiwa di Arsy”, maka tentulah kalau mengikut fahaman pengikut S. Ibnu Taimiyyah akan menatijahkan:

“Tuhan yang bersifat Rahman bertempat iaitu diatas Arsy, yang tidak serupaNya dengan tempat makhluk”?.
Lihatlah buktinya dari kata-kata Ibnu Taimiyyah sendiri dalam Al Hamawiyah Al Kubro, MS 452:
أن الله فى السمأ على العرش من فوق سبع سموات.
“Bahawa Allah diatas Langit , Diatas Arsy ,yang mana keadaan Arsy pula diatas tujuh petala Langit”?.

Jika bukan maksud IT bukan bertempat diArsy langit, kenapa dikaitkan pula dengan Tujuh petala Langit?.
Sebenarnya memang dasar kaedah beliau sepatutnya akan memahamkan bertempat, cuma tak serupa dengan bertempatnya makhluk sahaja. Beliau juga telah tidak ragu-ragu mendeklarasikan Tuhan boleh berjisim. Maka apa pula perlunya di Ihtimalkan perkataan beliau yang mungkin tidak menunjjukan Tuhan Bertempat?.

Lihatlah nanti kita akan bawakan bukti-bukti yang jelas menunjjukkan bahawa Tuhan memang berada dilangit bertempat , cuma tidak serupa sahaja dengan atasnya dan tempatnya dengan Tempat dan atasnya makhluk pada fahaman mereka ini.

Pada hal fahaman Tuhan bertempat adalah sebahagian daripada fahaman Tajsim atau Mujassimah yang sesat. Wal iyyazabillah.
Betapa tidaknya?.
Ini sebenarnya dapat kita kesani setelah kita memahami Kaedah-kaedah Salaf yg sebenar, bilamana berhadapan dengan Ayat Quran atau Khabar/Hadis yang mutasyabihat (kesamaran maksudnya).
Sebagai contoh marilah kita melihat Kaedah yg diutarakan oleh Syekh Ibrahim Al Laaqoni dalam matan Jauharah beliau menyebut:
وكل نص أوهم التشبيها : أوله أو فوض و رم تنزيها.

“ Wakullu nashsin aw hamat tasybiiha * Awwilhu aw fawwidh wa rum tan zii haa”.
Maksudnya:
Tiap-tiap nas (ayat/hadis) yg mewahamkan (mendatangkan sangkaan) penyerupaan (Tasybih) terhadap Tuhan * Takwillkan oleh kamu (sebagai takwil Tafsili mengikut method khalaf} atau Tafwidhkan (yakni serahkan maknanya kepada Tuhan, yg dikatakan sebagai takwil ijmali ) dan isyaratkan (qasadkan dgn hati kamu ,samada kamu mengamalkan method salaf atau khalaf ) akan kesucianNya dari penyerupaan sesuatu.
Tammat.


Sebagai penerangan ringkas , setiap pihak samada salaf atau khalaf ,masing-masing menghilangkan makna-makna yg mustahil yg diwahamkan pada setiap Hadis atau Ayat seperti tersebut . Cuma dipihak salaf tidak menta’yinkan (menentukan) makna atau maksud /murad pada ayat tersebut. Dipihak khalaf pula menta’yinkan (menentukan) makna atau maksud/murad ayat /hadis tersebut berdasarkan dall-dalilnya .

Menghilangkan atau mengubahkan atau membuangkan makna yang zohirnya adalah menunjjukkan suatu kemustahilan ialah yang dimaksudkan dengan TAFWIDH ( menyerahkan maksudnya hanya kepada Allah) atau dikatakan sebagai TAKWIL IJMALI.

Syekh Ibrahim Al Baijuri Dalam kitab beliau Tuhfatul Murid ms 53 telah menjelaskan kesimpulan dari bahasan dan penerangan berkenaan masalah ini dgn kata beliau:

فظهر مما قررناه اتفاق السلف والخلف على التأويل الاءجمال لأنهم يصرفون النص الموهم عن ظاهره المحال عليه تعالى لكنهم اختلفوا بعد ذلك فى تعيين المراد من ذلك النص وعدم التعيينن .

“ Maka jelaslah dari huraian kami tersebut ,bahawa ‘ Aliran Salaf’ dan ‘Aliran Khalaf’ sekata atas mentakwilkan secara ijmali , yaitu memalingkan/mengubahkan pengertian dari Nas dari yg zohirnya(Hakikat) yg memahamkan seolah-olahnya sebagai menunjjukan perkara yg mustahil bagi Allah swt . Tetapi mereka (salaf/khalaf) ikhtilaf pula antara diterangkan/dita’yinkan atau tidak diterangkan (maknanya muradnya).
Tammat

Sekata pada menghilangkan makna zohir yg mustahil, tidak sependapat pula pada menentukan maksud .

Kalau misalnya dikatakan ayat yg bermaksud “Tuhan Ar Rahman beristiwa diatas Arsy”, jika dipasangkan kepada kaedah yg di sebut oleh Syekh Ibrahim Bajuri ini maka akan bermakna:

(1) Mazhab Salaf: Beristiwa Tuhan diatas Arsy dgn Kebesarannya yang kita Tafwidhkan/ serahkan hakikat makna beristiwa tersebut kepada Allah serta kita Tanzihkan/Sucikan dari sangkaan/waham yang mustahil.

(2) Mazhab Khalaf :Beristiwa Tuhan diatas Arsy dengan Kebesarannya yang diTakwilkan/dipalingkan /diubahkan / ditentukan makna Nya kepada satu makna yang munasabah serta disucikan dari sangkaan/waham yang Mustahil.

Hasilnya :

Mazhab Salaf memakai kaedah تفويض TAFWIDH (Takwil Ijmali) serta تنزية TANZIH yaitu Penyerahan Hakikat makna kepada Allah dan Penyucian dari sangkaan berlaku sesuatu Kemustahilan.

Mazhab Khalaf memakai kaedah تأويل TAKWIL (Takwil Tafsili) serta تنزيه TANZIH yaitu Memalingkan Hakikat makna kepada yang Munasabah dan Penyucian dari sangkaan berlaku sebarang Kemustahilan.

Tetapi , dipihak S.Ibnu Taimiyyah dan pengikutnya, mereka telah membantah kaedah ini . Mereka menganggap menghilangkan makna yg zohir yg mewahamkan sesuatu kemustahilan yg terdapat pada ayat yg seperti itu adalah sebagai menghilangkan makna ayat yg ditunjjuk oleh ayat itu sendiri. Baik samaada secara Takwil Ijmali yg disisi salaf atau Tafsili yg disisi khalaf . Maka ianya adalah satu penyelewengan menurut mereka.

Sebagai contoh cubalah kita lihat apa kata-kata dan bantahan yg telah ditulis oleh Syekh Soleh Usaimin dalam Kitab Fathur Rabbil Bariyah, merupakan syarahan beliau kepada ringkasan Aqidah Hamawiyah Kubro karangan S. Ibnu Tayymiyah, di ms 16 dan 17 beliau berkata :

“ Bab yg kelima .

Pada berkenaan hikayat sebahagian Mutaakhirin bagi Mazhab Salaf.

Berkata sebahagian mutaakhirin ( Mazhab salaf : Berkenaan (ayat) Sifat-sifat ialah memperlakukan/ menjalankan nas-nas atas bacaannya serta mengi’tiqodkan bahawa Zohirnya bukanlah yg dimaksudkan).

Perkataan ini yg berlaku atas Ithlaq ( pemakaian yg umum) padanya penilitian perbahasan(dikritik) .
Kerana lafaz ZOHIR (zahir) adalah lafaz Mujmal yg berkehendak pula kepada penghuraian .

Maka jikalau dikehendaki dengan yg zahir itu adalah perkara yg zahir dari nas-nas sifat yg layak bagi Allah ,tanpa Tasybih ,maka inilah yg dimaksudkan secara qat’ie (putus yg tiada khilaf lagi). Sesiapa yg berkata zahir tersebut bukanlah yg dimaksudkan , dialah orang yg sesat jika dia hanya mengi’tikadkannya untuk dirinya sendiri sahaja. Jikalau dinisbahkan (disandarkannya) I’tikad tersebut (berasal) dari salaf jadi berdusta atau tersalah pula.
Jika dikehendaki dengan yang zahir ialah perkara yamg zahir dikalangan sebahagian maknusia ,bahawa zahir nas-nas adalah menunjjukan tasybih terhadap Allah dengan makhluknya maka ini bukanlah yg dimaksudkan secara putus?. Dan bukan pula ianya merupakan zohir nas-nas tersebut? ,kerana penyerupaan Allah dengan makhluqnya adalah perkara yg mustahil , tidak mungkin pula bahawa zohir kitab dan sunnah ada suatu yg mustahil?? .Sesiapa yg menyangka bahawa (kemustahilan) Ini adalah zahir Nya (nas-nas tersebut), maka diterangkanlah kepadanya BAHAWA ZOHIRNYA BAHKAN SORIHNYA IALAH MENGISBATKAN SIFAT-SIFAT YG LAYAK BAGI ALLAH? DAN MENENTUKAN SIFAT-SIFAT TERSEBUT BAGINYA?.

Tammat.

Kemudian Syekh Soleh Usaimin telah mengklimkan berdasarkan kaedah tersebut, sebagai telah menunaikan hak-hak Nas pada lafaznya dan maknanya. Tahkik yg telah dibawa oleh mutaakhirin seperti Syekh Ibrahim Al Baijuri tersebut tidak betul , menurut SSU.
“Mengisbatkan sifat yg layak bagi Allah (pada pendapat Ssu ini) adalah mengisbatkan zohirnya. Kalau kalimat mutasyabihat zohirnya ATAS ARSY maka isbatkan ATAS adalah satu sifat yg layak bagi Allah cuma tak serupa dengan makhluk sahaja bezanya. Kalau kalimat mutasyabihat zohirnya “ MATA” maka Allah ada MATA cuma tak serupa dengan makhluk sahaja bezanya.” Begitulah seterusnya.

Baiklah. Adalah sangat perlu diingatkan , mengekalkan makna yang zohir pada lafaz sesuatu kalimat atau ayat yang kesamaran maknanya (mutasyabihat) adalah bermakna mengekalkan makna-makna yang mustahil juga.

Tetapi SSU ini pandai memusingkan kenyataan dengan mengatakan "Bahawa ZAHIR NAS-NAS ADALAH MENUNJJUKKAN TASYBIH terhadap Allah dengan makhluknya maka ini BUKANLAH YANG DIMAKSUDKAN SECARA PUTUS. Dan BUKAN PULA IANYA MERUPAKAN ZOHIR NAS-NAS ".
Lihatlah , betapa berpusing-pusingnya kaedah mereka ini. Sehingga memeningkan orang. Sehingga murid IT sendiri yaitu Az Zahabi pernah menegur gurunya ini dengan “Risalah Nasihah Az- Zahabiyah, sebab nampaknya sudah terjerumus kekancah Falasafah yang merbahaya.


Dijawab:

“Pada hal yang sebenarnya makna-makna yang Mustahil memang termasuk dalam kandungan sebahagian (تضمن) tadhammun Nas-nas tersebut. Jikalau tidak begitu, kemana pula perginya makna-makna yg mutasyabihat (kesamaran) pada kalimah-kalimat tersebut?”.

SSU mengatakan lagi"Tidak mungkin pula bahawa Zohir Kitab dan Sunnah ada suatu yang Mustahil".

Dijawab:

“Maka kalau seperti sangkaan SSU begitu betul, mengapa pula dinamakan ayat-ayat Mutasyabihat?”. Bukankah Allah sendiri yang telah menunjjukkan ada dua bentuk ayat dalam Quran, Muhkamat dan Mutasyabihat?.
هن أم الكتاب وأخر متشابهات) . سورة أل عمران اية 7 )
Yang BETULnya semua makna-makna , samada yang layak (yaitu yang tidak mustahil ) atau yang tidak layak (yaitu yang mustahil) sememangnya terkandung dalam sesuatu kalimah yang “Mujmal”, lebih-lebih lagi kalimah yang lebih nyata zohirnya menunjjukan kemustahilannya, seperti kalimat mutasyabihat tersebut.
Cuma disisi Mazhab Salaf yang sebenar hanya mentafwidhkan iaitu menyerahkan makna-makna yang dimaksudkan hanya kepada Allah jika berlaku pada ayat Quran dan kepada RasulNya jika berlaku pada Hadis-hadis .

Jika dibantahi pula dengan argumen { Penyerahan Mutlak makna kepada Allah , jika dilihat disudut menghilangkan makna yang zohir memang terjumlah dalam defenasi Takwil. Sebab Takwil diertikan dengan “Memalingkan maksud yang dekat/zohir atau ditinggalkan makna yang zohir ”. Ini memang berlaku dalam praktik Takwil Ijmali/ Tafwidh? Sedangkan Takwil adalah dilarang? }.

DiJawab:

Tetapi , Adalah Takwil Ijmali / Tafwidh merupakan sejumlah dari “Tafsir” .

Dan “Tafsir” yang dimaksudkan disini hanya merujuk kepada bacaan sahaja , bukan makna nya.
Bentuk yang begitu dipanggil Takwil Ijmali . Yang juga merupakan istilah Muta’akhirin sahaja.
Dan ini memang bersesuaian dengan Pernyataan Para Ulamak Salaf yang sebenar, bagaimana “Pemahaman dan Sikap” mereka dalam menanggapi persoalan ini , misalnya dengan kita memerhati Kaedah yang dinyatakan oleh salah seorang Salaf , Imam Sufiyan Athawari: ألثورى
كل ما وصف الله نفسه فى كتابه فتفسيره تلاوته والسكوت عليه.
Ertinya: Tiap-tiap Sifat yang telah mensifatkannya oleh Allah swt dalam Kitab Nya ,maka Tafsirnya adalah BACAANNYA dan DIAM daripadanya.

Memaksudkan : “Tidak di Takwil dengan Takwil Tafsili dan tidak di Tentukan maknanya ” , adalah merupakan “Tafsiran” nya. Inillah maksud “Tafsirnya adalah BACAANNYA dan Diam atasnya” yang diistilahkan sebagai “Takwil Ijmali” disisi istilah Muta’akhirin .

Oleh yang demikian :

1)Tafsir dengan makna mentakwilkan dengan Takwil Tafsili adalah termasuk dalam penafian yang Allah swt sebut dalam Al Quran: Surah Aali Imran:
وما يعلم تأويله الا الله .
Ertinya: Tidak ada yang mengetahui Takwilnya melainkan Allah swt sahaja.

Ini telah maklum hanya berlaku perbahasannya dikalangan Ulamak Khalaf Ahli Sunnah Wa Jama’ah. Ikhtilaf dan perbahasannya akan kita sentuh sedikit diakhir nanti , insyallah.

2)Tafsir dengan makna Takwil Ijmali atau diIstilahkan sebagai Tafwidh , adalah Fahaman Salaf yang sebenar. Lagi akan kita bawakan bukti Fahaman ini sedikit demi sedikit, Insyallah.

Lantaran itu, Pada sisi Salaf yang sebenar , Ianya diTafwidhkan dan diserahkan secara muthlak hanya kepada Allah sahaja yang mengetahui maknanya. Yang akan menatijahkan “Yang tinggal hanya Wurudnya sahaja. Yaitu Qiraah atau Bacaan nya sahaja”. Sedangkan “Maknanya” dan “Maksudnya” Tidaklah difahami.

Ini sangatlah berlainan dengan dasar kaedah IT , SSU dan yang sefahaman dengan mereka. Mereka telah memakai makna yang zohir. Termasuklah makna yang Mustahil. Nampaknya mereka mengetahui makna-makna yang dimaksudkan oleh Allah swt dalam ayat-ayat yang Mutasyabihat atau Rasul s.a.w pada hadis-hadis yang Mutasyabihat. Mereka menetapkan makna yang zohir sahaja yang dipakai. Mendahului Allah juga nampaknya. Kalau begitu, sebenarnya mereka juga telah melakukan Sebahagian dari TAKWIL , yaitu MENETAPKAN MAKNA dan PENTAFSIRAN. Sedangkan mereka telah mendakwa SEBARANG Takwil atau TAFSIR , pada sisi kaedah mereka ini tidak dibenarkan sama-kali. Bagaimana ini?. Berpusing-pusing lagi nampaknya.


Oleh yg demikian dimanakah munasabahnya mereka mengisbatkan tanzih padahal Mustahil tidak dinafikan?.
Contohnya, dimanalah munasabahnya “tiada peyerupaan dgn makhluk” yg merupakan Tanzih difahamkan daripada kenyataan mereka " tiada peyerupaan nya dgn makhluk?” pada hal zohir kalimat “atas” yang mana sebahagian dari maknanya adalah ,makna yg mustahil yaitu yg menunjjukan bertempat?.
Kerana kalimat على العرش “ a’la al a’rasy” ertinya “atas Arasy” . Dalam Bahasa Arab mempunyai banyak makna yg setengahnya bermakna perkara yang mustahil . Contohnya A’la bermakna U’lu yg Hissy , yaitu Tinggi yang Zohir, iaitu keberadaan suatu benda diatas suatu benda . Misalnya “Kepala adalah anggota yang teratas sekali”. Maka makna ini adalah makna yg mustahil jika dibangsakan kepada Allah . Tetapi disisi kaedah mereka ini, Kesemua makna ini, dipakai/pasangkan serta ditanzihkan sahaja daripada serupa dengan makhluk. Sekalipun mereka tidak mengaku.

Kalau mereka jawab “ Yang dikatakan hanya “ Allah di atas langit sahaja , tidak perlu ditanya bertempat atau tidak”. Maka nampaknya mereka dah mula tak nampak kaedah mereka sendiri yaitu:

“ Bahawa ZAHIR NAS-NAS ADALAH MENUNJJUKKAN TASYBIH terhadap Allah dgn makhluknya” .

Buktinya dikalangan mereka ini ada yang masih mempertahankan “Tiada terdapat perkara yang Mustahil pada Ayat-ayat atau hadis Mutasyabihat ”, sehingga ada yang membuat satu hujjah rekaan bid’ah pula dengan mengatakan “Apa pulak nak diherankan, kalau Tuhan kata Duduk atas belakang Nyamuk pun apa Mustahilnya? . Tuhan berjisim dan berbagai lagi lanjutan bid’ah yang terhasil dari METHOD pemikiran yang kesamaran ini. Subhana llaah. Fala haw la wala quwwata illa billah.

Kita pun faham “Bukan fokasnya pada pertanyaan bertempat tidaknya” , tetapi fokasnya adalah pada : “Adakah munasabahnya berlaku tanzih pada sesuatu yg bercampur kemustahilan?.

Misalnya dikatakan :

“Nasik bercampur TAHI ayam tapi SUCI”? .

“Tuhan mempunyai MATA KEPALA tapi mata kepala nya TAK SERUPA mata kepala MAKHLUK”?.

Keadaan fahaman mereka yang sebegini sebenarnya sangatlah kesamaran dan jauh berbeza dengan Kaedah Salaf Ahli Sunnah yang sebenar dengan diTakwil secara IJMALI yang disitilahkan sebagai TAFWIDH yang akan memberi maksud DITIADAKAN MAKNA YANG MUSTAHIL sebagaimana yg telah di kita terangkan dulu.
Jika kita perhatikan dengan sehalus-halus kanta pemerhatian pada penerangan SSU tersebut , maka bolehlah kita pasangkan dan bandingkan dengan ringkasan tahkik yg telah di utarakan oleh saudara tersebut yang sekali imbas nampaknya munasabah dan betul , tapi setelah diselidiki nyatalah salah :

“Menetapkan apa-apa yg telah ditetapkan oleh Allah bagi diri-Nya sendiri di dalam Kitab-Nya, atau ditetapkan oleh Rasulullah SAW bagi-Nya ; tanpa penyelewengan dan dan tidak pula pengurangan, serta tidak menggambarkan bentuknya dan tidak pula memperumpamakan".

Nescaya kita dapatilah hasilnya tepat dengan maksud kaedah dan huraian yg dibawa oleh SSU itu.


Baik juga diingat , kaedah “Tanpa penyelewengan” mereka tersebut , sebenarnya adalah menyeleweng.
Mereka tidak menghilangkan makna yang Mustahil dan langsung menganggapnya sebagai Tidak Mustahil, adalah satu penyelewengan yang besar sebab telah meletakkan suatu perkara yang dinafikan dan disucikan oleh Allah swt sendiri.
Mengakui adanya Kemustahilan , kemudian menganggapkannya suatu yang Tidak Mustahil pula adalah “Tanaqudul maudhu’ wal mahmul” تناقض الموضوع والمحمول yaitu berlawanan antara diawal dengan akhir kenyataan , yang merupakan suatu yang tidak diakui oleh mana-mana kaedah bahasa.

Begitu juga Kaedah “Menetapkan apa-apa yang ditetapkan oleh Allah swt bagi diri Nya didalam Kitab Nya atau ditetapkan oleh Rasulullah saw bagi Nya”, sebenarnya adalah suatu kesilapan faham .

Mengapa mereka begitu berani menetapkan makna yang zohir sebagai makna yang dikehendaki oleh Allah?, padahal ALLAH SUDAH MENJELASKAN IANYA ADALAH KESAMARAN MAKNANYA?????.

Sebaliknya jika kita lihat kesisi Salaf yang sebenar pula hanyalah menyerahkan muthlak maknanya kepada Allah. Inilah yang Tahkiknya. Inilah yang sebenar.

Oleh yang demikian , Sekarang kita boleh mendeklarasikan bahawa , “Fahaman mereka ini bukan pembawaan Salaf”. Tidak ada satu dalil yg nyata bagi mereka ini melainkan dalil-dalil yang Kesamaran dan Syubhat sebagaimana yang telah dan akan kita kupas sedikit demi sedikit untuk memudahkan kita nampak kemana sebenarnya hala tuju kaedah mereka ini. Insyallah Ta’aala.

Alangkah senangnya memahami Kaedah yang diutarakan oleh Syekh Ibrahim Al-Laaqoni dan disyarahkan oleh Syekh Ibrahim Al- Baijuri sepertimana yang telah kita bawakan.












Friday, April 28, 2006

MENOLAK FAHAMAN TAJSIM .
Dan Akidah Syubhat.


Oleh: Al Haqir Wal Faqir Abd. Raof Bin Haji Nurin. Al Bahanjee Al A’liyy.
Ghafara Allahu Lahu Wali waalidaihi Wal Muslimin. Aamin.
Jalan Padang Ragut, Seri Repah , 73000 , Tampin ,N S .


الحمد لله الذى توحد فى ذاته وصفاته, وتقدس باءيجاده الخلق فى أسمائه , وارسل الرسل بالأيات الجلية . صلاة وسلاما على سيدنا محمد الصادق الأمين المخبر بما كان وما يكون من امور الدنيا والدين وعلى أله وصحبه وأزواجه , أمهات المومنين.




Sinopsis.

1) Pengertian Tajsim.

Jisim (جسم) atau Jirim (جرم)dalam hubungan perbahasan disini bermaksud menganggap bahawa Tuhan mempunyai Jisim/jirim atau mempunyai ciri-ciri Jisim/jirim . Maka kalimat “Tajsim” atau mentajsimkan Tuhan atau mentasybihkan/menyerupakan Tuhan adalah digunakan untuk maksud yang tersebut.

Mujassimah atau Musyabbihah bermaksud , “Penganut-penganut Fahaman Tajsim atau Tasybih”.

Jisim bererti: Sesuatu perkara yang memenuhi lapang keluasan kedudukan dirinya/zatnya. Atau dikatakan sesuatu yang mengambil/mempunyai LAPANG/RUANG keluasan yang bertepatan dengan ukuran dirinya/zatnya.

Akal telah menghukumkan /memutuskan :

“Bahawa sesuatu yang selain Allah swt ,ada mempunyai lapang/ruang dan keluasan yang bertepatan dengan ukuran zat/dirinya”. Kerana ciri ini adalah ciri atau sifat yang asas bagi setiap makhluk. Sebut sahaja apa sesuatu yang selain Allah swt , kesemuanya mempunyai Lapangan keluasan.

Misalnya Ketulan Batu, Rumah atau sebagainya.
Lantaran itu dikatakan :

Mustahil Aqli yaitu Suatu yang tidak diterima Akal, jika dikatakan:

Terdapat pada sesuatu perkara yang selain Allah swt :

"TIDAK MEMPUNYAI LAPANG/RUANG MENGIKUT KELUASAN DIRI/ZATNYA.
Sebaliknya pula ,Adalah Mustahil Aqli yaitu Suatu tidak diterima oleh Akal , jika dikatakan :

Allah swt MEMPUNYAI LAPANG/RUANG MENGIKUT KELUASAN DIRINYA/ZATNYA. Sebabnya , Kerana Allah swt bukanlah JIRIM atau JISIM atau sesuatu yang disangka JISIM YG BERLAINAN DENGAN JISIM SELAINNYA,atau MEMPUNYAI SEBARANG CIRI-CIRI JISIM."

INI lah perkara asas yang mesti difahami oleh setiap individu Muslim.

Syekh As- Sanusi menyebut dalam Kitab Ummul Barahin beliau:
تنزهه عن الفراغ
Ertinya: Maha suci Ia (Allah) daripada mengambil (mempunyai) Lapang.

Kita boleh juga menyebut Jirim atau jisim sebagai Jauhar, ketiga-tiga nya adalah Zat/ diri makhluk dan mempunyai Ta’rif (pengertian) yang sama cuma berbeza di sudut tertentu.

Ciri-ciri atau sifat yang mesti ada pada jirim dan jisim ialah melazimi aradh (عرض) yaitu sifat-sifat Makhluk, bersusun dan sebagainya .

Sedangkan Aradh pula berbentuk : Gerak diam, segala warna, segala pihak misalnya: atas , bawah dan sebagainya .

Imam Sayyid Al Murtadho telah menerangkan sifat-sifat yang ada pada Jirim dalam Ittihaf saadatil muttaqin, juzuk 2, muka surat 24:

أن الجسم ما له طول وعرض وعمق وقاله الراغيب وقال غيره هوما يتألف عن جوهرين فاكثر وقال بعضهم هو جوهر مجتمعة والله تعالى متعال عن حال الاجسام وافتقارها وقبولها للانقسام. فمن وصفه بالجسمية ضل وأضل .


Bahawa Jisim ialah suatu yang mempunyai : Panjang, Lentang dan Dalam,

Ar Raghib telah menta’rifkannya begitu. Sementara orang lain pula telah menta’rifkannya:

"Perkara yang bersusun daripada (sekurang-kurangnya) dua Jauhar (zat makhluk) maka (sudah tentu) yang lebih , (daripada dua jauhar menunjjukan ia adalah Jisim)."

Berkata pula sebahagian ulamak pula:

"Jisim adalah Jauhar yang berhimpun."

Allah ta’ala maha suci daripada berkeadaan jisim, berhajat kepada jisim dan menerima pembahagian jisim.

"MAKA BARANG SIAPA YANG MENSIFATKAN ALLAH DENGAN BERJISIM , SESATLAH IA DAN MENYESATKAN (ORANG LAIN)." Tammat.


2) Syubhat :

Bermaksud sesuatu yang kesamaran. Disini bermaksud Akidah yang samar.

3) Waham atau mewahamkan :

Bermaksud Sangkaan atau Anggapan yang samar. Disini bermaksud : Akidah atau Kepercayaan terhadap Sifat Mukhalafah (berbeza) Allah daripada makhluk ciptaanNya yang bertahap tidak meYakinkan . Bentuk kepercayaan yang sebegini mungkin boleh mengakibatkan penganutnya terjerumus kedalam Akidah Mujassimah dan Musyabbihah yg terlarang atau mungkin ianya memang sudah terjumlah didalam kategori Mujassimah dan Musyabbihah. Maka kedua-dua bentuk ciri Kepercayaan atau Akidah ini adalah Merbahaya.

4) Takwil: ما ترك ظاهره لدليل

Perkara yang ditinggalkan /dihilangkan Zohirnya berdasarkan dalil.

Perbezaan antara kedua Takwil:

1)Takwil Ijmali: Tidak menentukan maksud makna. Dinamakan juga dengan
Tafwidh
.
2)Takwil Tafsili: Menentukan maksud maknanya.

5) Tafsir: كشف المراد وءاظهارها
Menyingkap maksud dan menyatakannya.

6) Mujmal: اللفظ المبهم الذى لا يفهم المراد منه.
Lafaz yang kesamaran ,yang tidak difahami kehendak makna.

7) S. IT : Sheikh Ibnu Taimiyyah.
8) SSU: Sheikh Soleh Usaimin.
9) IAHA: Imam Abu Hasan Al-Asha’ari r.a.

Wallaahu A’lam.


Perbahasan.

Rencana ini adalah sebahagian daripada article yg pernah dikemukakan di milis , internet . Saya perbaiki dan hidangkan kepada para pembaca, mudah-mudahan ada manfaatnya. Tidak pula bermaksud mencari dan mendedahkan kesilapan seseorang. Hanya sebagai Penerangan dan Penjelasan pada perkara yang telah ada dalam Pengetahuan Para Pembaca atau sebagai Asas Pengetahuan pada masa akan datang ,jika timbul persoalan yang sebegitu. Jika ada kesilapan , harap dibetulkan dengan INSAF . Wassalam.

ID Email seorang yang berinteraksi dengan Penulis telah di tiadakan demi mengutamakan isi perbincangan .

JAWAB: Walaikumus salam warah matullah.

Sebenarnya saya tak berminat nak memanjangkan persoalan yg rumit ini. Yang mungkin akan menambahkan tidak faham mereka yg memang dah tak faham dari asal persoalannya. Lebih-lebih lagi perkara yg menyentuh soal Tauhid. Kalau “Saudara” mengatakan soal Tasybih dan Tajsim yg ada pada fahaman Salafi /Wahabi adalah rekaan dan tuduhan Kabbani, Saqaf dan lain-lain. Maka saudara sebenarnya telah tersalah sangka. Sayangnya mengapakah kita yg sangat berminat mengkaji tapi tak mampu menelusi persoalan sampai keasal nya. Maksud saya jangan hanya mengikut Taqlid sahaja apa yg tercatit di halaman web sesiapa sahaja. Mengapa kita tidak mampu terus melihat asalnya timbul soalan?. Mengapa kita tidak membaca buku-buku atau Kitab berbahasa asalnya (Arab) yang ditulis berkenaan persoalannya?.
Kalau soal method yang ada pada Wahabi yang asalnya telah dipopularkan oleh Sheikh Ibnu Taimiyyah yang sebenarnya berasal dari fahaman golongan Mujassimah, cuma kita tidak mengetahui dengan tahkik sejauh mana Sheikh Ibnu Taimiyyah telah menceduk fahaman tersebut . Boleh kita dapati bahasnya misalnya dalam Kitab Ta sis karangan Sheikh Ibnu Taimiah , kemudian kita selidik lagi Kitab Asas Taqdis karangan Imam Fakhrurazi, dan kita baca pula kitab-kitab yg membahaskan sekitar persoalan tersebut yg berkaitan dengan kedua-dua kitab tersebut. Dikedua belah pihak, pro kepada fahaman Sheikh Ibnu Taimiah dan yang kontra terhadap fahamanNya. Sayang nya kesemua rujukan tersebut masih dalam bahasa Arab. Yang diterjemahkan ke English , ada pula yg disangsikan orang. Misalnya ulasan yg cantik dari Syekh Nuh Ha Mim Keller, tapi ada pula yang tidak mahu membacanya kerana terpengaruh dengan kata-kata golongan Wahabiyah, yang Nuh Ha Mim nih seorang Jahmiyah dan sebagainya. Saya juga tidak bermaksud menghina dan mengeji, jauh lagi mengibkan atau mengkufurkan peribadi Sheikh Ibnu Taimiah , Sheikh Soleh Usaimin, Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan sesiapa saja yang sefahaman dengan mereka. Hanya sebagai kajian dan perbandingan yang sangat perlu di perhatikan oleh setiap lapisan masyarakat yang mengaku bermazhab dengan Mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah , tidak kira beliau dari pihak Asya irah atau Salafiyah. Sama-sama kita berlapang dada berbincang demi kebenaran , jika kemantapan pegangan berada dipihak manapun kita akan menerimanya tanpa mengira adakah ia di pihak Sheikh I.T dan yang sefaham dengan beliau atau sebaliknya.





1. Perbezaan A’syairah dengan Jahmiyyah.

Jaham bin Safwan , pengasas faham {Tuhan tidak bersifat dgn sesuatu sifat yg di disifatkan juga kepada makhluk , misalnya Qudrat (kuasa), Iradat (Kehendak) Sama’ (mendengar) dan sebagainya , kerana jika Tuhan mempunyai sifat nanti akan membawa erti serupa dgn makhluk pula. Maka lantaran itu dikatakan Tuhan tidak bersifat dgn Kudrat dan sebagainya ,hanyalah Zat Tuhan yg berkeadaan Kuasa, melihat , mendengar , menghendaki dan sebagainya}.

Fahaman ini dinamakan Fahaman Jahmiyyah.

Sila rujuk Kitab: Al Milal wan Nihal karangan As Sharhastani. (Al- Fashlu Thani. Jabariyah.) M.s. 86 cetakan Darul al-Fikr.

Jika diperhatikan, sebenarnya Jaham ini adalah Muktazilah. Cuma beliau menambahkan beberapa fahaman baru atas muktazilah antaranya dengan mengatakan Hamba adalah majbur terpaksa (menafikan hak iktisab dan ikhtiyar pada hamba).
Jika kita telusuri pengajian Ahli Sunnah wal Jamaah yg berdasarkan method A’syaairah/Maturidiyah, terdapat perbahasan yang menetapkan Tuhan memang mempunyai sifat-sifat . Tidak lah semata-mata Zat sahaja. Berbezanya antara fahaman Jahmiyah yang Muktazilah dengan A'syairah adalah jelas tanpa terselindung.

Disinilah salah satu kesalahan, sangkaan mereka yang meletakkan hukuman terhadap golongan yang mentakwil ayat Mutasyabihat khususnya A’syairah sebagai golongan Jahmiyah. Sebagaimana yg telah dipelopori oleh Sheikh Ibnu Taimiyah dan diikuti oleh murid nya Ibnu Qayyim . Satu ketika digelarkan golongan mentakwil ayat mutasyabihat sebagai Jahmiyah dikala yg lain digelar dengan gelaran –gelaran yg biasanya dipakaikan untuk orang Kafir .Ini adalah kebiasaan kumpulan tersebut. Bolehlah diketahui dengan diseluk dan selidik oleh ahli Ilmu Islam yg berpengetahuan Ilmu Usuluddin atau Ilmu Tauhid .

Sekurang-kurangnya bolehlah kita melihat-lihat:

(1)Kitab Saifus Saqil ,buah tangan Imam Subki, yg di disertakan ulasan yg luas oleh Imam Al Kawthari. Cetakan Mesir.
(2) Kaasifus Shaghir an Aqo' idi Ibni Taimiyah, buah tangan Sa’id Abd. Latif Fuudah, cetakan Darul Al Razi, Jordon.
(3) Maqaalatul Kawthari dan berbagai-bagai kitab dan buku lagi berkenaan perbahasan ini yg sayangnya, kebanyakannya tidak terdapat dipasaran diMalaysia ,apatah lagi terjemahannya.

Yang ada , banyak terjual, banyak diterjemah dan harganya pula murah , mudah pula didapati dimerata-rata kedai dan toko buku ialah buku fahaman Wahabiyah, buku-buku Al-Albani dan yang sefahaman dengannya. Buku-buku mereka yang membangkang dan menolak tersilapnya Al- Albani dalam mentashih dan mentadhifkan hadis tak ada langsung terjual usahkan diterjemahkan memanglah tak berbau. Mudah-mudahan akan adalah yg bangun menterjemah buku-buku tersebut demi kebenaran dan dasar Ilmu.

Pada hal , sebagaimana yang telah difahami bersama, bahawa mentaktwil ayat-ayat mutasyabihat tidak hanya perbuatan Muktazilah saja. Ianya menjadi amalan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah Bahkan terdapat dikalangan Salaf juga telah mentakwil ayat-ayat tersebut, walaupun tidak difahami oleh mereka yang kontra. Yang mendakwa TIADA SEKALI-KALI PERBUATAN SALAF MENTAKWIL.



2. Asas Pertelingkahan.


Kalau kita lihat dalam kitab Ilmu Tauhid karangan Sheikh Ibnu Tayymiyah misalnya “A’qidah Hamawiyah Kubro” muka surat 439 . Sheikh Ibnu Taymiyyah merumuskan Mazhabnya dengan katanya :

“Baina Tamshil wa ta’thil”.

بين التمثيل والتعطيل
Ertinya diantara Peyerupaan dan meniadakan sifat.

Maksudnya: Fahaman beliau berada ditengah –tengah , antara “Fahaman Mujassimah / Musyabihah” yang mentajsimkan dan mentasybihkan Tuhan serupa makhluk dengan fahaman Mu’athilah / Jahmiyah Mu’tazilah” yang meniadakan sifat pada Tuhan .
Seterusnya maksud beliau : "Tidak mentajsimkan dan mentasybihkan Tuhan dengan makhluk sebagaimana yang telah dilakukan oleh puak Mujassimah dan Musyabihah , dan tidak juga meniadakan dan menghampakan Tuhan daripada sifat-sifatNya sebagaimana yang dilakukan oleh Puak Jahmiyah yang berfahaman Mu’tazilah yang mengkosongkan , menafikan Tuhan daripada mempunyai Sifat-sifat". Sayangnya beliau tidak ketinggalan juga telah menganggap perbuatan "Takwil" terhadap ayat-ayat Mutasyabihat berkenaan sifat-sifat Ketuhanan sebagai perbuatan golongan Jahmiyah. Lantaran itu , Asyairah adalah malang kerana telah mempraktikkan kaedah tersebut.

Maka tidak ketinggalan jugalah , Golongan A’syairah أشاعرة (Pengikut Imam Abu Hasan al-Asha’ry ) dianggap sebagai "Jahmiyah".

Pada hal setelah kajian dibuat, nyatalah fahaman beliau hanyalah :

“Nisfhut takwil wat Tasybih”

نصف التأويل والتشبيه.

Yaitu : "Setengah Takwil dan sebahagiannya diTasybihkan dengan makhluk".

Inilah Tahqiq dari fahaman S. Ibnu Taymiyyah yg dikritik orang semenjak beliau hidup sampai kehari ini. Sudah tentu orang yg mengkritik tersebut adalah ulamak yg mengerti dan faham method fikiran S. Ibnu Taymiyyah. Beliau ini sangat membangkang Fahaman Ahli Sunnah A’syairah. Kadang kadang S. Ibnu Tayymiyah ini menggunakan bahasa yang lebih dahsyat yang ditujukan kepada golongan A’syairah yang biasanya Quran pun sendiri menggunakan kalimat tersebut untuk Yahudi , yaitu “Tahrif”, تحريف maksudnya golongan yang mengubah-ubah ayat Quran.

Masalah methodologi pemahaman ayat-ayat atau hadis-hadis mutasyabihat yg di gariskan oleh S. Ibnu Taymiyah adalah puncanya pertelingkahan pendapat.


3. Cuba berdalilkan ayat dalam Surah Al-Mulk sebagai Tuhan bertempat diatas langit. Hanya saja tidak serupa dengan Makhluk.


Saudara menulis:

Assalaamu'alaikum WarahmatuLlah . As Shabuni menulis berkenaan ayat surah al-mulk. Bagaimana pula dgn Ayat ini "Apakah kamu berasa aman terhadap Allah yg dilangit..." (al-Mulk : 16).. perbahasan sekarang bukannya Allah itu bertempat atau berada dimana-mana....Mengikut dalil dari Al-Quraan dan hadeeth itu sendiri telah menujukkan Allah SWT itu Dilangit...Beriman kepadanya adalah wajib... adakah makna Di Langit itu menunjukkan bertempat atau tidak itu kita tidak tahu dan bukan persoalannya dan tak boleh bertanya tentang hal itu....yg pastinya sifat Allah SWT yg Di Langit itu adalah bertepatan dgn kebesaranNya dan bertepatan dgn Surah As-Syura : 11...

JAWAB:

Waalaikum salam…Kalau As- Shabuni yg dimaksudkan adalah al-Allamah Syekh Ali As -Shobuni pengarang Tafsir Aayatul Ahkam yg masyhur, beliau menyebut dalam Tafsir Safwah al- Tafsir juga susunan beliau, Juzuk 3 ms 394 --395 ketika menafsirkan ayat 16 dan 17 suratul mulk : أأمنتم من فى السمأ.. “ Apakah aman kamu terhadap mereka yg dilangit….” Beliau mengulas “Adakah aman kamu wahai sekelian kuffar terhadap Tuhan kamu YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA BESAR…..”.

Begitu juga di ayat 17 beliau mengulas “ Apakah aman kamu terhadap Allah yg A’liy yg Kabir ..”. Di kedua-dua ayat tersebut ternyata tafsiran Syekh Ali As Shobuni mentakwil ayat tersebut dengan menyatakan Kalimat “Man Fis Sama” bererti Tuhan yg Maha Tinggi lagi Maha besar. Tiada pula dikatakan Tuhan di langit” . Jauh lagilah dikatakan “Allah yg dilangit” atau “Yang bertempat dilangit”. Kita tidak tahu mana satu Shobuni maksud saudara .

Satu lagi saudara nampaknya sudah mula keliru dengan kaedah sendiri. Menafikan Allah bertempat atau tidaknya bukan Fokusnya disini, kata saudara. Padahal, sebenarnya itulah Fokusnya. Cuba lihat kembali tulisan saudara.

“ Mengikut dalil dari Al quran dan Hadeeth itu sendiri telah menunjjukkan Allah swt Dilangit” .
Kenapa saudara mengatakan "menafikan bertempat bukan fokusnya?"..
Apakah “Di Langit” bukan tempat ?.
Nanti kita akan lihat bagaimana berpusing-pusingnya kaedah saudara.

Tuesday, April 25, 2006

RINGKASAN ADAB-ADAB BERDOA.


OLEH UST. ABD. RAOF NURIN AL BAHANJI .
TAMPIN NSDK.





Sepuluh adab-adab doa’.

Yang disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin .

1.Mestilah memerhatikan waktu-waktu yang syarifah (mulia). Mencari
waktu-waktu yg maqbul misalnya hari Arafah, Jumaat.

2.Menuntut keadaan yg baik , misalnya keadaan sangat berhajat/ suntuk.
3.Menghadap kiblat.
4.Merendahkan suara diantara dengar dan tidak .
5.Tidak dengan cara takalluf / tidak mengeraskan bunyi suara.
6.Disertai khuyuk /tadarru’ /rasa haibah dan rahabah kan Tuhan.
7.Dengan jazam doa pasti diterima. Cuma masa saja hukmul waqti (berlaku hanya apabila tiba masanya).
8.Bersungguh-sungguh dan mengulang-ulangi doa’.
9.Dimulai dengan dengan nama Allah, selawat dan zikrul Allah.

10.Adab batin.

Bertaubat dari dosa dan mazalim kerana dosa menghijab dari maqbulnya doa’.

Setengah dari adab doa yg batin :

Tidak berdoa’ secara isti’jal…. Misalnya berkata atau merungut dalam hati “ aku telah berdoa .. tapi tidak dimakbulkan”.

Dianjurkan di mulai setiap doa’ dengan bacaan seperti :



اَللَّهُمَّ صَـلِّ وَ سَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اْلأَوَّلِيْنَ وَ اْلآخِرِيْنَ وَ سَلِّمْ وَ رَضِيَ اللهُ تَباَرَكَ وَتَعَالىَ عَنْ ساَدَاتِناَ أَصْحاَبِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ . أَلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافىِ نِعَمَهُ وَ يُكَافِئُ مَزِيْدَهُ ياَ رَبَّناَ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَ عَظِيْمِ سُلْطاَنِكَ اَللَّهُمَّ صَـلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوآئِهاَ وَ عَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَ شِفآئِهاَ وَ نُوْرِ اْلأَبْصاَرِ وَ ضِيآئِهاَ وَ عَـلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ و سَلِّمْ
سُبْحاَنَ رَبِّىَ الْعَلِىِّ اْلأَعْلَى الْوَهَّاب ِ, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ اْلمُلْكُ وَ لَهُ اْلحَمْدُ يُحْيـِىْ وَ يُمِـيْتُ وَ هُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوْتُ بِيَدِهِ اْلخَيْرُ وَهُوَ عَـلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ, رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا و ِبمُحَمَّدٍ صَـلِّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلاً, اَللَّهُمَّ فاَطِرَ السَّموَاتِ وَ اْلأَرْ ضِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ رَبَّ كُلِّ شَيْئٍ وَ مَلِيْكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِىْ وَ مِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَ شِرْكِهِ , أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِيْنِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى, أَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِىْ وَآمِنْ رَوْعَاتِىْ وَاكْشِفْ كُرْبَتِىْ وَاغْفِرْ زِلَّتِىْ ,
Kemudian dibaca:

بِـسْمِ اللهِ مَا شآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ , مَا شَآءَ اللهُ كُلُّ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ , مَا شآءَ اللهُ اَلْخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدِ اللهِ , مَا شَآءَ اللهُ لاَ يَصْرِفُ السُّوْءَ إِلاَّ اللهُ.



Contoh-contoh doa’ yang baik diamalkan.

1: Doa Islah (membaiki agama) yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.:

أللهمَّ أصَْلِحْ لِى فِى دِيْنِى الْذِّى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى .

وَأَصِلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيْهَا مَعَاشِى وَأَصِلِحْ لِى أَخِرَتِى التى فِيْهَا مَعَادِى .
وَجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِىْ فِى كُلَّ خَيْرٍ وَالْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

وَلاَ تَجْعَلْ مُصيِْبَتِى فِى دِيْنِى وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّى وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِى.

Ertinya : Wahai Allah , baikilah bagiku agamaku yang mana ia adalah pemelihara urusanku.Dan baikilah bagiku duniaku yang mana padanya tempat-tempat kehidupanku. Dan baikilah bagiku akhiratku yang mana padanya tempat-tempat-tempat kembaliku dan jadikan hidupku bertambah bagiku padanya tiap-tiap kebajikan , dan maut sebagai kerehatan bagiku dari tiap-tiap kejahatan. Janganlah engkau jadikan musibah /bala pada agamaku , dan janganlah engkau jadikan dunia yang lebih besar dari cita-citaku dan jangan jadikan dunia hujung-hujung kesudahan pengetahuanku.






Adakah boleh berdoa dengan sebarang doa atau wirid-wirid atau hizib-hizib yang tidak warid dari Nabi s.a.w?...

Jawab: Adalah harus berdoa dengan sebarang doa atau wirid-wirid bacaan , misalnya bacaan selepas sembahyang sekalipun yang tidak pernah dibaca oleh Nabi s.a.w. Ya. Memang , pada asasnya , wirid-wirid atau doa-doa yang pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w adalah Afdhal atau utama dibaca berbanding dengan yang tidak pernah dibaca oleh Baginda s.a.w.
Ini kerana kaedah الأشيأ اباحة مالم يدل الدليل على التحريم

“Setiap perkara itu adalah harus dilakukan , selama-mana tiada larangan melakukannya”.

Lagipula terdapat hadis yang menjadi dalil kaedah tersebut:

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Thobarani dengan isnad yang Jayyid sebagaimana yang dinyatakan oleh al-hafidz al-Haitsami , dari Anas r.a : bahawa Rasulullah s.a.w telah melintas dihadapan seorang Arab Badawi yang sedang sembahyang yang berdoa didalam sembahyangnya dengan bacaan:


يا من لا تراه العيون , ولا تخالطه الظنون , و لا يصفه الواصفون , ولا تغيره الحوادت , و لا يخشى الدوآئر , يعلم مثاقيل الجبال , ومكاييل البحار , وعدد ما أظلم عليه الليل , وأشرف عليه النهار و ولا توارى منه سمآء سمآء, زلا أرض أرضا , ولا بحر فى قعره , ولا جبل ما فى وعره , اجعل خير عمرى آخره , وخير عملى خواتمه , وخير أيامى ألقاك فيه .


Ertinya: "Wahai Tuhan yang tidak boleh dilihat oleh mata, Tuhan yang tiada syak pada kewujudannya, Tuhan yang tiada dapat dirupa-rupakan, dan tiada dapat disifat-sifatkan , Tuhan yang tiada dapat di ubah-ubah oleh zaman, Tuhan yang tiada takut terkena bencana, Tuhan yang mengetahui berat timbangan gunung, Tuhan yang mengetahui sukatan air laut, Tuhan yang mengetahui titik-titik air hujan , Tuhan yang mengetahui bilangan daun-daun yang ada dipokok-pokok, Tuhan yang mengetahui bilangan malam apabila gelap-gelita, mengetahui bilangan siang apabila cahaya memancar. Tuhan yang tiada terlindung oleh dasar laut, Tuhan yang tiada terlindung oleh tempat-tempat sulit digunung-gunung , Ya Allah , mohonlah sebaik-baik umur bagi hambamu ini, pada kesudahannya, sebaik-baik hari hamba, iaitu hari mengadap Mu."

Apabila selesai Badawi tersebut , Rasulullah s.a.w telah memanggilnya dan menghadiahkan seketul emas yang telah dihadiahkan oleh orang sambil bersabda :
وهبت لك آالذهب بحسن ثنآئك على الله عزوجل .
Daku berikan kamu emas ini , sebab baik pujian kamu kepada Allah azza wa jalla”.

Berdasarkan hadis ini dapat di fahami:

1. Pengakuan Nabi s.a.w terhadap ain doa yang telah dibaca oleh arab badawi tersebut. Oleh itu adalah satu Sunnah taqririyyah , mengamalkan dan membaca ain doa tersebut.

2. Pengakuan Nabi s.a.w terhadap perbuatan berdoa dengan doa yang tidak pernah dibaca oleh Nabi s.a.w.

Oleh yang demikian : Adalah harus membaca atau mengamalkan sebarang doa atau wirid atau hizib-hizib Tarekat yang tidak di waridkan dari Nabi s.a.w, selagi ianya tidak bercanggah dengan akidah, syari'ah dan akhlak Islam. wallahu a'lam.


Friday, April 21, 2006

article menarik:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tiga article yang sangat menarik ,yang membahaskan antara punca-punca pertelingkahan. Sila Tuan-tuan download dan bacalah dengan teliti. Insyallaah mudah-mudahan terungkai kemusykilan yang ditimbulkan oleh golongan cerdik-pandai dizaman kini yang kurang cermat dalam keputusan-keputusan hukum-hukum agama terhadap masyarakat Islam di Nusantara khasnya dan di Dunia amnya... kliklah je dibawah ni...


Hadis Thawus dan Kenduri Arwah.

Wazifah Hadis Dhoif- Terjemahan.

Wazifah Hadis Dhoif- Naskhah Arab.

Dan berbagai-bagai isu lagi...

Tuesday, April 18, 2006

Suasana ceria







Suasana pembacaanQosidah Burdah





Monday, April 17, 2006





Suasana majlis maulid Rasul s.a.w di pondok tampin....


Saturday, April 15, 2006

Majlis Maulid Rasul s.a.w.

Pondok Tampin n.s.d.k.

Assalamu alaikum warah matullah.

Alhamdulillah Pondok Tampin dan Tahfiz Asma Munawwarah telah selesai mengadakan Majlis Maulid Rasul s.a.w pada 15 April , Sabtu malam Ahad yang lepas. Majlis telah dihadiri oleh Hadratus Sheikh Ali Al-Ahmadi an Naqsyabandi dari London England dan beberapa ulamak tempatan telah hadir . Sheikh Ali telah menyampaikan tazkirah yang sangat menyentuh hati. Mudir Pondok dan Madrasah Tahfiz Asma Munawwarah mengucapkan terima kasih pada yang hadir. Kehadiran sepanjang bermula majlis dari 11 pagi hingga selesai pada 11.30 malam dianggarkan 800 orang . Insyallah panjang umur jumpa lagi Wassalam.



Friday, March 31, 2006

Sila lawati Siri 3 daripada koleksi Kitab dan Risalah Pondok Tampin.

Terdapat di dalamnya:

Kitab Petunjuk Bagi Umat karangan Sheikh Qodir Al-Mendili. ( masalah qobliyah juma't).

(Dimasukkan juga penerangan lanjut al fadhil Ustaz berkenaan masalah puasa di Bulan Rejab.)

Semoga sama-sama kita beroleh rahmat dan manfaat.